my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Thursday, 18 December 2014

Dari pena penulis yg kerdil..(^_^)v..

Hello
Kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie. Aku mohon maaf jika blog aku bukanlah blog yang cantik atau yang bagus untuk di baca dan karya aku bukanlah karya yang terbaik untuk mereka di luar sana untuk di baca.
Aku nak beritahu korang hanya sampai Bab 19 saja yang sempat aku tulis untuk karya Sarangae..white calla...:(
Aku nak mintak maaf sebab aku dah kekeringan idea dan juga aku sudah tidak berminat untuk menulis lagi. Mungkin betul kata ayah novel ni hanya membuang masa dan aku pula bukanlah orang yang berbakat menulis novel hatta untuk menghabiskan Sarangae..white calla sampai ke separuh cerita pun aku sudah ralat dan penat.  Tak perlulah korang nak menunggu Bab yg seterusnya kerana mungkin sampai bila-bila pun ianya takkan pernah tersambung oleh aku. Aku pernah berangan untuk menjadi penulis novel dan garapan aku akan terpampang di dalam T.V atau layar perak tapi mungkin semua ini tidak akan pernah jadi kenyataan dan impian aku harus aku kuburkan.
Aku bukan penulis yang baik dan aku hanya mat jenin moden yang hanya tahu hidup dalam khayalan dan sekarang aku dah lelah dan penat untuk berangan dan berkhayal. Aku sudah berhenti menulis.
Sekian..

email:violetlavender917@yahoo.com



Wednesday, 17 December 2014

Sarangae.. white calla..(^_^)v..Bab 19




            “Baiklah! Sampai di sini saja kelas kita pada hari ini, saya harap kamu semua siapkan tugasan terakhir yang saya berikan dan sila hantar tepat pada tarikh yang telah di tetapkan atau tidak saya akan deducted carried mark awak and for your futher information for one day you late to passed up my assignment, I will deducted five mark from your carried mark!”ujar Encik Rahmat dengan nada tegas kepada seluruh pelajar kelasnya.
            “Did you understood class!” sambung Encik Rahmat lagi
                “Understand sir” balas seisi kelas dengan serentak. Encik Rahmat memang tegas mengenai tugas yang diberikan tapi beliau juga seorang yang baik hati dan tidak kedekut dalam memberi markah untuk pelajar-pelajarnya jika mereka mengikuti dengan apa yang di kehendaki oleh beliau dan jika pelajar tidak membuat perangai dalam kelasnya.
Selepas berpas hati dengan jawapan dari pelajarnya. “Okey class if you ada apa-apa masalah dalam tugasan yang saya berikan saya free untuk mendengar masalah yang you all hadapi tapi sila jumpa saya ketika saya ada di dalam pejabat sahaja, faham kelas!” sambung Encik Rahmat lagi.
            “Faham sir!” balas mereka dengan lantang.
            “Kalau macam tu kelas hari ini kita dismissed dan jumpa anda semua lagi minggu hadapan”Selepas berkata begitu membuatkan kelas menjadi hingar-bingar kerana semua sibuk dengan agenda masing-masing. Ada yang ingin ke kantin bagi mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi dan ada juga yang pergi unuk melakukan perbincangan secara berkelompok kerana memandangkan minggu peperiksaan yang akan menjelang tak lama lagi.
            Sophie dan Anith melangkah keluar dari kelas . “Sophie! Jangan lupa lepas ni kita ada discussion dengan budak-budak untuk tugasan Puan Azizah nanti tau?jangan lupa pulak”ujar Anith bagi mengingatkan Sophie.
Sophie yang sedang mencari telefon bimbitnya terus menoleh kebelakang selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh Anith. “Iyelah, aku lupa”  ditepuk dahinya kerana lupa akan apa yang harus dia lakukan pada hari ini.“Nasib baik kau ingatkan aku kalau tak aku memang betul-betul lupa pasal benda ni” sambung Sophie lagi.
            “Kau ni, muda-muda lagi dah lupa, apa je yang kau ingat Sophie oi!” balas Anith.”Nasib baiklah ada kawan kau yang baik ni tolong ingatkan”sambung Anith lagi.
            “Aku bukan saja-saja buat lupa tapi aku betul-betul lupa!”balas Sophie dengan penuh kesungguhan. “lagipun lately ni banyak sangat benda yang aku kena ingat, dengan tugasan kuliah lagi ditambah pulak dengan kerja kat kedai lagi, tu yang buat aku lupa benda-benda macam ni, kau kan tahu aku memang cepat lupa?”
            “Aku tahu, kau mesti penatkan nak buat semua benda dalam satu masa, apa kata kau berhentilah kerja kat kedai bunga tu? Kerja jer dengan papa aku,nak tak?”cadang Anith.
            “Ehh.. kau ni! Kau nak aku kerja apa kat syarikat papa kau tu?aku ni student lagi lagipun aku tak ada pengalaman kerja-kerja pejabat ni?”
            “Aku suruhlah papa aku bagi au kerja-kerja yang senang je dan kau boleh datang kerja bila kau tak ada kuliah, kan okey kalau macam tu?”ujar Anith member pendapat
            “Banyaklah kau okey kalau macam tu, aku menyusahkan papa kau lagi adalah, lagipun macam mana dia nak kira gaji aku kalau macam ni, buat bangkrap syarikat papa kau je kalau aku kerja macam tu, apa tak masuk akal betul idea kau ni, lagipun aku dah suka dengan kerja gubah bunga ni dan aku minat lagipun siapa nak tolong kak Farah kalau aku tak ada,nanti tak ada siapa dia boleh dia harapkan nak jaga kedai bunga dia tu ?”kepalanya tergeleng-geleng mendengar cadangan Anith itu sambil tersenyum.
            “Takpelah nanti dia kira jelah ikut jam macam kerja kat fast food macam KFC ke Mcdonald memang dorang kira ikut jam apa untuk pekerja part-time, nanti pandai-pandailah aku slow talk dengan papa aku dan pasal Kak Farah tu mesti dia akan faham dan ini semua untuk kebaikan kau jugak”Anith masih lagi ingin meyakinkan Sophie dengan cadangannya.
            “Banyaklah kau cakap untuk kebaukan akulah apalah, dahlah Anith! Jom kita gerak sekarang pergi perpustakaan dari kau terus merepek yang tak tentu hala kat sini baik kita pergi buat discussion dengan budak-budak, cepat kita buat cepat kita siap kerja kita lepas tu kalau ada masa kita boleh lunch sama-sama sebab dari tadi siang kita tak makan nasi cuma sumbat air kotak the bunga dengan roti jer kan?”potong Sophie bagi memberhentikan Anith dari terus bersuara.
            “Iyalah..jomlah kita buat kerja, nanti dah siap kita boleh pergi makan sama-sama”Anith hanya mengikut kerana malas untuk terus memujuk kerana dia tahu Sophie takkan pernah setuju dengan cadangannya itu kerana bukan baru sekarang dia mengusulkan cadangan tadi tapi sudah lam sejak Sophie mula-mula bekerja di kedai bunga itu lagi di awal-awal semester dulu lagi.
            Mereka berdua terus masuk ke dalam perpustakaan selepas terlihat sekumpulan pelajar yang berada tidak jauh dari pintu masuk perpustakaan dan mereka terus memulakan perbincangan.
            Selepas hampir dua jam berbincang mengenai tugasan tersebut dan tidak sedar Sophie telah lambat untuk dia pergi ke tempat kerja part time yang selalu bermula pada pukul tiga petang dan kedai bunga itu terletak di dalam shopping complex yang terletak tidak jauh dari kampus Sophie itu.
            “Eh…Sophie pukul berapa kau masuk kerja hari ni?dah nak dekat pukul tiga ni?”tegur Anith kerana dia cukup arif dengan jadual harian Sophie.
            “Ya Allah! Anith aku dah terlambat, habislah aku kena marah dengan Kak Farah nanti”balas Sophie cuak dengan tergesa-gesa dia mengemas peralatannya bersedia untuk pergi ke tempat kerja.
            “Korang semua! Aku nak mintak maaf tau sebab aku kena pergi sekarang jugak, nanti apa-apa hal yang aku kena buat korang bagitahu Anith, aku akan buat okey tapi sekarang ni aku betul-betul kena pergi?”ujar Sophie kepada kawan-kawan sekelasnya dan mereka hanya mengangguk tanda mengerti.
Sophie berpaling ke arah Anith” Sorry Anith! Aku tak dapat lunch dengan kau hari ni, nanti malam kalau aku balik awal aku masak untuk kau tau?”
            “Tak payah masak, nanti pandai-pandailah aku beli kea tau aku masak aje apa yan ada kat dalam rumah tu, kau pergi jelah kerja”balas Anith
            “Okey, thanks Anith, kau memang baik”
            “Dah! Tak payah nak bodek aku, kau tu cepat pergi kerja tapi jangan lupa makan nanti, takut kau kena gastric pulak nanti sebab sekarang ni kau selalu lambat makan”nasihat Anith.
            “Baik bos!kau pun jangan lupa makan jugak”. Sophie terus bergerak keluar dari perpustakaan itu selepas habis mengemas semua perlatannya.
Sophie yang kelam kabut kerana hendak cepat sampai ke tempat kerjanya tanpa di sedari dia telah terlanggar seseorang membuatkan badannya tercampak ke belakang selepas bertembung dengan pemuda tersebut. Membuatkan Sophie sedikit mengaduh akibat pertembungan itu.Sophie melihat orang yang di langgarnya itu ternyata adalah Farish. Farish cuba menolong Sophie untuk bangun tapi di tolak secara lembut oleh Sophie.
            “Saya betul-betul mintak maaf sebab langgar awak tadi, saya betul-betul tak nampak tadi”Farish terus memohon maaf akibat kejadian itu.
            “Tak apa! Saya pun salah jugak sebab jalan nak main kabut je tak pandang kiri kanan”balas Sophie selepas dapat menenangkan dirinya kerana dia telah malu yang amat sangat nasibnya baik kerana lorong yang di laluinya saat itu tidak di lalui orang pada ketika itu. 
            “Hmm…sebenarnya saya dah lambat ni, saya pergi dululah ye?dan maaf lagi sekali” sambung Sophie lagi dengan rasa malu yang masih bersisa. Ophie pun berpaling untuk pergi dari situ tapi langahnya terhenti apabila Farish menegur.
            “Nanti dulu, kalau tak silap saya nama awak Sophie kan? Sophie Adriana?” soal Farish
            “Iya saya, tapi macam mana awak tahu?”pelik Sophie bagaimana pemuda itu tahu namanya sedangkan dia tidak tahu menahu mengenai pemuda yang ada di depannya kini.
            “Kolej ni bukan besar mana pun dan tak peliklah kalau saya tahu nama awak sebab kitakan satu kolej”balas Farish menutup rasa gugupnya. Entah kenapa apabila ada Sophie di depan mata membuatkan hatinya jadi gemuruh sengaja Farish ingin berkenalan dengan gadis yang telah lama dia suka.”Inilah peluang aku nak kenal dengan minah ni, kalau tak bila lagi aku boleh kenalkan diri sekaligus lepas ni boleh aku jadi kawan dia lepas tu boleh jadi…hehe ” monolog hati Farish sendirian.
            “Oh!ok..”balas Sophie pendek dan berpaling untuk berlalu.
            “Eh!nanti dulu. Awak tak nak tahu kea pa nama saya”Sophie tak jadi berpaling
            “Opss sorry!ok..apa nama awak?”soal Sophie
            “nama saya Farish Hakimi, panggil Farish je” dengan senang hati Farish memperkenalkan dirinya kepada Sophie.
            “Oh… Farish..hmm..awak boleh panggil saya Sophie je tak payahlah panggil nama panjang saya, kekok pulak saya rasa”balas Sophie dengan senyuman.
            “Apa salahnya panggil nama panjang senang sikit nak angkat nikah nanti”ujar Farish perlahan
            “Apa dia?apa yang awak cakap saya tak dengar?”
            “Tak ada apa-apalah, saya cakap nama awak cantik memang sesuai dengan tuannya”dengan senyuman lebar
            “Oh..okeylah Farish saya kena pergi dulu, saya ada hal, dah lambat sangat ni?”
            “Saya boleh hantar awak kalau awak memang nak cepat?”Farish cuba memberikan cadangan kerana masih lagi ingin berbual dengan Sophie kerana tak selalu peluang yang baik begini akan muncul.
            “Tak apalah awak, saya boleh pergi sendiri”tolak Sophie dengan lembut
            “Baiklah kalau macam tu” Farish tidak mahu terlalu mendesak Sophie kerana takut Sophie akan berasa tidak senang dengan kehadirannya di kemudian hari.Sophie pun berlalu pergi selepas berbalas senyuman tanpa menoleh lagi. Farish hanya dapat melihat Sophie berlalu hingga hilang dari pandangan.


*****
Dengan langkah yang perlahan Sophie menapak masuk ke dalam kedai bunga Fab’s Florist. Sophie tahu yang dia telah lambat masuk kerja dan kerana itu Sophie terpaksa menyelinap masuk seperti Sam dalam cerita ‘Charlie’s Angel’.Sophie tahu yang kak Farah iaitu pemilik kedai bunga tersebut tidak suka dengan pekerjanya yang datang lambat tapi kak Farah seorang yang memahami walaupun seorang yang tegas dalam disiplin para pekerjanya dan disebabkan itu juga Sophie dapat bekerja lama dengan kak Farah kerana kak Farah sangat memahami keadaan Sophie dan menyukai sikap Sophie yang berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain.
             “Ehem ehem” kedengaran suara orang berdeham berhampiran tempat Sophie berdiri membuatkan bulu roma Sophie berdiri.Sophie jadi kecut perut untuk menoleh.
             “Ada hantu kat dalam kedai ni?”monolog Sophie kerana sememangnya Sophie memang penakut mengenai hantu atau jembalang dan seangkatan dengannya.Kak Farah yang mendengar apa yang di perkatakan telah terletus ketawa dari mulutnya tapi cepat-cepat dia mengumam mulutnya bagi menghentikan ketawanya kerana takut didengar oleh Sophie membuatkan nanti dia tidak jadi untuk memarahi Sophie. Kak Farah hanya ingin menguji Sophie dia memahami kenapa Sohie lambat kerana dia juga pernah muda dan melalui zaman-zaman remaja dan kolejnya dan lazimlah jika seorang pelajar sibuk dengan perbincangan kumpulan,tugasan kuliah dan sebagainya.Kak Farah tahu itulah yang menyebabkan Sophie datang lambat hari ini
Kak Farah yang tidak tahan menahan ketawa dengan gelagat Sophie yang tak mahu menoleh dari tadi membuatkan Kak Farah terpaksa bersuara. “Apa yang kamu merepek ni Sophie, mana ada hantu petang-petang macam ni dengan matahari yang tegak kat atas kepala ni” Sophie yang mendengar bebelan Kak Farah itut erus berasa lega lantas berpusing dengan senyuman meminta simpati kerana dia tahu yang dia telah lambat ke tempat kerja.
“Yang kamu tersengih-sengih lagi tu kenapa? Kamu nak sangat tengok hantu nanti malam kita tengok wayang cerita hantu ye?”gertak Kak Farah. Sophie mengeleng dengan laju tanda tak rela.
“Tahu takut, dahlah tu tak payah nak buat muka mintak simpati macam tu, nie kenapa kamu datang lambat hari ni?”sambung Kak Farah.
“Hmm…sebenarnya kak saya ada discussion dengan kawan-kawan saya tadi, tu yang buat saya datang lambat hari ni”balas Sophie dengan agak tergagap-gagap.”Saya janji lain kali saya tak buat lagi”ikrar Sophie dengan tangannya diangkat seperti orang mengangkat sumpah dengan senyuman yang lebar meminta pengertian.
“Akak faham,akak saja test kamu tadi”terletus jua ketawa yang di tahan sejak tadi oleh Kak Farah.
“Akak ni saja buat orang cuak”balas Sophie sambil diurut perlahan dadanya dengan lega.
“Dahlah!kamu dah makan ke belum ni?”soal Kak Farah
“Belumlah kak”rengek Sophie
“Hmm..dah agak dah kamu ni kalau buat kerja sampai lupa dunia, lupa makan”ujar Kak Farah dengan bimbang.
“Dah..pergi makan akak ada bawakan nasi dengan lauk dari rumah  sebab mak akak ada masak lebih untuk makan tengah hari tadi sebab akak balik rumah sekejap ambil barang jadi akak bungkuslah sekali untuk kamu, pergilah makan”arah Kak Farah.
Dia telah menganggap Sophie seperti adik kandungnya sendiri dan memandangkan dia tidak mempunyai adik beradik lain lagi dn selepas bercerai dengan suaminya beberapa tahun lepas kerana suaminya ingin memiliki zuriat kerana sudah lima tahun mereka bernikah masih juga belum di kurniakan zuriat tapi Farah tidak dapat menerima hidup berpoligami membuatkan dia meminta cerai dari bekas suaminya dan selepas dia bercerai Farah tinggal bersama kedua-dua orang tuanya dan membuka kedai bunga Fab’s Florist sehingga kini hatinya belum terbuka untuk hidup berpasangan lagi sekali.
Tidak berapa jauh dari kedai bunga itu kelihatan seseorang sedang melihat ke dalam kedai bunga itu sambil tersenyum setelah agak lama berada di situ si dia pun bergerak meninggalkan tempat itu.


Sarangae..white calla..(^_^)v..Bab 18



Pagi itu Sophie mengenakan baju kurung Pahang berbunga coklat dan tanah berwarna krim manakala tudung bawal di kenakan diatas kepala dan di kedua-dua hujung kain tudungnya disilangkan dan dipinkan kedua-dua belah bahunya bagi mengemaskan lagi kedudukan tudungnya. Sejak kebelakangan ini Sophie lebih selesa mengenakan baju kurung bagi menghadiri kuliah mahupun pergi ke tempat kerja kerana ianya lebih selesa, mudah dan cepat. Dengan hanya berbedak dan juga losyen di sapukan ke serata tangannya Sophie melangkah keluar dari bilik menuju kearah Anith yang sedia menunggu di ruang tamu.
            “Kau ni..bersiap pun lama naik kematu aku tunggu kau kat luar ni” rungut Anith kepada Sophie. Dengan mulut yang muncung tanda protes.
            “Alahh…sekali sekala kau tunggu aku apa salahnya”balas Sophie dengan senyuman yang melebar dia tahu sahabatnya itu hanya merajuk sedikit kerana terpaksa menunggu dia untuk bersiap.
“Kau ni..kalau ia pun tak payahlah tarik muncung empat belas nanti aku buat jadi penyangkut baju naya je kau” sambung Sophie lagi sambil menarik tangan Anith untuk berdiri. Anith yang mendengar apa yang di tuturkan oleh Sophie itu terus memukul tangan Sopjie yang sedang menarik tangannya membuatkan Sophie terjerit kecil.
“Eee…kau ni.Ade ke nak buat muncung aku ni jadi penyangkut baju. It so… mean” jawab Anith sambil ketawa memandang Sophie yang sedang membuat mata juling kepadanya.
“Kesah pulak aku mean ke tidak. Siapa suruh kau buat muncung empat belas macam tu” sambil ketawa Sophie berjalan menuju kearah pintu rumah pangsapuri yang mereka sewa itu.
“Kau buat lagi mata juling kau tu aku cocok pakai garfu biar kau jadi macam kassim selamat baru kau tahu mean tua hape.” Mereka sama-sama ketawa selepas Anith berkata begitu.
“Dahlah…kita ni asyik mengarut je dari tadi memang tak sampai kat kelas jugak kita karang”Sophie berkata selepas habis mereka ketawa. Kolej mereka yang terletak tidak berapa jauh dari tempat tinggal mereka dengan hanya mengambil masa sepuluh minit berjalan kaki untuk sampai ke kolej mereka.
Sesampai mereka diperkarangan kafe kolej terlihat sekumpulan pelajar yang sedang berborak sesama mereka dengan keadaan yang riuh-rendah mengamatkan suasana kafe kolej itu. Sophie dan Anith hanya melalui kumpulan pelajar tersebut tanpa menoleh kearah mereka tanpa Sophie sedari ada mata yang memerhati di setiap langkah dan tingkahnya dengan penuh minat.
       “Woi…Farish..apa yang kau tengok sampai naik juling mata kau aku tengok?” kalau berminat buat cara berminat jangan dok tercongok tengok budak tu lalu tapi tak buat apa,nanti melepas kau yang nangis tak berlagu” ujar Arfat kepada Farish kerana hanya dia yang tahu mengenai perasaan Farish terhadap Sophie yang tumbuh sejak hari orientasi walaupun sudah nak dekat dua tahun Farish memendam rasa tapi sampai sekarang dia masih tidak dapat meluahkan perasaannya terhadap Sophie Adriana kerana takut cintanya jika cintanya ditolak. Farish mengenali di sebabkan satu perkara yang takkan dapat di lupakan olehnya sampai bila-bila.
        “Aku bukan tak nak tegur minah tu tapi aku takut dia “reject” letus juaaku,malulah aku mana aku nak letak muka aku yang sedia ada kacak ni” terletus ketawa dari mulut Farish selepas berkata begitu.
        Dengan lajunya tangan Arfat hinggap ke bahu Farish selepas Farih berkata begitu. Tergelak Arfat di buatnya selepas Farish berkata begitu tapi memang tak di nafikan yang Farish memiliki paaras muka yang boleh mencairkan hati mana-mana perempuan yang ingin dimiliki olehnya di tambah pula dengan kekayaan yang dimiliki tidak susah untuk membuat mana-mana perempuan rebah ke dalam pelukannya.
        Tapi bagi Farish zaman kasanovanya sudah berakhir selepas saja terpandang wajah sederhana milik Sophie Ariana tapi akibat rasa ragu dan takut yang masih menguasai dirinya membuatkan cintanya dan perasaan yang di pendam selama dua tahun ini di pendamkan saja. Dan apabila terserempak dengan Sophie Adriana dia hanya dapat menundukkan kepala tanpa dapat berbuat apa-apa. Apabila kelibat Sophie Adriana sudah agak menjauh barulah dia berani menoleh dan apa yang dapat di liat olehnya hanya belakang Sophie tapi itu sudah cukup membuat hatinya berbunga riang dan membuatkan dia terenyum sepanjang hari.
          Selepas ketawa mereka reda Farish menyambung semula perbualan mereka. “”Kau bukan tak tahu Fat, Aku kalau depan dia terus aku jadi kaku sampai tak boleh nak buat apa-apa, Aku tunduk je kalau lalu depan dia sampai aku rasa kawan dia yang selalu dengan dia tu pun perasan” ujar Farish tapi matanya masih terlekap kepada laluan yang di lalu ole Sophie tadi walaupun Sophie bayang-bayang Sophie sudah lama hilang.
            “Apa ni playboy abad ini takut dengan seorang perempuan yang aku rasa biasa jer..tak adalah cun sangat ke macam pelakon ke, lawa macam model ke, dahlah selalu pakai baju kurung jer, macam orang kampung jer aku tengok, nenekaku yang kat kampong tu lagi up to date dari awek yang kau puji-puji melambung tu,Haish…hairan aku di buatnya” ujar Arfat sambil kepalanya di angguk-angguk dengan jarinyadi letakkan ke bawah dagu seperti seorang yang berfikir sesuatu yang berat untuk difikirkaan.
           “ Tu yang kau tak tahu, perempuan macam nie kita buat main-main, stok skandal ke apa sebab perempuan macam ni kita buat untuk nikah, kahwin dan untuk di jadikan yang halal seterusnya buat ibu untuk anak-anak kita nanti” ujar Farish dengan semangat sambil membayangkan apa yang diperkatakan olehnya tadi.
          “Banyak kau punya untuk kahwinlah, yang halallah, anaklah, amendenye kalau nak tegur pun kau tunduk macam anak dara nak tunggu masuk meminang.” Selepas berkata begitu terletus tawa yang kuat dari Arfat, Farish tarik muka dan memandang kearah Arfat dan mengajuk apa yang di perkatakan oleh Arfat tadi.
           “Alah…takkan itu pun kau nak tarik muka empat belas, aku gurau jelah, itu pun nak merajuk?Dahlah, jom aku belanja kau minum lagipun kelas kita lama lagi nak mula” Arfat cuba memujuk Farish.
           “Besar mandat kau nak kata kelas mula lambat lagi? Kelas nak mula dahlah, lagi lima minit je” balas Farish sambil menayangkan jam tangannya yang berjenama adidas kepada Arfat. “Dahlah jom kita gerak, kau bukan tak tahu Cik Normah tu bukan boleh kalau pelajar dia masuk lambat dalam kelas” Di tarik tangan Arfat selepas berkata begitu.
             “Alaaa…kau goda jelah anak dara tua supaya dia tak marah kita lagi kalau kita masuk kelas lambat, kau kan terror bab-bab nak goda anak dara orang ni lagi-lagi anak dara tua ni aka ANDARTU” sengaja di tekankan oleh Arfat apabila menyebut andartu dengan senyuman yang lebar selepas berkata begitu tapi dia tahu yang Farish takkan melakukan sebegitu walaupun kawan-kawan sekelas semua tahu yang pensyarah tersebut akan automatic menjadi begitu baik sekali apabila Farish di depan matanya walaupun pada ketika itu dia begitu marah mengalahkan singa betina.
               “Banyak kau punya goda dia, tak hingin aku nak goda pensyarah kita yang sorang tu” balas Farish dengan muka yang tak rela. Arfat yang melihat mimik muka Farish terus terletus ketawa dari mulut Arfat. Farish yang melihat Arfat yang sedang ketawa sakan membuatkan Farish menyekeh kepala Arfat.
              “Macamlah  aku tak tahu yang Cik Normah kesayangan kau tu sawan sangat kat kau kalau kau kat depan muka dia walaupun waktu tu dia tengah menyinga sangat-sangat tapi lepas tengok muka kau yang hensem sikit terus dia senyum lebar-lebar?tak ke sawan namanya kalau macam tu?” soal Arfat
                 “ Ohh..aku ni hensem sikit!Abis tu siapa yang hensem banyak tu?”
 Dengan muka yang poyo Arfat meletakkan tangannya di kolar dan berkata” Akulah yang hensem banyak tu” Farish yang mendengar terus menjolok mulutnya seperti orang yang mahu muntah.
                “ Kalau kau hensem banyak, kaulah yang pergi goda Cik Normah tu?”Arfat yang mendengar cadangan Farish tu terus naik bulu romanya. Di buatnya gaya tak rela kepada Farish. Frish yang melihat gelagat Arfat it uterus ketawa.
                 “ Tulah, lain kali jangan main sedap mulut je nak cakap”sambil ketawa.
                 “Tak nak aku, baik aku membujang sampai tua dari goda Cik Normah andartu tu”balas Arfat yang masih dengan gaya yang sama.
                  “Dahlah, jom kita masuk kelas sebelum Cik Normah sampai” balas Farish sambil ketawa.Dan di sepanjang koridor itu mereka masih sempat bercerita dan bergurau diantara mereka kerana itulah yang akan terjadi setiap kali mereka bertemu ada sahaja cerita yang akan dibualkan termasuklah pasal pelajaran, gossip ataupun mengenai bola kerana mereka memang kaki bola.