Bab 2
Selepas melakukan sedikit willy dan membuat pusingan maut di selekoh(bohong semata-mata.hehe..) aku dan abang Bob pun tiba di depan sekolah dan aku terus melompat turun dari motosikal capuk abang Bob.Aku lihat masih ramai pelajar yang masih mendaki naik sebab sekolah aku jenis atas bukit jadi wajar aku cakap mendaki.Hehe..Abang Bob sesekali aku lihat menaikkan tangannya keudara sambil tersenyum kerana disapa oleh budak-budak sekolah yang masih mengenali dirinya.
“Dah, tak payah nak berlagak macam famous sangat kat sekolah?”kataku
“Memang aku famous pun kalau tak takkan diorang masih nak tegur abang so..tak payah nak jealous sangat”
“Uwek,buat apa nak jealous dengan abang ,buang karan je,dahlah adik nak masuk ni nanti lambat pulak”kataku sambil menghulurkan tangan bagi menyalami abang ku kerana sudah menjadi kebiasaan kami bersalam dengan orang yang lebih tua walau sekasar manapun kami tapi sifat hormat aku terhadap abangku masih terpelihara baik”Hish..masuk bakul angkat sendirilah.
“Ehh,kejap,ramai jugak junior kau yang comel-comel yea?”tahan abangku sambil tersengih-sengih kearah budak-budak perempuan yang sedang melintas didepan kami.Aku yang melihat turut menjeling kearah mereka.
“Hmm..dah mulalah perangai miang abang aku ni”monolog aku sendiri didalam hati.
“Sudah-sudahlah tu naik juling adik tengok abang pandang diorang tu”sambil tangan aku panjang untuk menyekeh kepalanya.
“Woi…apa ni hilang kehenseman abang kalau macam ni”bidasnya sambil membetulkan rambutnya yang serabai sedikit akibat disekeh oleh aku tadi.Aku yang melihat hanya tersengih.Tapi yang menghairankan aku segatal manapun abang aku yang sorang ni tapi masih tak punya awek ataupun ‘special girlfriend’ ataupun teman wanita dan seangkatan dengannya itu yang menghairankan aku sampai sekarang hmm…pelik ni ajaib namanya beza pulak dengan abang aku yang satu lagi tak habis-habis bercinta lepas tu putus dan biasanya percintaan abang aku yang sorang tu takkan bertahan lebih dari tiga bulan.Hmm…entahlah kadang-kadang aku rasa abang Bob aku ni ‘gay’ ke apa.hehe…
“Hah,apa dok tersengih-sengih tu?”sergah abang sambil memandang hairan kearahku yang asyik tersegih dari tadi.
“Hehe,tak ada apa-apalah bang”balasku dengan masih tersenyum sumbing.
“Hmm..adik nak tanya kenapa abang tak ada ‘special girlfriend’ lagi sampai sekarang?”tanyaku dengan muka hairan dan perkataan “special girlfriend’aku sengaja tekankan.
“Malaslah,nak cari buat penat abang je nak layan perangai manja dorang tu macam kau ni”balas abangku sempat mengutuk pulak tu
“Malas ke tak laku”jawabku dengan muka yang sengaja aku segihkan lebar-lebar dan mengangkat-angkat keningku
“Eleh,suka hati je kutuk abang ,bukan abang yang tak nak ramai yang suka kat abang siap ada yang nak mintak nombor telefon lagi abang je malas nak layan”dengan angkuhnya.Aku yang mendengar hanya menjuihkan bibir sambil membuat gaya nak muntah.Meluat.
“Kau tanya abang ni kau bila pulak tak ada “special boyfriend’?”
“Alah,nanti-nantilah SPM tak lama lagi,kenalah focus”bidasku
“Nak spm ke kau masih teringatkan dia..”abang tak jadi meneruskan ayatnya selepas melihat wajahku yang telah menjadi mendung secara tiba-tiba.
“Opss…sorry dik,abang tak sengaja”kata abang dengan wajah penuh kesal
“Hmm..tak pe”balasku dengan muka yang sengaja aku palingkan bagi mengelak dari melihat air mata yang tiba-tiba bergenang di tubir mata dengan suara yang sedikit serak.
“Okeylah bang adik gerak dulu takut lambat pulak nanti siap kena denda pulak”kataku terus berlalu tanpa berpaling lagi kearah abang Bob aku.
“Eh dik tunggu…”tapi abang Bob tidak dapat meneruskan ayatnya apabila melihat aku terus melulu menaiki tangga dan masuk keperkarangan sekolah.Abang hanya dapat melihat aku makin menghilang bersama-sama pelajar yang lain dengan wajah kesal selepas beberapa ketika barulah abang ngah beransur pergi.
*****
Aku melalui tempat perhimpunan dengan muka yang sengaja aku tundukkan dan terus menonong tanpa melihat sesiapa pun di depanku sengaja aku berbuat begitu kerana tidak mahu dilihat mataku yang merah dan terus menonong masuk ke dalam tandas bagi melepaskan apa yang aku rasa selepas beberapa lama aku keluar dari tandas dan membasuh muka bagi menghilangkan bekas air mata yang telah habis lecun di pipiku.Aku teringat kembali apa yang telah diucapkan oleh Putra setahun lalu kepadaku.
“Awak tolong jangan nangis lepas saya dah tak ada lagi nanti okey,dan awak jangan sesekali titiskan airmata sebab saya tak suka tengok awak jadi cengeng sebab awak adalah bidadari saya bila awak senyum dan saya rasa awaklah wanita yang paling cantik sekali bila awak senyum dan ketawa dan saya tahu awak seorang yang kuat untuk hadapi semua ni dan satu benda yang awak harus ingat yang saya akan selalu ada disamping awak walaupun jasad saya dah terkubur”.kata Putra sambil memandang ke dalam mataku dan tersenyum manis sambil duduk diatas kerusi roda dan aku duduk dikerusi yang bertentangan dengan dirinya ketika kami sedang mengambil angin dibawah pokok selepas Putra mendesak aku untuk keluar dari wad kerana telah bosan dengan bau ubat-ubatan walaupun telah dicegah oleh doctor yang merawatnya tapi Putra tetap jua berdegil dan aku hanya mampu menuruti permintaannya dan aku berjanji kepada doktor Halim hanya sebentar dan doktor Halim membenarkan dan Putra aku lihat tersenyum gembira .Aku hanya mengangguk dan tanpa aku sedari airmataku bergenang jua dan gugur membasahi pipi.
“Lah,awak ni betul-betul cengenglah baru je saya cakap jangan menangis awak menangis lagi,saya babab karang”balas Putra sambil mengesat airmataku.Aku hanya mampu tersenyum dan mengengam tangannya dengan erat sekali dan terus memandang ke dalam matanya.
“Awaklah yang mulakan dulu.siapa suruh cakap benda-benda macam tu saya tak sukalah”.balasku dengan nada manja
“Awak semua orang akan ‘pergi’ dan tak terkecuali dengan saya,jadi apa-apa pun kita hanya dapat berdoa agar kita dapat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Hmm..betul tak?’sambil mengenyitkan mata kepadaku.
“Iyelah, saya tahu tu tapi saya tak nak awak ‘pergi’ lagi,saya sayang awak sangat,tolong jangan tinggalkan saya sorang-sorang terkontang-kanting .Hmm..janji okey?”
“Okey,saya janji dengan awak saya takkan tinggalkan bidadari saya ni sebab saya tahu bidadari saya ni jenis yang tersangatlah cengeng dan lemah sebab apa je yang dibuat mesti main redah je dan selalu sangat jatuh tersungkur.Hmm…lagi satu hal saya pun sayang awak jugak sangat-sangat.”balas Putra sambil tersenyum kearah aku walaupun Putra nampak pucat tapi bagi aku dia tetap kacak walau dalam apa keadaan sekali pun kerana aku mencintai dirinya seadanya dan kerana dia jugak aku mengenal apa erti cinta yang sebenar dan dia jugak yang mengajar aku erti rindu.Cinta yang kami bina masih mekar sampai sekarang dan tak pernah pudar walaupun sekarang dia tengah bertarung dengan maut tapi aku tetap menyayangi dirinya.
“Awak tolong belikan saya air,saya tiba-tiba rasa dahaga sangat”pohon Putra selepas kami berdiam sebentar.
“Boleh,jom…awak ikut saya sekali,awak nak minum air apa?”tanyaku sambil tersenyum kearahnya.
“Saya rasa tak payahlah saya ikut awak lagipun saya masih nak duduk lama sikit kat sini,rasa seronok pulak dengan angin yang hidup segan mati tak mahu nie.hehe..?”sambil tersenyum
“Apa punya peribahasa awak ni merosakkan bahasa je”balasku sambil memukul manja ke lengannya.Dia yang memandangku hanya tersenyum cuma.
“Tak pe lah kalau macam tu saya pergi dulu,awak suka air coke kan?”tanyaku dan dia hanya mengangguk.
“Okeylah saya ke kantin dulu”sambil cuba bangun dari kerusi yang aku duduki tapi tiba-tiba aku rasa tanganku dipegang olehnya dan pergerakan aku terhenti dengan perlahan aku duduk semula sambil memandang kearahnya.
“Hmm…kenapa wak?”tanyaku dan tanpa isyarat dia mengucup sayu dahiku dan memelukku erat seperti tidak mahu dilepaskan aku yang bingung dengan sikapnya tapi aku tidak rela untuk melepaskan pelukan itu dan menolak dia ketepi dan aku hanya mampu menepuk perlahan-lahan belakangnya dan aku terdengar dia berbisik di tepi telingaku
“awak saya sayang sangat dekat kat awak,tolong saya tengok-tengokkan mak dan keluarga saya yang lain bila saya tak ada nanti dan tolong jangan menangis lagi dan mesti menjadi orang yang berguna dan tolong sambung study sebab itu jugak adalah impian kita bersama,saya nak sangat tengok awak berjaya dan tolong sambung impian saya yang tergendala ni.Boleh kan?”sambil melepaskan pelukan itu
“Saya janji kat awak yang saya akan sayang dan jaga keluarga awak dengan baik dan tak lupa juga saya janji saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan dapat kerja yang baik?”kataku walaupun aku masih bingung dengan sikapnya yang tiba-tiba itu tapi aku tetap tersenyum.
“Okeylah,awak pergi sekarang takut tutup pulak kantin tu karang?”balasnya sambil berjenaka.Selepas habis mengucapkan itu aku terus berlalu tapi aku masih juga berpaling kearahnya sebelum pergi dengan muka yang bingung kerana sikapnya hari ini begitu mengelirukan aku.
“Awak saya sangat sayangkan awak sebab awak adalah cinta pertama dan terakhir saya.Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup ini dan memberi sinar kebahagiaan walaupun keadaan saya dah jadi macam ni awak tetap setia berada disamping saya sesungguhnya awak adalah bidadari terindah saya sejak kecil lagi?”kata Putra sendirian didalam hati dan Putra melihat Sophie makin menghilang dari pandangannya.Sedikit demi sedikit dan dengan tertutupnya mata Putra secara perlahan-lahan.”Selamat tinggal bidadariku”lafaz Putra sebelum dia betul-betul ‘pergi’ meninggalkan dunia ini dan menuju ke alam barzakh dalam keadaan tersenyum dan wajah yang begitu damai sekali tanpa ada seperti orang yang telah menahan sakit yang begitu lama.
Dan di kantin hospital Sophie berasa tidak sedap hati dan dia asyik teringatkan Putra yang sedang menantinya.Selepas membayar harga minuman Sophie dengan tidak sengaja telah melanggar pemuda yang berada dibelakangnya dan habis terjatuh air tin yang sedang di pegang oleh Sophie habis bergolek air tin tersebut tapi Sophie lantas cuba mengambilnya semula dan pemuda tersebut cuba meminta maaf kepada Sophie.
“Maafkan abang dik,biar abang ganti balik minuman adik tu?”mohon pemuda tersebut
“Tak pelah bang,masih elok lagi ni Cuma kemek sikit je”balas Sophie
“Betul dik,biar abang ganti balik okey?”jawab pemuda tersebut dengan rasa bersalah dan bersedia untuk mengeluarkan dompetnya.
“tak payahlah bang,lagipun masih elok lagi.Saya sebenarnya nak cepat kawan saya tengah tunggu saya tu?”balas Sophie sambil memandang kearah sekeliling dan melihat ramai orang yang sedang melihat drama swasta kami tadi.Tanpa berkata apa Sophie terus berjalan keluar dari kantin itu dengan muka yang merah menahan malu.
“Okeylah dik,maaf sekali lagi”teriak pemuda itu.
SELEPAS sampai di taman Sophie terus menerpa kearah Putra.”Awak maafkan saya sebab lama sangat tadi ada sorang mamat tu berlanggar dengan saya.Hmm..ni air coke awak tapi saya beli satu je sebab awak bukan boleh minum banyak pun jadi kita kongsi je okey?”kata Sophie sambil duduk didepan Putra sambil mencari-cari straw di dalam beg plastic yang sedang dipegangnya tapi bila Sophie mendongakkan kepala dia melihat Putra seperti sedang tidur.
“Lah,tidur pulak dia?”Sophie mengoncang sedikit tubuh Putra tapi tiada sahutan dan Sophie lihat tangan Putra terjatuh Sophie mula tidak sedap hati.
“Awak janganlah main-main dengan saya,saya tak suka,bangunlah?”masih juga tidak menyahut.
“Awak bangunlah?”Sophie cuba lagi namun masih tiada jawapan sambil cuba mengoncangkan badan Putra tapi tetap tiada respon.
“Awak jangan tinggalkan saya,baru tadi awak janji takkan tinggalkan saya sendiri”kata Sophie sambil menanggis teresak-esak dan akibat goncangan kuat Sophie kepala Putra terjatuh diatas bahu Sophie dan itu menambahkan tangiasan Sophie
“Saya benci awak,kenapa awak tinggalkan saya?”jerit Sophie sambil membawa Putra kedalam pelukannya.Sophie terus memeluk Putra dengan erat bersama titisan air hujan yang mula membasahi baju mereka berdua Sophie masih memeluknya bersama tangisan dan air hujan yang makin lebat dan hanya pelukan yang kejap saja yang dapat dilakukan Sophie saat ini tiada yang lain kerana dia benar-benar buntu saat ini dan berharap dengan pelukan yang kejap ini akan mengembalikan Putra kembali tapi kuasa tuhan kita sebagai manusia tidak dapat mengelak dan Putra pergi jua selepas bertarung dengan penyakitnya.Dan Sophie masih setia memeluk kekasih hatinya itu.Putra!!!