Bab 6
Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nanti.Kira-kira dalam pukul tiga petang telah ramai yang tiba bersama-sama keluarga masing-masing dan bermacam-macam kerenah yang dapat dilihat ada yang tersenyum gembira,ada yang duduk bersendirian tak lupa juga berborak-borak biasa sebelum waktu berangkat dan ada yang menangis sedih meninggalkan keluarga masing-masing.Disebabkan hari jumaat jadi tidak ramai pelajar hanya tinggal guru-guru-guru yang baru menghabiskan kerja dan mengemas apa yang patut disebabkan hari jumaat pelajar akan balik awal berbanding biasa bagi menunaikan solat jumaat tapi masih ada pelajar yang pergi mengulangkaji pelajaran dan ada juga guru-guru yang mengadakan kelas tambahan terutama sekali untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM dan ada juga pelajar yang saja-saja untuk lepak dengan kawan-kawan ataupun pergi ‘dating’dengan pasangan masing-masing di taman yang berhampiran taman perumahan.
Ain dan Hana tiba dalam lebih kurang pukul 3.30 petang.Ain akhirnya dapat memujuk ibu bapanya untuk membenarkan dia mengikuti kem tersebut walaupun pada mulanya ditentang keras oleh ayahnya tapi selepas Ain mengadakan protes dengan mogok makan dan selepas mengadakan rundingan ‘damai’ barulah Ain dibenarkan pergi itu pun selepas mendengar ceramah dari ibu dan ayahnya selama lebih kurang sejam.Haha…
Hana pula sama kesnya dengan Ain pada mulanya mak dan abahnya tidak membenarkannya untuk menyertai kem tersebut kerana tiada orang yang akan menjaga adik kecilnya yang baru berusia sembilan bulan memandangkan mak Hana adalah seorang perniaga yang menjual nasi campur yang berdekatan dengan rumahnya memandangkan kakak sulung Hana adalah seorang pelajar dan jarang balik ke rumah manakala kakak yang keduanya pula sedang bekerja selepas tamat Spm dan adik Hana yang berada di darjah tiga langsung tak boleh diharapkan kerana masih kecil dan tidak tahu menguruskan kerja-kerja tersebut tapi selepas Hana berjanji kepada kedua ibu bapanya yang dia akan menolong maknya di warung selama dua minggu tanpa upah barulah dibenarkan Hana menyertai kem tersebut.Manakala Amani dan Saiful pula tidak dapat mengikuti kerana mempunyai masalah masing-masing.
Selepas lima belas minit Sophie pun tiba dengan nafas yang tercunggap-cunggap dan sampai sahaja ditempat Ain dan Hana terus saja dia melepaskan lelah selepas penat mendaki anak tangga dan berlari seperti orang membuat pertandingan pecut 100 meter.
“Wei!apasal kau lambat?”sergah Hana dengan muka yang berkerut
“Sorylah tadi aku tertidur tu pun nasib baik bapak aku yang bangunkan kalau tak mesti terlajak tidur sampai ke asar?”balasnya selepas sesak nafasnya sedikit berkurangan.
“Tulah kau kerja tidur je,nasib baik tak kena tinggal,kalau tak meloponglah kau jawabnya”sambil berjalan kearah tempat pelajar berkumpul
“Nak buat macam mana,hobi..”dengan senyuman yang sengaja dilebarkan
“Abis tu kau mandi tak ni?”soal Ain dengan muka berkerut
“Belum lagi,asal kau nak bau ketiak aku?” jawabnya dengan muka selamba dan tangannya diangkat dan ditujukan tepat ke muka Ain dan terjerit-jerit Ain dibuatnya.
“Ish!tak senonoh betul budak ni,busuk kau tau tak?”cuba menepis tangan Sophie dengan wajah kelat.Sophie yang melihat wajah semakin kelat masih juga mengacah-acah Ain sambil ketawa.Selepas sampai ditempat yang dituju barulah Sophie berhenti tapi masih dengan senyuman yang menhiasi wajahnya.
“Chill lah,aku dah mandilah tadi lepas balik sekolah and then sebelum nak gerak pergi sini aku sempat berus gigi aku dulu”balasya selepas ketawanya reda
“Betul ke ni?kau ni bukan boleh percaya sangat ,entah-entah belum mandi lagi sejak tadi terus je menonong datang sini?”dengan bahunya digoyangkan tanda seperti orang yang kegelian
“Oo…kau tak caya lagi yea,meh sini kau bau balik ketiak bau kepam aku ni”ujarnya sambil sudah mahu mengangkat sebelah tanganya ke udara tapi dihalang oleh Ain
“Okey okey aku percaya”senyuman dikoyakkan kearah Sophie
‘Tau pun takut?”ujar Sophie dan mereka sama-sama ketawa termasuk Hana kerana geli hati dengan perangai yang ditunjukkan oleh kawan-kawannya.
*****
Selepas mendengar taklimat dari cikgu Shamsul kami terus menapak kearah bas yang sedang menunggu di luar perkarangan sekolah selepas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan didalam setiap bas ditugaskan dua orang guru pengiring.Hana dan Ain duduk di satu kerusi manakala aku duduk bersama seorang budak tingkatan empat yang merupakan junior aku dan kami yang juga seorang pengawas pusat sumber bertentangan dengan Hana dan Ain.Selepas bas bergerak menuju destinasi masing-masing membuat hal sendiri ada yang berbual bersama teman sebelah menyebelah dan tak kurang juga yang telah melelapkan mata dan Sophie pula sibuk melayan perasaan memandang keluar bas sambil mendengar lagu dari mp3 kesayanganya selepas penat berceloteh dengan orang sebelah.
“Hmm…alangkah baiknya kalau Putra turut sekali berada disini?”kata Sophie didalam hati.
“Tapi semua tu takkan pernah terjadi sebab sekarang dia sudah bersemadi diatas sana.Uhh…”sambung Sophie sambil melepaskan keluhan yang berat.Sophie berpaling ke tepi dia melihat kebanyakan pelajar telah lena dibuai mimpi indah.Dan dalam masa tak sampai lima minit terdengarlah dengkuran kecil dari Sophie dan mimpi pun berlabuh.
Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah kami pun tiba di tempat yang dituju.Aku yang berada dalam keadaan mamai selepas dikejutkan oleh Ain aku melihat disekelilingku ramai dengan muka yang baru bangun tidur tak kurang juga ada buat muka teruja selepas kami sampai lantas pandangku aku lontarkan ke luar tingkap dengan tangan yang masih mengosok-gosok kelopak mata dan disebelahku aku kelihatan hutan belantara dengan pohon yang tumbuh menghijau mengamit aku untuk terus melihatnya dan itu membuatkan aku berasa bersemangat.Kami diminta berjalan sebanyak tiga kilometer sebelum sampai ke khemah yang bakal kami ditempatkan selama tiga hari ini oleh komender yang menjaga kami selama kami berada disitu.Dan terdengarlah keluh-kesah dari beberapa pelajar kerana terpaksa berjalan sejauh itu.Biasalah itulah deraan yang pertama yang harus kami tempuhi oleh kami bagi melihat sejauh mana stamina kami mampu bertahan.
“Apa ni?belum apa-apa lagi dah kena jalan jauh ?”rungut salah seorang peserta.Aku yang mendengar hanya tersenyum.Dilihat ada jip yang datang tapi yang sedihnya bukan datang untuk mengangkut pelajar tapi bagi mengangkut beg-beg kami yang berpuluh-puluh itu adalah beg yang macam nak pergi shopping pun ada dan ada juga yang membawa beg tarik seperti beg yang selalu diusung oleh pelajar akademi fantasia bila terkeluar dari pertandingan dan bermacam-macam lagi.Sambil berjalan kami diiringi oleh seorang fasilitator atau dengan bahasa glamournya dipanggil ‘fecie’.
“Wei!kau rasa best tak aktiviti yang diorang nak buat ni?”ujar Hana sambil berjalan kami sengaja jalan lambat bagi menghayati kurniaan dan kehijauan yang ada disekeliling.Cewahh…
“Entah”jawab Ain
Aku hanya membiarkan mereka berbual sambil aku sedang kusyuk melihat di sekeliling dan apabila aku terpandang sebuah pondok kosong yang yang sedang kami lewati aku berpaling kearah Ain dan Hana.
“Wei!korang rasa rasa pondok tu berhantu tak?’
“Mulut kau tu kalau tak celopar bleh tak?karang aku suruh hantu tu kacau kau baru kau tau?”marah Hana sambil cuba memukul lenganku.Aku elak
“Tanya pun salah,iyelah kan tempat-tempat macam ni kan ke’keras’?”dengan ayat keras itu sengaja aku tekankan
“Wei minah!kalau dah tau tu,diam-diam sudah tak payah nak kecoh-kecoh,boleh tak?”balas Ain pula menyokong tindakan Hana.Aku tersenyum Cuma dan aku lihat Hana telah pergi jauh kedepan berdekatan dengan fecie yang mengiringi kami meninggalkan Ain dan aku.
“Budak ni,ni mesti nak meng’ayat budak fecie aku tengok muka budak tu pun lebih kurang baya kita jugak,kemetot je?’komenku kepada Ain.Apalagi kitorang pun bantai ketawa sampai ada peserta yang berada dihadapan tengok kita orang gelak tapi kita orang bukan jenis makan saman pun terus je kita orang gelak sampai rasa kejang perut kita orang dibuatnya. Selepas dua jam kami berjalan sampai kaki pun rasanya macam tak nak cecah tanah dibuatnya kami tiba tempat perkhemahan selepas itu kami disuruh untuk mendirikan khemah masing-masing memandangkan hari sudah menghampiri senja dan tak lama lagi azan maghrib kami diminta mandi disungai berhampiran selepas mendengar taklimat ringkas dari komander yang bertugas.
Selepas mandi dan berwuduk kami dikumpulkan bagi yang muslim dan terdengarlah sayup-sayup seorang peserta iaitu Syukor melaungkan azan memuji kebesaran Allah s.w.t dan bagi perempuan yang bercuti dan yang bukan muslim diletakkan dibahagian belakang.Usai saja solat berjemaah kami diberikan makan dan menu kami untuk malam ini adalah nasi putih dengan ayam masak merah bersama dengan sedikit sayur juga teh ‘o’ yang suam-suam kuku selesai saja kami makan kami diminta berkumpul beramai-ramai bagi aktiviti ‘ice breaking’ atau dalam bahasa melayunya sesi pengenalan diri.huhu…
“Baiklah,berdirinya saya disini saya ingin memperkenalkan kamu kepada mereka-mereka yang duduk dihadapan kamu ini tapi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya”dia berhenti sejenak dan memandang kearah kami yang sedang terlopong memandang ke arahnya
“Baiklah,berdirinya saya disini saya ingin memperkenalkan kamu kepada mereka-mereka yang duduk dihadapan kamu ini tapi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya”dia berhenti sejenak dan memandang kearah kami yang sedang terlopong memandang ke arahnya
“Saya adalah Tuan Kamarul tapi kamu semua boleh panggil saya dengan panggilan cikgu sebab saya juga adalah seorang cikgu dan sekarang sedang mengajar di sebuah sekolah di cheras sama seperti guru-guru kamu yang lain”sambungnya dan menunjuk kearah guru-guru yang berada ditepi.
“Dan saya juga adalah ketua komander di sini,okey sekarang saya akan memperkenalkan kamu kepada fecie-fecie kamu yang seramai 30 orang yang ensem-ensem belaka”dan tersenyum semua fecie yang kesemuanya lelaki kembang setaman selepas dipuji oleh cikgu kamarul.
“Ensem amendenya,ensem lagi datuk aku kat kampung.Haha!?”bisik aku kepada Hana dan apa lagi terkekek kami ketawa tapi yang malangnya reaksi kami telah dilihat oleh cikgu Kamarul.
“Iye kamu yang berbaju bertudung hitam itu ada apa-apa yang nak diperkatakan?”soalnya
“Ha! Tak ada apa-apa cikgu”jawabku tergagap dengan semua orang yang duk usha kami dengan bermacam-macam reaksi ada yang tersenyum,ada yang membuat muka pelik dan tak kurang juga yang mengutuk terutama geng-geng budak gedik iaitu geng Syafikah,memang dari awal aku alergi dengan budak ni apa lagi dia satu kelas dengan aku naik meluat aku dibuatnya dengan braces dia yang tak boleh blah lepas tu dengan suara dia yang konon ayu tu”Hei…pegeh dah lagi ayu lagi suara moyang aku”cemuh aku didalam hati tapi malu siot somebody please help me!!boleh tak tolong aku kepala aku sampai hilang ingatan sebab kes malu dah tahap cipan dah ni.hukhuk…aku hanya menundukkan kepala menahan pipi aku yang dah naik ‘blushing’ni.Apa kes?
Dan acara malam itu diteruskan dengan sesi pengenalan diri oleh setiap fecie sebab senang kami nak bertanya nanti tapi semua pakat pakai nama olok-olok sebab ada yang namanya pilotlah,Apailah,tupai pun ada jugak dan macam-macam lagi sebab kalau sebut seorang-seorang buat karan je sebab bukan boleh ingat semua sekali.Kami hanya bersurai bila jam sudah menunjukkan angka satu pagi barulah kami dibenarkan masuk ke dalam khemah masing-masing untuk beradu.Zzzz….