Selepas semua peserta bangun sejak awal pagi lagi kami mengadakan
senaman bagi memulakan hari kami dengan aktiviti yang akan diadakan pada hari
ini.Sebelum bergerak pergi ke tempat aktiviti kami bersarapan dulu agar lebih bertenaga
untuk melakukan aktiviti yang mencabar.Hari ini kami akan melakukan aktiviti
yang dinamakan ‘flying fox’ dan semua pelajar diwajibkan ikut serta.
“Yohoo!dapat jadi tarzan
kejap.Hah!?”jerit Hana
“Hah!tarzan,apa yang kau
merepek ni Hana?”tanya Sophie dengan tangan yang pantas mengetatkan alat
keselamatan yang berada dipingangnya.”Ni kalau benda ni longgar mau jadi macam
nangka busuk aku jatuh dahlah tinggi giler”monolog Sophie didalam hati sambil
melihat seorang peserta iatu Esha budak tingkatan dua sedang bersedia untuk
melakukan terjunan”Berani gile budak kecik ni,dah masuk kali kedua aku tengok
dia buat benda alah ni,tak takut gayat ke apa,aku yang tua ni pun dah bergetar
lutut nak buat aksi berani mati ni padahal sebelum ni bukan aku tak pernah cuba
masuk yang ni dah dua kali tapi penyakit gayat ni masih lagi tak
hilang.Hmm…entahlah,nak-nak aku tengok tali yang aku nak kena lalu sebelum
sampai kat point nak kena landing naik tersirap darah aku dibuatnya?”bisik
Sophie lagi didalam hati.
“Iyelah,jadi tarzan jap
kita kan nak terjun dari atas tu consider kita jeritlah sekali sampai seluruh
alam ni dengar.Haha!”dengan muka selamba
“Eh!Phie kau nak mulakan
dulu tak?”celah Ain
“A ku rasa baik kita
biarkan Hana yang mulakan dulu?’bantahnya sambil merenung ke jari manis yang
terletak cincin pemberian arwah Putra ketika mereka sama-sama keluar meraikan
keputusan PMR dulu sebelum Putra jatuh sakit.Sophie sangat sukakan cincin
pemberian arwah kerana itulah satu-satunya peninggalan arwah kepadanya selain gambar
arwah yang terselit didalam dompet Sophie yang akan dibawa olehnya walau ke
mana saja dia pergi dan cincin itu juga tidak pernah dilepaskan dari jarinya
biarpun selalu ditegur oleh pengawas sekolah waktu perhimpunan Sophie akan
memasukkannya ke dalam kocek selepas pengawas tidak kelihatan lagi langsung
dipasang ke jari manisnya.
“Cakap je kau cuak nak naik
kan,tak payah nak bagi alasanlah?”bidas Hana sambil ketawa kecil termasuk orang
lain yang turut mendengar.
Hariz yang turut mendengar
juga sama mencelah”Apa!aku dengar ada orang yang cuak,siapa siapa”dengan riak
mengusik.Ain hanya menunjukkan kearah Sophie yang sedang menunduk.Sophie
menampar bahu Ain.
“Bukan cuaklah,gayat je?”dengan muka yang
mucung.”Mamat ni menyampuk je sekali aku ‘pang’ kang bergegar jugak cerebrum
dia free je jadi pekak elok-elok hensem tapi pekak tak ke haru.Huahua…”tawa
Sophie didalam hati
“Alah Phie!kalau cuak tu
cakap je lah cuak,nanti aku tolong sambut kau kat bawah yek?”dalam nada yang
menyakat dan dagunya diusap-usap dengan sengihan yang melebar.Suka benar dia
melihat muka Sophie yang mula merah.Comel je.Selepas perlanggaran yang berlaku
dengan tidak sengaja dengan Sophie terus saja dia jadi suka melihat Sophie
dalam diam walaupun gaya Sophie tidak seperti perempuan lain tapi cukup
menambat hati lelakinya.
Yang lain hanya turut
ketawa kecil melihat pertikaman lidah yang berlaku diantara mereka.
“Kalau kau bagus sangat
kaulah pergi dulu,tak payah nak poyo sangat kat aku,macam bagus sangat”balas
Sophie dengan hidung kembang-kempis menahan marah ditambah lagi bila
mengingatkan apa yang pernah berlaku diantara mereka beberapa ketika dulu.
Dengan tawa yang masih
bersisa Hariz menyambung “Ladies firstlah kan,tak gentle lah kalau macam tu”
“Gentle kepala hangguk
kau?”dengan mata yang mencerlung.Baru saja Hariz ingin membalas kata-kata
Sophie datang pula Syafikah dengan geng itiknya dan menyampuk perbualan mereka
dan itu yang membuatkan mereka berhenti serta-merta.
“Lah!kat sini you
rupanya,penat I cari?”dengan nada yang manja yang mengoda sambil cuba menarik
tangan Hariz tapi dapat ditepis Hariz.
“Hmm…apasal kau cari aku
ni?’dengan mata yang tak lepas memandang kearah Sophie.”Asal mamat ni asyik pandang-pandang
aku je dari tadi,sekali aku backhand karang patah jugak gigi budak ni,dah lah
panggil I you I you naik loya tekak aku mendengarnya”monolog Sophie di dalam
hati dengan muka yang berlapis tanpa mempedulikan gelagat mereka terus sahaja
Sophie menarik tangan Hana dan Ain untuk pergi dari situ Hariz hanya memandang
langkah Sophie sebelum mengalihkan pandanganya kepada Syafikah.
“You ni I saja nak cari
you,I cuma takut nak naik benda ni,I takut jatuh”merengek lagi sambil cuba
memegang tangan Hariz lagi tapi ditepis kasar oleh Hariz
“Ee…kau ni kalau cakap tu
tangan tak jalan boleh tak,rimas aku tengok”rengus Hariz dengan muka
meluat.”Lagi pun sekarang ni kau dah ada Joe kan jadi stop nak mengatal dengan
aku sebab aku tak nak ada masalah dengan Joe,kau paham tak”selepas berkata
Hariz terus melangkah pergi bersama-sama dengan Zariff tanpa memandang kearah
Syafikah yang sedang menghentak-hentak kakinya seperti budak-budak yang tak
dapat barang permainan yang dinginkan.
“You!sampai hati you
buat I macam ni?”dengan muka yang masam mencuka masih lagi dengan lagak menghentak-hentak
kakinya.
*****
Selepas melakukan
aktiviti ‘flying fox’kami dibawa pula ke aktiviti lagi satu disebabkan kami
terlampau ramai jadi dibahagikan kepada dua kumpulan.Semasa kami berjalan
menuju ke tempat yang dituju kami
bertembung dengan kumpulan lagi satu dan terlihat ada yang basah kuyup seperti
lepas mandi siap bawak pelampung lagi.
Untuk aktiviti kali ini
kami akan dikehendaki baring di atas pelampung dan kami akan dihanyutkan oleh
arus tapi masih tetap dikawal oleh fecie-fecie terpancar keterujaan di wajah masing-masing.Dan seorang
demi seorang mencuba walaupun dalam
perjalanan tiba di penghujung ada fecie yang akan membuat kacau dengan
membalingkan air kearah peserta dan bermacam gelagat yang timbul.Selepas semua
orang mencuba secara berseorangan tiba pula secara berdua dimana seorang lagi
akan ditindih oleh pasangannya dan dibawa oleh arus.
“Wei! Phie nanti kita
buat berdua nak?”tanya Sophie kepada Hana yang sedang ralit duduk ditepi tebing
memandang kearah peserta yang sedang melakukan aktiviti tersebut
“Boleh je”dengan muka
yang penuh teruja
“mesti best kan?”
“Aah”tanpa berpaling ke
muka Hana
Bila tiba giliran mereka
terjerit-jerit mereka berdua dibuatnya ditambah dengan keadaan yang memang riuh
sejak mula lagi bertambah gamat keadaan di sungai itu dah macam pasar borong
selayang.Selepas penat melakukan aktiviti tersebut pelajar yang tidak mahu
melakukannya dibenarkan mandi di tempat yang tidak jauh dari aktiviti tersebut.
Selepas melakukan aktiviti tersebut Sophie dan Hana melepaskan lelah di salah batu
yang besar untuk berehat sebentar.Tidak lama kemudian tiba pula Hariz dan
Zariff bermain air dibawah sambil memandang kearah Sophie dan Hana.
“Kat sini rupanya
korang,asal tak main lagi?”soal Hariz
“Malas,penat”jawab Hana
Sophie yang malas melayan
pertanyaan Hariz itu hanya membuangkan pandangan kearah Syafikah dan gengnya
yang sedang ralit seperti mencari sesuatu dan mandi dengan pakaian yang agak
seksi dengan hanya memakai baju T yang agak jarang bersama dengan seluar pendek
paras atas lutut kerana Sophie tahu yang Hana ada menyimpan perasaan terhadap
Hariz.Sophie yang melihat hanya mengelengkan kepala sambil cuba membuang
pasir-pasir yang berada didalam kasut yang dipakai dan menyilangkan tudung yang
sedang dipakai.”Nasib baik aku pakai baju warna hitam kalau tak free je tayang
body,ish malu siot”bisinya didalam hati
Sedang kusyuk Sophie
menjalankan tugas membuang pasir tersebut dia merasa ada air yang disimbah ke
mukanya.Sophie berpaling dan melihat Hariz sedang tersengih kearahnya.”Woi!Apa
main simbah-simbah air kat aku ni,aku belasah kau karang”dengan muka garang.
Hariz yang mendengar terus
tersengih tapi terus merenjiskan air kearah Sophie.Sophie yang tak tahan asyik
disimbah dengan air terus turun dari tempat duduknya dan cuba membalas
perbuatan Hariz itu siap dengan kasut yang sudah ditanggalkan bagi menampung
air dan di baling kearah Hariz.Hariz hanya membiarkan sambil sekali sekala
mengelengkan kepalanya bagi menurunkan air yang disiram oleh Sophie dan
berlakulah adegan yang ala-ala Hindustan antara mereka.
“Apa ni siram aku guna
kasut pulak?”selepas mereka berhenti bergaduh
“Hah!padan dengan muka
kau,sape suruh siram aku dululah samdol!”
“Iyelah,tapi aku tak siram
kau guna kasut pun”muka cemberut
“Nasiblah!rasakan bau yang
begitu menyegarkan dari kasut aku,dah sebulan aku tak basuh kasut tu,kau tau
tak?”bohong Sophie lantas naik ke atas batu semula memakai kasut sambil ketawa
berdekah-dekah.Hariz yang mendengar hanya mendiamkan diri lantas naik keatas
batu yang bersebelahan dengan Sophie dan Hana.Zariff dan Hana yang melihat
telatah mereka turut ketawa.
Selepas beberapa lama
mendiamkan diri tanpa bicara Hana bertanya kepada Hariz.
“Wei!kau tak ada awek
ke?”Hariz memandang kearah Hana dan mengelengkan kepala dan tersenyum
menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya.Hana yang melihat terpegun.
“Habis tu Syifa yang
berkepit dengan kau tu bukan awek kau ke?”Sophie hanya memasang telinga
“Mana ada,dia kan assistant
kelas aku jadi aku mestilah dengan dia”
“Habis tu syafikah?”tanya
Hana tidak berpuas hati
“Kau gila dia tu awek Joe
lah”
“And then sape?Syazwanie?”
Geleng lagi
“Eylena?”sampuk aku
“Ish!tak nak aku budak
cheerleading pakai baju pun sendat aku tengok?”dengan muka berkerut
“Elyza?”tanya Hana pula
Geleng lagi
“Aisyah?”aku pula menyahut
Geleng juga sambil senyum
“Fazura?”tanya Hana pula
Geleng lagi
“Maisarah?”aku pulak
menyampuk
Geleng jugak.
“Abis tu Hana ni
ke?”tanyaku sambil tangan menghala ke Hana yang duduk disebelahku.Hana yang
mendengar mencubit tangan aku.”Aku pulak kau ni?”dengan muka cemberut.Hariz
hanya ketawa.
“Manalah tau,kau ada
skandal kat belakang aku.Haha…?”sambil ketawa
“Korang ni
mentang-mentanglah pustakawan,semua nama budak pustakawan korang sebut?”sambil
tersenyum manis kearah kami berdua
“Dah nama tu je yang
kitorang ingat,bantai jelah?”dengan tangan mengaru-garu kepala yang tidak gatal
dan tersengih.Hana turun selepas habis bertanya dan tinggallah aku berdua
dengan Hariz lantas aku mengikut Hana turun dan menengelamkan separuh badanku
didalam air kerana air disitu agak cetek dan Hariz masih diatas batu.Dengan
Zariff yang sudah hilang entah kemana.
“Aku nak tanya kat
sikit,boleh tak?”masih bermain air dan pandangannya dilepaskan kepada Hariz
yang sedang merenungnya
“Nak tanya banyak
pun,boleh?”
“Mmm…bukan dulu kau
dengan Syafikah pernah ‘couple’ke”
“Aah…tapi tu dulu”dengan nada malas
“Asal korang break?”masih
bertanya.Hariz melihat Sophie dengan muka yang berkerut
“Aku cuma tanya,bukan
ada maksud lain pun,kalau kau tak nak jawab sudahlah?”dengan nada mendatar.”Ish..dia
ni kalau tak nak jawab dahlah,janganlah pandang aku tahap pencuri hati yang
berjaya je,buat aku gemuruh je,nasib baik aku kat dalam air boleh cover muka
aku yang tengah cuak ni?”bisik didalam hati.
“Tak adalah,dulu dia
pernah kantoi dengan aku.Aku jumpa dia keluar date dengan Joe,siap buat aksi
manja lagi.Huh..”melepaskan keluhan yang berat.”Lagi pun aku tak heran sangat
dengan perempuan macam tu sebab,dulu sebab kitorang ‘couple’ pun dia yang
mintak siap ugut nak bunuh diri lagi.So…terpaksalah aku setuju”
“Fuyoo..dahsyat tu.Abis
tu,bila kau nampak dia dengan Joe,apa kau buat?”dengan muka yang tak percaya
“Aku terus mintak break
off dengan dia sebab dia dah terang-terang tipu aku sebab sebelum tu aku ada
ajak dia keluar tapi dia cakap dia teman mak dia pergi shopping tapi bila aku
sampai kat mall tu aku nampak dia tengah bermesra dengan si Joe tu siap makan
bersuap-suap pulak tu?”kata Hariz sambil melihat mulut Sophie yang dah terlopong.Dia
ketawa
“Tutuplah mulut tu nanti
tak pasal-pasal masuk lalat pulak?”Sambung Hariz lagi.
Sophie hanya tersipu malu bila
ditegur.Selepas beberapa ketika mereka mendiamkan diri hujan renyai-renyai
jatuh membasahi bumi tuhan.
“Hujanlah,Hariz?”
“Hmm..”
“Eleh…kita memang dah
basah pun”
“Lupa pulak aku.Haha!”sambil
terseyum simpul
Sophie yang sedang leka bermain air terus dilihat oleh Hariz dengan mata
yang tidak berkelip.”Budak ni comel betul bila main air macam tu,”monolognya
didalam hati dengan hati yang berdebar-debar bila melihat senyuman yang
dihadiahkan oleh Sophie kepadanya tapi tidak lama selepas itu Sophie
menenggelamkan keseluruhan badannya termasuk dengan kepala sekali selepas
beberapa ketika Sophie masih tidak timbul ini membuatkan Hariz panik lantas
Hariz terjun kedalam air dan menarik bahu Sophie.
“Kau tak apa-apa ke?”dengan
muka yang berkerut.Sophie mengosok mukanya dengan kedua telapak tangan
“Kau ni spoil
betullah,aku baru nak test nak tahan nafas dalam air kau dah tarik aku,kalau
tak dah pecah rekod dah?”dengan nafas yang di tarik dalam-dalam.Sophie terkedu
melihat wajah Hariz yang berada dekat dengan wajahnya kedua-duanya seperti dibawa
kealam lain,dimana hanya ada mereka berdua.
“Woi?”sergah Sophie lantas
membaling air kearah Hariz selepas dia tersedar.Hariz hanya tersenyum lantas naik semula keatas
batu yang didudukinya sebentar tadi.”Ish!apa yang aku dah buat tadi,buat malu
je?”bisik Hariz didalam hati.Dan Sophie pula
“Ee…mamat ni buat jantung
aku rasa nak meletup je,siap boleh masuk icu lagi tenung aku macm tu?somebody
help me!!!?”teriaknya didalam hati dengan sengaja kepalanya yang berlapik
tudung itu digaru bagi mengurangkan kegusaran yang melanda.Kedua-duanya terdiam
membisu beberapa ketika
“Kau nak buat apa dengan
aku tadi.Hah!?”sergah Sophie.
“Tak adalah tadi aku
tengok kau tak timbul-timbul aku takut kau jadi arwah je nanti,tak pasal-pasal
aku kena jadi saksi”
“Choi!mamat ni muka cantik
tapi mulut macam longkang.Aku backhand kang”sambil tanganya dikepal ditujukan
kepada Hariz yang tengah ketawa.Dan bergerak kearah batu yang didudukinya
tadi.melabuhkan pungung
“Haha!Phie mailah… duduk
kat sebelah aku ni”sebelahnya ditepuk-tepuk perlahan-lahan.
“Kau gila!nanti tak
pasal-pasal awek kau belasah aku bila tengok aku duduk kat sebelah kau,tak nak
aku”
“Ek’eleh buat apa dia nak
marah pulak dia bukan awek aku lagi pun”
“Memanglah dia tak marah,tapi nanti peminat-peminat
kau yang lain tengok tak pasal-pasal diorang buat perhimpunan pasal’
Anti-Ophie’,tak mahu aku tanggung risiko”.
Hariz yang mendengar sudah menghemburkan ketawanya.Lucu melihat gaya
Ophie sebentar tadi
“Gelak pulak dia ni”balas
Sophie dengan muka tak puas hati. ”Yang kau gelak tu apasal,betullah cakap aku
tu,kau kan popular kat sekolah ni,mestilah ada budak-budak yang akan minat kat
kau dalam diam kan”masih dengan riak yang sama.Hariz merupakan ketua kadet
polis dan dia juga merupakan ‘teacher’s pet’adatlah waktu sekolah macam ni ada
ramai yang minat.
“Okeylah!aku tak gelak
lagi”dengan ketawa yang masih bersisa
“Buat apa diorang nak buat
macam tu,kau ingat ni kat jepun ke ada peminat fanatik yang nak buat sampai
macam tu sekali?”selepas ketawanya reda
“Manalah aku tahu?”dengan
muka seposen
“Dahlah,sini duduk kat
sebelah aku”.Nak tak nak Sophie terpaksa juga mengikut permintaan Hariz.Dalam
paksa dan juga rela.Huhu…Hariz yang menghulurkan tanganya bagi menolong Sophie
untuk naik keatas tapi tak diendahkannya”Aku boleh naik sendirilah”sahut
Sophie.Sophie melihat hanya jarak beberapa ela sahaja yang memisahkan mereka
berdua selepas dia melabuhkan pungung disebelah Hariz dan itu membuatkan Sophie
dapat merasakan kehangatan tubuh Hariz.
“Setakat tangan kau,apa
aku heran aku siap pernah terpeluk kau lagi hari tu?”Hariz tersenyum sumbing
kepada Sophie membuat Sophie menjadi tidak keruan bila mengingatkan apa yang pernah
terdiantara mereka berdua.
“Itu Cuma satu eksiden
yang tak sengajakan,aku pun tak hingin kau pegang aku macam tu”jawab Sophie
dengan muka yang mula merah.
Hariz mencebik mendengar
jawapan Sophie itu.Tapi bagi Hariz itu adalah pengalaman yang tak akan pernah
dilupakan sampai bila-bila dan sebab kejadian itu yang membuatkan Hariz
tersenyum sendirian bila mengenangkannya dan sejak saat itu jugalah Hariz
tertarik untuk mengenali Sophie.Aneh!tapi itu yang dirasakan oleh Hariz.
“Aku pun tak nak pegang
kau,dahlah kau tu berat sakit pingang aku nak kena tahan badan kau daripada
jatuh”Hariz sudah meletuskan tawanya.Sophie dengan tidak disangka-sangka telah
memukul bahu Hariz secara bertalu-talu.Refleks.Hariz hanya mendiamkan dengan tawa
yang makin kuat melihat muka Sophie yang cemberut.Makin lama serangan tangan
Sophie makin perlahan dan seterusnya terhenti melihat tawa Hariz yang tak
pernah sudah dan akhirnya Sophie turut sama ketawa.
“Dahlah.Jangan nak
gelakkan aku lagi”dipandangnya wajah Hariz yang ketawa”Malu aku bila ingat
benda tu”sambung Sophie.
Mulut Hariz terkemut-kemut menahan ketawa agar tidak terus
meletus”Iyelah.Aku tak gelak lagi,tapi bila ingat balik benda ni aku memang tak
tahan nak gelak”
“Betul cakap kau,aku
pun tak tahu kenapa boleh jadi sampai macam tu,dah macam cerita Hindustan aku
rasa”.Tawa mereka berdua terletus lagi mendengar ayat yang terluah dari mulut
Sophie.”Tapi janji dengan aku yang kau tak cakap kat siapa-siapa pasal benda ni
kalau tak malu aku nak berdepan dengan orang”sambung Sophie bila tawanya reda.
“ Tengoklah macam
mana?”dengan senyum simpul ingin mengusik Sophie dan padangannya dilemparkan
kedepan sengaja menambah sakit hati Sophie.Sophie yang mendengar apa yang
diucapkan Hariz itu sudah melongo tidak percaya apa yang diucapkan oleh Hariz.
“Cuba kau cakap kat
orang aku belasah kau sampai
lebam”gertak Sophie dengan tangannya diangkat dan dikepal seperti orang yang
sudah sedia untuk bergusti.
“Kau ni?garang
sangatlah lebih je perempuan tapi perangai macam lelaki,pakai tudung je ayu
tapi tak sama langsung dengan perangai kau yang ganas tu”komen Hariz dengan
muka yang berkerut.
“Nak buat macam mana
dah memang perangai aku macam ni mungkin sebab adik-beradik aku semua lelaki
dan Cuma aku je adik perempuan yang diorang ada jadi sejak kecik lagi aku ah
biasa buat perangai macam tu dengan abang-abang aku”balas Sophie dengan suara
yang datar.
“Oh!Kau sorang je
perempuan? sebenarnya kau ada berapa adik-beradik?”soal Hariz dengan muka
serius kerana secara tiba-tiba rasa ingin tahu menular di dalam hati Hariz yang
ingin mengambil tahu mengenai Sophie.
“Aku ada tiga orang
abang atas aku dan aku anak yang bongsu,jadi lepas ditolak,dicampur dan di
bahagi jadi kita orang ada empat orang semua dan semuanya abang dan aku sorang
je perempuan?”jawab Sophie sambil tersengih.Hariz pula Cuma mengangguk tanda
mengerti.
“Pandai kau tukar
topik yek?”soal Sophie”Aku tak kira kau mesti janji dengan aku yang kau tak
akan bagi tahu siapa-siapa pasal benda ni”sambung Sophie dengan muka yang
sengaja digarangkan tapi itu sedikit pun tidak mengetarkan Hariz malah
membuatkan Hariz ingin terus melihat wajah Sophie yang merah padam itu.
“Ada aku kisah”Hariz
masih ingin mengusik Sophie tapi melihat muka Sophie seperti udang kena bakar
menahan rasa membuat Hariz jadi tak sampai hati dibuatnya.”Okey!Aku tak cakap
kat siapa-siapa pun”sambung Hariz dan pandanganya ditala kepada Sophie yang
sedang memandang dirinya dan mata mereka pun beradu tapi tidak lama kerana
seperti biasa Sophie akan melarikan pandangannya terlebih dahulu kerana tak
tahan melihat mata Hariz yang menikam hatinya.
“Aku nak kau janji
jugak”
“Iye!Aku
janji.Puas.Kau ni dahlah ganas lepas tu degil pulak tu?”Balas Hariz sambil
tersenyum walaupun begitu Hariz senang dengan perangai Sophie.
“Ada aku kisah kau nak cakap aku ganas ke
degil ke?yang penting kau dah janji dengan aku jadi kau kena tepati.Ada
paham!”pandangannya dilemparkan kearah peserta-peserta kem yang sedang leka
bermain.Dan kesunnyian mula menyelubungi mereka.
Hariz melihat Sophie yang sedang
mengigil menahan kesejukan kerana dilihat tangan Sophie yang sudah mula
menguncup.Selepas itu beralih kepada jari manis Sophie yang tersarung sebentuk
cincin.
“Kau sejuk ke?”tanya Hariz
dengan muka yang berkerut
“Taklah panas sangat sebab
tu sampai keluar peluh...Ha.ha!”?sengaja buat loyar buruk dengan ketawa yang
lain macam saja bunyinya.
“Ek’eleh tanya macam tu
pun nak marah”sambil tersenyum.Tak marah sebab dia tahu Sophie hanya bergurau
“Abis tu yang kau tanya soalan budak darjah
lima tu apasal,dah tau aku mengigil mestilah aku tengah sejuk”dijelingnya tanda
marah
“Meh sini aku ajar kau
macam mana nak hilangkan sejuk tu?”
“Macam mana?”dengan
suara yang sedikit kendur
Hariz sudah memegang kedua-dua tangan Sophie dan dipertemukan kedua-dua belah tangan Sophie
dan digosokkan secara perlahan-lahan”Mula-mula kita gosokkan tangan macam ni
lepas tu kita bawak ke pipi”dibawa kedua-dua belah pipi Sophie selepas habis
berkata begitu dilepaskan tangan Sophie secara perlahan-lahan.
Sophie hanya mampu
terdiam kerana dipegang oleh Hariz dan diulang-ulang beberapa kali bagi
menghilangkan kesejukan yang ada dengan hati yang berdebar-debar.
”Ish!budak ni dah banyak kali
dia pegang aku,buat aku rasa nak pengsan je,hati ni pulak dari tadi dok dup dap
dup dap je entah bila nak berhenti,Aku
dah jatuh cinta dengan dia ke”monolog Sophie didalam hati.
“Hah!jatuh cinta?tak
mungkin!!!?”bisiknya didalm hati sambil kepalanya digeleng-gelengkan kepala
bagi menolak semua yang diperkatakan tadi.
”Cinta aku hanya untuk
Putra sorang je tak mungkin aku jatuh cinta dengan orang lain”menggeleng lagi
tanda tidak percaya
“Halusinasi?iye.. ni
hanya halusinasi aku je tak mungkin aku jatuh cinta lagi sekali,TIDAK?ini mesti
cuma perasaan aku yang rindukan Putra,Iye?Aku pasti?”bisik Sophie lagi didalam
hati.Hariz yang melihat gelagat Sophie itu telah mengerutkan dahinya.
“Wei!kau okey tak
ni?dari tadi aku tengok kau asyik tergeleng-geleng?”sergah Hariz dengan riak
yang masih sama
“Hah!aku..aku okey”dengan
tergagap-gagap
“Hmm…sure ah?”.Sophie
hanya mengangguk
“Orait…kalau ada apa-apa
bagi tahu aku okey?”pesan Hariz
Sophie angguk lagi.
“Aku nak tanya kau
sikit boleh?”tanya Hariz selepas senyap sebentar dengan matanya tidak lepas
memandang cincin yang berada di jari manis Sophie itu.
“Nak tanya banyak pun
boleh?”diajuk percakapan yang dibuat Hariz sebentar tadi dan mereka sama
ketawa.
“Hmm..cincin kat jari
kau tu,siapa bagi?”menunjukkan kearah jari manis Sophie
“Aahh…cincin ni..”belum
sempat Sophie membuka mulut Zariff melaungkan nama Hariz dari tepi tebing
sungai yang ditempat mereka melakukan aktiviti sebentar tadi.
“Hariz!Dah dahlah dating
tu,jom kita main?”teriak Zariff sambil memegang pelampung ditangan kirinya.
Hariz memalingkan wajahnya
kearah Zariff sambil tersengih”Kau mainlah dulu?”bantah Hariz.Aku yang melihat
hanya memandang kearah Hariz dan Zariff silih berganti
“Alah!jomlah”teriak Zariff
“Nantilah aku datang”ucap
Hariz seperti berat hati.
“Pergilah…nanti ada yang
menanggis pulak?”sampuk aku
“Hmm…Kau okey ke
sorang-sorang kat sini?”berpaling menghadap muka Sophie
“Gila kau tak okey,bukan aku
sorang kat sini?”dengan senyuman yang lebar.Memerli Hariz.
Hariz hanya
tersengih”Okeylah aku gerak dulu”ucap Hariz
“Hmm..”
Hariz melangkah pergi kepada
Zariff sebelum itu sempat lagi dia berpaling kearah Sophie dan menghadiahkan
senyuman yang manis buat Sophie seorang.Sophie melihat gelagat mereka baring
diatas pelampung dan dibawa arus lantas terdengar keluhan berat.”Hmm…dia macam
Putra,suka ambil berat pasal orang
lain”bisik hati kecil Sophie.
Dari hujung sungai dapat
dilihat Syafikah melepaskan geram melihat aksi yang berlaku didepan
matanya.Seperti ingin dicekik-cekik leher si Sophie kerana geram melihat Sophie
yang duduk disebelah Hariz itu tapi dia tidak dapat berbuat apa kerana dia yang
melakukan kesalahan terlebih dahulu dengan bermain kayu tiga dibelakang Hariz sehingga dapat ditangkap oleh Hariz
tentang sikap buruknya.
No comments:
Post a Comment