Bab 5
Krringgg…menandakan waktu rehat sudah bermula.Sophie dan Ain sedang duduk di bahagian depan bersama buku yang berselerak di atasmeja menunggu masa untuk dibalut kerana itu adalah prosedur yang harus dilakukan oleh seorang pengawas pusat sumber sebelum disusun ke atas rak buku.Tangan Ain serta Sophie sedang ligat mengunting serta membalut buku yang ada.
“Ophie!”panggil Ain dengan tangan yang masih ligat memainkan peranan
“Hmm…”
“Wei,kau ikut tak rombongan pergi kem kat kuala Selangor tu?”sambil mengangkat keningnya membuat ‘double jerk’
“Kem mana pulak ni?”dengan muka yang pelik
“Ish!kau ni lem.. lah.ujar Ain sambil cuba mengetuk tangan Sophie menggunakan buku yang sedang dipegang olehnya dan itu membuatkan Sophie terjerit sedikit.
“Ouch!kau ni kalau cakap tangan tu tak jalan tak boleh ke?”terjerit tapi bila menyedari dirinya telah menarik perhatian sekeliling langsung dia tersengih sambil cuba menundukkan kepalanya tanda meminta maaf akibat ketelanjurannya.
“Eee..kau ni kan semua orang dah pandang,buat malu je?”marah Sophie lantas membalas semula tindakan Ain itu.Ain yang mendengar hanya ketawa kecil sambil menutup mulutnya menggunakan tangan kerana perbuatan mereka sedang diperhatikan oleh Puan Chong iaitu guru perpustakaan yang sedang bertugas.
“ Alah, Phie.Sory lah aku tak sengaja tadi,kau tau kan aku kalau cakap tangan secara automatik akan jalan sekali.Hehe..?”sambil terus tersengih
“Sory naik lori lah,sekali aku hempuk kau pakai buku ni baru tau,nanti orang makan nasi guna tangan kau pulak makan guna tiub,kau nak?”marah Sophie dengan muka yang sengaja dibengiskan tapi biasanya rajuk Sophie tidak bertahan lama selepas Ain membuat muka lima sen didepannya terus saja dia ketawa itulah salah satu kebaikan yang dimiliki oleh Sophie walaupun dia agak kasar orangnya tapi bila dengan kawan-kawan dia akan selalu mengalah.
“Aah… macam tulah,baru rock beb?”
“Rock abah kau?”dengan pembaris yang sengaja diacah untuk membaling kearah Ain sambil mengoyakkan senyumannya untuk Ain.
“Hah! Apa yang kau nak cakap tadi kata aku?”selepas ketawanya sedikit reda.
“Takdelah tadi aku nak tanya kat kau,kau join tak kem yang kadet polis adakan tu kat kuala Selangor,kenapa pulak kau tak tau,bukan kau kadet polis jugak ke?sedangkan aku yang puteri islam ni pun tau”ujar Ain dengan muka ‘double jek’.pelik
“Entahlah,aku tak tau pun?”kepala yang berlapik dengan tudung itu digarunya dengan muka yang berkerut.
“Ek’eleh boleh kau tak tau.Amendelah yang kau buat bila Hariz dengan geng dia datang buat ‘anouncement’ kat depan kelas kau pulak tengah buat masa tu?’soal Ain pelik.
“Aku tak tau pun dia datang,bila dia datang?”
“Pagi tadi masa kelas belum nak mula dia datang dengan kawan dia yang Syukor tu siap buat pengumuman kat setiap kelas?”
“Patutlah sebab pagi tadi aku tidur, semalam aku study sampai pukul dua pagi,macam mana tak mengantuk.hehe..” sambil tersengih menunujukkan barisan giginya seperti dalam iklan ‘colgate’.
“Tak payah kau nak kelentong akulah ni mesti kau baca novel sampai pagi kan?”dengan suara perlahan kerana takut menganggu budak sebelah yang sedang kusyuk membaca buku yang bertajuk ‘sang kancil dan kura-kura’.”Apalah dah besar gajah pun nak baca buku budak-budak lagi, tak matang langsung?” kutuk Sophie didalam hati sebelum memalingkan mukanya kearah Ain yang sedang menunggu jawapan darinya.
“Alah kau ni macam tak tau aku pulak,kira pakejlah sambil study plus baca novel kalau asyik baca buku je naik tepulah kepala otak aku”tersengih
“Tak payahlah Phie kau ni aku rasa lagi banyak baca novel berbanding study,bukannya aku tak tau,abis tu bapak kau tak marah pulak kau baca novel bukan bapak kau tak suka ke kalau kau baca novel?”dengan kening yang bertaut
“Aku baca buku dalam biliklah mana bapak aku nak tau kalau dia tau mampuslah aku dibuatnya aku jadi sup daging sebab kalau bapak aku tu marah naiklah rotan kat atas badan aku ni, nasiblah beb,nak hidup?’ujar Sophie.Dan Ain sedia maklum betapa tegasnya ayah Sophie dalam mendidik anak walaupun Sophie adalah satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki tapi tetap Sophie dilayan sama rata dengan abang-abangnya yang lain.Sophie pernah menceritakan bahawa waktu Sophie berada di tahun empat dia pernah diikat dengan tali dibahagian kaki disebabkan Sophie kerap merayau dan dalam masa yang sama peperiksaan akhir tahun Sophie mendapat markah tercorot.
“ Oo… pandai kau kelentongkan?”
“Biasalah, ni kan Ophie.Hehe…”mengoyakkan senyuman
“Banyaklah kau punya songeh?”sambil tersenyum sama
“Abis tu kau jadi tak ikut kem tu?”dengan muka serius
“Of courselah aku ikut,kau tau kan aku memang dari awal sengaja aku pilih kadet polis ni sebab aku dah tau mesti ada kem macam ni yang diorang akan ‘arrange’sebab tu aku pilih kalau tak buat apa aku penat-penat tukar kelab aku,kau taulah kan kelab KRS dulu tu selalunya buat kem asyik-asyik kat dalam sekolah ni aje sampai naik muak aku dibuatnya kalau ada pun mesti mahal nak kena bayar,kau tau lah sekolah kita ni jenis cekik darah kata je sekolah kaya tapi bila sampai benda-benda macam ni tak ada yang nak sponsor semua nak harap pelajar yang nak kena bayar.Hmm..” rengus Sophie
“Kalau macam tu kira jadilah kau nak join kem ni?”balas Ain
“Aku on je tapi berapa yuran yang kita kena bayar dan berapa hari?”soal Sophie
“Enam puluh hengget pastu kita gerak dari sekolah dalam pukul empat petang, hari jumaat lepas sembahyang jumaat lepas tu balik sini pulak hari ahad petang ,betterlah dari kem yang pernah kita join dulu semua main ratus je alasannya sebab ramai budak-budak loaded jadi diorang tak boleh nak tidur kat dalam khemah takut ada nyamuklah,apalah,dasar anak orang kaya?’kutuk Ain
“Betul jugak cakap kau tu,okeylah kalau macam tu lagi pun aku boleh guna duit biasiswa aku,masih banyak lagi sebab aku tak guna sangat pun cuma habis kat barang-baang sekolah aku je,nanti pandalah aku’ayat’ parents aku supaya benarkan aku pergi.Kau pulak apa macam?”soalnya kembali
“Hmm..ni yang susah ni kau taulah parents aku tu mana benarkan aku pergi kat tempat-tempat macam tu sebab diorang takut nanti aku sesat ke,lemas ke sebab aku ni bukan pandai berenang pun?”dengan muka sedih
“Oo..kesian dengan kau”simpati Sophie
“Alah aku tak kira aku tetap nak pergi jugak lagipun ni macam event yang last kita dapat buat sebab lepas ni kita mesti takkan dapat buat semua ni ‘together-gether sebab dah nak dekat Spm,dengan cara ni jugak kita boleh lepaskan tension dengan kepala yang tengah berserabut nak SPM?”ujar Ain dengan muka yang penuh semangat.
“Abis tu apa yang kau nak cakap kat mak ngan ayah kau?”
“Pandai-pandailah aku ayat diorang nanti?”sambil mengenyitkan mata dan tersenyum simpul.
“Macam tulah geng aku,give me five”sorak Sophie dengan muka ceria dan menepuk tangan ain ke udara.
“Habis tu kau dah bincang dengan kawan-kawan kita yang lain?”selepas ketawa mereka reda.
“Belum lagi, nanti kita bincang sama-sama okey?”balas Ain
“Orait, dahlah jom kita kemas benda alah ni nanti kita jumpa diorang kita bincang sama-sama lagipun dah nak dekat bunyi loceng ni?”sambil mengerling kearah jam tangan yang dihadiahkan oleh ayahnya waktu dia berada di tingkatan satu walaupun jam itu sudah agak lusuh tapi tetap digunakan oleh Sophie.Dan tanganya terus bergerak menyusun buku-buku serta pembalut buku yang bersepah di atas meja tersebut selepas habis mengemas Sophie dan Ain melangkah ke dalam pejabat yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya bagi meletakkan semula barang-barang yang sudah digunakannya.
“Jom”Ajak Bob sambil menarik tangan aku yang sedang sibuk melayan cerita Tom And Jerry yang sedang sibuk aci kejar-mengejar antara satu sama lain.Aku yang pelik dengan ajakannya tapi terpaksa bangun jua selepas ditarik-tarik dalam keadaan paksa.
“Nak pergi mana?”dengan muka yang berkerut sambil memicit-micit bahu yang terasa sengal selepas ditarik dengan agak kuat”Patutlah tak ada orang yang nak kat dia,kalau tarik tangan orang tu macam nak patah dibuatnya,ingat aku ni tali ke suka-suka nak tarik,bapak aku bayar zakat tau tiap-tiap tahun,Eh!bapak aku bapak dia jugakkan.huhu..?”sungut Sophie tapi dalam hati je lah kalau sound depan-depan karan tak pasal-pasal kena backhand dengan abang aku ni.
“Ek’eleh,tak payah nak buat muka innocent pulak bukan kau dah janji nak treat abang makan ‘burger king’.Tunggu ape lagi“arahnya dengan tangan yang sudah dilepaskan
“Bila masa pulak adik janji dengan abang?”
“Masa lepas cuti yang kau mintak abang hantarkan tu,ingat?”dengan muka didekatkan di depan muka aku,Aku tolak mukannya dengan tangan kanan nasib baik tak terlampau kuat kalau tak dah melayang kut sampai nun jauh kat Negara bosnia sana.
“Ooo..yang tu”
“Ha!tunggu apalagi pergilah bersiap takkan nak pakai seluar tight dengan baju snoopy yang besar gedabak pulak kot?”sergahnya. Biasanya itulah baju uniformku bila kat rumah nak-nak pulak hari minggu yang sungguh indah macam ni.
“Hmm..”dengan langkah malas aku turuti juga menapak ke dalam bilik dan dalan masa yang tak sampai lima minit aku keluar dengan siap memakai jeans dan baju t-shirt lengan yang sampai siku bersama tudung berwarna putih dan biasanya itulah pakaian yang aku gunakan apabila keluar rumah lagipun bukan nak pergi mana-mana pun setakat burger king kat hartamas tu lainlah kalau keluar dengan balak kenalah pakai baju yang advance sikit macam baju kurung ke biar Nampak ayu tak pun pakai dress”Opss…terlebih sudah,cehh..entah zaman bila aku nak dapat balak kalau kayu balak banyaklah kat belakang rumah aku.Haha!”.Selepas siap aku dan Bob pun pergilah dengan menaiki motor capuk dialah apa lagikan takkan nak naik Ferrari pulak.
Sesampai saja didepan kedai mamak aku menyuruh Bob berhenti.Dia yang pelik terus saja memberhentikan motosikalnya ditempat letak motosikal yang berderet kat depan kedai mamak tersebut.Aku terus saja melompat dari motosikal dan berpaling kearah Bob yang memandang aku dengan dahi yang berlapis-lapis.
“Asal pulak kita berhenti kat sini?”selepas menanggalkn topi keledarnya
“Bukan kita nak makan kat ‘burger king ke?”sambungya dan tangannya terarah ke depan yang menunjukkan restoran ‘burger king’itu kepadaku tapi aku hanya tersengih dan terus berjalan menuju ke tempat duduk yang sediakan di luar premis.Selepas menarik kerusi aku terus duduk dia hanya mengikut dan duduk bertentangan denganku
“Memanglah adik nak belanja abang tapi adik tak cakap pun nak makan kat dalam ‘burger king’ kan?”dengan kening diangkat
“Adik Cuma cakap nak “belanja makan dekat burger king”kira ni dekat dengan situlah siap kita boleh pandang restoran tu sepanjang makan kat sini kan.hehe…?”sambungku dengan senyuman yang tak lekang dari bibir aku yang comel ni
“Ala!baik tak payah,buat lotih je budak ni”dengan loghat negeri sembilannya yang ntah pape ntah.Aku yang melihatnya ketawa melihat reaksinya”Siaplah,siapa suruh siram aku hari tu,rasakan!?”bisik Sophie didalam hati
“Lagi satu adik hanya mampu belanja abang makan roti canai kosong dengan ais kosong je,almaklumlah adik ni kan masih lagi student,so..toleransilah sikit?”selepas ketawaku reda
“Macam tu baik tak payah belanja?”protesnya
“Kira untunglah adik nak belanja,abang tau tak berapa ramai orang kat afrika sana mati kena pijak sebab berebut roti sebeku,insaf insaflah bang?”siap aku brainwash lagi otak abangku ni.huhu…rasakan penangan Sophie.
Tapi akhirnya aku makan Maggie goreng mamak siap ada telur mata lagi kat atas dengan teh ‘o’ ais limau manakala abang Bob pula makan nasi goreng kampung dengan sirap ais itupun dia bayar sendiri.Haha!”selamat duit aku hari ni?”ujarku didalam hati.Selepas siap makan kami pun menapak pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang girang.


No comments:
Post a Comment