Hello
Kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie. Aku mohon maaf jika blog aku bukanlah blog yang cantik atau yang bagus untuk di baca dan karya aku bukanlah karya yang terbaik untuk mereka di luar sana untuk di baca.
Aku nak beritahu korang hanya sampai Bab 19 saja yang sempat aku tulis untuk karya Sarangae..white calla...:(
Aku nak mintak maaf sebab aku dah kekeringan idea dan juga aku sudah tidak berminat untuk menulis lagi. Mungkin betul kata ayah novel ni hanya membuang masa dan aku pula bukanlah orang yang berbakat menulis novel hatta untuk menghabiskan Sarangae..white calla sampai ke separuh cerita pun aku sudah ralat dan penat. Tak perlulah korang nak menunggu Bab yg seterusnya kerana mungkin sampai bila-bila pun ianya takkan pernah tersambung oleh aku. Aku pernah berangan untuk menjadi penulis novel dan garapan aku akan terpampang di dalam T.V atau layar perak tapi mungkin semua ini tidak akan pernah jadi kenyataan dan impian aku harus aku kuburkan.
Aku bukan penulis yang baik dan aku hanya mat jenin moden yang hanya tahu hidup dalam khayalan dan sekarang aku dah lelah dan penat untuk berangan dan berkhayal. Aku sudah berhenti menulis.
Sekian..
email:violetlavender917@yahoo.com
my novel
sarangae...White Calla...
Thursday, 18 December 2014
Wednesday, 17 December 2014
Sarangae.. white calla..(^_^)v..Bab 19
“Baiklah! Sampai di sini saja kelas
kita pada hari ini, saya harap kamu semua siapkan tugasan terakhir yang saya berikan
dan sila hantar tepat pada tarikh yang telah di tetapkan atau tidak saya akan
deducted carried mark awak and for your futher information for one day you late
to passed up my assignment, I will deducted five mark from your carried
mark!”ujar Encik Rahmat dengan nada tegas kepada seluruh pelajar kelasnya.
“Did you understood class!” sambung
Encik Rahmat lagi
“Understand sir” balas seisi kelas dengan serentak.
Encik Rahmat memang tegas mengenai tugas yang diberikan tapi beliau juga
seorang yang baik hati dan tidak kedekut dalam memberi markah untuk
pelajar-pelajarnya jika mereka mengikuti dengan apa yang di kehendaki oleh
beliau dan jika pelajar tidak membuat perangai dalam kelasnya.
Selepas berpas
hati dengan jawapan dari pelajarnya. “Okey class if you ada apa-apa masalah
dalam tugasan yang saya berikan saya free untuk mendengar masalah yang you all
hadapi tapi sila jumpa saya ketika saya ada di dalam pejabat sahaja, faham
kelas!” sambung Encik Rahmat lagi.
“Faham sir!” balas mereka dengan
lantang.
“Kalau macam tu kelas hari ini kita
dismissed dan jumpa anda semua lagi minggu hadapan”Selepas berkata begitu
membuatkan kelas menjadi hingar-bingar kerana semua sibuk dengan agenda
masing-masing. Ada yang ingin ke kantin bagi mengisi perut yang kosong sejak
pagi tadi dan ada juga yang pergi unuk melakukan perbincangan secara
berkelompok kerana memandangkan minggu peperiksaan yang akan menjelang tak lama
lagi.
Sophie dan Anith melangkah keluar
dari kelas . “Sophie! Jangan lupa lepas ni kita ada discussion dengan
budak-budak untuk tugasan Puan Azizah nanti tau?jangan lupa pulak”ujar Anith
bagi mengingatkan Sophie.
Sophie yang sedang
mencari telefon bimbitnya terus menoleh kebelakang selepas mendengar apa yang
diperkatakan oleh Anith. “Iyelah, aku lupa”
ditepuk dahinya kerana lupa akan apa yang harus dia lakukan pada hari
ini.“Nasib baik kau ingatkan aku kalau tak aku memang betul-betul lupa pasal
benda ni” sambung Sophie lagi.
“Kau
ni, muda-muda lagi dah lupa, apa je yang kau ingat Sophie oi!” balas Anith.”Nasib
baiklah ada kawan kau yang baik ni tolong ingatkan”sambung Anith lagi.
“Aku bukan saja-saja buat lupa tapi
aku betul-betul lupa!”balas Sophie dengan penuh kesungguhan. “lagipun lately ni
banyak sangat benda yang aku kena ingat, dengan tugasan kuliah lagi ditambah
pulak dengan kerja kat kedai lagi, tu yang buat aku lupa benda-benda macam ni,
kau kan tahu aku memang cepat lupa?”
“Aku tahu, kau mesti penatkan nak
buat semua benda dalam satu masa, apa kata kau berhentilah kerja kat kedai
bunga tu? Kerja jer dengan papa aku,nak tak?”cadang Anith.
“Ehh.. kau ni! Kau nak aku kerja apa
kat syarikat papa kau tu?aku ni student lagi lagipun aku tak ada pengalaman
kerja-kerja pejabat ni?”
“Aku suruhlah papa aku bagi au kerja-kerja
yang senang je dan kau boleh datang kerja bila kau tak ada kuliah, kan okey
kalau macam tu?”ujar Anith member pendapat
“Banyaklah kau okey kalau macam tu,
aku menyusahkan papa kau lagi adalah, lagipun macam mana dia nak kira gaji aku
kalau macam ni, buat bangkrap syarikat papa kau je kalau aku kerja macam tu,
apa tak masuk akal betul idea kau ni, lagipun aku dah suka dengan kerja gubah
bunga ni dan aku minat lagipun siapa nak tolong kak Farah kalau aku tak
ada,nanti tak ada siapa dia boleh dia harapkan nak jaga kedai bunga dia tu ?”kepalanya
tergeleng-geleng mendengar cadangan Anith itu sambil tersenyum.
“Takpelah nanti dia kira jelah ikut
jam macam kerja kat fast food macam KFC ke Mcdonald memang dorang kira ikut jam
apa untuk pekerja part-time, nanti pandai-pandailah aku slow talk dengan papa
aku dan pasal Kak Farah tu mesti dia akan faham dan ini semua untuk kebaikan
kau jugak”Anith masih lagi ingin meyakinkan Sophie dengan cadangannya.
“Banyaklah kau cakap untuk kebaukan
akulah apalah, dahlah Anith! Jom kita gerak sekarang pergi perpustakaan dari kau
terus merepek yang tak tentu hala kat sini baik kita pergi buat discussion
dengan budak-budak, cepat kita buat cepat kita siap kerja kita lepas tu kalau
ada masa kita boleh lunch sama-sama sebab dari tadi siang kita tak makan nasi
cuma sumbat air kotak the bunga dengan roti jer kan?”potong Sophie bagi
memberhentikan Anith dari terus bersuara.
“Iyalah..jomlah kita buat kerja,
nanti dah siap kita boleh pergi makan sama-sama”Anith hanya mengikut kerana
malas untuk terus memujuk kerana dia tahu Sophie takkan pernah setuju dengan
cadangannya itu kerana bukan baru sekarang dia mengusulkan cadangan tadi tapi
sudah lam sejak Sophie mula-mula bekerja di kedai bunga itu lagi di awal-awal
semester dulu lagi.
Mereka berdua terus masuk ke dalam
perpustakaan selepas terlihat sekumpulan pelajar yang berada tidak jauh dari
pintu masuk perpustakaan dan mereka terus memulakan perbincangan.
Selepas hampir dua jam berbincang
mengenai tugasan tersebut dan tidak sedar Sophie telah lambat untuk dia pergi
ke tempat kerja part time yang selalu bermula pada pukul tiga petang dan kedai
bunga itu terletak di dalam shopping complex yang terletak tidak jauh dari
kampus Sophie itu.
“Eh…Sophie pukul berapa kau masuk
kerja hari ni?dah nak dekat pukul tiga ni?”tegur Anith kerana dia cukup arif
dengan jadual harian Sophie.
“Ya Allah! Anith aku dah terlambat,
habislah aku kena marah dengan Kak Farah nanti”balas Sophie cuak dengan
tergesa-gesa dia mengemas peralatannya bersedia untuk pergi ke tempat kerja.
“Korang semua! Aku nak mintak maaf
tau sebab aku kena pergi sekarang jugak, nanti apa-apa hal yang aku kena buat
korang bagitahu Anith, aku akan buat okey tapi sekarang ni aku betul-betul kena
pergi?”ujar Sophie kepada kawan-kawan sekelasnya dan mereka hanya mengangguk
tanda mengerti.
Sophie berpaling
ke arah Anith” Sorry Anith! Aku tak dapat lunch dengan kau hari ni, nanti malam
kalau aku balik awal aku masak untuk kau tau?”
“Tak payah masak, nanti
pandai-pandailah aku beli kea tau aku masak aje apa yan ada kat dalam rumah tu,
kau pergi jelah kerja”balas Anith
“Okey, thanks Anith, kau memang
baik”
“Dah! Tak payah nak bodek aku, kau
tu cepat pergi kerja tapi jangan lupa makan nanti, takut kau kena gastric pulak
nanti sebab sekarang ni kau selalu lambat makan”nasihat Anith.
“Baik bos!kau pun jangan lupa makan
jugak”. Sophie terus bergerak keluar dari perpustakaan itu selepas habis
mengemas semua perlatannya.
Sophie yang kelam
kabut kerana hendak cepat sampai ke tempat kerjanya tanpa di sedari dia telah
terlanggar seseorang membuatkan badannya tercampak ke belakang selepas
bertembung dengan pemuda tersebut. Membuatkan Sophie sedikit mengaduh akibat
pertembungan itu.Sophie melihat orang yang di langgarnya itu ternyata adalah
Farish. Farish cuba menolong Sophie untuk bangun tapi di tolak secara lembut
oleh Sophie.
“Saya betul-betul mintak maaf sebab
langgar awak tadi, saya betul-betul tak nampak tadi”Farish terus memohon maaf
akibat kejadian itu.
“Tak apa! Saya pun salah jugak sebab
jalan nak main kabut je tak pandang kiri kanan”balas Sophie selepas dapat
menenangkan dirinya kerana dia telah malu yang amat sangat nasibnya baik kerana
lorong yang di laluinya saat itu tidak di lalui orang pada ketika itu.
“Hmm…sebenarnya saya dah lambat ni,
saya pergi dululah ye?dan maaf lagi sekali” sambung Sophie lagi dengan rasa
malu yang masih bersisa. Ophie pun berpaling untuk pergi dari situ tapi
langahnya terhenti apabila Farish menegur.
“Nanti dulu, kalau tak silap saya
nama awak Sophie kan? Sophie Adriana?” soal Farish
“Iya saya, tapi macam mana awak
tahu?”pelik Sophie bagaimana pemuda itu tahu namanya sedangkan dia tidak tahu
menahu mengenai pemuda yang ada di depannya kini.
“Kolej ni bukan besar mana pun dan
tak peliklah kalau saya tahu nama awak sebab kitakan satu kolej”balas Farish
menutup rasa gugupnya. Entah kenapa apabila ada Sophie di depan mata membuatkan
hatinya jadi gemuruh sengaja Farish ingin berkenalan dengan gadis yang telah
lama dia suka.”Inilah peluang aku nak kenal dengan minah ni, kalau tak bila lagi
aku boleh kenalkan diri sekaligus lepas ni boleh aku jadi kawan dia lepas tu
boleh jadi…hehe ” monolog hati Farish sendirian.
“Oh!ok..”balas Sophie pendek dan
berpaling untuk berlalu.
“Eh!nanti dulu. Awak tak nak tahu
kea pa nama saya”Sophie tak jadi berpaling
“Opss sorry!ok..apa nama awak?”soal Sophie
“nama saya Farish Hakimi, panggil
Farish je” dengan senang hati Farish memperkenalkan dirinya kepada Sophie.
“Oh… Farish..hmm..awak boleh panggil
saya Sophie je tak payahlah panggil nama panjang saya, kekok pulak saya
rasa”balas Sophie dengan senyuman.
“Apa salahnya panggil nama panjang
senang sikit nak angkat nikah nanti”ujar Farish perlahan
“Apa dia?apa yang awak cakap saya
tak dengar?”
“Tak ada apa-apalah, saya cakap nama
awak cantik memang sesuai dengan tuannya”dengan senyuman lebar
“Oh..okeylah Farish saya kena pergi
dulu, saya ada hal, dah lambat sangat ni?”
“Saya boleh hantar awak kalau awak
memang nak cepat?”Farish cuba memberikan cadangan kerana masih lagi ingin
berbual dengan Sophie kerana tak selalu peluang yang baik begini akan muncul.
“Tak apalah awak, saya boleh pergi
sendiri”tolak Sophie dengan lembut
“Baiklah kalau macam tu” Farish
tidak mahu terlalu mendesak Sophie kerana takut Sophie akan berasa tidak senang
dengan kehadirannya di kemudian hari.Sophie pun berlalu pergi selepas berbalas
senyuman tanpa menoleh lagi. Farish hanya dapat melihat Sophie berlalu hingga
hilang dari pandangan.
*****
Dengan
langkah yang perlahan Sophie menapak masuk ke dalam kedai bunga Fab’s Florist.
Sophie tahu yang dia telah lambat masuk kerja dan kerana itu Sophie terpaksa
menyelinap masuk seperti Sam dalam cerita ‘Charlie’s Angel’.Sophie tahu yang
kak Farah iaitu pemilik kedai bunga tersebut tidak suka dengan pekerjanya yang
datang lambat tapi kak Farah seorang yang memahami walaupun seorang yang tegas
dalam disiplin para pekerjanya dan disebabkan itu juga Sophie dapat bekerja
lama dengan kak Farah kerana kak Farah sangat memahami keadaan Sophie dan
menyukai sikap Sophie yang berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang
lain.
“Ehem ehem” kedengaran suara orang berdeham berhampiran tempat Sophie
berdiri membuatkan bulu roma Sophie berdiri.Sophie jadi kecut perut untuk
menoleh.
“Ada hantu kat dalam kedai ni?”monolog Sophie kerana sememangnya Sophie
memang penakut mengenai hantu atau jembalang dan seangkatan dengannya.Kak Farah
yang mendengar apa yang di perkatakan telah terletus ketawa dari mulutnya tapi
cepat-cepat dia mengumam mulutnya bagi menghentikan ketawanya kerana takut
didengar oleh Sophie membuatkan nanti dia tidak jadi untuk memarahi Sophie. Kak
Farah hanya ingin menguji Sophie dia memahami kenapa Sohie lambat kerana dia
juga pernah muda dan melalui zaman-zaman remaja dan kolejnya dan lazimlah jika
seorang pelajar sibuk dengan perbincangan kumpulan,tugasan kuliah dan
sebagainya.Kak Farah tahu itulah yang menyebabkan Sophie datang lambat hari ini
Kak
Farah yang tidak tahan menahan ketawa dengan gelagat Sophie yang tak mahu
menoleh dari tadi membuatkan Kak Farah terpaksa bersuara. “Apa yang kamu
merepek ni Sophie, mana ada hantu petang-petang macam ni dengan matahari yang
tegak kat atas kepala ni” Sophie yang mendengar bebelan Kak Farah itut erus
berasa lega lantas berpusing dengan senyuman meminta simpati kerana dia tahu
yang dia telah lambat ke tempat kerja.
“Yang
kamu tersengih-sengih lagi tu kenapa? Kamu nak sangat tengok hantu nanti malam
kita tengok wayang cerita hantu ye?”gertak Kak Farah. Sophie mengeleng dengan
laju tanda tak rela.
“Tahu
takut, dahlah tu tak payah nak buat muka mintak simpati macam tu, nie kenapa
kamu datang lambat hari ni?”sambung Kak Farah.
“Hmm…sebenarnya
kak saya ada discussion dengan
kawan-kawan saya tadi, tu yang buat saya datang lambat hari ni”balas Sophie
dengan agak tergagap-gagap.”Saya janji lain kali saya tak buat lagi”ikrar
Sophie dengan tangannya diangkat seperti orang mengangkat sumpah dengan
senyuman yang lebar meminta pengertian.
“Akak
faham,akak saja test kamu tadi”terletus jua ketawa yang di tahan sejak tadi
oleh Kak Farah.
“Akak
ni saja buat orang cuak”balas Sophie sambil diurut perlahan dadanya dengan
lega.
“Dahlah!kamu
dah makan ke belum ni?”soal Kak Farah
“Belumlah kak”rengek Sophie
“Hmm..dah agak dah kamu ni kalau buat kerja
sampai lupa dunia, lupa makan”ujar Kak Farah dengan bimbang.
“Dah..pergi makan akak ada bawakan nasi
dengan lauk dari rumah sebab mak akak
ada masak lebih untuk makan tengah hari tadi sebab akak balik rumah sekejap
ambil barang jadi akak bungkuslah sekali untuk kamu, pergilah makan”arah Kak
Farah.
Dia telah
menganggap Sophie seperti adik kandungnya sendiri dan memandangkan dia tidak
mempunyai adik beradik lain lagi dn selepas bercerai dengan suaminya beberapa
tahun lepas kerana suaminya ingin memiliki zuriat kerana sudah lima tahun
mereka bernikah masih juga belum di kurniakan zuriat tapi Farah tidak dapat
menerima hidup berpoligami membuatkan dia meminta cerai dari bekas suaminya dan
selepas dia bercerai Farah tinggal bersama kedua-dua orang tuanya dan membuka
kedai bunga Fab’s Florist sehingga kini hatinya belum terbuka untuk hidup
berpasangan lagi sekali.
Tidak berapa
jauh dari kedai bunga itu kelihatan seseorang sedang melihat ke dalam kedai
bunga itu sambil tersenyum setelah agak lama berada di situ si dia pun bergerak
meninggalkan tempat itu.
Sarangae..white calla..(^_^)v..Bab 18
Pagi itu
Sophie mengenakan baju kurung Pahang berbunga coklat dan tanah berwarna krim manakala
tudung bawal di kenakan diatas kepala dan di kedua-dua hujung kain tudungnya
disilangkan dan dipinkan kedua-dua belah bahunya bagi mengemaskan lagi
kedudukan tudungnya. Sejak kebelakangan ini Sophie lebih selesa mengenakan baju
kurung bagi menghadiri kuliah mahupun pergi ke tempat kerja kerana ianya lebih
selesa, mudah dan cepat. Dengan hanya berbedak dan juga losyen di sapukan ke
serata tangannya Sophie melangkah keluar dari bilik menuju kearah Anith yang
sedia menunggu di ruang tamu.
“Kau ni..bersiap pun lama naik
kematu aku tunggu kau kat luar ni” rungut Anith kepada Sophie. Dengan mulut
yang muncung tanda protes.
“Alahh…sekali sekala kau tunggu aku
apa salahnya”balas Sophie dengan senyuman yang melebar dia tahu sahabatnya itu
hanya merajuk sedikit kerana terpaksa menunggu dia untuk bersiap.
“Kau ni..kalau ia pun tak payahlah tarik
muncung empat belas nanti aku buat jadi penyangkut baju naya je kau” sambung
Sophie lagi sambil menarik tangan Anith untuk berdiri. Anith yang mendengar apa
yang di tuturkan oleh Sophie itu terus memukul tangan Sopjie yang sedang
menarik tangannya membuatkan Sophie terjerit kecil.
“Eee…kau ni.Ade ke nak buat muncung aku ni
jadi penyangkut baju. It so… mean” jawab Anith sambil ketawa memandang Sophie
yang sedang membuat mata juling kepadanya.
“Kesah pulak aku mean ke tidak. Siapa suruh
kau buat muncung empat belas macam tu” sambil ketawa Sophie berjalan menuju
kearah pintu rumah pangsapuri yang mereka sewa itu.
“Kau buat lagi mata juling kau tu aku cocok
pakai garfu biar kau jadi macam kassim selamat baru kau tahu mean tua hape.”
Mereka sama-sama ketawa selepas Anith berkata begitu.
“Dahlah…kita ni asyik mengarut je dari tadi
memang tak sampai kat kelas jugak kita karang”Sophie berkata selepas habis
mereka ketawa. Kolej mereka yang terletak tidak berapa jauh dari tempat tinggal
mereka dengan hanya mengambil masa sepuluh minit berjalan kaki untuk sampai ke
kolej mereka.
Sesampai mereka diperkarangan kafe kolej terlihat
sekumpulan pelajar yang sedang berborak sesama mereka dengan keadaan yang
riuh-rendah mengamatkan suasana kafe kolej itu. Sophie dan Anith hanya melalui
kumpulan pelajar tersebut tanpa menoleh kearah mereka tanpa Sophie sedari ada
mata yang memerhati di setiap langkah dan tingkahnya dengan penuh minat.
“Woi…Farish..apa yang kau tengok sampai naik juling mata kau aku
tengok?” kalau berminat buat cara berminat jangan dok tercongok tengok budak tu
lalu tapi tak buat apa,nanti melepas kau yang nangis tak berlagu” ujar Arfat
kepada Farish kerana hanya dia yang tahu mengenai perasaan Farish terhadap
Sophie yang tumbuh sejak hari orientasi walaupun sudah nak dekat dua tahun
Farish memendam rasa tapi sampai sekarang dia masih tidak dapat meluahkan
perasaannya terhadap Sophie Adriana kerana takut cintanya jika cintanya
ditolak. Farish mengenali di sebabkan satu perkara yang takkan dapat di lupakan
olehnya sampai bila-bila.
“Aku bukan tak nak tegur minah tu tapi aku takut dia “reject” letus
juaaku,malulah aku mana aku nak letak muka aku yang sedia ada kacak ni”
terletus ketawa dari mulut Farish selepas berkata begitu.
Dengan lajunya tangan Arfat hinggap ke bahu Farish selepas Farih berkata
begitu. Tergelak Arfat di buatnya selepas Farish berkata begitu tapi memang tak
di nafikan yang Farish memiliki paaras muka yang boleh mencairkan hati
mana-mana perempuan yang ingin dimiliki olehnya di tambah pula dengan kekayaan
yang dimiliki tidak susah untuk membuat mana-mana perempuan rebah ke dalam
pelukannya.
Tapi bagi Farish zaman kasanovanya sudah berakhir selepas saja
terpandang wajah sederhana milik Sophie Ariana tapi akibat rasa ragu dan takut
yang masih menguasai dirinya membuatkan cintanya dan perasaan yang di pendam
selama dua tahun ini di pendamkan saja. Dan apabila terserempak dengan Sophie
Adriana dia hanya dapat menundukkan kepala tanpa dapat berbuat apa-apa. Apabila
kelibat Sophie Adriana sudah agak menjauh barulah dia berani menoleh dan apa
yang dapat di liat olehnya hanya belakang Sophie tapi itu sudah cukup membuat
hatinya berbunga riang dan membuatkan dia terenyum sepanjang hari.
Selepas ketawa mereka reda Farish menyambung semula perbualan mereka.
“”Kau bukan tak tahu Fat, Aku kalau depan dia terus aku jadi kaku sampai tak
boleh nak buat apa-apa, Aku tunduk je kalau lalu depan dia sampai aku rasa
kawan dia yang selalu dengan dia tu pun perasan” ujar Farish tapi matanya masih
terlekap kepada laluan yang di lalu ole Sophie tadi walaupun Sophie bayang-bayang
Sophie sudah lama hilang.
“Apa ni playboy abad ini takut dengan seorang perempuan yang aku rasa
biasa jer..tak adalah cun sangat ke macam pelakon ke, lawa macam model ke,
dahlah selalu pakai baju kurung jer, macam orang kampung jer aku tengok,
nenekaku yang kat kampong tu lagi up to date dari awek yang kau puji-puji
melambung tu,Haish…hairan aku di buatnya” ujar Arfat sambil kepalanya di
angguk-angguk dengan jarinyadi letakkan ke bawah dagu seperti seorang yang
berfikir sesuatu yang berat untuk difikirkaan.
“ Tu yang kau tak tahu, perempuan macam nie kita buat main-main, stok
skandal ke apa sebab perempuan macam ni kita buat untuk nikah, kahwin dan untuk
di jadikan yang halal seterusnya buat ibu untuk anak-anak kita nanti” ujar
Farish dengan semangat sambil membayangkan apa yang diperkatakan olehnya tadi.
“Banyak kau punya untuk kahwinlah, yang halallah, anaklah, amendenye
kalau nak tegur pun kau tunduk macam anak dara nak tunggu masuk meminang.”
Selepas berkata begitu terletus tawa yang kuat dari Arfat, Farish tarik muka
dan memandang kearah Arfat dan mengajuk apa yang di perkatakan oleh Arfat tadi.
“Alah…takkan itu pun kau nak tarik muka empat belas, aku gurau jelah,
itu pun nak merajuk?Dahlah, jom aku belanja kau minum lagipun kelas kita lama
lagi nak mula” Arfat cuba memujuk Farish.
“Besar mandat kau nak kata kelas mula lambat lagi? Kelas nak mula
dahlah, lagi lima minit je” balas Farish sambil menayangkan jam tangannya yang
berjenama adidas kepada Arfat. “Dahlah jom kita gerak, kau bukan tak tahu Cik
Normah tu bukan boleh kalau pelajar dia masuk lambat dalam kelas” Di tarik
tangan Arfat selepas berkata begitu.
“Alaaa…kau goda jelah anak dara tua supaya dia tak marah kita lagi kalau
kita masuk kelas lambat, kau kan terror
bab-bab nak goda anak dara orang ni lagi-lagi anak dara tua ni aka ANDARTU”
sengaja di tekankan oleh Arfat apabila menyebut andartu dengan senyuman yang
lebar selepas berkata begitu tapi dia tahu yang Farish takkan melakukan
sebegitu walaupun kawan-kawan sekelas semua tahu yang pensyarah tersebut akan
automatic menjadi begitu baik sekali apabila Farish di depan matanya walaupun
pada ketika itu dia begitu marah mengalahkan singa betina.
“Banyak kau punya goda dia, tak
hingin aku nak goda pensyarah kita yang sorang tu” balas Farish dengan muka
yang tak rela. Arfat yang melihat mimik muka Farish terus terletus ketawa dari
mulut Arfat. Farish yang melihat Arfat yang sedang ketawa sakan membuatkan
Farish menyekeh kepala Arfat.
“Macamlah aku tak tahu yang Cik Normah kesayangan kau
tu sawan sangat kat kau kalau kau kat depan muka dia walaupun waktu tu dia
tengah menyinga sangat-sangat tapi lepas tengok muka kau yang hensem sikit
terus dia senyum lebar-lebar?tak ke sawan namanya kalau macam tu?” soal Arfat
“ Ohh..aku ni hensem
sikit!Abis tu siapa yang hensem banyak tu?”
Dengan muka yang poyo Arfat meletakkan
tangannya di kolar dan berkata” Akulah yang hensem banyak tu” Farish yang
mendengar terus menjolok mulutnya seperti orang yang mahu muntah.
“ Kalau kau hensem banyak, kaulah yang pergi
goda Cik Normah tu?”Arfat yang mendengar cadangan Farish tu terus naik bulu
romanya. Di buatnya gaya tak rela kepada Farish. Frish yang melihat gelagat
Arfat it uterus ketawa.
“ Tulah, lain kali jangan main
sedap mulut je nak cakap”sambil ketawa.
“Tak nak aku, baik aku
membujang sampai tua dari goda Cik Normah andartu tu”balas Arfat yang masih
dengan gaya yang sama.
“Dahlah, jom kita masuk kelas
sebelum Cik Normah sampai” balas Farish sambil ketawa.Dan di sepanjang koridor
itu mereka masih sempat bercerita dan bergurau diantara mereka kerana itulah
yang akan terjadi setiap kali mereka bertemu ada sahaja cerita yang akan
dibualkan termasuklah pasal pelajaran, gossip ataupun mengenai bola kerana
mereka memang kaki bola.
Subscribe to:
Posts (Atom)