my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Friday, 21 March 2014

Sarangae white calla..Bab 8



            Encik Ahmad dan Bob sedang menonton berita di tv3 selepas makan malam hari itu tapi fikiran Puan Hajar menerawang mengingati mengenai satu-satunya anak perempuan mereka yang berada di kuala Selangor.
            “Tengah tengok t.v ke termenung cik Jah oii!?”usik Encik Ahmad selepas melabuhkan duduknya disebelah isteri dan ditepuknya paha Puan Hajar dan membuatkan dia terkejut dari lamunanya yang panjang.
          “Tak ada apa-apalah bang,Jah cuma teringat anak perempuan kita tu,tengah buat apa je dia sekarang ni ye?”dengan mata yang masih didepan kaca televisyen dan Bob yang mendengar hanya tersenyum melihat telatah yang ditunjukkan kedua-dua orang tuanya walaupun dah nak dekat tiga puluh tahun mereka mendirikan rumah tangga tapi mereka tetap Nampak gembira biarpun hidup secara sedehana
          “Alah mak!nanti baliklah si Ophie tu?bukannya dia pergi berperang  kat Iraq sana pun mak nak kena risau?”celah Bob
          “Memanglah adik kamu tu tak  pergi berperang tapi hati mak tetap risau sebab adik kamu tu mana pernah duduk jauh dari kita semua?”balas Puan Hajar
         “Awak ni bukan tak pernah si Sophie tu pergi ke kem-kem macam ni macam tahun lepas elok je kamu lepaskan dia pergi Genting ikut rombongan sekolah”balas Encik Ahmad
         “Yang tu lain bang, rombongan tu bukan kat dalam hutan tapi kai ni kat dalam hutan?”sahut Puan Hajar lagi
         “Doa jelah  Jah moga-moga anak kita tu dilindungi dari sebarang malapetaka selagi dia kat dalam hutan tu ye?”balasnya sambil berdoa didalam hati moga anak mereka berada dalam keadaan selamat.
           “A’ah mak,takkan jadi apa-apa kat si Ophie tu punyalah”sampuk Bob
           “Mak pun harap yang sama jugak,mudah-mudahan adik kamu tu selamat”masih dengan nada yang sayu.
            “Insya-Allah mak,esok baliklah Ophie tu ke mari?”sambil beralih tempat duduk disebelah Puan Hajar sambil mengosok-gosok lembut bahu Puan Hajar bagi menenangkan fikiran Puan Hajar.

*****
 Puan Hajar sudah tidak berkata apa fikirannya menerawang kepada hari Sophie meminta keizinan daripadanya untuk mengikuti rombongan sekolah tersebut.
            “Alah!mak bagilah adik pergi kem tu?”sambil menarik-narik lengan baju Puan Hajar
           “Mak kata tak boleh maknanya tetap tak boleh”dengan nada tegas
           “Tapi mak Ophie dah bayar yuran kem tu takkan nak tarik balik?”masih dalam usaha memujuk
            “Macam mana kalau jadi apa-apa kat kamu nanti,susah hati mak dibuatnya”lantas berpaling kearah sinki untuk membasuh sayur kailan untuk dibuat masak kailan ikan masin.Sophie terus mengikut langkah kaki Puan Hajar.
            “Mak ni janganlah cakap macam tu  nanti  masin mulut  mak macam ikan masin ni tak ke naya dibuatnya?”sambil memegang  ikan masin yang berada diatas sinki.Puan Hajar sudah ketawa melihat reaksi Sophie yang mencuit hati dengan muncungnya yang sudah panjang sedepa.
             “Hah mak!kalau dah senyum tu maknanya setujulah kan?”soal Sophie dengan senyuman yang lebar.
           “Memandai je kamu ni?”dan membuatkan senyuman menjadi pudar kembali.Encik Ahmad yang mendengar perbualan antara dua beranak itu terus menyoal.
        “Apa yang ayah dengar sejak dari tadi sampai ke depan pintu suara kamu berdua ayah dengar?”memandang ke muka Sophie yang sedang cemberut itu dan menghulurkan botol air kepada Sophie
         “Ayah tengoklah mak ni tak nak bagi Ophie pergi rombongan sekolah tu padahal Ophie dah bayar dah kat diorang?”adu Sophie manja sambil memaut tangan Encik Ahmad selepas meletakkan botol air di atas meja makan
          “Biarlah pergi budak tu cik Jah oii!?”
          “Saya bukaan tak nak bagi budak ni pergi tapi saya takut apa-apa jadi kat sana nanti,susah hati saya dibuatnya”berpaling kearah Encik Ahmad lantas tanganya diciumnya sudah menjadi rutin antara mereka suami isteri sejak dulu lagi.
            “Tak ada apalah nak jadi kat budak ni,awak tengoklah perangai anak awak ni nak kata perempuan tapi perangai macam jantan itupun nasib baik pakai tudung kalau tak dah lama jadi tomboy agaknya,mesti tak jadi apa-apa punyalah?”Sophie yang mendengar telah menarik muka empat belas sambil memukul lembut tangan ayahnya dan Encik Ahmad hanya tersenyum
             “Tapi bang..?”
            “Tak ada tapi-tapi lagi,saya sain surat kebenaran tu semalam maknanya budak tu tetap akan pergi”.Potong Encik Ahmad
            “Ooo…jadi kamu dah bagi tahu ayah kamu dulu baru nak bagi tahu mak?”sambil tangannya cuba untuk nak memukul Sophie yang berada disebelah Encik Ahmad tapi Sophie mengelak sambil sembunyi di belakang  Encik Ahmad.
            “Kalau adik bagi tahu mak dulu mesti mak tak bagi pergi punyalah?”ujar Sophie sambil tersengih kearah maknya
           “Ooo…pandai kamu ye”
        “Udahlah tu cik Jah oii!”sampuk Encik Ahmad dan itu membuatkan mereka berdua terdiam.”Biarkanlah budak tu pergi lagipun bukannya lama pun tiga hari je,budak tu pun guna duit biasiswa dia?”sambungnya lagi.
          “Kalau macam tu abang dah cakap apa yang saya nak katakan lagi?”dengan muka yang sudah dipalingkan menghadap sinki
           “Horee!!!Akhirnya”sorak Sophie lantas mencium kedua-dua belah pipi Encik Ahmad dan Puan Hajar.Mereka ketawa melihat keletah Sophie yang manja itu.
          ”Dah!Ayah nak mandi ni,melekit satu badan”ujar Encik Ahmad
          “Ayah ni!patutlah ada bau busuk rupanya datang dari ayah?”sambil tangannya menutup hidung
           “Oo..kamu cakap ayah busuk ye?nanti ayah cancel tak bagi kamu pergi kem tu baru kamu tahu?”ugut Encik Ahmad
           “Janganlah yah,adik main-main je tadi.?”dengan muka cuak
           “Tahu takut?”sambut EncikAhmad sambil ketawa.Sophie ketawa lantas Encik Ahmad berlalu ke dalam bilik air


*****
            Puan Hajar tersedar bila tangan Encik Ahmad diawang-awangkan didepan matanya.”Ya Allah…Boleh pulak termenung mak kamu ni Bob” ujarnya kepada Bob.                 Bob yang mendengar hanya ketawa.
             “Abang ni,terkejut saya dibuatnya?”dicubit halus paha sang suami.Encik Ahmad mengaduh di cubit sedemikian rupa.
         “Abis tu yang awak termenung jauh tu,Kenapa?
        “Tak adalah saya cuma teringatkan macam mana Sophie tu mintak kebenaran saya nak ikut serta rombongan tu,bukan main gembira lagi budak tu.Hmm…?”
        “Sabarlah Jah esok baliklah budak tu”
       “Iyelah bang”dengan suara sayu
         “Dahlah Jah,marilah kita solat isyak berjemaah,dah masuk waktu pun  ni?”ajak Encik Ahmad.”Bangun Bob kita solat sekali”sambung Encik Ahmad.
         “Baiklah ayah?”ujar Bob lantas bangun dan mematikan peti televisyen tersebut dan  diikuti oleh Puan Hajar dari belakang.Dan kelihatann mereka menjalankan kewajipan kepada Allah yang Esa.


                                               
*****
        Malam ini semua peserta diarahkan duduk diatas atas pangkin tempat biasa kami berkumpul selepas solat isyak berjemaah patutnya kami mengadakan aktiviti yang dinamakan permainan burung hantu tapi dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat jadi kami dibenarkan membuat aktiviti bebas.
          “Phie,jom teman aku pergi ambik nota kat dalam khemah?”ajak Ain
         “Tak naklah,lagipun aku rasa tak sihatlah”dengan suara yang lemah dengan kepala aku letak diatas lutut dengan kaki yang aku selubungkan mengunakan kain batik mak yang aku rembat dari rumah buat menghilangkan sejuk yang merajai disegenap tubuhku.”Rasa macam nak terlingkup je dalam khemah sekarang ni tapi tak boleh sebab tengah hujan lebat gilerr…takut nanti tengah syok-syok aku tidur habis semua badan aku basah sebab khemah aku dah macam swimming pool,tak ke naya.huhu..”bisik Sophie di dalam hati
           “Kau demam ke?”tanya Ain cemas sambil tangannya meraba dahi Sophie
          “Taklah aku cuma tak sihat sikit je,kau jangan risaulah yea?”dengan kepalanya dipusingkan tidak mahu disentuh oleh Ain.
           “Aku panggilkan cikgu untuk kau yea?”pujuk Ain lagi
          “Ish!tak payahlah,aku okey,sikit je ni”bantah aku lagi
           “Kau ni degillah Ophie”sampuk Hana yang dari tadi hanya jadi penonton
          “Dahlah!kau ajaklah si Hana tu pergi ambik nota kau tu nanti bolehlah kita study sama-sama”ujar Sophie dengan nada lemah rasa bingit telinganya dek bebelan kawan-kawanya.
         “Kau sure ke ni Ophie,tak nak kita orang ambilkan ubat ke?”ujar Hana lagi masih lagi dengan usaha memujuknya.Sophie hanya mengeleng sebagai jawapan
         “Okeylah kalau macam tu”ujar Ain pula.”Kau tunggu kat sini jangan pergi mana-mana okey?”sambungnya lagi sambil menarik Hana pergi
         “Baik bos”dengan senyuman yang sengaja dilebarkan memandang mereka berdua.Selepas Hana dan Ain pergi Sophie melepaskan keluahan dan lantas memejamkan matanya.Selepas beberapa saat menutup mata Sophie merasa ada derap kaki dan dibuka matanya sedikit tapi masih dalam keadaan menekur dilihatnya seluar track suit yang berwarna biru gelap yang sedang mengarah kepadanya malas Sophie untuk terus memandang terus saja ditutup matanya tapi Sophie seperti merasa ada tangan yang mengusap kepalanya yang memakai tudung dan terus berlalu pergi.
           “Sape pulak yang pegang kepala aku ni”di pusingkan kepalanya kebelakang dilihatnya Hariz sedang menyarungkan seliparnya sambil tersenyum kepada Sophie.
           “Budak ni lagi,dia ingat aku ni budak umur lapan tahun ke nak usap-usap kepala aku”rungut Sophie sambil memegang atas kepala yang disentuh oleh Hariz itu tadi.
           “Tapi best jugak sekali sekala dapat macam tu,rasa macam di manja pulak.Hehe…dulu Putra selalu buat macam tu kat aku.Putra lagi?Kenapa dia mesti ada banyak persamaan dengan Putra.Senyuman dia,sikap ambil  berat dia,perbuatan dia.Uhh…entahlah mungkin aku terlalu rindukan Putra”sambung Sophie didalam hati dengan keluhan yang berat lantas ditutupkan mata bagi melupakan sebentar keserabutan yang melanda hatinya kini.
           Tak sampai lima minit Hana dan Ain datang dengan tangan memegang nota-nota dan buku rujukan dipegang di kedua-dua belah tangan.Ain dan Husna meletakkan kesemua buku rujukan dan nota-nota tersebut didepan Sophie.Memang diawal perbincangan kami sebelum datang ke mari kami sudah sepakat membawa nota serta buku rujukan untuk dibuat ulangkaji memandangkan SPM yang makin hampir.Kami pun memulakan bacaan masing-masing walaupun dalam keadaan yang agak tidak begitu selesa dengan suara-suara yang datang dari para peserta dan hujan yang lebat tapi demi SPM yang bakal  tiba kami tabahkan jua.
         “Korang nak tau something tak?”celah Hana dengan muka teruja
         “What?”jawab aku dan Ain serentak dengan masih memandang kearah nota ekonomi yang sedang aku telaah dan Ain dengan buku rujukan sejarahnya.
        “Tadi Hariz pegang tangan aku?”dengan riak muka yang masih sama dengan senyuman yang melebar menghiasi bibirnya.Aku dan Ain lantas menutup buku dan nota kami lantas memandang tepat kemata Hana.Memberikan tumpuan sepenuhnya.
         “Dia pegang tangan kau?”soal Ain dengan keadaan teruja
       “A’ah”cerita dia macam ni?masa korang tinggalkan aku kat tebing sungai masa basuh pingan tadi,dia ada kat sebelah aku”dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya”lepas tu aku rasa licin aku pun cakaplah macam mana aku nak naik ni,takut jatuh pulak,lepas tu aku tak sangka pulak dia dengar,dia jalan kat depan aku lepas tu hulurkan tangan dia,aku pun peliklah kan,aku pun tanya dia” nak buat apa hulur tangan kat aku” dia balas “meh lah sini aku tolong kau naik atas” nak tak nak terpaksalah aku sambut jugak tangan dia tu kan?”cerita Hana dengan muka ceria.
        “ Alah Hana cakap je lah kau suka bila dia buat macam tu kan”dengan jari telunjuk dihalakan ke muka Hana.Hana sudah mula blushing”Lepas tu dia buat apa kat kau?”soal Ain lagi.Aku hanya mendengar
         “Lepas tu dia pimpin aku sampai atas”masih lagi dengan malu-malu kucing
        “Dia tu baik sangat kan?”sambung Hana lagi.
        “A’ah…dia memang baik”kata Sophie secara perlahan dan terus menyambung bacaanya yang terhenti sebentar tadi.
       “Apa kau cakap Ophie?”soal Hana
       “Takdelah aku cuma cakap dia memang baik pun?”jawabku selamba
       “Hana!kau suka dia yea?”dengan suara yang diperlahankan takut didengar oleh orang lain lebih-lebih lagi geng si Syafikah tu.Boleh haru jadinya.
        “Aku rasa aku dah suka kat dialah?”jawab Hana dengan malu-malu.”Tapi tak mungkin dia nak suka orang macam aku ni,iyelah aku ni kan tak cantik”Aku lihat Hana  yang berkulit hitam manis kerana  dia keturunan india mamak.
          “Taklah kau cantik pe macam pelakon bollywood je aku tengok?”sampuk Ain.Kami sama-sama ketawa mendengar ayat Ain itu kerana diantara kami bertiga Ain yang berkulit paling cerah kerana  mak dan  ayah Ain  orang Kelantan jadi adatlah kerana  orang Kelantan memang  kebanyakannya putih gebu aku pulak berkulit kuning langsat.
           “Dahlah tak payah sedih-sedih nanti aku cuba dapatkan nombor telefon dia.Hehe…”ujarku
             “Macam mana kau nak dapat nombor dia?”soal Hana dengan dahi yang berlapis-lapis
             “Relakslah!ni Ophie lah…”dengan mendabik dada
            “Dah…jom kita sambung study balik”.Dan kami bertiga menyambung bacaan yang tergendala sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment