my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Tuesday, 28 February 2012

Sarangae...White Calla..bab4

Bab 4



    Selepas perhimpunan selesai para pelajar diarah untuk balik ke kelas masing-masing. Setibanya di kelas Sophie melabuhkan punggungnya diatas kerusi disebelah Amani sengaja mereka memilih tempat duduk di tempat duduk bersebelahan pintu kerana bagi mereka lebih mudah untuk mereka menumpukan perhatian sambil boleh usher budak-budak yang lalu lalang dan itu memang kegemaran mereka sejak awal persekolahan lagi.Hehe…bak kata Sophie bolehlah cuci-cuci mata tengok budak-budak junior ‘form 1’yang comel dan bolehlah aku buat jadi adik angkat memandangkan aku je yang bongsu dan perempuan sorang dalam family aku”kata Sophie bila pertama kali memasuki kelas lima Pascal kerana kedudukan mereka yang bertentangan dengan bangunan kelas-kelas tingkatan satu tapi yang memusykilkan sampai sekarang Sophie tetap juga berseorangan dan tidak seorang pun pelajar tingkatan satu yang dianggap menjadi adik angkat walaupun dia sering meronda-ronda blok tersebut. Selepas berapa lama duduk didalam kelas Sophie mengajak Amani ke koridor kelas bagi mengambil angin diluar dan Amani pun membuntuti Sophie sehingga keluar kelas.

       “Asal kau ajak aku lepak kat sini pulak?”dengan muka yang sengaja dikerutkan

     “Saja!malas aku lama-lama kat dalam kelas tu yang macam pasar borong tu?”

  Sambil kedua-duanya menjengukkan kepala mereka bagi melihat apa yang diperkatakan oleh Sophie sebentar tadi dan memang betullah yang diucapkan oleh Sophie kerana jelas kelihatan kelas yang huru-hara macam pasar borong kerana itulah kebiasaan yang akan berlaku di awal pagi begitu.Ada yang sedang mengulangkaji pelajaran,ada yang sedang berborak sesama sendiri dan tak lupa yang sedang berkejaran dikeliling kelas selepas diusik oleh teman-teman.

     “Hmm..biasalah tu.jap lagi kalau cikgu dah sampai diamlah diorang tu,mulalah jadi budak-budak yang paling baik kat dunia padahal perangai semua dah macam beruk mak yeh”sambil menjuihkan bibirnya.Selepas habis berbicara dipalingkan mukanya kearah Sophie yang sedang termenung panjang.

     “Hei!asal dengan kau ni tetiba je boleh termenung?”sergah Amani dengan sengihan yang panjang.

     “Eh!tak adalah”bohong Sophie sambil memalingkan mukanya kearah kelas-kelas yang berderet  yang berada di blok yang berhadapan dengannya lantas dibuang keluhan yang sangat berat  dirasakan sebelum membuang  pandangannya keatas langit yang cerah memancarkan suria paginya.

      “Eleh!dengan aku pun kau nak bohong ke?Abis tu yang kau nangis pagi tu apa,kalau dengan Saiful bolehlah kau bohong tapi dengan aku tak payahlah bukan hari ni aku kenal kau,dah lama sangat Ophie?”balas Amani dengan riak tidak puas hati.Sophie yang mendengarnya hanya tersenyum sumbing.

       “Haha!payah aku nak bohong dengan kau ni kan?dah macam tok bomoh pulak kau ni?”dengan muka yang masih keruh.

       “Takpelah biar aku teka?kau teringat kat Putra lagi kan?”balas Amani dengan wajah selamba.Sophie yang mendengar cukup tersentak.

      “Macam mana kau tau?”dengan kening yang dikerutkan

      “Alah, Ophie walau sekasar mana pun kau dan senakal mana pun sikap kau kalau dah masuk hal yang berkaitan dengan Putra mesti kau akan ‘down’ secara 360 darjah dan benda ni bukan aje aku yang perasan malah kawan-kawan kita yang lain pun dah tahu sangat dengan perangai kau yang satu ni?”dengan tangan Amani yang sudah berada diatas bahu Sophie sambil mengusap-usap secara perlahan bahu Sophie.Sesungguhya apa yang telah berlaku ke atas Sophie tentang Putra telah diketahui oleh Amani dan rakan-rakan rapatnya yang lain kerana mereka yang setia mendengar apa yang selalu ingin diluahkan oleh Sophie selama  ini dan benda ini yang merubah darjah perangai Sophie yang lembut sebelum pemergian Putra kerana itulah yang telah dijanjikan kepada Putra sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan satu silapnya Sophie apabila dia berfikir jikalau dia menjadi seorang yang kasar dia akan menjadi seorang yang kuat dan tabah tapi nasib baik tudung kepala masih di pakai oleh Sophie dan itu menampakkan sisi seorang perempuan Sophie kalau tidak pasti orang akan menyangka Sophie seorang yang tomboy kerana setiap kali berjalan dia akan menyingsingkan lengan baju sehingga ke paras siku dan berjalan seperti lelaki dan bila  ditegur dia hanya membuat muka bodoh dan mengatakan rimas.

       “Entahlah Amani,aku pun atau nak buat macam mana sebab setiap kali ada orang sebut pasal Putra aku akan rasa sedih dan teringatkan apa yang pernah dia ucapkan kat aku.Uhh…entahlah Amani”dengan nafas yang berat dilepaskan ke udara.

         “Chill lah beb!itu yang selalu  kau cakapkan kat kita orang bila kita orang sedih kan?”dengan tangan yang masih di atas bahu Sophie sambil mengoyakkan senyuman untuk Sophie.Sophie yang mendengar hanya mampu tersenyum pahit kearah Amani.

        “Lagi pun kita masih muda meh,patutnya kita enjoy?’sambung Amani sambil mengangkat tanganya seperti dalam sitcom puteri yang disiarkan di tv3.Sophie yang melihat tergelak melihat perangai keanak-anakan Amani.

        “Hah! Macam tulah baru Ophie yang aku kenal,yang selalu senyum walaupun nakal.hehe..”lantas memeluk Sophie bagi mengembalikan semangat Sophie yang telah hilang sebentar tadi.Sophie hanya mampu membalas sambil menghamburkan tawanya di bahu Amani.Selepas beberapa saat mereka meleraikan pelukan sebentar tadi.

        “Ish! Kau ni janganlah peluk aku sangat nanti orang tengok diorang pikir aku dengan kau pasangan songsang pulak nanti jatuh harga duit hantaran aku?”sambil ketawa Amani yang mendengar sempat mencubit lengan Sophie akibat geram dengan perangainya yang satu ini.

        “budak ni dah mula perangai lama dia balik padahal baru kejap tadi main tangkap syahdu dengan aku.Ish ish..”leter Amani di dalam hati sambil menampar-nampar bahu Sophie

       “Hei! Dahalah tu abis lebam badan-badan aku karang,ish budak ni aku sekeh jugak karang”sambil cuba menepis serangan yang dilontarkan oleh Amani.”Nanti orang ingat kita pasangan songsang pulak”sambung Sophie

        “Pasangan songsang kepala hangguk kau?”balas Amani sambil membuat muak cemerut.

        “Okeylah,apa kata kita masuk kelas,kejap lagi mesti Cik Tan datang tak pasal-pasal kita kena leter dengan dia pulak  sebab dia bukan suka sangat anak murid dia bersidai kat luar ni.Tak tahan aku nak dengar mulut anak dara tua tu berleter?”sambil menolak Amani masuk ke dalam kelas dan Amani hanya menurut.Tapi langkah Sophie terhenti apabila melihat seseorang sedang memandang kearahnya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.Kejap bukan seorang tapi berdua siapa lagi kalau bukan Hariz yang dilanggarnya pagi tadi. Sophie hanya mampu membalas senyuman Hariz dengan senyuman pahit kerana berasa malu dengan apa yang berlaku pagi tadi.

       “Ish! Apa mamat ni pandang aku sambil senyum-senyum pulak tu,buat aku malu je”bebel Sophie sambil menonong masuk ke dalam kelas.Hariz yang masih melihat Sophie berlalu pergi masih tersenyum simpul sampai Syukor yang berada disebelahnya naik hairan dibuatnya.

       “Woi bro! yang kau tersengih sorang-sorang macam orang tak betul ni,apasal?”sergah Syukor dan itu membuatkan Hariz tersedar.

       “Tak adalah,mana ada aku senyum,pandai-pandai kau je”bidas Hariz sambil memusingkan badannya menghadap padang yang terbentang luas dihadapannya.

      “Ek’eleh,kepala hangguk kau tak senyum,aku nampak tadi kau tersenyum macam kerang busuk,kau senyum kat siapa sebenarnya ni?”dengan kening yang bertaut

      “Iye ke aku senyum tadi,aku tak perasan pulak tadi?”sambil ralit melihat budak-budak sedang sibuk berlatih  bermain bola sepak.

       ”Mungkin diorang tengah p.j.k(pendidikan jasmani dan kesihatan) kot?”bisiknya didalam hati.Kerana itulah kebiasaan yang akan berlaku di padang sekolah pelajar akan bermain sama ada secara individu atau berkumpulan bagi mengeluarkan peluh tak kurang  juga hanya berborak kosong dan kebiasaannya adalah perempuan dan apa lagi kerja mereka kalau bukan gossip.Lumrah alam.

        “Ish kau ni!dengar tak  apa yang aku cakap ni?boleh pulak dia termenung”sergah Syukor kerana geram dengan perangai Hariz yang buat endah tak endah.

        “Sory lah lagi pun aku sibuk duk usha  budak-budak yang tengah main bola kat padang tu.Hehe.lagipun apa salah ke aku senyum .Senyum tu kan sedekah?”soal Hariz dengan matanya yang tak lepas memandang.

        “Memanglah tak salah kau senyum  tapi tahap senyum kau tu bukan senyum sedekah tapi tahap macam orang gila meroyan kau tau tak?”sambil ketawa
        “Suka hati je kau cakap aku gila meroyan,meh sini aku belasah kau sampai jadi betul-betul gila meroyan kau datang,baru kau tau gila meroyan tu macam mana?”sambil mengejar Syukor masuk ke dalam kelas dan Syukor lantas membuka langkah seribu dengan ketawa yang berdekah-dekah.



                                                      *****



              Selepas pulang dari sekolah Hariz merasakan badannya begitu letih selepas mencampakkan beg sekolah yang di sandangnya dibahu ke atas katil dia lantas merebahkan badan yang telah keletihan dan tanpa sedar dia meraba-raba kocek seluarnya dan terasa sesuatu selepas mendapat apa yang disentuhnya di bawa ke depan muka setelah melihat apa yang dipegang olehnya dan dia terus tersenyum.

           “Lah, sapu tangan aku rupanya?”dibelek-beleknya sapu tangan itu dan baru dia tersedar ada sedikit calitan berwarna merah seperti darah di atas sapu tanganya dan itu yang membuat dia teringat apa yang berlaku pagi tadi di sekolah.Lantas dia teringatkan wajah Sophie yang berada didakapannya membuat dia tersenyum lagi.

          “Hei.. lah Ophie,budak tu aku rasa  comel jugak tapi perangai kelam-kabut dia tu yang tak boleh blah,dengan muka dia yang blushing tu buat aku nak tergelak je?”dan membawa sapu tangan itu ke atas dadanya.

         “Ish! Tapi kenapa masa aku peluk dia aku rasa berdebar sangat macam nak meletup jantung aku dibuatnya?”memandang semula kearah sapu tangan itu

        “Aku rasa dia cantik sangat tadi”keliru

       “Ah! Tak mungkin aku angau kat dia tapi tadi kenapa aku nampak macam dia tengah sedih bila kat koridor tadi,siap ada adegan peluk-memeluk lagi tu?”

     Dan tangan kirinya dibawa ke dagu dan diurutnya secara perlahan-lahan seperti orang yang kebingungan.

       “Hariz! mari turun makan?”teriak Puan Habsah dari bawah dan itu yang membuatkan Hariz tersentak dari lamunannya dan terus terbangun dari katil bujangnya

       “Baik ma,tunggu kejap Hariz nak solat?”

       “Ish! Aku ni dah sasau ke apa pikirkan budak tu?bukannya penting pun,baik aku mandi dan solat daripada mama membebel kat aku naik bingit telinga dibuatnya”bebel Hariz dan sapu tangan tadi diletakkan kedalam laci meja belajarnya terus mengambil tuala yang tergantung dibelakang pintu dan melangkah ke dalam bilik air yang tersedia didalam bilik tidurnya.

No comments:

Post a Comment