Bab 3
SOPHIE tersentak.Sesungguhnya kenangan lama itu telah menjadikan dia menjadi Ophie hanya ingin dilihat kuat oleh orang lain dan tidak menjadi lemah kerana itu yang telah dijanjkan bersama-sama dengan arwah Putra dulu.
“Aku dah janji dengan Putra yang aku takkan menangis lagi dan aku sekarang bukan lagi Sophie yang lemah dan cengeng lagi sebab aku sekarang dah jadi Ophie yang kuat dan takkan menanggis lagi”kata Sophie sendirian kepada imej wajahnya dikaca sambil tersenyum dia melangkah keluar dari tandas dengan semangat baru.
Sambil melalui lorong yang menuju kearah kantin sambil membalas sapaan yang ditujukan kearahnya dia hanya senyum bila ditegur.Sampai saja ditempat yang selalu digunakan oleh Sophie dan rakan-rakan untuk melepak sementara menunggu loceng berbunyi ditempat yang sedikit tersorok dan bila semakin mendekat dengan Amani yang sedang sibuk menulis sesuatu terus saja disergah dari belakang.
“Hah..”sergah Sophie sambil terkekek-kekek ketawa melihat Amani yang terkejut akibat disergah sambil melayangkang Hi five.. kearah Saiful yang galak ketawa.
“Malaun kau Opie…terkejut aku dibuat dek kau nasib baik aku tak ada ‘heart attack kalau tak dah lama inalillah”sambil cuba memukul Ophie menggunakan buku yang dipegang olehnya sambil diperhatikan oleh budak-budak yang berada berdekatan kami.Ophie dan Saiful hanya ketawa melihat muncung Amani yang sedepa siap boleh buat penyangkut baju lagi tu.
“Alah…sory beb,aku saja je habis tu aku tengok kau kusyuk sangat aku gian nak kacau kau”sambil tersengih sumbing.
“Banyak kau punya gian”sambung Amani
“Sorylah beb,meh aku peluk kau”balas Sophie sambil memeluk Amani dengan kuat selepas beberapa ketika dilepaskan pelukan itu.Dan Amani terus berpaling kearah Sophie.
“Eh,kejap kau baru lepas menangis ke Ophie?”Tanya Amani sambil merenung kearah mata Sophie yang masih merah akibat menangis sebentar tadi dan Haziq pun menyampuk.
“A’ah.kau nanggis ke tadi?”
“Ish..mana ada aku nangis,ni Ophie lah mana ada pernah nangis”bohong Sophie sambil mendabik dada sambil cuba tersenyum tapi pahit.
“Eh,korang sejak bila ada orang lain kat ‘port’ kita ni?”saja menukar topik kerana tidak mahu terus di soal siasat oleh mereka berdua.
“Biarlah dorang Ophie lagi pun dorang budak-budak kelas aku jugak”balas Saiful
“Ohh…yeah.okeylah kalau macam tu,eden tak kesahh”balas Sophie.Dan tidak lama selepas tu Ain dan Hana datang menghampiri mereka dan begitulah biasanya yang akan berlaku setiap pagi kami akan berkumpul dan berborak atau pun kami akan membuat kerja sekolah yang tak siap atau untuk kata lainnya meniru sebenarnya.hehe…Amani adalah kawan sekelas dengan aku dan dia jugak adalah tempat aku bergaduh bila dalam kelas,Saiful pulak adalah kawan aku sejak sekolah cuma bila masuk tingkatan 1 di pergi ke sekolah berasrama penuh tapi tak tahan lama sebab selalu kena buli dengan budak senior sebab perangai dia yang auw auw sikit.hehe…jadi masuk tingkatan 4 dia minta pindah ke sekolah aku.Ain dan Zana aku kenal sejak tingkatan 2 tapi mula rapat sejak di tingkatan 3 sebab kita orang sama-sama mintak jadi pengawas pusat sumber.Tidak lama selepas itu bunyi loceng pun kedengaran.
“Wei…jomlah gerak pergi perhimpunan”ajak Saiful dengan dengan tangan dilentokkan kearah kami seperti nyah.
“Saiful cuba jadi lelaki sikit,janganlah buat gaya ‘patah’kau tu,jap lagi aku patahkan betul-betul baru kau tau?”tengkingku kasar saja untuk menakutkan Saiful sambil mata sengaja aku jengilkan.Dan yang lain sudah ketawa terbahak-bahak
“Ish..garangnya cik Sophie ni,Iyelah aku cuba jadi lelaki.Puas!!!?”kata Saiful dengan nada protes sambil tangannya cuba dikeraskan dan berjalan seperti orang yang sedang berkawad.
“Dah macam robot pulak aku tengok mamat ni?”kataku didalam hati lantas tergelak kecil sambil mengeleng aku ikut langkah mereka menuju ke perhimpunan.Tapi apabila hampir tiba di tapak perhimpunan barulah Sophie tersedar yang dia telah tertinggal botol air yang diletakkan di atas meja kantin.
“Wei, tunggu jap,aku rasa aku tertinggal botol air aku kat atas meja tadi”kataku kepada yang lain.
“Kau ni kan Ophie kalau tak tinggal benda ke,tersadung bukan Ophielah namanya,uhh…nilah perangai kau sejak dulu yang tak pernah berubah”sahut Saiful sambil tangannya terawang-awang seperti seorang ibu yang sedang menasihati anaknya.
“Ek’leh kerek giler sotong ni,nanti aku buat nasik goreng sutun karang baru tau”bidas Sophie dengan penumbuk sengaja dikepalkan dan ditujukan kearah Saiful yang lain mendengar hanya tersengih kerana sudah arif dengan perangai Sophie yang suka cakap lepas tapi berhati baik dan dia hanya bercakap tapi tidak memaksudkannya.
“Auw…janganlah.okeylah aku ‘surender’?”kata Saiful dengan muka yang ditutup dengan menggunakan tangan dan diangkat seperti orang yang menyerah kalah.
“Tau takut,lain kali jangan nak cari pasal dengan Ophie”balas Sophie sambil tersenyum kambing kerana geli hati dengan gaya yang ditunjukkan oleh Saiful.”Ee…mamat ni baru gertak sikit dah kecut.hehe…”monolog Sophie didalam hati.
“Okeylah, aku chiow dulu korang gerak dulu nanti aku masuk barisan”selepas berkata Sophie terus melangkah kearah kantin.
“Ophie tunggu aku.Aku nak follow kau”teriak Hana sambil tergesa-gesa cuba menyaingi langkah Sophie yang telah jauh didepan.Selepas mendengar teriakan Hana itu Sophie terus berpaling dan menunggu agar dapat bersama-sama berjalan dengan Hana.
“Asal kau nak ikut aku ni,kita bukan satu kelas pun?”tegur Sophie selepas Hana berada disebelahnya.
“Aku saja nak ikut kau,malas nak masuk awal kat barisan.hehe..”balas tersengih kearah Sophie.Sophie yang mendengar hanya tersenyum cuma kerana sudah tahu dengan perangai Hana yang suka membuat perangai gila-gila sama seperti dirinya
Selepas mengambil botol air yang berada di atas meja Sophie terus mengajak Hana pergi ke perhimpunan kerana telah ditegur oleh pengawas yang sedang bertugas.Sedang Sophie dan Hana sibuk berbual tanpa memandang ke depan.Tiba-tiba Sophie bertembung dengan seseorang yang juga sedang tergesa-gesa untuk ke tapak perhimpunan dan badan Sophie yang sedikit lebih kecil dari pemuda itu terus terpelanting dan terduduk.
“Auch…buta ke?”teriak Sophie dengan nada geram tanpa memandang kearah orang yang telah membuat dia jatuh kerana sedang ralit memandang tangannya yang cedera sedikit akibat kemalangan kecil yang tak disengajakan itu dan Hana yang melihat keadaan itu hanya mampu terdiam kerana tergamam dengan apa yang sedang berlaku.
“Alamak,sory Ophie aku tak sengaja?”tegur lelaki itu dengan riak wajah yang serba salah dan pemuda yang melanggarnya adalah Hariz Haikal dan Sophie mengenalinya kerana Hariz adalah ketua kadet polis yang juga merupakan unit berumiform yang disertai oleh Sophie dan rakan-rakannya yang lain.Dan Hariz merupakan antara pelajar yang agak terkenal disekolah kerana banyak membabitkan diri didalam apa-apa pun acara sukan yang diadakan di sekolah dan ditambah pula dengan mukannya yang agak tampan membuatkan ramai yang meminatinya dalam diam termasuklah kawan aku yang seorang ni.Hana dan aku cuma mengenalinya waktu hari pendaftaran bagi menyertai kadet polis dan itu semua aku ketahuinya melalui Hana kerana selama aku berada di sekolah ini aku jarang mengetahui sesiapa yang ‘famous’ kerana apa yang aku tahu aku malas nak ambik tahu pasal orang lain tapi kadang-kadang tu adalah aku menempek dengan kawan-kawan aku yang lain saja untuk mengisi masa yang terluang sambil mendengar gossip”hmm..adatlah perempuan bergosip”.
“Come,biar aku tolong kau”balas Hariz sambil menghulurkan tanganya.
“Tak payah aku boleh bangun sendiri bukannya aku dah jadi arwah pun lagipun aku ni perempuan,bukan muhrim”ujar Sophie sambil cuba bangun sendiri tapi entah dimana silapnya Sophie terasa ingin jatuh lagi tapi sempat disambut oleh Hariz yang berada di hadapannya dan dengan tidak sengaja Hariz memeluk erat pingang Sophie dan Sophie memaut lehernya didalam keadaan kelam-kabut itu selepas berpaling kearah siapa telah menolongnya dan kedua-duanya tergamam. Hariz dan Sophie hanya dapat melihat diantara satu sama lain seperti ada satu perasaan aneh dan juga seperti ada satu renjatan elektrik yang menyelinap di dalam sanubari mereka.”Cantiknya minah ni,mata dia buat aku terpana dan ingin terus memandangnya”ujar Hariz didalam hati.
“Ish…kenapa hati aku rasa berdebar ni,asal aku rasa lain bila dengan dia”monolog Sophie didalam hati dengan perasaan yang penuh debar. Tapi mereka terus berpandangan tanpa menyedari Hana yang sedang melihat sketsa mereka dengan mulut yang terganga luas.Hariz melepaskan pelukannya selepas tersedar Hana yang sedang berdehem.
“Ehem ehem..”kata Hana sambil tersenyum.Hariz hanya tersipu malu dengan keterlanjuran yang telah terjadi dan Sophie pula telah memalingkan muka kearah lain sambil menepuk-nepuk kepalanya kerana malu dengan apa yang telah terjadi.
“Hmm…terima kasih sebab tolong aku”ucap Sophie tanpa memandang ke arah Hariz dan menarik Hana untuk beredar tapi baru beberapa tapak Hariz memanggil kembali.
“Ophie,tunggu jap?”panggil Hariz dan panggilan itu membuat Sophie dan Hana berhenti serta-merta.
“Alamak apa yang mamat ni nak lagi tak cukup lagi ke dengan drama Hindustan yang jadi tadi,uhh…?”bebel Sophie didalam hati tapi dengan berat hati terpaksa juga dia berpaling bila merasakan Hariz sedang berdiri di belakangnya.
“Hmm…sebenarnya aku nak bagi sapu tangan ni kat kau sebab tadi aku tengok tangan kau berdarah?” selepas mengambil sebuah sapu tangan yang diseluk dari koceknya.
“Ooo…yeah.thanks”balas Sophie dengan riak muka sedikit cuak dan terus mengambil sapu tangan yang dihulurkan oleh Hariz. Selepas menyapu darah ditelapak tangannya terus saja disuakan semula sapu tangan tersebut kepada Hariz. Hariz yang melihat tingkah laku Sophie itu hanya mampu tergamam.
“Alah,ambiklah balik sapu tangan kau ni”ujar Sophie lantas mengangkat tangan Hariz dan meletakkannya di atas tapak tangan Hariz kembali sambil tersenyum. Selepas itu Sophie menarik tangan Hana untuk berlalu pergi.
Hariz yang melihat Sophie dan Hana berlalu pergi hanya tersenyum sumbing dan memandang semula kearah sapu tangan yang berada ditelapak tangannya sebelum bertindak memasukkan sapu tangan itu semula ke dalam kocek seluar sekolahnya “kalut betul minah ni”ujar Hariz didalam hati sebelum beransur pergi kearah barisan kelasnya.Dan disepanjang perhimpunan yang berlangsung lebih kurang satu jam dengan celoteh yang terpaksa didengar dari pengetua sekolah.
“Uhh…bila nak habis ni?naik kematu pungung aku kena duduk kat atas tar ni pengetua ni pun satu asyik nak membebel benda yang sama je,aku tau lah dah dua minggu tak jumpa dengan kitorang semua tapi lepas ni je lah tak n ampak ke aku macam cacing kepanasan duduk kat atas karpet tar ni?”bebel Sophie sendirian.Tapi tak lama selepas tu timbul pula akal nakalnya.Batu-batu kecil diambil dan diselitkan diantara jari hantu dan dan ibu jari bila sudah menetapkan ‘target’ iaitu kearah Ain yang sedang kusyuk membaca novel.”Oo…orang tengah sibuk dengar ceramah dari tadi ,kau pulak sibuk dengan melayan perasaan melayan novel jiwang karat kau,ehh..aku pun sama apa?siap kau”bisik Sophie didalam hati selepas menepatkan sasaran tepat kearah Ain terus saja dijentik tapi batu tersebut tidak menepati sasaran kerana yang terkena batu itu adalah Zikri budak yang agak gemuk duduk bersebelahan dengan Ain dan Zikri pun tertoleh-toleh ke belakang dengan badannya yang agak ‘comel’ itu. Selepas melihat batu yang dijentik tidak mengenai sasaran Sophie pun menundukkan kepalanya bagi mengelak dilihat oleh Zikri.
“Mampus aku,macam mana boleh salah ‘target’ pulak ni?terkena pulak kat budak gemuk tu,kalau dia tau aku yang baling,mahu aku dihempapnya dengan badan yang macam sumo tu,mau penyek aku dibuatnya?”bisik Sophie sendirian dengan menunduk-nundukkan kepalanya seperti orang yang sedang berperang saja lagaknya dibelakang Amani yang sedikit lebih berisi berbanding Sophie.Amani yang merasakan Sophie yang sedang menunduk dibelakangnya.”Yang kau tertunduk-tunduk ni,kenapa?ni mesti kau ada buat salah kan?soal Amani sambil mencuba untuk menjeling kebelakangnya.Tapi belum sempat berpaling muka Amani telah ditampar secara lembut oleh Sophie dan lantas berpaling Amani dibuatnya.
“Ish..kau ni,diamlah!tolonglah ‘cover’ aku,aku baru lepas tembak orang ni”balas Sophie
“Hah!kau tembak sape?mana kau dapat pistol,kau ni biar betul?”jawab Amani dengan muka panic.
“Eh choi!! Bukan tembak orang pakai pistollah,apa ke lurus bendul sangat kawan aku ni?”bidas Sophie
“Abis tu tadi kau cakap kau tembak orang?”soal Amani lurus.
“Aku bukan tembak dia pakai pistol tapi aku baling dia je pakai batu kecik ni”
“Oo..aku ingat apalah tadi,Abis tu kau tembak kena sape?”soal Amani
“Tadi aku nak hala ‘target ‘ aku kat Ain tapi terkena si Zikri budak gemuk tu pulak?”jawab Sophie dengan muak yang masih disembunyikan.
“Hah!Zikri,kau giler ke ape sekali dia tempeleng kau,berpusing kau sampai seratus kali,siap sewel lagi.Pakej.hehe…?”sambung Amani dengan ketawa yang terkekeh-kekeh.
“Wei,mulut kau jangan celopar sangat,kalau dia tempeleng aku,aku sambung balik tempeleng kepala kau,baru kau tau?”balas Sophie dengan tangan sengaja dibukak luas-luas seperti ingin menampar orang.
“Hehe..Okeylah,aku mintak maaf?’ujar Amani sambil tangannya kedua-dua belah dicantumkan seperti orang yang ingin memohon maaf di pagi raya pula lagaknya.
“Tau takut,sekarang ni kau tolonglah lindung aku dari budak gemuk tu cepat?”balas Sophie.
“Okey okey!aku ‘cover’ kau?”ujar Amani sambil menghadang badan Sophie dari dilihat Zikri.
Dalam masa yang sama ada orang lain yang sedang melihat mereka dari barisan hadapan sambil mengelengkan kepala melihat telatah yang mencuit hatinya sebentar tadi.Hariz memalingkan mukanya ke depan dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.
No comments:
Post a Comment