my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Friday, 21 March 2014

Sarangae white calla..Bab 10..(^_^)v..



Sophie membawa segala alat tulis,nota serta buku rujukan disebelah Bob yang sedang menonton didepan televisiyen yang sedang terpasang selepas solat isyak bagi menyiapkan kerja sekolah serta menelaah untuk menghadapi SPM yang bakal tiba beberapa bulan saja lagi.Selepas melantak tidur dari petang balik dari dijemput oleh Bob dari sekolah.Tidur bagai nak rak sampailah nak masuk ke maghrib itu pun lepas jenuh mak mengetuk pintu bilik suruh sembahyang kalau tak memang terlepas maghrib lah jawabnya.
           “Phie!kau tahu mak risau giler masa kau takde kat rumah”Bob bersuara dengan mata yang masih menghadap kepada cerita csi Miami yang sedang disiarkan di dada televisyen.Sophie hanya tersenyum sumbing dengan kepala yang masih menala kepada  buku matematik yang berada didepannya dengan tangan kanan yang sibuk memetik kalkulator yang berada disebelahnya bagi mendapatkan jawapan.
            “Mestilah mak risau adik kan anak kesayangan mak”berpaling sebentar kepada Bob dan menjelirkan lidah dan tersenyum sumbing sebelum memulakan semula kerjanya.
            “Eee..poyo je..anak manja mak konon?”ejek Bob.membuat aksi seperti nak muntah.
           “Jealous lah tu?”
           “Nak buat apa jealous dengan kau ni.Buang karan je”potong Bob menjeling kearah Sophie yang sedang sibuk berperang dengan matematiknya.”Mestilah!mak ambik berat pasal adik dengan abang tak pun”balas Sophie dengan sesekali matanya melihat kepada Horitio yang sedang menangkap penjahat.
            “Mak risau kau sebab kau tu perempuan,macam aku lain lah.Aku lelaki pandai jaga diri”Bidas Bob.Menjulingkan matanya ke atas kipas  yang ligat berpusing.
            “Adik pun pandai jaga diri sendirilah,tak payah risau,tengok masa kat sekolah dulu pun adik jaga diri sendiri takde siapa berani nak buli adik sampai tak tak ramai yang tahu yang kita ni adik beradik”ujar Sophie.Mengaru kepalanya yang pening mencari jawapan mengenai soalan matematik itu.”Aku ni memanglah kalau masuk je pasal matematik mesti otak jadi low,kalau baca sejarah tu cepat je aku pick up”bisik hati kecil Sophie.Bob yang mendengar hanya mendiamkan diri kerana apa yang diucapkan Sophie itu semuanya betul.Memang walaupun mereka pernah satu sekolah tapi mereka tidak terlampau rapat,berjumpa bila perlu sahaja kalau tak masing-masing dengan hal masing-masing cuma bila  Sophie naik tingkatan empat manakala Bob di tingkatan lima barulah mereka agak sedikit rapat kerana Bob sering menghantarkan Sophie ke sekolah kerana sering terlepas bas yang dinaikinya.Kesepian mencengkam mereka diselang selikan dengan suara yang datang dari arah peti televisyen yang masih terpasang.
               “Bang!”panggil Sophie selepas beberapa lama berdiam.
               “Hmm?”balas Bob dengan mata yang masih lagi menonton tapi siaran telah ditukar kepada perlawanan bola sepak yang menampilkan perlawanan antara totenham lawan arsenal
               “Adik nak tanya sikit.Boleh?”dengan badan yang telah dipusingkan memandang kepada Bob dengan buku yang masih terbuka.
                “Sejak bila pulak kau pandai mintak izin nak tanya ni,biasanya main redah je,ni mesti kes nak mintak duit beli choki choki kan?”dengan senyum segaris
                “Ish!ke situ pulak dia”rengus Sophie.”Abang yang selalu ‘paw’duit orang?”dengan muka yang mencuka dipukul kasar paha Bob.Teraduh Bob dibuatnya.Sophie hanya memandanag dengan riak yang tak bersalah
                “Iyelah.. iyelah…!Abis tu kau nak tanya apa?”Soal Bob sambil mengusap-usap perlahan pahanya.Pedih dipukul oleh Sophie tadi.”Adik aku ni kalau pukul bukan pandai nak agak-agak,lebam satu badan”bisik hati kecil Bob.
              “Takdelah…adik nak tanya abang?”mengigit sedikit hujung bibirnya.Bob membuat muka bosan.”Nak tanya apa sebenarnya ni?”balas Bob masih dengan muka toya.
             “Abang ada tak nombor telefon Hariz?”dengan bermain-main dengan hujung baju tidur yang sedang di pakainya.
              “Hariz?Hariz yang mana pulak ni?”dengan muka dai yang berkerut.
              “Alah!Hariz yang tegur abang petang tadi masa jemput adik kat sekolah”balas Sophie dengan muka bosan kerana sudah faham benar dengan perangai abangnya yang seorang ni.Pelupa…
               “Oo…Hariz yang tu,yang pernah satu team bola dengan abang masa kat sekolah tu ke?”balas Bob.Sophie hanya mengangguk.
                “Asal?kau suka dengan dia ke?”dengan senyuman nakal bemain ditepi bibirnya.
                “Tak payah nak buat statement mengarut tu pulak kat sini,adik backhand baru tau”dengan tangannya yang sudah ternaik ke udara.
                 “Kalau bukan kau suka dia buat apa kau tanya?”masih mahu mempermainkan adiknya.Keningnya diangkat-angkat
                “Kawan adik yang suka dia bukan adik,tu pun sibuk nak tanya”balas Sophie dengan merengus tanda protes.
               “Iyelah sangat tu”masih mengusik.disandarkan kepalanya mencari posisi yang selesa.”Dahlah pergi check kat dalam phone list abang?”arah Bob.Sophie hanya mengangguk dan mencapai handset Bob yang berada di sebelah televisyen.Tanpa banyak bicara Sophie membelek-belek handset tersebut dan dicatatkan didalam diatas sehelai kertas dan memasukkan kedalam pencil box yang berada diatas meja study lantas menyambung berperang mengerah otak membuat kerja sekolah matematiknya


*****
              “Amani,jom kita pergi kelas sebelah?boringlah duduk dalam kelas ni?”sergah Ophie.Amani yang sedang sibuk membaca buku ekonomi terkejut disergah oleh Sophie.
              “Nak buat apa pergi kelas sebelah?”dia berpaling kepada Sophi yang sedang memandang kearahnya.Sophie melepaskan pandangan kepada kelas yang bising dengan murid-murid yang sibuk melakukan hal masing-masing.Biasalah kalau cikgu tak datang kelas.Kelas yang aman boleh bertukar menjadi kelas yang huru hara macam baru dilanggar segelomporan todak.Ish ish..
             “Kita pergi jual ikan?”jawab Sophie dengan muka selamba.Amani yang mendengar telah melepaskan tawa.Dijulingksn matanya.
            “Yang kau nak pergi jual ikan kat kelas sebelah tu.Apasal?”dengan tawa yang masih bersisa.”longgarlah skru otak si Ophie ni”bisik hati Amani.Sophie masih membuat muka selamba sambil jarinya diketuk diatas permukaan meja dengan irama yang entah apa-apa je.
            “Abis tu yang kau banyak tanya sangat tu kenapa?”masih lagi jarinya sibuk bergendang”Mestilah kita nak pergi bukak kedai kopi kat sebelah,hang out bak kata orang putih.Hehe…”dengan senyum yang segaris
            “Okeylah tapi kejap aku nak kemas buku ni dulu?”sambil tangannya lincah memasukkan  buku ke bawah meja.
          “Dah jom kita gerak sekali sekala otak kena chill jugak jangan nak study sangat nanti jammed kepala otak kita”.Sambil melangkah kedalam kelas Hana yang berada disebelah dengan tidak beberapa langkah saja mereka duduk di depan Hana yang sedang duduk disebelah Hui Hui.Keadaan kelas Hana juga sama hingar bingar dengan bermacam-macam kerenah pelajar.Ada yang tengah sibuk study memandangkan trial SPM yang akan berlangsung tak lama lagi dan ada juga yang berborak-borak kosong termasuk juga pelajar yang memonteng kelas.
            “Kau buat apa ni?”memandang kearah novel yang sedang di pegang oleh Hana”Tinggal…jangan lepaskan”Sophie berbicara pelahan membaca tajuk novel tersebut.
           “Aku dah banyak kali khatam baca novel ni,kau pulak berapa kali nak baca daa..?”soal Sophie dengan muka toya.Hana mejulingkan matanya
             “Suka hati akulah”Lantas menutup buku yang setebal dua ratus lebih muka surat itu”Yang kau sibuk datang kelas aku ni.Apasal?”sambung Hana selepas meletakkan novel tadi dibawah meja dan memusingkan badannya menghadap muka Sophie.Amani dan Hui Hui dah menghilang entah ke mana.Mereka malas nak ambik pusing.
              “Saja je.Kenapa?Tak boleh?”soal Sophie dengan kepalanya dilentokkan di kepla kerusi memandang kipas yang sedang ligat berputar.
            “Bukanlah tak boleh,aku saja tanya itu pun nak emo sangat”balas Hana dengan menguis sedikit lengan baju Sophie.Sophie masih memandang keatas.
Sophie mengerutkan dahinya berfikir sejenak”Nombor fon Hariz”terdetik hatinya selepas melayan perasaan.Dikeluarkan dompet yang berjenama teddy milk hadiah pemberian abang sulungnya semasa hari jadinya yang ke empat belas tahun.Dikeloarkan cebisan kertas yang terselit di celah kad pengenalannya.Dihulurkan kepada Hana yang sedang memandang dengan rasa hairan.
            “Nombor telefon siapa ni?”soal Hana dengan memandang kearah nombor-nombor yang tertera diatas cebisan kertas tersebut.
            “Nombor telefon Hariz yang kau minat tu?”jawab Sophie dengan suara yang mendatar dengan mata dilepaskan keluar kelas memandang orang-orang yang sedang lalu lalang.
             “Iye ke?macam mana kau dapat nombor dia?”soal Hana dengan senyuman yang melebar.”Sukalah tu?Dah angau sangat kawan aku ni”bisik hati Sophie.
            “Aku dapat dari abang aku,dah lama aku dapat tapi aku asyik lupa je nak bagi kat kau”jawab Sophie dengan mata yang masih memandang keluar kelas dengan tangan yang sesekali bergendang dipermukaan meja.Kebiasaan Sophie sejak dulu yang entah bila ia bermula Sophie sendiri tidak tahu tapi yang pasti bila bosan menguasai diri jari-jarinya akan bergendang secara sendiri.
          Sedang Sophie memandang keluar tangannya terhenti bila terlihat Hariz yang sedang berjalan dengan kawan-kawannya sambil bergelak ketawa.”Baru sebut dah muncul budak tu?”kata Sophie dengan mata yang masih terlekat kepda figura tersebut.
          Hana mengangkat kening”Siapa?”soal Hana.Sophie memuncungkan mulutnya sebagai isyarat supaya Hana berpusing.Hana memusingkan badannya dan melihat kearah yang sama kearah Hariz yang sedang leka berbual dengan Aliff.Hana pun tersenyum.
         “Sukalah tu?’usik Sophie setelah Hana memusingkan kepalanya semula menghadap Sophie.Selepas Hariz hilang dari pandangan.Tapi tak berapa kemudian  lama muka Hana bertukar mendung.
          “Tapi dia macam tak kenal aku je?”Sophie mengerutkan dahinya”Kenapa pulak macam tu?’balas Sophie semula sambil menegakkan badannya menghadap Hana yang berwajah keruh.
           “Sebab dia tak balas pun bila aku senyum kat dia”
           “Ek…macam tu pulak”sahut Sophie sambil meletakkan jari telunjuknya dibawah dagu.Berfikir sejenak.”Mungkin dia tak perasan masa kau tegur dia kot”sambung Sophie.
            “Entahlah tapi aku dah senyum kat depan muka dia kot, takkan dia tak perasan jugak kot,takkan dia buta?”bidas Hana
          “Tapi bukan ke kau cakap kat aku yang dia layan kau baik masa kat kem hari tu,siap sarungkan jaket yang dia pakai kat kau bila kau mengadu kau sejuk masa kita buat aktiviti sama-sama kat sungai tu?”soal Sophie dengan muka yang berkerut.
          “Iyelah…tapi sekarang ni dia macam dah tak kenal aku je”balas Hana dengan muka sayu.
          “Eh…tak mungkinlah,sebab dia senyum je kat aku bila bertembung dengan aku”dengan tangan yang menongkat dagu
           “Itu dengan kau tapi dengan aku tak”Hana tarik muka empat belas
           “Alah…kau try lah bercakap dengan dia”Sophie memberikan cadangan
          “Malaslah aku,kalau orang dah sombong dengan aku.Aku malas nak layan,lagipun aku dah couple dengan Firul”balas Hana dengan senyuman yang melebar.
 Sophie mengerutkan dahi”Firul?Firul mana pula ni?”
            “Budak fecie yang mintak nombor telefon aku hari tu”
  Sophie berfikir sejenak tak lama selepas itu terlahir senyuman dari bibirnya”Ooo…Firul yang tu”sambil memetik jarinya sambil tersenyum.”Eleh…dulu poyo je cakap ‘nak kawan je’tapi alih-alih dah couple.Apa kes?”soal Sophie.Hana tersenyum senang.
            “Takdelah hari tu tiba-tiba je mintak couple dengan aku,aku pun on aje lah?”
           “Hmm…macam tu ke.Muka bahagialah sekarang ni?”usik Sophie.”Abis tu macam mana dengan Hariz?”sambung Sophie.
            “Hariz aku rasa dia tak suka aku pun mungkin masa tu dia jenis yang caring,suka ambik berat pasal orang lain,lagi pun aku rasa dia tak sesuai dengan aku.Baik aku ambik si Firul tu jadi balak aku”balas Hana lantas cebisan kertas yang mengandungi nombor telefon Hariz diletakkan diatas telapak tangan Sophie.
            “Pulak dah?”balas Sophie memandang kosong keatas nombor-nombor yang tertera.
          “Aku rasa kan Ophie baik kau ajelah yang couple dengan dia.Dia pun aku tengok macam suka kat kau je?”sambil tersengih.Rahang Sophie jatuh tanda terkejut.
         “Asal aku pulak?Aku pun tak pernah tahu tentang kewujudan dia selama ni itu pun aku kenal dia lepas masuk kadet polis hari tu kalau tak memang aku tak tahu dia budak sekolah ni.balas Sophie.Memang Sophie tidak pernah perasan tentang kewujudan Hariz di sekolah walaupun ramai orang ada menyebut pasal Hariz tapi tak pernah dipedulikan oleh Sophie  walaupun nak masuk lima tahun mereka bersekolah dibawah satu bumbung yang sama.
          “Eleh Sophie…kau ingat aku tak nampak ke hari tu masa kat kem orang berdua bukan main romantik lagi macam dalam filem Hindustan,dengan main siram-siram air pulak lepas tu duduk dekat-dekat pulak tu.Kau ingat aku tak nampak ke?saja je aku tak tegur korang malas nak kacau daun’balas Sophie menampakkan tiga puluh batang giginya.
           “Mana ada?hari tu kita orang cuma borak je lah”potong Sophie”Lagi pun dia yang suruh aku duduk kat sebelah dia,aku duduk je lah”dengan muka yang mulai merah
 Hana masih dengan senyum kambingnya yang tak pernah sudah”Iye ke?Abis tu kenapa dia tegur kau sorang je,dia tak tegur aku dengan Ain pun”dengan kening yang diangkat-angkat.Terkulat-kulat Sophie dibuatnya.Belum sempat Sophie menjawab Hana memotong.
             “Dahlah Phie!aku tahu kau pun dah mula sukakan dia kan?Sebenarnya korang dua-dua dah jatuh cintakan?”balas Hana dengan suara yang sedikit direndahkan kerna tak ingin didengar oleh budak-budak kelas yang lain.
             “Apa?Aku jatuh cinta dengan dia?memang taklah?”balas Sophie sambil mengeleng-gelengkan kepala menolak apa yang diucapkan oleh Hana sebentar tadi.
 Hana memegang kedua-dua belah bahu Sophie dan memandang ke dalam anak mata Sophie.”Kau boleh je tipu aku.Tipu semua orang tapi satu je kau tak boleh tipu.Kau tak boleh TIPU diri kau sendiri”tekan Hana
            “Tak mungkin.Aku sayangkan Putra dia seorang je yang boleh buat aku jatuh cinta?yang boleh buat aku rasa rindu.Hanya dia! dan takkan ada yang lain”balas Sophie dengan suara yang serak kerana menahan air mata yangmula bergenang di tubir mata.
             “Phie!memang kau boleh cakap Cuma Putra yang boleh buat kau rasa semua tu tapi sampai bila?Sampai bila Ophie.Cuba kau cakap kat aku.Sampai bila kau masih tutup hati kau untuk orang lain?”balas Hana dengan nada marah”Ophie…Putra dah takde,dia dah meninggal,lupakan dia,sedalam mana perasaan kau terhadap dia.Dia tetap takkan kembali lagi”sambung Hana dengan suara yang mula mengendur.
            “Tidak!!!Putra tak mati… dia tetap ada dalam hati aku dan dia akan tetap ada di sini dan takkan ada siapa yang dapat gatikan dia dalam hati aku”balas Sophie sambil menekan dadanya dan empagan di tubir mata tetap ditahan agar tidak pecah.Selepas bersuara Sophie berlari keluar menuju kearah tandas sambil mengesat kasar air jernih yang mula membanjri pipi.Dilepaskan semuanya bila tiba didalam tandas kerana tidak dapat ditahan lagi perkara yang menyesakkan dada.Dan sekali lagi Sophie menanggis walaupun dia telah berjanji kepda arwah Putra yang takkan mengeluarkan air mata lagi dan sekali lagi dia memungkirinya.Semuanya kerana Putra.Hariz yang berselisih dengan Sophie tidak diendahkannya.”Kenapa dengan Ophie ni?”bisik hati kecil Hariz sambil melihat Sophie yang berlari dan hilang disebalik selekoh.
        Amani yang melihat Sophie yang belari keluar dari  kelas bergerak kepada Hana”Kenapa dengan Ophie tu.Hana?tanya Amani.Hana berdiam diri”Biarkan dia”    

*****
          Hari ini suasana sogo sesak seperti biasa,biasalah hari minggu pasti ramai yangatau  membeli belah atau sekadar berjalan-jalan.Itu semua adalah pemandangan biasa bagi tempat yang sesak yang menjadi tumpuan buat warga kota apabila tiba hujung minggu.Sophie dan Hana sedang sibuk melihat disekeliling sogo yang sesak dengan para pengunjung yang lain bagi mengahabiskanwaktu-waktu cuti beginiapalagi bagi mereka sibuk bekerja pada hari biasa.Selepas puas window shopping melihat disekitar sogo Hana dan Sophie berhenti di tingkat atas bagi megisi perut yang berkeroncong sejak tadi.
            Hana memilih untuk makan mee kari bersama dengan air ais lemon tea sementara Sophie pula memilih untuk makan sizzling mee bersama air tebu yang cukup menyelerakan selepas mengambil pesanan makanan mereka duduk ditempat yang menghala kepada air terjun buatan  agar senang mereka berborak memandangkan waktu tengah hari maka ramai yang berpusu-pusu ke food court tersebut.
           “Ophie macam mana pandangan kau terhadap apa yang aku cakapkan hari tu?kau dah fikirkan masak-masak?”soal Hana memulakan biacara.Tujuan asal Hana mengajak Sophie pergi ke sogo adalah untuk membincangkan mengenai perasaan Sophie terhadap Hariz dan juga untuk menyedarkan perasaan Sophie sebenarnya terhadap Hariz.
            “Pandangan?pandangan apa?”dengan muka yang bekerut Sophie masih mengacau-ngacau mee sizzling yang berasap lalu disuakan kedalam mulut dan dikunyah dengan lahapnya.Lapar siot..
              “Pasal Hariz lah,kau dah fikirkan ke pasal perasaan kau kat dia?”balas Hana dengan selamba.Masih sibuk dengan mee karinya.
               “Perasaan aku kat Hariz?”balas Sophie dengan muka yang berkerut”Aku dengan dia tak ada apa-apalah we just friend dan takkan pernah lebih daripada seorang kawan,lagi pun aku tahu kau yang mula-mula sukakan dia kan?”sambung Sophie dengan debaran yang mengila didalam hati.Dia sendiri tidak tahu setiap kali bercakap pasal Hariz hatinya seperti di palu dengan kuat dan membuat debar yang begitu menyesakkan jiwa.
                “Come onlah Ophie dengan aku pun kau nak tipu ke?Look…aku kawan baik kau dan aku kenal kau dah lama.Cukup lama sampai aku boleh tengok air muka yang berubah bila kau terpandang si Hariz tu kan?”tekan Hana sambil merenung ke dalam anak mata Sophie bagi mencari sebuah kepastian dari dalam hati sahabatnya itu.”Memang betul aku pernah sukakan dia tapi aku Cuma sukakan dia hanya sebagai kawan sebab perangai dia yang cukup caring tu membuatkan dia cukup istimewa tapi yang aku pasti aku tak jatuh cinta dengan dia tapi kalau kau lain Sophie kau cintakan diakan?kau sayangkan dia kan?”
                “Apa yang kau melalut ni?Aku tak sukakan dialah dan aku juga tak cintakan dia lagi pun dulu tu aku Cuma nak tolong kau dapatkan dia tapi… kau pulak tak nak nombor telefon dia yang aku dapatkan tu.Buat letih aku je kena besoal jawab dengan Abang Bob semata-mata nak dapatkan nombor si budak Hariz tu”balas Sophie dengan mulut yang sudah muncung.
    Hana hanya ketawa melihat muka yang dilemparkan oleh Sophie kepadanya.Dia tahu Sophie marah tapi dia pasti yang marah Sophie hanya sementara dan tak ke mana rajuknya kepada kawan sendiri”Aku hargai apa yang dah kau lakukan untuk aku tu tapi…aku rasa bukan aku yang patut simpan nombor Hariz tu tapi kau?”
           “Kenapa aku pulak”
          “Sebab aku thu kau sukakan dia dan aku rasa kau boleh guna nombor dia tu untuk kau jadi lebih rapat dengan dia lagipun sekarang ni aku dah ada Firul buat apa aku nak cari lain kan sebab aku rasa Firul adalah yang terbaik untuk aku dan tak ada yang lain”jawab Hana dengan muka bahagia.
            “Oo…Patutlah aku tengok kau sejak kebelakangan ni macam orang yang diserang angau rupanya kau tengah angaukan si Firul tu.Entah apalah yang dibagi Firul kat kau sampai kau tergila-gilakan dia kan?”sengaja dia mengusik kawannya yang seorang ini.Dilemparkan senyuman manis untuk Hana membuatkan Hana tersipu-sipu malu diejek sebegitu rupa.
             “Tak baik kau cakap balak aku macam tu,dia tak payah nak bagi apa-apa kat aku untuk aku suka dan angaukan dia sebab sejak awal lagi aku memang dah sukakan dia”
            “Back up nampak?”masih lagi mahu mengusik.
            “Mestilah aku back up dia kan boyfriend aku,apalah kau ni?”balas Hana
             “Iyelah…untunglah orang tu dah ada boyfriend tak macam aku ni masih jugak tak ada orang yang nak?”dengan muka yang sengaja dimonyokkan seperti orang yang meminta simpati.
               “Tak payahlah kau nak poyo sangat dengan aku,kau pun boleh jadi macam aku kalau kau nak sebab tu aku suruh kau ambik nombor telefon tu dan mula berkawan dengan si Hariz dan mula rapat dengan dia”kata Hana dengan bersungguh-sungguh.
                “Kan aku dah cakap kat kau yang aku tak suka dia.Tak cintakan dia”bohong Sophie keras saja untuk menutup apa yang dirasa kini.Padahal masa Hana bercerita mengenai Hariz tempoh hari di kem Sophie terasa hatinya seperti disiat-siat dengan degup jantungnya seperti hendak pecah.
                 “Tolonglah Ophie jangan nak tipu aku lagi,aku tau kau sukakan dia,kenapa susah sangat kau nak mengaku,sebab Putra.Tolonglah Ophie Putra adalah kisah silam kau biarkan dia bersemadi dengan aman,aku pasti dia juga nak tengok kau bahagia?”
                 “Aku sendiri tak tahu perasaan aku saat ni.Aku sedar yang aku jealous sangat bila kau ceritakan pasal Hariz kat aku tapi aku cuba cakap kat diri aku yang aku takkan pernah sukakan dia sebab kau terlebih dulu kenal dan sukakan dia sedangkan aku?Aku Cuma kenal dia baru beberapa bulan kebelakangan ni sebab selama ni aku tak pernah tau kewujudan dia kat sekolah kita?”mee sizzling telah di tolak ke tepi kerana tiba-tiba seleranya mati bila membicarakan soal hati.
  Hana tersenyum lagi.”Ophie!tak salah kalu kita ditakdirkan untuk jatuh cinta buat kali kedua kerana mungkin cinta kedua lebih bermakna berbanding cinta sebelumnya”
           “Entahlah aku pun bingung nak buat apa sekarang dengan perasaan aku ni,aku tak nak di kecewakan lagi dan aku tak nak rasa ditinggalkan lagi buat kali yang kedua selepas cinta ku dengan Putra di jemput ilahi”sayu matanya menuturkan kata.
            “Ophie!tk salah kau mencuba tengok reaksi dia macam mana sekurang-kurangnya kau bagi tahu dia perasaan kau dan dia sendiri tahu perasaan kau kat dia dan apa yang akan terjadi biar takdir yang menentukan”
              “Tengoklah macam mana nanti?”balas SSophie dengan muka yang sayu.
             “Apa yang penting kau kawan dulu dengan dia dan cuba tarik perhatian dia lepas tu baru ka uterus terang perasaan kau kat dia”
            “Okeylah nanti aku cuba”
            “Macam tulah kawan aku,ni baru Ophie yang aku kenal,kertas tu masih ada kat kau kan?”soal Hana
            “Aku dah buang”balas Sophie selamba.Terbeliak biji mata Hana mendengar pengakuan dari mulut Sophie.Sophie hanya tersenyum melihat reaksi Hana.Memang Sophie dah membuang nomboe telefon Hariz tapi sepuluh digit nombor itu sudah cukup dia hafal jadi dia tidak memerlikan lagi cebisan kertas itu.
             “Apa?…Kau buang.Kenaoa kau buang,tak kira aku nak kau mintak balik nombor dia dari abang kau”sambil tangannya memukul tangan Sophie yang berda diatas meja.Sophie ketawa lagi melihat telatah Hana.
             “Chill lah memanglah aku buang tapi aku tak perlukan lagi kertas tu sebab nombor dia aku dah hafaal sangat dalam kepala otak kau ni”sengih Sophie melebar.
               “Eee…kau ni buat aku lemah jantung je”
               “Kerek je nak lemah jantung bagai .Macamlah awak tu tua sangat nak kena hearth attack”sambil ketawa
              “Dahlah...abiskan cepat makanan kau tu jap lagi kita balik lepas kau teman aku pergi beli kasut kejap”.Ditariknya mee sizzling yang ditolak Sophie sebentar tadi kedepan Sophie dan mereka sama-sama menjamu selera tanpa sebarang bunyi lagi.                
                                             *****
      Malam itu Sophie memikirkan apa yang diperkatakan oleh Hana semasa di sogo.Hatinya menyuruh Sophie melakukannya tapi fikirannnya menolak.Telefon bimbit yang berda disebelahnya diambil tapi tidak berapa lama selepas itu diletakkan semula tapi selepas itu diambilnya semula tak berapa lama selepas itu diletakkan kembali disisinya beberapa kali diulang benda yang sama.”Aku cuba je dulu mana tau ada respond dari dia”monlog sendiri  didalam hati.Diambil lalu memicit-micit huruf-huruf yang berada di telefon bimbitnya.Dengan dimulakan dengan Bismillah Sophie mula menekan.
                         Salam…
        Dan jarinya pantas menekan butang send.Dengan hati yang berdebar Sophie menunggu balasan daripada orang yang di sebelah sana.Tak lama selepas itu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.
       Hariz yang sedang membaca majalah diatas katil terkejut bila ada mesej yang masuk.Lantas diangakt telefon bimbitnya dia pelik melihat nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbitnya.Dengan cekap tangannya menaip.
                         Hai…Siapa ni
       Sophie dah tersenyum.Timbul fikiran nakalnya bagi mempermainkan Hariz.Dengan pantas jarinya menekan butang send.
               Orang bagi salam tu jawablah waalaikummussalam.
               Aku Ophie.Kenal?
     Hariz menunggu bila telefon bimbitnya berbunyi terus diangkat.Tersenyum melihat apa yang tertera.Dengan pantas jarinya menari dan ditekan butang send.
               Hehe…Sory.Waalaikummussalam.Kenal
               Kenapa kau mesej aku ni?
Sophie melihat ada mesej masuk dengan pantas tangannya menaip.
                Bagus2…saja je tak boleh ?
                Kenapa?Awek kau yang berduyun-duyun tu marah ke?
                 Hehe…kidding
       Hariz hanya tersenyum melihat mesej yang dihantar oleh Sophie.”Budak ni ada-ada je,nak loyar buruk pulak dengan aku.
                 Boleh je.Awek?Mana aku ada awek.hehe
         Sophie tergolek-golek diatas tilam bujangnya dengan senyuman yang mekar dibibir.
                 Oo…iye ke?Ada aku kisah.Haha…
                 Okeylah aku dah mengantuk.Sebenarnya aku saja kacau kau
                 Jangan marah.
      Sophie meletuskan tawa dengan apa yang ditulis.
                  Tak suruh kau kisah pun
                  Aku pun dah mengantuk.good night
                 Aku tak marah pun sebab aku tahu kau memang suka mengacau.
     Sophie hanya ketawa dengan apa yang ditulis Hariz kerana dia tahu Hariz hanya bergurau.Tapi tak dibalas mesej terakhir Hariz dan hanya dibiarkan sepi.Lalu dipejamkan mata dengan bibir yang tidak lekang dengan senyuman.
       Bermula dari saat itu mereka mula berbalas-balas mesej tanpa membuat sebarang panggilan kerana bagi Sophie sendiri itu sudah cukup memadai buatnya dan membuat dia rasa cukup bahagia tapi bila berada di sekolah masih lagi dengan perangai yang sama.Masing-masing berpandangan dan saling menukar senyuman seperti biasa.
      
                  





No comments:

Post a Comment