my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Wednesday, 17 December 2014

Sarangae..white calla Bab 13



Hari ini merupakan peperiksaan terakhir buat Sophie dan buat budak kelas art stream yang lain iaitu kertas ekonomi masing-masing sibuk dengan study last minute pagi itu sebelum tiba jam waktu peperiksaan manakala budak-budak kelas sains pula dah habis seminggu lebih awal daripada mereka.Sophie,Hana,Ain serta Amani duduk dalam satu bulatan di tapak perhimpunan masing-masing sedang kusyuk dengan nota yang masing-masing diatas tangan.Disebabkan musim cuti sekolah telah lama bermula jadi sekolah kelihatan sangat sunyi dengan kelas-kelas yang kosong.
             “Korang lepas ni nak buat apa?”tanya Hana sambil memandang kepada ketiga-tiga kawannya yang lain.Masing-masing memandang kepada Hana yang sedang menunggu jawapan dari mereka semua.
             “Kalau aku,aku nak lepak kat rumah dulu lepas dua atau tiga hari lepas tu aku nak keluar cari kerja.Korang pulak?”sambung Hana.
             “Aku mungkin lepak je kat rumah kot sebab mak aku tak bagi aku kerjalah,dia kata kalau naka kerja sangat tolong dia kat gerai”jawab Amani
            “Aku pulak mungkin kerja dekat tadika yang mak aku kerja sekarang kot,buat part-time.Tak payah nak cari tempat kerja jauh-jauh”beritahu Ain pula.Sophie yang sedang menunduk membaca nota ekonomi ditangannya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan oleh rakan-rakannya yang lain.Semua mata terarah kepada Sophie menunggu jawapan daripada Sophie.Apabila Sophie menegakkan badannya terlompat sedikt Sophie dari tempat duduknya apabila terpandang kawan-kawannya memandang tepat kearahnya.
             “Korang ni kenapa pandang aku macam ni,aku buat salah apa?”soal Sophie dengan muka yang berkerut.
            “Abis tu yang kau kusyuk sangat sampai tak perasan kita orang yang sibuk bercakap  tu apasal?”soal Hana.Geram
          “Oo..iye ke?Korang tengah cakap apa tadi?”
         “Aku tanya,kau nak buat apa lepas ni,kerja ke?tolong ayah kau bajak sawah ke?Tidur ke?”soal Hana lagi dengan muka geram.
           “Gila ke apa kau ni Hana.Mana ada bapak aku tanam sawah lagi pun ni k.l bukan kampung sampai ada sawah kat sini”balas Sophie sambil ketawa”Aku mungkin lepak dulu dalam barang seminggu lepas tu baru cari kerja kot?”sambung Sophie.
             “Dahlah korang ni…baik kita study.paper last ni beb.Lepas tu korang nak gaduh ke?Bertumbuk ke?Aku tak kisah,apa yang penting kita sama-sama study dulu?”.Masing-masing meneruskan pebacaan sehingga waktu peperiksaan  tiba.Semua masuk dengan senyuman.Ialah dah dekat seminggu cuti sebab tak ada paper dan dekat seminggu jugalah mereka bersengkang mata menelaah buku yang cuma tinggal di keluarkan di atas kertas peperiksaan.
             Selepas hampir dua jam setengah bertarung dengan soalan-soalan ekonomi yang memecahkan sel-sel kepala otak.Susah gila…para pelajar beransur keluar dari dewan peperiksaan.Ada yang terjerit kegembiraan peperiksaan telah berakhir dan ada juga mereka yang sedikt kelihatan sedih kerana akan meninggalkan alam persekolahan dan seterusnya menuju ke kehidupan masing-masing.
            Mereka berempat melangkah kearah luar perkarangan sekolah.”Mesti rindu gila kat korang lepas ni?”kata Sophie dengan muka yang sedih.Masing-masing mengiakan apa yang diperkatakan oleh Sophie itu.
          “Tak apalah…nanti apa-apa hal kita calling-calling lah,apa susah zaman sekarang dah cangih meh…”balas Hana.Menceriakan keadaan
          “Betul tu?nanti kita keluarlah ramai-ramai kan”balas Amani pula.
          “Iyelah tu.Itu pun kalau masing-masing tak sibuk”
          “Insya-ALLAH”balas Ain pula.
   Setibanya di luar perkarangan sekolah mereka masing-masing bersalaman serta berpelukan bagi mengubat rindu kerana bakal tidak berjumpa lagi selepas ini.Ain serta Hana dijemput oleh ayah dan kakak masing-masing di luar kawasan sekolah.
           “Phie…kau tak nak tumpang aku balik ke?”soal Hana bertanya kepada Sophie yang memandang kepadanya.
           “Tak payahlah,aku nak jalan sekali dengan Amani,kesian dia jalan sorang-sorang,biar aku naik bas ajelah”dengan matanya dilemparkan kepada Amani yang berada di sebelahnya.
          “Okeylah kalau macam tu,aku gerak dulu”sambil melambaikan tangan kepada Amani dan Sophie yang sedang melihat mereka berlalu pergi.Selepas mereka hilang dari pandangan Sophie dan Amani meneruskan langkah menuju ke destinasi masing-masing sambil berbual-bual.Sesampai saja mereka trafic light mereka berdua berpecah.Sophie menuju kearah perhetian bas manakala Amani kearah kanan melintas jalan menuju ke gerai ibunya.
             Setibanya di perhentian bas Sophie melabuhkan pungung ditempat duduk yang telah agak uzur,yang penuh berbagai tulisan serta risalah yang di tampal sana sini.Keadaan di tempat perhentian agak sunyi mungkin kerana jam baru menunjukkan ke angka sebelas pagi.Jadi tidak banyak kenderaan yang lalu lalang.Manusia pada waktu in sedang sibuk dengan urusan masing-masing hanya tinggal Sophie seorang duduk diperhentian bas itu.Sophie melepaskan keluhan berat.Memang nasib kalau menunggu bas pasti kena menunggu dengan agak lama “Memang macam inilah kalau tengah tunggu bila orang tunggu satu bas pun tak ada yang lalu tapi…bila aku tak nak berderet pulak dia lalu depan mata.Menyirap je darah aku dibuatnya”bebel Sophie sendirian.
        Dikeluarkan novel ‘Saat cinta bersemi’karya daripada penulis novel Damya Hanna dari beg sekolahnya dikeluarkan juga Mp3 kesayangannya dan  disumbatkan earphone ke telinga yang dilindungi oleh tudung sekolah yang sedang di pakai.”Baik aku baca novel ada jugak penghilang bosan aku”ngomel Sophie sendirian.Nasib baik dia cuma sendiri di perhentian bas itu kalau ada orang lain pasti akan diingat yang Sophie ni sakit jiwa bercakap sorang-sorang.Dimulakan bacaanya denga kenderaan yang lalu lalang yang tidak di hiraukan kerana sedang sibuk melayan lagu yang keluar dari Mp3nya.Sedang ralit membaca kepalanya di pusingkan ke sebelah kiri.
        Sophie melihat Hariz bersama dengan seorang rakannya sedang melintas jalan dan Sophie hanya dapat melihat dari tempat duduk tanpa ada niat mahu menegur Hariz kerana sejak apa yang berlaku Sophie tidak lagi bertegur sapa dengan Hariz masing-masing buat seperti yidak pernah kenal kerana bagi Sophie itu adalah jalan yang terbaik bagi melupuskan perasaannya terhadap Hariz.
         Hariz yang ternampak Sophie yang sedang memandang kepadanya terberhenti sebentar langkahnya.Dia hanya merenung Sophie dari jauh dan seketika mereka hanya berbalas pandangan tanpa sebarang reaksi.Tapi tak lama selepas itu Hariz membelok kearah kiri menuju kepada kereta yang di letakkan di kawasan perumahan dan tanpa berpaling lagi kepada Sophie yang masih memandang.Sophie melihat kereta yang di pandu oleh Hariz lama kelamaan hilang dari pandangan mata.
            Sophie merasakan dadanya menjadi sesak dengan secara tiba-tiba.Dia merasa sakit bila Hariz tidak mengendahkannya dan berlalu tanpa berpaling kepadanya lagi.Sophie resah dengan pearasaannya sendiri.Terus saja dia menaiki bas yang kebetulan tiba tepat pada waktunya.”Selamat tinggal Hariz,aku harap aku takkan berjumpa dengan kau lagi lepas ni”bisik hati kecil Sophie.
*****
           

        “Macam mana dengan soalan SPM kali ni.Boleh buat?”soal Encik Ahmad ketika baru pulang daripada menambang teksi pada malam itu.Sophie yang sedang leka melihat drama samarinda di kaca televisyen sedikit tersentak dengan soalan tiba-tiba daripada Encik Ahmad.
            “Oo…Ayah!Bila ayah balik?Adik tak dengar pun bunyi teksi ayah?”dicium  tangan Encik Ahmad yang duduk disebelahnya dan disambut oleh Encik Ahmad dan diusap-usap perlahan kepala Sophie.Sudah menjadi kebiasaan bagi Sophie melakukan sedemikian rupa kerana sejak dari kecil Sophie diajar untuk hormat dengan orang yang lebih tua.
              “Baru je…tadi ayah letak teksi kat bawah pokok durian mungkin sebab tu kamu  tak dengar kot”dengan matanya turut ditalakan kearah yang sama.
              “Hmm…”jawab Sophie pendek dengan mata yang masih tidak lagi berganjak.
             “Adik tak jawab lagi soalan yang tadi?”
             “Soalan yang mana ayah?”dengan persaan hairan.Dipalingkan badan menghadap Encik Ahmad yang berada disebelahnya
            “Ayah tanya,macam mana soalan SPM kali ni?boleh jawab tak?”
            “Oo…Pasal tu,boleh je,Alhamdulillah adik dapat jawab tapi betul ke tidak tu,adik tak pastilah pulak”dengan matanya dipalingkan kearah cerita slot samarinda tadi.
          “Jangan main tak pasti pulak nanti kalau periksa adik tak baik,ayah kawinkan je dengan anak pak cik Hamdan,baru padan dengan muka kamu”dengan senyuman nipis.Saja mahu menyakat anak daranya yang sorang ini.Muka Sophie dah mula takut dan gelisah.
            “Alah…ayah ni.Ada ke nak kawinkan adik dengan anak pak cik Hamdan yang dah jadi bujang terlajak tu.Simpang malaikat empat puluh empat dibuatnya adik kena kawin dengan dia”
              “Tau pun kamu,sebab tu ayah suruh belajar rajin-rajin sampai masuk university macam abang-abang kamu tu”
              “Baiklah ayah adik janji adik akan cuba dapatkan tempat kat dalam university macam Along dengan Abang ngah.Okey?”
              “Mulalah dia tu main-main bila ayah cakap,kamu ni selalu tak ambil serius dengan apa yang ayah nasihat.Degil betul kamu ni macam lelaki tapi kamu tu perempuan.”
            “Nak buat macam mana ayah dah adik cuma ada abang je lainlah kalau adik ada kakak dari dulu lagi,barulah adik tahu macam mana nak jadi macam wanita melayu terakhir siap adik pandai pakai kebaya,ala-ala macam Nasya Aziz”lawak Sophie dengan ketawa yang tidak dapat ditahan lagi memandang muka Encik Ahmad ang sudah berkerut.Disekeh sedikit kepala Sophie yang sedang ketawa.
             “Banyaklah kamu tak ada kakak abis tu kakak Syida kamu tu bukan kakak kamu ke?”soal Encik Ahmad.Tergelak sedikit dibuatnya mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Sophie sebentar tadi.Anak perempuan satu-satunya ini cukup suka mengenakan orang tapi jika tidak ada Sophie didalam rumah pasti rumah akan menjadi sunyi kerana tiada gelak tawa serta gurauan daripada Sophie.
            “Alah…itu kakaak ipar je ayah bukan kakak kandung”balas Sophie
           “Kakak ipar pun tapi dia dah sayang kamu macam adik dia sendiri?”balas Encik Amad memandang ke wajah anaknya.
           “Iye…adik tahu,adik pun sayang kakak Syida macam kakak adik sendiri”
            “Macam tulah anak ayah,bukan apa Sophie.Apa-ap yang jadi kepada mak dan ayah nanti kepada abang-abang serta kakak kamulah tempat kamu memgadu nasib,menumpang berteduh dan merasa kasih sayang”balas Encik Ahmad dengan tangan kanannya mengusap kepala Sophie.
              “Apa yang ayah merepek ni,adik tak sukalah dengar.Ayah dengan mak takkan pergi lagi daripada adik.Adik tak terima.Titik.”balas Sophie dengan kepala yang dilentokkan ke bahu Encik Ahmad.Sememangnya Sophie tak suka dengan kehilangan lagi cukuplah hanya Putra yang pergi meninggalkan dirinya dan dia tidak mahu merasakan kehilangan lagi.
            “Sophie!anak ayah.Ayah tahu Sophie sayangkan mak dengan ayah tapi Sophie kena ingat setiap apa yang hidup di muka bumi ALLAH yang luas ini satu hari kita akan meninggalkan dunia ini dengan menuju kealam barzakh sebab itu janji kita sejak dulu lagi dengan sang pencipta dan kita harus ingat kita kena terima semua takdir yang telah ditentukan dalam hidup kita”nasihat Encik Ahmad dengan perlahan.Diciumnya ubun-ubun Sophie dan melepaskan satu keluhan.
               “Ophie tau tu,tapi Ophie tak dapat terima lagi sekali kehilangan dalam hidup Ophie cukuplah dengan kehilangan Putra yang Ophie rasa,sakit sangat.Dan Ophie tak nak hilang orang yang Ophie sayang sekali lagi.Ophie tak kuat.”dengan air mata yang mula bergenang.
                 “Ayah tau Ophie kuat.Mesti Ophie dapat lalui semua ni,lagi pun ayah dan mak dah tua sangat ,dah tak larat nak jaga Ophie”gurau Encik Ahmad dengan senyuman nipis.
               “Siapa kata ayah Ophie dah tua,meh sini biar Ophie tumbuk muka dia siap Ophie bagi flying kick kat dia,Ayah Ophie muda lagi apa,masih hensem,masih muda?”Encik Ahmad yang mendengar telah meletuskan tawa kecil.
                “Tengok tu anak ayah dah pandai nak tumbuk orang maknanya anak ayah bukan budak kecik lagi dah boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk”
                “Hmm…iyelah tu”
               “Dahlah tu…tak mahu nangis-nangis,anak ayah ni cengenglah,siap nak kalau cengeng macam ni”balas Encik Ahmad dan diangkat muka Sophie lantas disapu air mata yang mengalir di pipi Sophie.Sophie hanya ketawa kecil bila diperlakukan sebitu oleh Encik Ahmad dirasakan begitu disayangi oleh ayahnya.
                 “Ayah nak pergi tidur ni.Kamu tu jangan tidur lewat sangat ayah tahulah periksa dah habis tapi tak payah nak tengok t.v sampai pukul dua tiga pagi”selepas habis bercakap Encik Ahmad lantas mengangkat pungung untuk berlalu ke dalam bilik.
                 “Ehh…ayah..nanti dulu”
    Encik Amad yang baru hendak melangkah berpaling dan memandang Sophie dengan riak hairan”Kenapa?”soal Encik Ahmad lagi.
              “Ayah jangan lupa mandi dulu tau sebelum tidur,busuklah ketiak ayah tadi adik bau”balas Sophie dengan ketawa.
              “Kamu ni kalau tak kenakan ayah memang tak sah kan, padahal baru tadi meleleh air mata sekarang kenakan ayah pulak”balas Encik Amad dengan kepala yang mengeleng,Endik Ahmad sudah masak benar dengan perangai anaknya yang mana moodnya senang saja berubah-ubah walaupun baru selepas sedih tidak lama selepas itu pasti perangai suka mengusiknya akan tiba lagi selepas itu.Dan itulah yang sering berlaku kepada Sophie.
           Sophie hanya tersengih mendengar apa yang diperkatakan oleh Encik Ahmad itu.”Iyelah ayah pergi mandi dulu baru tidur,kamu tu kena ingat jangan tidur lambat sangat esok subuh liat nak bangun,kalau susah sangat aah bangunkan kamu ayah simbah je dengan air sebaldi biar kamu terus bangun.”jawab Encik Ahmad dan terus melangkah pergi.Sophie melihat Encik Ahmad yang telah hilang disebalik pintu hanya berdiam diri selepas tidak berapa lama selepas itu Sophie turut bangun dan dimatikan suis televisyen dan bergerak masuk ke dalam bilik kerana sudah mula merasa mengantuk.

*****
     
        Selepas mandi dan memakai baju Encik Ahmad merebahkan badannya di sebelah isterinya.Tapi mata Encik Ahmad tidak dapat dilelapkan kerana masih teringatkan apa yang diperkatakan tadi sewaktu bersama dengan Sophie sebentar tadi.Encik Ahmad berkalih kesebelah kiri membelakangkan Puan Hajar.Isteri yang selalu setia berada disampingnya walau dalam keadaan susah mahupun senang.
            “Abang tak boleh tidur ke?”soal Puan Hajar tanpa memandang Encik Ahmad yang berada di sebelahnya.
            “Awak tak tidur lagi ke.Jah?”soal Encik Ahmad
             “Tadi baru nak terlelap tapi bila abang asyik gerak dari tadi saya tak jadi nak tidur pulak,Abang teringatkan apa?Abang teringatkan apa yang abang cakap dengan Sophie tu ke tadi?”
              “Awak dengar ke apa yang saya cakap dengan Sophie tadi?”
              “Saya dengar apa yang abang bualkan dengan Sophie tadi sebab saya tak tidur lagi masa tu,saja saya tak nak mengacau,saya biarkan ajelah abang berbual dengan dia”dikalihkan badannya kepada sang suami yang telah hidup dengan dirinya lebih kurang tiga puluh tahun lamanya.
               “Jah!saya nak tanya,awak bahagia ke hidup dengan saya selama ni?”soal Encik Ahmad dengan melihat kedalam mata tua isterinya.Bagi Encik Ahmad isterinya tetap cantik di matanya walaupun wajahnya telah dimamah usia tapi kecantikan isterinya tetap tidak luntur didalam jiwa Encik Ahmad seperti pertama kali mereka bertemu.
            “Kenapa abang tanya Jah macam tu?”dengan muka hairan.
             “Takdelah Jah..sejak awak kahwin dengan saya,awak tak pernah merasa hidup senang tapi awak tetap berada di sisi saya walau sebanyak mana dugaan yang terpaksa kita tempuhi.Saya…”belum sempat Encik Ahmad menyambung kata-katanya tapi telah dipotong oleh Puan Hajar.
             “Abang…buat apa duit yang banyak kalau kita sendiri tak bahagia,Jah gembira hidup dengan abang walaupun hidup kita Cuma sederhana tapi Jah gembira sangat tengok anak-anak kita dapat pelajaran yang cukup dengan dididkan agama yang lengkap daripda abang,itu dah cukup membuatkan Jah gembira hidup di sisi abang dan kalau boleh Jah nak sehidup dan semati dengan abang sampai bila-bila”jawab Puan Hajar dengan sedikit beremosi.
             “Abang gembira kalau Jah dah cakap macam tu sebab itu yang abang harap-harapkan sejak hari pertama kita bernikah,dahlah Jah marilah kita tidur hari pun dah lewat malam sangat ni”
             Puan Hajar dan Encik Ahmad melelapkan mata yang sudah mula memberat.Malam terus setia bertemankan dengan cahaya bulan yang menyinari segenap semesta alam milk ALLAH yang maha Esa.
                                                          









No comments:

Post a Comment