my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Friday, 7 October 2011

Bab 1


Aku dicampak di suatu daerah yang begitu indah sekali,begitu nyaman dan indah dengan sekitar aku dikelilingi oleh pasir yg begitu putih dan ombak yang sedang berkejar-kejaran yang menghempas pantai.Aku begitu terpegun sekali sampai tak terkata speechless bak kata orang putih.Hehe…
“pandai jugak aku speaking London”masuk bakul angkat sendiri
“Hmm…nak buat macam mana dah memang macam tu perangai aku sejak azali lagi”hehe…
      Aku begitu asyik bermain air seperti kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan aku berkejaran di pantai yang  bagi menghirup udara yang begitu nyaman menyapa disegenap tubuhku.Ketika aku sedang asyik berlari di tepi pantai tanpa sengaja aku terlanggar seseorang yang berada didepan aku.Terjerit sedikit aku dibuatnya.
“Arrgghhh….buta ke?Tanpa memandang orang yang berada di depan aku.Dia yang melanggar aku menghulurkan tangan aku lantas memandang orang yang menghulurkan tangan kepadaku tapi wajahnya tidak begitu kelihatan akibat cahaya matahari yang menyilaukan mataku tapi tangannya tetap aku sambut dengan hati yang sebal.
      Selepas aku berdiri ‘dia’ tersenyum kepadaku dan membuat aku tersentak sejenak dan tanpa sedar aku membalas senyumannya.
      “  Ahhh….cair aku”hatiku berkata-kata.
    Selepas beberapa saat aku tersedar.Dia masih  memandangku walaupun wajahnya tidak dapat aku lihat dengan jelas tapi senyumannya itu membuat aku tidak mahu mengerdipkan mataku walaupun sesaat.
“Wahhh…jiwang gilerr.. aku ini mesti sebab banyak sangat baca novel?”berangan lagi.
       ‘Dia’ berlalu selepas beberapa ketika aku cuba menahan tapi dia tetap pergi tanpa berpaling lagi kearah aku.Aku cuba untuk berteriak tapi suara aku tidak terkeluar langsung seperti orang bisu.Aku hanya dapat melihat dia berlalu pergi dan hilang dari pandangan mata.
    Rrrringggg….
   “Eh…dari mana datangnya bunyi yang cukup tak menyenangkan ini”?
Aku terus mengejar bunyi tersebut selepas penat berlari aku sampai ke tempat bunyi tersebut tapi yang memusykilkan aku kenapa abangku atau lebih dikenali sebagai Bob yang tengah pegang jam loceng  dan dan disebelah tangannya lagi sedang memegang secawan air sambil memandang kearah aku. Kenapa abang aku di panggil Bob sebab menurut mak waktu kecil dulu abang aku suka menangis dan waktu kecik jugak abang ngah aku seorang yang gemuk.cubby,gebu dan seangkatan dengannya.
“Hehe…kalau tak percaya tengok je gambar abang ngah waktu kecik-kecik sebijik macam Ahmad Albab dalam cerita P.ramlee waktu dulu-dulu.Tapi sekarang tak gemuk dah malah badannya yang sedang-sedang sesuai dengan umurnya sekarang.
    “Adakah aku sedang bermimpi”?
 “Betullah tu tuan puteri”sambil tersenyum sumbing
      Selepas berkata begitu Bob  terus menyimbah aku menggunakan air yang sedang dipegang di sebelah kiri.Lantas…
        “Arggghhh….mak tolong”aku menjerit dan tanpa sedar aku terjatuh ke bawah katil
        “Aduh..”aku mengaduh sambil memandang kearah abang aku yang sedang tersengih seperti kerang busuk kearah aku.
          “Ahhh…tak guna punya abang,nanti kau?”
         “uwekk…padan muka kau”sebelum mengangkat kaki  bersedia untuk lari sambil menjelirkan lidah kepada aku
     Aku pun apa lagi hangin satu badan tengok abang Bob aku pergi sambil ketawa terbahak-bahak selepas dapat mengenakan aku.
”siap kau bang  kalau dapat kau nanti,aku sekeh-sekeh kepala kau sampai botak”.
        Aku memberi amaran sebelum mengangkat punggung bagi mengejar abang ngah aku yang telah menhilang disebalik pintu apalagi berlaku adegan kejar-mengejar diantara kami sehingga ke dapur siap buat tawaf keliling meja makan.Mak yang berada dekat meja makan terkejut melihat perangai kami yang seperti budak-budak padahal kedua-duanya sudah besar panjang.”Boleh jadi bapak dengan mak budak tapi bila bergaduh mengalahkan budak 5 tahun”hehe…itulah kata-kata yang ayahanda tersayang kami bila kami bergaduh.”Hmm…nak buat macam mana  itulah perangai kami sejak dalam kandungan lagi.
“Hehe…suka hati aku je.Tapi itu memang tabiat kitorang adik-beradik mungkin masa mengandungkan kitorang mak suka tengok cerita kung fu kot tak punWWF itu yang terkeluar anak yang suka bergusti baik lelaki mahu pun perempuan.”Ehh…perempuan aku sorang je mana ada lain lagi”hehe…merapu jer aku ni
         “Astagfirullahalzim kamu berdua ni tak boleh ke kalau tak bergaduh sehari”teriak mak sambil mengambil nafas selepas pening melihat kami berdua asyik mengelilingi meja sejak dari tadi.Aku melihat mak sedang menyiapkan sarapan pagi untuk kami dan menu yang terhidang hari ini adalah Mee goreng buatan mak yang menjadi makanan kegemaran aku alah…sebenarnya apa yang mak aku masak aku telan jugak tolak kayu dengan batu jer.hehe…biasalah aku ini pelahap orangnya walaupun kecik,habis tu siap yang tak suka kalau mak sendiri yang masak?terliur beb…
         “Penat mak tengok kami berdua”sambung mak sambil memegang senduk.
         “Ahh…kamu ni Sophie.Kenapa tak mandi-mandi lagi,anak dara apa kamu ni?Abang kamu pun dah siap mandi kamu tu tak nak pergi sekolah ke?”
         “Apa!!!hari ni sekolah ke mak”balasku dengan nada tekejut
         “Iyelah hari ni sekolah habis tu kamu ingat masih cuti ke”balas mak
      “Aiseh  men…mati-mati aku ingat masih cuti mid term lagi”sambil menepuk dahi
       “Uhhh…malasnya nak pergi sekolah,baru ingat nak sambung mimpi yang indah yang tergendala tadi”kataku di dalam hati sambil tersengih.
        “Ha…ape dok tersengih lagi tu cik Sophie oii…”kata mak
        “Hehe…”balasku
        “Sudah!!!tak payah nak hehe… sangat kat mak bukan mak tak tahu perangai kamu tu mulalah nak berangan nak sambung tidur lepas tu mula nak mimpi yang bukan-bukan”
         “Ishh…mak ni tahu-tahu jer macam boleh scan pulak apa yang ada kat kepala otak adik,hmm…mak pakai ilmu apa yek?”tanyaku dengan muka yang sengaja dikerutkan
         “Kamu ni dah mak yang besarkan kamu mestilah mak tahu apa yang ada kat kepala otak kamu tu”balas mak siap dengan gayanya sekali dan masa yang sama aku pun meniru gaya mak sebab aku dah dapat agak itu yang akan disebut oleh mak sampai naik lali taik telinga aku mendengarnya.Mak yang perasan aku meniru gayanya bersiap ingin melangkung (memukul) aku tapi nasib baik aku sempat mengelak dan berlalu pergi tanpa sempat senduk itu melayang ke muka aku yang comel ini tapi sebelum pergi aku sempat mencuit sedikit mee goreng lalu aku masukkan kedalam mulut”.tapi kepada adik-adik jangan tiru aksi ini dirumah terutama sekali kepada perempuan kerana sungguh tidak sopan.huhu..
         “Ya Allah!!!budak ini dengan tak mandinya terus masukkan  makanan dalam mulut,kalau macam ini perangai kamu tak ada siapa nak ambik kamu dijadikan bini”kata mak sambil mengelengkan kepala melihat telatah aku.
         “Alahh…tak berlaki pun tak apa mak  tak heran pun”bidasku sambil menjuihkan bibir
         “Iyelah…sekarang ini memang kamu tak heran macam mana bila usia kamu dah 20an masa tu kamu gatal nak berlaki”balas mak masih dengan gaya ala-ala Rokiah Rongeng yang tengah menyanyi kat kelab dangdut dengan senduk bagai.hehe…tak baik betul aku ni mengata mak sendiri.
          “Lagi satu janganlah asyik panggil adik Sophie?rimaslah”bentakku sambil memandang kearah mak.
          “Habis tu nak panggil kamu apa dah betul nama kamu Sophie,dah elok-elok ayah dengan mak bagi nama kamu Sophie Adriana”bebel mak panjang lebar.
           “Panggillah Opie kan ke sedap bunyinya sebab semua orang panggil adik dengan nama tu”balasku dengan mulut muncung sedepa.
         “Banyak cantik muka kamu”kata mak sambil mengacah ingin membaling senduk yang dipegang kearah aku dengan mata yang sengaja dijengilkan.Aku apalagi siap sedia ambik langkah seribu takut dibelangkung dek mak.Mak yang melihat telatah aku hanya dapat tersenyum dan menggeleng.Aku melihat kalau Abang Bob aku masih ada di ruang tamu atau tak ternyata dia telah entah ke mana mungkin waktu aku bertikam lidah dengan mak ketika itu dia sempat melarikan diri dari genggaman aku tapi tak apa esok masih ada.
          “Siap kau kalau aku dapat”aku bermonolog sendrian sambil cuba memikirkan rancangan apa yang harus aku buat bagi membalas perbuatannyaTanpa berlegah lagi aku belalu ke dalam bilik bagi mengambil tuala dan terus menyusup ke dalam bilik air yang berada di dapur kerana aku tahu aku telah terlambat untuk ke sekolah.
           “Ishh…ini tak boleh jadi,nak kena abang Bob hantarkan?”sambil mandi aku merapu seorang diri.
          Selepas lima minit mandi aku pun keluar sambil mengigil kesejukan.
         “Ini yang tak suka giler kalau kena mandi pagi-pagi buta,sejuk giler sampai menikam ke tulang sum-sum,tak ada ke water heater untuk aku mandi pagi-pagi macam ini,choi…tak payah nak beranganlah Opie syukurlah dengan apa yang ada ayah kau bukannya majistret ke,lawyer ke,nak pakai benda-benda macam itu.hehe…”leterku sehingga sampai kedalam kamar sambil mengetuk kepala sendiri,mak yang melihat aku tersenyum sumbing kerana sudah maklum dengan perangai aku yang liat mandi pagi.
          Selepas kira-kira10 minit aku pun keluar dari bilik dengan siap berseragam pengawas pusat sumber yang kainnya yang berwarna kelabu dan bertudung.Ketika aku menjeguk ke meja makan aku lihat mak,ayah dan abang Bob sedang menjamu selera.Aku sengaja lalu di belakang abang bagi menyekeh kepalanya.Hehe…Abang  yang sedang menikmati mee goreng itu tersedak aku yang melihat hanya ketawa.
          “Haha…padan muka ini balasan kepada orang yang suka-suka nak simbah adik dengan air subuh tadi.Uwek…?”kataku sambil menjelirkan lidah
         “Woi…asal pulak habis tu dah aku bangunkan kau sampai hilang suara aku yang merdu ini”
        “merdu kepala hangguk kau”balasku tak ingin kalah
        ”aku  tahulah kau nak kejutkan aku tapi tak payah sampai nak siram-siram adik sampai tak boleh bernafas adik dibuatnya,nasib baik tak arwah?”
          Ayah yang mendengar turut menyampuk kerana tak ingin pertengkaran ini makin menjadi-jadi.
         “Sudah… kamu berdua ini asyik nak bergaduh aje,cepat makan nanti terlambat pergi sekolah”?arah ayahku

           Aku dan abang Bob terus terdiam dan masing-masing menghabiskan makanan tanpa banyak soal tapi bila aku jeling kearah abang Bob di menunjukkan tanda thumb up aku yang melihat hanya mampu menjelirkan lidah dan membuat tanda yang sama aku berikan kepadanya.Beginilah kehidupan aku tiap-tiap pagi.Adatlah mungkin kerana jurang umur yang membezakan aku dan abang ngah hanya setahun jadi kami menjadi rapat dan kami sering berkongsi bermacam-macam cerita bersama tapi waktu dia berada di tingkatan 5 dan satu sekolah dengan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Putra kami membuat hal sendiri dan tak ramai orang tahu yang aku dan dia adik-beradik walaupun abang aku dulu adalah atlit sekolah  termasuk aktif dalam sukan bola sepak tapi kami lebih gemar membuat hal sendiri bila berada di dalam kawasan sekolah.
         Dan aku tak kisah dengan semua itu dan aku rasa tak penting orang tahu yang kami adik-beradik tapi benda-benda macam ini bukannya boleh sembunyi lama-lama kerana semasa aku ditingkatan 3 kawan-kawan abang aku dan kawan aku sediri tahu mengenai kami tapi masih lagi ‘stay cool’ bak kata orang putih.hehe…tapi sekarang ini abang Bob sedang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bestari sambil menunggu tawaran dari kolej yang lain.Tapi aku masih mempunyai seorang lagi abang sulung sedang mengajar di melaka  sebagai seorang guru kaunseling dan sudah mempunyai isteri dan seorang anak .Manakala abangku yang kedua pula sedang menuntut di UIA dalam bidang syariah.
     
      
          “Alamak,abang Bob tolong hantar adik pergi sekolah”ujarku kepada siap dengan muka comel lagi dengan mata yang sengaja aku kerdipkan bagi meraih simpati.
         Abang Bob menjeling ke arahku sambil menghirup minumannya.”Hmm..boleh je tapi dengan satu syarat”
“Ek’eleh nak hantar adik sendiri pun nak kena ada syarat ke?”balasku bengang
 “Ehh,mestilah .apa kau ingat motor abang  tu jalan pakai air paip ke.Sekurang-kurangnya kau bayar duit minyak aku kalau kau tak boleh nak belanja aku makan ‘burger king?”balas abangku sambil mengangkat-angkat keningnya.
“Eleh,itu pun nak kecoh,bukannya naik motor power pun,setakat motor capuk pun nak minta belanja,lebih baik aku naik bus baru kena lima posen”
“motor capuk pun sampai jugak kau kat sekolah karang”bidasnya
“Iyelah,nanti adik belanja abang  kat ‘burger king’ tu?”balasku sambil tersenyum kerana ada pelan jahat yang tengah berlegar di mindaku.Hehe…
“Orait,kalau macam tu kira deal,kau belanja abang ‘burger king’ nanti?”
“Hmm..”jawabku sambil tersengih
“Kalau macam tu,cepatlah nanti terlambat sampai sekolah tak pasal-pasal kena denda kutip sampah”balasnya sambil tergesa-gesa menghabiskan mee goreng dan air yang sedang diminumnya.Aku dan abang ngah terus menyalami ayah serta mak dan melamgkah keluar rumah bagi menyarungkan kasut dan mak seperti biasa akan membuntuti kami hingga kedepan pintu kerana itulah rutin mak sejak kami kecil lagi.Selepas selesai menyarungkan kasut aku terus melompat keatas motosikal yang sedia menanti.
“Okey,kau pegang abang kuat-kuat  kita bersedia untuk merempit”?aku dibelakang hanya mengangguk tanda setuju.
“Ah!,kamu ni  Bob tak payah nak merempit sangat,nanti tergolek adik kamu yang kat belakang tu”bebel mak setelah apa yang didengari tadi.Kami hanya mampu tersengih dan menurut kerana walau senakal-nakal manapun kami kata-kata mak akan kami turut.”Mestilah beb…mak aku ni jenis mulut masin sikit nanti apa-apa yang jadi habislah muka comel aku ni?”monolog aku di dalam hati.Selepas selesai kami pun terus bergerak pergi dan melihat kami sehingga kami hilang dari pandangan mata.
“Dah pergi anak-anak kamu berdua tu?”kata ayah dari belakang tanpa mak sedari dan  melatah mak  dibuatnya.
“Opocot !anak aku”latah mak sambil badannya yang gempal itu dipusingkan kearah ayah.Ayah yang melihat mak melatah terus menghamburkan tawanya.
“Cukup-cukuplah melatah tu cik jah oii…?”dengan tawa yang masih bersisa
“Abang tu yang pergi kejutkan saya dari belakang tu kenapa”balas mak dengan muncung sedepa.
“Udahlah tu cik Jah saya nak pergi kerja ni?”jawab ayah sambil menghulurkan tangan.Mak dengan tanpa banyak soal terus menyalami ayah sambil membetul-betulkan kolar baju kemeja yang sedang di pakai oleh ayah.Dan ayah masuk kedalam teksi dan berlangsung  pergi dan mak masuk semula kedalam rumah bagi mengemas sarapan tadi sebelum memulakan tugas sebagai suri rumah tangga dan ayah sebagai pemandu  teksi.

1 comment: