my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Tuesday, 28 February 2012

Sarangae...White Calla..bab4

Bab 4



    Selepas perhimpunan selesai para pelajar diarah untuk balik ke kelas masing-masing. Setibanya di kelas Sophie melabuhkan punggungnya diatas kerusi disebelah Amani sengaja mereka memilih tempat duduk di tempat duduk bersebelahan pintu kerana bagi mereka lebih mudah untuk mereka menumpukan perhatian sambil boleh usher budak-budak yang lalu lalang dan itu memang kegemaran mereka sejak awal persekolahan lagi.Hehe…bak kata Sophie bolehlah cuci-cuci mata tengok budak-budak junior ‘form 1’yang comel dan bolehlah aku buat jadi adik angkat memandangkan aku je yang bongsu dan perempuan sorang dalam family aku”kata Sophie bila pertama kali memasuki kelas lima Pascal kerana kedudukan mereka yang bertentangan dengan bangunan kelas-kelas tingkatan satu tapi yang memusykilkan sampai sekarang Sophie tetap juga berseorangan dan tidak seorang pun pelajar tingkatan satu yang dianggap menjadi adik angkat walaupun dia sering meronda-ronda blok tersebut. Selepas berapa lama duduk didalam kelas Sophie mengajak Amani ke koridor kelas bagi mengambil angin diluar dan Amani pun membuntuti Sophie sehingga keluar kelas.

       “Asal kau ajak aku lepak kat sini pulak?”dengan muka yang sengaja dikerutkan

     “Saja!malas aku lama-lama kat dalam kelas tu yang macam pasar borong tu?”

  Sambil kedua-duanya menjengukkan kepala mereka bagi melihat apa yang diperkatakan oleh Sophie sebentar tadi dan memang betullah yang diucapkan oleh Sophie kerana jelas kelihatan kelas yang huru-hara macam pasar borong kerana itulah kebiasaan yang akan berlaku di awal pagi begitu.Ada yang sedang mengulangkaji pelajaran,ada yang sedang berborak sesama sendiri dan tak lupa yang sedang berkejaran dikeliling kelas selepas diusik oleh teman-teman.

     “Hmm..biasalah tu.jap lagi kalau cikgu dah sampai diamlah diorang tu,mulalah jadi budak-budak yang paling baik kat dunia padahal perangai semua dah macam beruk mak yeh”sambil menjuihkan bibirnya.Selepas habis berbicara dipalingkan mukanya kearah Sophie yang sedang termenung panjang.

     “Hei!asal dengan kau ni tetiba je boleh termenung?”sergah Amani dengan sengihan yang panjang.

     “Eh!tak adalah”bohong Sophie sambil memalingkan mukanya kearah kelas-kelas yang berderet  yang berada di blok yang berhadapan dengannya lantas dibuang keluhan yang sangat berat  dirasakan sebelum membuang  pandangannya keatas langit yang cerah memancarkan suria paginya.

      “Eleh!dengan aku pun kau nak bohong ke?Abis tu yang kau nangis pagi tu apa,kalau dengan Saiful bolehlah kau bohong tapi dengan aku tak payahlah bukan hari ni aku kenal kau,dah lama sangat Ophie?”balas Amani dengan riak tidak puas hati.Sophie yang mendengarnya hanya tersenyum sumbing.

       “Haha!payah aku nak bohong dengan kau ni kan?dah macam tok bomoh pulak kau ni?”dengan muka yang masih keruh.

       “Takpelah biar aku teka?kau teringat kat Putra lagi kan?”balas Amani dengan wajah selamba.Sophie yang mendengar cukup tersentak.

      “Macam mana kau tau?”dengan kening yang dikerutkan

      “Alah, Ophie walau sekasar mana pun kau dan senakal mana pun sikap kau kalau dah masuk hal yang berkaitan dengan Putra mesti kau akan ‘down’ secara 360 darjah dan benda ni bukan aje aku yang perasan malah kawan-kawan kita yang lain pun dah tahu sangat dengan perangai kau yang satu ni?”dengan tangan Amani yang sudah berada diatas bahu Sophie sambil mengusap-usap secara perlahan bahu Sophie.Sesungguhya apa yang telah berlaku ke atas Sophie tentang Putra telah diketahui oleh Amani dan rakan-rakan rapatnya yang lain kerana mereka yang setia mendengar apa yang selalu ingin diluahkan oleh Sophie selama  ini dan benda ini yang merubah darjah perangai Sophie yang lembut sebelum pemergian Putra kerana itulah yang telah dijanjikan kepada Putra sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan satu silapnya Sophie apabila dia berfikir jikalau dia menjadi seorang yang kasar dia akan menjadi seorang yang kuat dan tabah tapi nasib baik tudung kepala masih di pakai oleh Sophie dan itu menampakkan sisi seorang perempuan Sophie kalau tidak pasti orang akan menyangka Sophie seorang yang tomboy kerana setiap kali berjalan dia akan menyingsingkan lengan baju sehingga ke paras siku dan berjalan seperti lelaki dan bila  ditegur dia hanya membuat muka bodoh dan mengatakan rimas.

       “Entahlah Amani,aku pun atau nak buat macam mana sebab setiap kali ada orang sebut pasal Putra aku akan rasa sedih dan teringatkan apa yang pernah dia ucapkan kat aku.Uhh…entahlah Amani”dengan nafas yang berat dilepaskan ke udara.

         “Chill lah beb!itu yang selalu  kau cakapkan kat kita orang bila kita orang sedih kan?”dengan tangan yang masih di atas bahu Sophie sambil mengoyakkan senyuman untuk Sophie.Sophie yang mendengar hanya mampu tersenyum pahit kearah Amani.

        “Lagi pun kita masih muda meh,patutnya kita enjoy?’sambung Amani sambil mengangkat tanganya seperti dalam sitcom puteri yang disiarkan di tv3.Sophie yang melihat tergelak melihat perangai keanak-anakan Amani.

        “Hah! Macam tulah baru Ophie yang aku kenal,yang selalu senyum walaupun nakal.hehe..”lantas memeluk Sophie bagi mengembalikan semangat Sophie yang telah hilang sebentar tadi.Sophie hanya mampu membalas sambil menghamburkan tawanya di bahu Amani.Selepas beberapa saat mereka meleraikan pelukan sebentar tadi.

        “Ish! Kau ni janganlah peluk aku sangat nanti orang tengok diorang pikir aku dengan kau pasangan songsang pulak nanti jatuh harga duit hantaran aku?”sambil ketawa Amani yang mendengar sempat mencubit lengan Sophie akibat geram dengan perangainya yang satu ini.

        “budak ni dah mula perangai lama dia balik padahal baru kejap tadi main tangkap syahdu dengan aku.Ish ish..”leter Amani di dalam hati sambil menampar-nampar bahu Sophie

       “Hei! Dahalah tu abis lebam badan-badan aku karang,ish budak ni aku sekeh jugak karang”sambil cuba menepis serangan yang dilontarkan oleh Amani.”Nanti orang ingat kita pasangan songsang pulak”sambung Sophie

        “Pasangan songsang kepala hangguk kau?”balas Amani sambil membuat muak cemerut.

        “Okeylah,apa kata kita masuk kelas,kejap lagi mesti Cik Tan datang tak pasal-pasal kita kena leter dengan dia pulak  sebab dia bukan suka sangat anak murid dia bersidai kat luar ni.Tak tahan aku nak dengar mulut anak dara tua tu berleter?”sambil menolak Amani masuk ke dalam kelas dan Amani hanya menurut.Tapi langkah Sophie terhenti apabila melihat seseorang sedang memandang kearahnya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.Kejap bukan seorang tapi berdua siapa lagi kalau bukan Hariz yang dilanggarnya pagi tadi. Sophie hanya mampu membalas senyuman Hariz dengan senyuman pahit kerana berasa malu dengan apa yang berlaku pagi tadi.

       “Ish! Apa mamat ni pandang aku sambil senyum-senyum pulak tu,buat aku malu je”bebel Sophie sambil menonong masuk ke dalam kelas.Hariz yang masih melihat Sophie berlalu pergi masih tersenyum simpul sampai Syukor yang berada disebelahnya naik hairan dibuatnya.

       “Woi bro! yang kau tersengih sorang-sorang macam orang tak betul ni,apasal?”sergah Syukor dan itu membuatkan Hariz tersedar.

       “Tak adalah,mana ada aku senyum,pandai-pandai kau je”bidas Hariz sambil memusingkan badannya menghadap padang yang terbentang luas dihadapannya.

      “Ek’eleh,kepala hangguk kau tak senyum,aku nampak tadi kau tersenyum macam kerang busuk,kau senyum kat siapa sebenarnya ni?”dengan kening yang bertaut

      “Iye ke aku senyum tadi,aku tak perasan pulak tadi?”sambil ralit melihat budak-budak sedang sibuk berlatih  bermain bola sepak.

       ”Mungkin diorang tengah p.j.k(pendidikan jasmani dan kesihatan) kot?”bisiknya didalam hati.Kerana itulah kebiasaan yang akan berlaku di padang sekolah pelajar akan bermain sama ada secara individu atau berkumpulan bagi mengeluarkan peluh tak kurang  juga hanya berborak kosong dan kebiasaannya adalah perempuan dan apa lagi kerja mereka kalau bukan gossip.Lumrah alam.

        “Ish kau ni!dengar tak  apa yang aku cakap ni?boleh pulak dia termenung”sergah Syukor kerana geram dengan perangai Hariz yang buat endah tak endah.

        “Sory lah lagi pun aku sibuk duk usha  budak-budak yang tengah main bola kat padang tu.Hehe.lagipun apa salah ke aku senyum .Senyum tu kan sedekah?”soal Hariz dengan matanya yang tak lepas memandang.

        “Memanglah tak salah kau senyum  tapi tahap senyum kau tu bukan senyum sedekah tapi tahap macam orang gila meroyan kau tau tak?”sambil ketawa
        “Suka hati je kau cakap aku gila meroyan,meh sini aku belasah kau sampai jadi betul-betul gila meroyan kau datang,baru kau tau gila meroyan tu macam mana?”sambil mengejar Syukor masuk ke dalam kelas dan Syukor lantas membuka langkah seribu dengan ketawa yang berdekah-dekah.



                                                      *****



              Selepas pulang dari sekolah Hariz merasakan badannya begitu letih selepas mencampakkan beg sekolah yang di sandangnya dibahu ke atas katil dia lantas merebahkan badan yang telah keletihan dan tanpa sedar dia meraba-raba kocek seluarnya dan terasa sesuatu selepas mendapat apa yang disentuhnya di bawa ke depan muka setelah melihat apa yang dipegang olehnya dan dia terus tersenyum.

           “Lah, sapu tangan aku rupanya?”dibelek-beleknya sapu tangan itu dan baru dia tersedar ada sedikit calitan berwarna merah seperti darah di atas sapu tanganya dan itu yang membuat dia teringat apa yang berlaku pagi tadi di sekolah.Lantas dia teringatkan wajah Sophie yang berada didakapannya membuat dia tersenyum lagi.

          “Hei.. lah Ophie,budak tu aku rasa  comel jugak tapi perangai kelam-kabut dia tu yang tak boleh blah,dengan muka dia yang blushing tu buat aku nak tergelak je?”dan membawa sapu tangan itu ke atas dadanya.

         “Ish! Tapi kenapa masa aku peluk dia aku rasa berdebar sangat macam nak meletup jantung aku dibuatnya?”memandang semula kearah sapu tangan itu

        “Aku rasa dia cantik sangat tadi”keliru

       “Ah! Tak mungkin aku angau kat dia tapi tadi kenapa aku nampak macam dia tengah sedih bila kat koridor tadi,siap ada adegan peluk-memeluk lagi tu?”

     Dan tangan kirinya dibawa ke dagu dan diurutnya secara perlahan-lahan seperti orang yang kebingungan.

       “Hariz! mari turun makan?”teriak Puan Habsah dari bawah dan itu yang membuatkan Hariz tersentak dari lamunannya dan terus terbangun dari katil bujangnya

       “Baik ma,tunggu kejap Hariz nak solat?”

       “Ish! Aku ni dah sasau ke apa pikirkan budak tu?bukannya penting pun,baik aku mandi dan solat daripada mama membebel kat aku naik bingit telinga dibuatnya”bebel Hariz dan sapu tangan tadi diletakkan kedalam laci meja belajarnya terus mengambil tuala yang tergantung dibelakang pintu dan melangkah ke dalam bilik air yang tersedia didalam bilik tidurnya.

title :)

ok...u olzzz...saya dah dapat tajuk utk novel nie
        tajuk: Sarangae...White Calla.
   kenapa saya pilih tajuk nie...macam pelik but cute kan?
hehe....takpe anda teruskan bace novel nie nanty anda akan
tahu kenapa saya memilih tajuk yang diperkatakan itu
ok ok...untill next entry...i'll miszz u ollzzz...bahsyah...:)
    next chapter adalah di entry yg seterusnya ini
                           Enjoy....:)

Thursday, 9 February 2012

tears....:(

haiii....saye nak tell kat sesiapa yg bace entry ni.kenapalah sekarang nie my tears cepat sangat nak turun dan hati saye cepat touching...haish...very very unlike..but what should I do?...for those yang bace jangan jadikan ia sebagai benda yang baik Bcoz ia langsung tak bagus..(hish...apa aku merepek nie)...hope u olzz pahamlah ye apa yang saye cube sampaikan..ok2...kepada sape yang tak paham pu buat2 jer paham...boleh plak kan?

saya nak bagitahu nie even though kita perempuan kita kena kuat and jangan cepat sangat tears jatuh k..(eceh...padahal ckp diri-s'diri)..ok sebenarye saye pun dah tak tahu nak tulis apa?..

untill the next entry i'll will miss u olzz...Bahsyah,,,^^

Wednesday, 8 February 2012

jom nyanyi sama2...

      Ok2...lagu nie utk 'someone'.saya tahu dia takkan pernah bace entry nie tapi takpe lagu nie utk die..bunyi macam orang frust je?answer: no lah..,bunyi macam orang tengah fall in love jer?answer:tidaklah...by the way lagu nie untk 'dia' sebab saya sangat sangat rindukan dia saat ni, ketika nie...saya s'diri tak tahu kenapa saya tetiba sangat rindukan dia...but just forget it about this...k.. kite layan dulu lagu jiwang karat saya ini dulu...

Jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh
dan sendiri

tanpa ada kamu siapa pun di sini
ku menanggis...

kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik untukku
butakakan hatiku
kau pergi begitu saja
tak ku tahu
ku tlah layu

munkin kernaku
terlalu mencintaimu
ku terluka...

ke mana ku berlari
ke mana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

kebodohanku telah
anggap dirimu
kan baik untukku
butakan hatiku
kau pergi begitu saja
tak ku tahu
ku terluka

ke mana ku berlari
ke mana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku

ke mana ku berlari
ke mana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

ke mana ku berlari
ke mana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku

ku cintai ...namun benci
caramu mencintaiku...


ok...untill the next entry i'll will mishh u ollz...Bahsyah...

Bagus ko ye...Haish..

    Pasti anda tertanya-tanya mengapakah,bagaimanakah dan apakah entry saya kali ini begini tulisannya.hmm...jangan risau entry ini bukan untuk acara kutuk-mengutuk or whatever it is...tapi hanya nak meluahkan apa yang saya buat hari ni+macam kutuk diri sendiri..it's better dari saya kutuk orang lain kan kan...(anggukkan kepala jika anda setuju)..hehe...ok..shut up  now.
     hari nie+sekarang ni saya sedang m'dengar lagu and u know what saya tengah dengar lagu-lagu koleksi opick such as Maha Melihat,rapuh, dengan Mu aku tenang..what the very islamik right?...saya menyarankan kepada anda yang sedang membaca entry silelah pergi ke youtube dan dengarkanlah lagu2 die yang best nie...i'm sure u will like it as much as i like too..hukhuk...
     ok2...kita sambung balik citer sebenarnya saya kena buat assignment writting for the media..for those yang taktau die macam kena buat news yang u ollz bace kat newspaper or seangkatan dengannya and u ollz nak tau saya bukan tak nak buat assignment tu tapi banyak Gilerrr...assignment tu dari exercise 5.1 untill 5.10..ahaaa...mesti u ollz tak caye kan?..(angguk sekali lagi jikka anda setuju)..hehe...tapi apa saya boleh buat nak taknak saya kena buat jugak larhh kan?i try my best kita tengok sapai mana saya dapat buat ok?...tapi apa yang bagusnya saya nie walaupun  banyak assignment nie saya sempat lagi nak dengar lagu+tgk youtube+pesbuk+update my lovely blog larhh too...bagus ko ye...tak gitu yang anda akan katakan kepada saya...ok?sekarang dah tahu kenapa entry saya berbunyi seperti yang diatas...
     hmm...takpe larh...samapai disini saja dulu...untill the next entry...I'll miss u ollz...(ok...shut up)...time to work...Bahsyah...<3

Tuesday, 7 February 2012

drama i luv most...

   Now...menunjukkan pukul 12.22 tgh hari..hmm...saya tengah menonton drama stairway to heaven...(versi korea ok)...sape tengok?...angkat kaki...hahahaha...gurau saje...kenapa saye suke sangat citer nie?...Bcoz drama nie yang akan buat saya nangis walaupun dah banyak kali saya tengok citer nie...hmm...Bcoz..is sooooooo....damn touching into my heart  (what the...berterabur all my english words,,,sory yeah sbab saya admit yang saye memang tak fasih dengan speaking all that mat saleh words k...i've just used broken english haha...)
    Ok larh...saye cite knape citer nie  touching sangat...Bcoz...saye sangat suke bile lelaki tu sanggup kejar that girl biarpun that girl tak ingat dia langsung ok..and i like the way 2 org lelaki yang sukekan that girl..(ok2 before i forgot name girl tu Han Jung Suh..and for the 1st lelaki is Song Ju and another one is Cheol Soo..)...and guest what sape yang akan dapat Han Jung Suh akhirnya?...

    Jawapannya adala...tak sorang pun dapat dia Bcoz at the end Han Jung Suh akan meninggal...what the sad ending right but u ollz dun worry sebab sebab sblm Han Jung Suh meninggal di akan kahwin dengan Song Ju...and what happen 2 Cheol Soo?...jeng jeng...hmm...dia pun akan meninggal jugak Bcoz dia sengaje m'accident dirinya agar dia dapat demakan mata die untuk Han Jung Suh...seriously scene tu buat saya nanggis sangat2...
      
    Dan kepada korang yang tengok or belum tengok saya sarankan anda menonton drama itu...hehe..Bcoz saya rase citer ini lebih touching dari ombak rindu or other movie or drama yang anda tonton sebelum ini...tipulah kalau anda tak nangis or either sentap sekalipun dengan citer nie...haha...

     Drama nie sangat sangat dramatics okey...kalau anda tonton anda akan rase sedih, benci, bengang, sakit hati sampai rase nak belasah jer watak perempuan jahat dalam drama nie tapi die perempuan tu cantik sagat..so cancel2...haha... or ketawa sebab semuanya ada dalam citer nie..jadi jangan lupa tengok k?..
     
    Ada satu lagi saya nak citer...dalam citer nie korang akan tengok perempuan jahat and Cheol Soo tu macam psyco tau sebab dorg sangat dengan orang yang orang yang mereka cintai tapi sayang dorang  tak dapat cinta mereka but kadang2 say rase kesian kat dorang berdua...hmmm...tapi saya  salute kat Cheol Soo sanggup serahkan Jung Suh kepada Song Joo walaupun dia sangat cintakan Jung Suh dan sanggup dermakan mata dia kat Jung Suh untuk Jubg Suh melihat semula dan melihat kekasih hati die or soul mate die iaitu Song Joo...how the touching right...hmmm...

   What ever it is Sarangae Stairway to Heaven Drama untill when when haha...

Owhhh...nak bagitau jugak drama korea pertama yang saya tengok adalah Autumn in my heart dan pelakon die u ollz nak tau sape?...Song Seung Hoon...damnn...hensem sangat2...dan the girl is perempuan dalam cite full house..that's right i know u ollz mesti watching kan citer tu...yang cantik+comel...credit to her...haha....

   But the same thing citer tu pun SAD ENDING...what again right...but for me...saya tak kesah Bcoz tak sume citer harus berakhir dengan HAPPY ENDING right...hmmm...

For those yang suke cerita korea mari kita high five ramai2...hahaha....
ok2 sampai sini saja saya merepek meraban di entry ini plus dengan ayat englih yang super duper broken english...I'M SORRY...

untill the next entry i will miss u ollz...tada...Bahsyah...:D..XOXO
   

Thursday, 2 February 2012

sebab ada request dari kawan saya suruh post bab seterusnya...:)..harap anda sukakanya yaw...haha...

                           Bab 3
           SOPHIE tersentak.Sesungguhnya kenangan lama itu telah menjadikan dia menjadi Ophie hanya ingin dilihat kuat oleh orang lain dan tidak menjadi lemah kerana itu yang telah dijanjkan bersama-sama dengan arwah Putra dulu.
         “Aku dah janji dengan Putra yang aku takkan menangis lagi dan aku sekarang bukan lagi Sophie yang lemah dan cengeng lagi sebab aku sekarang dah jadi Ophie yang kuat dan takkan menanggis lagi”kata Sophie sendirian kepada imej wajahnya dikaca sambil tersenyum dia melangkah keluar dari tandas dengan semangat baru.
     Sambil melalui lorong yang menuju kearah kantin sambil membalas sapaan yang ditujukan kearahnya dia hanya senyum bila ditegur.Sampai saja ditempat yang selalu digunakan oleh Sophie dan rakan-rakan untuk melepak sementara menunggu loceng berbunyi ditempat yang sedikit tersorok dan bila semakin mendekat dengan Amani yang sedang sibuk menulis sesuatu terus saja disergah dari belakang.
        “Hah..”sergah Sophie sambil terkekek-kekek ketawa melihat Amani yang terkejut akibat disergah sambil melayangkang Hi five.. kearah Saiful yang galak  ketawa.
        “Malaun kau Opie…terkejut aku dibuat dek kau nasib baik aku tak ada ‘heart attack kalau tak dah lama inalillah”sambil cuba memukul Ophie menggunakan buku yang dipegang olehnya sambil diperhatikan oleh budak-budak yang berada berdekatan kami.Ophie dan Saiful hanya ketawa melihat muncung Amani yang sedepa siap boleh buat penyangkut baju lagi tu.
        “Alah…sory beb,aku saja je habis tu aku tengok kau kusyuk sangat aku gian nak kacau kau”sambil tersengih sumbing.
        “Banyak kau punya gian”sambung Amani
       “Sorylah beb,meh aku peluk kau”balas Sophie  sambil memeluk Amani dengan kuat selepas beberapa ketika dilepaskan pelukan itu.Dan Amani terus berpaling  kearah Sophie.
       “Eh,kejap kau baru lepas menangis ke Ophie?”Tanya Amani sambil merenung kearah mata Sophie yang masih merah akibat menangis sebentar tadi dan Haziq pun menyampuk.
        “A’ah.kau nanggis ke tadi?”
       “Ish..mana ada aku nangis,ni Ophie lah mana ada pernah nangis”bohong Sophie sambil mendabik dada sambil cuba tersenyum tapi pahit.
        “Eh,korang sejak bila ada orang lain kat ‘port’ kita ni?”saja menukar  topik kerana tidak mahu terus di soal siasat oleh mereka berdua.
       “Biarlah dorang Ophie lagi pun dorang budak-budak kelas aku jugak”balas Saiful
    “Ohh…yeah.okeylah kalau macam tu,eden tak kesahh”balas Sophie.Dan tidak lama selepas tu Ain dan Hana datang menghampiri mereka dan begitulah biasanya yang akan berlaku setiap pagi kami akan berkumpul dan berborak atau pun kami akan membuat kerja sekolah yang tak siap atau untuk kata lainnya meniru sebenarnya.hehe…Amani adalah kawan sekelas dengan aku dan dia jugak adalah tempat aku bergaduh bila dalam kelas,Saiful  pulak adalah kawan aku sejak sekolah cuma bila masuk tingkatan 1 di pergi ke sekolah berasrama penuh tapi tak tahan lama sebab selalu kena buli dengan budak senior sebab perangai dia yang auw auw sikit.hehe…jadi masuk tingkatan 4 dia minta pindah ke sekolah aku.Ain dan Zana aku kenal sejak tingkatan 2 tapi mula rapat sejak di tingkatan 3 sebab kita orang sama-sama mintak jadi pengawas pusat sumber.Tidak lama selepas itu bunyi loceng pun kedengaran.
       “Wei…jomlah gerak pergi perhimpunan”ajak Saiful dengan dengan tangan dilentokkan kearah kami seperti nyah.
       “Saiful cuba jadi lelaki sikit,janganlah buat gaya ‘patah’kau tu,jap lagi aku patahkan betul-betul baru kau tau?”tengkingku kasar saja untuk menakutkan Saiful sambil mata sengaja aku jengilkan.Dan yang lain sudah ketawa terbahak-bahak
        “Ish..garangnya cik Sophie ni,Iyelah aku cuba jadi lelaki.Puas!!!?”kata Saiful dengan nada protes sambil tangannya cuba dikeraskan dan berjalan seperti orang yang sedang berkawad.
        “Dah macam robot pulak aku tengok mamat ni?”kataku didalam hati lantas tergelak kecil sambil mengeleng aku ikut langkah mereka menuju ke perhimpunan.Tapi  apabila hampir tiba di tapak perhimpunan barulah Sophie tersedar yang dia telah tertinggal botol air yang diletakkan di atas meja kantin.
          “Wei, tunggu jap,aku rasa aku tertinggal botol air aku kat atas meja tadi”kataku kepada yang lain.
          “Kau ni kan Ophie kalau tak tinggal benda ke,tersadung  bukan Ophielah namanya,uhh…nilah perangai kau sejak dulu yang tak pernah berubah”sahut Saiful sambil tangannya terawang-awang seperti seorang ibu yang sedang menasihati anaknya.
          “Ek’leh kerek giler sotong ni,nanti aku buat nasik goreng sutun karang baru tau”bidas Sophie dengan penumbuk sengaja dikepalkan dan ditujukan kearah Saiful yang lain mendengar hanya tersengih kerana sudah arif dengan perangai Sophie yang suka cakap lepas tapi berhati baik dan dia hanya bercakap tapi tidak memaksudkannya.
         “Auw…janganlah.okeylah aku ‘surender’?”kata Saiful dengan muka yang ditutup dengan menggunakan tangan dan diangkat seperti orang yang menyerah kalah.
         “Tau takut,lain kali jangan nak cari pasal dengan Ophie”balas Sophie sambil tersenyum kambing kerana geli hati dengan gaya yang ditunjukkan oleh Saiful.”Ee…mamat ni baru gertak sikit dah kecut.hehe…”monolog Sophie didalam hati.
         “Okeylah, aku chiow dulu korang gerak dulu nanti aku masuk barisan”selepas berkata Sophie terus melangkah kearah kantin.
           “Ophie tunggu aku.Aku nak follow kau”teriak Hana sambil tergesa-gesa cuba menyaingi langkah Sophie yang telah jauh didepan.Selepas mendengar teriakan Hana itu Sophie terus berpaling dan menunggu agar dapat bersama-sama berjalan dengan Hana.
          “Asal kau nak ikut aku ni,kita bukan satu kelas pun?”tegur Sophie  selepas Hana berada disebelahnya.
          “Aku saja nak ikut kau,malas nak masuk awal kat barisan.hehe..”balas tersengih kearah Sophie.Sophie yang mendengar hanya tersenyum cuma kerana sudah tahu dengan perangai Hana yang suka membuat perangai gila-gila sama seperti dirinya
        Selepas mengambil botol air yang berada di atas meja Sophie terus mengajak Hana pergi ke perhimpunan kerana telah ditegur oleh pengawas yang sedang bertugas.Sedang Sophie dan Hana sibuk berbual tanpa memandang ke depan.Tiba-tiba Sophie bertembung dengan seseorang yang juga sedang tergesa-gesa untuk ke tapak perhimpunan dan badan  Sophie yang sedikit lebih kecil dari pemuda itu terus terpelanting dan terduduk.
         “Auch…buta ke?”teriak Sophie dengan nada geram tanpa memandang kearah orang yang telah membuat dia jatuh kerana sedang ralit memandang tangannya yang cedera sedikit akibat kemalangan kecil  yang tak disengajakan itu dan Hana yang melihat keadaan itu hanya mampu terdiam kerana tergamam dengan apa yang sedang berlaku.
        “Alamak,sory Ophie aku tak sengaja?”tegur lelaki itu dengan riak wajah yang serba salah dan pemuda yang melanggarnya adalah Hariz Haikal dan Sophie mengenalinya  kerana Hariz adalah ketua kadet polis yang juga merupakan unit berumiform yang disertai oleh Sophie dan rakan-rakannya yang lain.Dan Hariz merupakan antara pelajar yang agak terkenal disekolah kerana banyak membabitkan diri didalam apa-apa pun acara sukan yang diadakan di sekolah dan ditambah pula dengan mukannya yang agak tampan membuatkan ramai yang meminatinya dalam diam termasuklah kawan aku yang seorang ni.Hana dan aku cuma mengenalinya waktu hari pendaftaran bagi menyertai kadet polis dan itu semua aku ketahuinya melalui Hana kerana selama aku berada di sekolah ini aku jarang mengetahui sesiapa yang ‘famous’ kerana apa yang aku tahu aku malas nak ambik tahu pasal orang lain tapi kadang-kadang tu adalah aku menempek dengan kawan-kawan aku yang lain saja untuk mengisi masa yang terluang sambil mendengar gossip”hmm..adatlah perempuan bergosip”.
          “Come,biar aku tolong kau”balas Hariz sambil menghulurkan tanganya.
         “Tak payah aku boleh bangun sendiri bukannya aku dah jadi arwah pun lagipun aku ni perempuan,bukan muhrim”ujar Sophie sambil cuba bangun sendiri tapi entah dimana silapnya Sophie terasa ingin jatuh lagi tapi sempat disambut oleh Hariz yang  berada di hadapannya dan dengan tidak sengaja Hariz memeluk erat pingang Sophie dan Sophie memaut lehernya didalam keadaan kelam-kabut itu selepas berpaling  kearah siapa telah menolongnya dan kedua-duanya  tergamam. Hariz dan Sophie hanya dapat melihat diantara satu sama lain seperti ada satu perasaan aneh dan juga seperti ada satu renjatan elektrik yang menyelinap di dalam sanubari mereka.”Cantiknya minah ni,mata dia buat aku terpana dan ingin  terus memandangnya”ujar Hariz didalam hati.
         “Ish…kenapa hati aku rasa berdebar ni,asal aku rasa lain bila dengan dia”monolog Sophie didalam hati dengan perasaan yang penuh debar. Tapi mereka terus berpandangan tanpa menyedari Hana yang sedang melihat sketsa mereka dengan mulut yang terganga luas.Hariz melepaskan pelukannya selepas tersedar Hana yang sedang berdehem.
         “Ehem ehem..”kata Hana sambil tersenyum.Hariz hanya tersipu malu dengan keterlanjuran yang telah terjadi dan Sophie pula telah memalingkan muka kearah lain sambil menepuk-nepuk kepalanya kerana malu dengan apa yang telah terjadi.
          “Hmm…terima kasih sebab tolong aku”ucap Sophie tanpa memandang ke arah Hariz dan menarik Hana untuk beredar tapi baru  beberapa tapak Hariz memanggil kembali.
         “Ophie,tunggu jap?”panggil Hariz dan panggilan itu membuat Sophie dan Hana berhenti serta-merta.
       “Alamak apa yang mamat ni nak lagi tak cukup lagi ke dengan drama Hindustan yang jadi tadi,uhh…?”bebel Sophie didalam hati tapi dengan berat hati terpaksa juga dia berpaling bila merasakan Hariz sedang berdiri di belakangnya.
       “Hmm…sebenarnya aku nak bagi sapu tangan ni kat kau sebab tadi aku tengok tangan kau berdarah?” selepas mengambil sebuah sapu tangan yang diseluk dari koceknya.
     “Ooo…yeah.thanks”balas Sophie dengan riak muka sedikit cuak dan terus mengambil sapu tangan yang dihulurkan oleh Hariz. Selepas menyapu darah ditelapak tangannya terus saja disuakan semula sapu tangan tersebut kepada Hariz. Hariz yang melihat tingkah laku Sophie itu hanya mampu tergamam.
      “Alah,ambiklah balik sapu tangan kau ni”ujar Sophie lantas mengangkat tangan Hariz dan meletakkannya di atas tapak tangan Hariz kembali sambil tersenyum. Selepas itu Sophie menarik tangan Hana untuk berlalu pergi.
       Hariz yang melihat Sophie dan Hana berlalu pergi hanya tersenyum sumbing dan memandang semula kearah sapu tangan yang berada ditelapak tangannya sebelum bertindak memasukkan sapu tangan itu semula ke dalam kocek seluar sekolahnya “kalut betul minah ni”ujar Hariz didalam hati sebelum beransur pergi kearah barisan kelasnya.Dan disepanjang perhimpunan yang berlangsung lebih kurang satu jam dengan celoteh yang terpaksa didengar dari pengetua sekolah.
       “Uhh…bila nak habis ni?naik kematu pungung aku kena duduk kat atas tar ni pengetua ni pun satu asyik nak membebel benda yang sama je,aku tau lah dah dua minggu tak jumpa dengan kitorang semua tapi lepas ni je lah tak n ampak ke aku macam cacing kepanasan duduk kat atas karpet tar ni?”bebel Sophie sendirian.Tapi tak lama selepas tu timbul pula akal nakalnya.Batu-batu kecil diambil dan diselitkan  diantara jari hantu dan dan ibu jari bila sudah menetapkan ‘target’ iaitu kearah Ain yang sedang kusyuk membaca novel.”Oo…orang tengah sibuk dengar ceramah dari tadi ,kau pulak sibuk dengan melayan perasaan melayan novel jiwang karat kau,ehh..aku pun sama apa?siap kau”bisik Sophie didalam hati selepas menepatkan sasaran tepat kearah Ain terus saja dijentik tapi batu tersebut tidak menepati sasaran kerana yang terkena batu itu adalah Zikri budak yang  agak gemuk duduk bersebelahan dengan Ain dan Zikri pun tertoleh-toleh ke belakang dengan badannya yang agak ‘comel’ itu. Selepas melihat batu yang dijentik tidak mengenai sasaran Sophie pun menundukkan kepalanya bagi mengelak dilihat oleh Zikri.  
         “Mampus aku,macam mana boleh salah ‘target’ pulak ni?terkena pulak kat budak gemuk tu,kalau dia tau aku yang baling,mahu aku dihempapnya dengan badan yang macam sumo tu,mau penyek aku dibuatnya?”bisik Sophie sendirian dengan menunduk-nundukkan kepalanya seperti orang yang sedang berperang saja lagaknya dibelakang Amani yang sedikit lebih berisi berbanding Sophie.Amani yang merasakan Sophie yang sedang menunduk dibelakangnya.”Yang kau tertunduk-tunduk ni,kenapa?ni mesti kau ada buat salah kan?soal Amani sambil mencuba untuk menjeling kebelakangnya.Tapi belum sempat berpaling muka Amani telah ditampar secara lembut oleh Sophie dan lantas berpaling Amani dibuatnya.
        “Ish..kau ni,diamlah!tolonglah ‘cover’ aku,aku baru lepas tembak orang ni”balas Sophie
        “Hah!kau tembak sape?mana kau dapat pistol,kau ni biar betul?”jawab Amani dengan muka panic.
        “Eh choi!! Bukan tembak orang pakai pistollah,apa ke lurus bendul sangat kawan aku ni?”bidas Sophie
       “Abis tu tadi kau cakap kau  tembak orang?”soal Amani lurus.
      “Aku bukan tembak dia pakai pistol tapi aku baling dia je pakai batu kecik ni”
     “Oo..aku ingat apalah tadi,Abis tu kau tembak kena sape?”soal Amani
     “Tadi aku nak hala ‘target ‘ aku kat Ain tapi terkena si Zikri budak gemuk tu pulak?”jawab Sophie dengan muak yang masih disembunyikan.
     “Hah!Zikri,kau giler ke ape sekali dia tempeleng  kau,berpusing kau sampai seratus kali,siap sewel lagi.Pakej.hehe…?”sambung Amani dengan ketawa yang terkekeh-kekeh.
    “Wei,mulut kau jangan celopar sangat,kalau dia tempeleng aku,aku sambung balik tempeleng kepala kau,baru kau tau?”balas Sophie dengan tangan sengaja dibukak luas-luas seperti ingin menampar orang.
     “Hehe..Okeylah,aku mintak maaf?’ujar Amani sambil tangannya kedua-dua belah dicantumkan seperti orang yang ingin memohon maaf di pagi raya pula lagaknya.
     “Tau takut,sekarang ni kau tolonglah lindung aku dari budak gemuk tu cepat?”balas Sophie.
      “Okey okey!aku ‘cover’ kau?”ujar Amani sambil menghadang badan Sophie dari dilihat Zikri.
      Dalam masa yang sama ada orang lain yang sedang melihat mereka dari barisan hadapan sambil mengelengkan kepala melihat telatah yang mencuit hatinya sebentar tadi.Hariz memalingkan mukanya ke depan dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.
                                                  



 kalau ada apa yang kurang dengan hasil tangan saya harap anda maafkan saya...pogive me k..<3 <3 <3