my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Monday, 24 October 2011

Kapal Terbang Kertas...

Rindu aku pada kisah lalu.kisah kami yang selalu bersama,selalu ketawa bersama,menanggis bersama,susah senang selalu tetap bersama tapi sekarang aku rse kami makin jauh dan terus jauh.Sekarang aq terasa ingin menanggis sendiri,ketawa sendiri tiada lagi teman yang dulu aku harapkan mungkin perangai kami dh lain.Semua orang berubah termasuk aku dan juga mereka.Apa yang dapat katakan aku seperti sudah terbiasa dengan keadaan begini.Sejak dulu lagi benda yang sama akan terus terjadi.Apa yang dapat aku lakukan?Siapalah aku?.. Hanya seorang insan biasa yang tiada rupa mahupun kedudukan untuk di pandang seperti kapal terbang kertas yang akan terbang mengikut angin dimana angin itu berhenti di situlah ia berlabuh.kapal terbang kertas yang hanya layak diinjak atau saja mainan yang boleh digunakan bila waktu kebosanan tapi apabila ia sudah tidak cantik mahupun sudah lusuh ia hanya layak untuk di 'tongsampahkan'.Kadangkala letih aku dengan kehidupan sebegitu mendongak aku kepada yang tidak sudi dan juga menunduk aku tiada siapa yang hendak peduli.Aku harap disaat mereka sedar akan kegunaan kapal terbang lusuh ini dan doakan saja ia masih di tempat yang sama kerana ia akan terus berlabuh di situ mengharapkan ada yang sudi untuk 'mencantikkannya',mewarnakan ia semula agar ia dapat dipandang semula dan juga dapat terbang semula membelah udara.Wahai angin...Sila bisikkan kepada mereka beralah aku bukan kerana benci, berundur aku bukan kerana membawa diri tapi hati aku tidak mampu menahan pedih yang amat sakit baik aku pergi dulu mencari kesabaran dan juga kekuatan agar aku dapat terus bertahan kerana kesabaran aku dan kekuatan aku makin hari makin menipis.Biar airmata aku jatuh sendiri tanpa orang lain sedari.Biar aku sendiri mengubat luka yang makin bernanah ini biarpun mungkin parutnya akan tetap kekal...Terima kasih untuk semua yang kita lewati...Ingatlah kapal terbang kertas itu akan terus menanti.Sampai bila2...selagi ia masih mampu bertahan...:)

1 comment:

  1. huhu..ciannya...sapalah dak tu ek..ish3

    ReplyDelete