my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Wednesday, 17 December 2014

Sarangae.. white calla..(^_^)v.. Bab 17



    Selepas habis menonton perlawanan bola sepak bersama Farish di restoran mamak tadi terus saja Hariz memandu pulang ke rumah. Setibanya di rumah terus saja Hariz mematikan keretanya setelah memasuki perkarangan rumah kerana takut mengejutkan orang di dalam rumah yang sudah lena.
      Terjengkit-jengkit Hariz memasuki rumah yang dah dibuka menggunakan kunci pendua yang sememangnya berada bersamanya kerana senang baginya membuka pintu tanpa perlu menyuruh orang yang berda di dalam rumah untuk membuka pintu untuknya.
      Ketika kaki Hariz ingin menjejaki tangga rumah terdengar suara yang berdeham dan juga terbuka lampu di ruang tamu. “Kamu ke mana tadi Hariz?”
       Hariz berpaling dan terlihat Puan Habsah sedang memandang kearahnya dengan renungan tajam di tempat suis di ruang tamu rumah banglo tiga tingkat tersebut. Hariz tergamam melihat ibunya yang sedang bercekak pingang menanti jawapanya.
          “Tak pergi mana-mana pun mama, just lepak tengok bola dengan  Farish je mama”
Hariz datang kearah mamanya lalu menarik lembut tangan mamanya untuk duduk di sofa kulit yang berwrna hitan jenama Lorenzo yang berkualiti tinggi.
           “Kenapa mama tak tidur lagi ni?”
            “Mama tak boleh tidur”
            “Lah…kenapa tak boleh tidur pulak, mama rindukan cucu mama ye?”
            “Tahu pun kamu,mama rindukan kakak kamu dengan Aiman” ditepuk lembut tangan Hariz yang berada diatas tangannya. Terserlah sifat keibuan di dalam diri Puan Habsah. Maria anak Puang Habsah yang sulung merupakan seorang editor di sebuah syarikat majalah yang  terkenal menjadikannya selalu sibuk dengan segala macam hal termasuk menguruskan rumahtangga yang di bina sejak tiga tahun lepas bersama dengan seorang ahli perniagaan ditambah pula dengan kehadiran Aiman yang baru berusia satu tahun setengah membuatkan Puan Habsah sangat menrindukan cucunya yang seorang itu. Manakala abang Hariz pula sedang menuntut di luar negara di dalam bidang perniagaan membuatkan rumah banglo dua tingkat itu menjadi makin sunyi dan di tambah pula dengan Hariz yang sedang menuntut di Kelantan bagi menjalani latihan untuk menjadi seorang juruterbang kerana sejak dulu memang itulah cita-cita yang diidamkan oleh anak bongsunya itu.
            “Kakak kamu tulah, bila mama nak jaga Aiman dia tak bagi, kalau dia bagi mama jaga kan senang tak payahlah nak kena jaga dengan bibik tu,ni kalau  kita jaga belum tentu sempurna macam nenek dia jaga, sekarang ni mama tengok banyak kes yang jadi kat pembantu rumah,mama risau kat cucu mama sorang tu, nak tunnggu kamu dengan abang kamu bagi mama zuriat memanglambat lagilah jawabnya” mendengar di kerlingnya anak terunya. Hariz sudah tak nole duduk diam dengan penyataan Puan Habsah itu. Hariz hanya tersenyum kambing dan membuat tanda peace kepada Puan Habsah.
            “Apalah mama ni, Hariz baru nak masuk dua puluh satu tahun kot takkan dah nak suruh kahwin”balas Hariz dengan mulut sengaja di muncungkan kepalanya sengaja dilentokkan di atas bahu Puan Habsah. Hariz memang gemar melakukan itu saja untuk bermanja kerana sebagai anak bongsu memang Hariz lebih rapat dengan kedua orang tuanya berbanding kakak dan juga abangnya.
            “Kamu ingat tak ada ke lelaki yang usianya baya kamu dah kahwin,kalau kat kampung tu dah ada anak dua tiga kamu tahu tak?”
            “Itu kat kampung, bukan kat sini, lagi pun tak mainlah kahwin awal-awal, tak puas enjoy lagi”balas Hariz
            “Banyaklah kamu punya enjoy”
Hariz hanya tersenyum melihat Puan Habsah yang sedang membebel.”Daripada mama suruh Hariz kahwin baik mama suruh abang Armand je kahwin dulu lagi pun tak lama lagi dia dah nak habis belajarkan?” cadang Hariz tiba-tiba dia teringatkan abangnya yang berada di United Kingdom.
            “Abang kamu tu balik sini nanti nak tolong papa kamu kat ofis, nak harap kamu dengan kakak kamu , banyak sangat alasan yang kamu beri kat kami,tak minatlah?tak kena dengan jiwalah, macam-macam alasan yang kamu berdua berikan” bidas Puan Habsah dengan muka berkerut.
            “Iyalah…anak manja mama tulah yang baik, yang dengar cakap mama”Hariz seperti berjauh hati sengaja mukanya dipalingkan. Menunjuk tanda protes.
            “Tak payahlah kamu nak buat muka seposen mama, tak laku pun”usik Puan Habsah.
Hariz yang mendengar kata-kata Puan Habsah itu tertawa. Sambil jari Puan Habsah giat mencucuk pingang Hariz kerana itulah kelemahan Hariz yang paling utama” Mama ni tak boleh orang nak merajuk sikit, bukannnya nak pujuk lagi dia cucuk orang adalah” dengan tawa yang masih bersisa.         
            “Mama kenal semua anak mama, kamu tu bukan boleh merajuk lama-lama dengan mama, mama cuit sikit dah ketawa bukan mama tak tahu yang kamu  tu pengeli orangnya”
            “Iyalah mama…you’re the best”
            “Mama tahu”. Terhembur ketawa dua beranak itu di dingin malam.
“Dahlah mama…bila ada masa kakak mesti balik sini bawak Aiman sekali”tersenyum Hariz kepada Puan Habsah bagi menenangkan hati Puan Habsah yang sedang gundah.Sunyi menyelubungi malam yang makin kelam. Dan sengaja Hariz mengelak supaya mamanya tidak merepek yang bukan-bukan.
           “Ah…kamu ni bila nak berubah?Asyik berkepit dengan ramai perempuan tapi sorang pun tak ada yang kamu bawak jumpa mama, lepas tu selalu sangat keluar malam-malam, kamu buat mama risau kamu tahu tak?” terukir kerisauan di wajah Puan Habsah. Hariz menepuk keningnya.
            “Ya Allah…ingatkan dah habis tadi rupanya tak habis lagi mama ni” bisik Hariz seorang diri.
            “Apa kamu cakap tadi, mama tak dengar?” di pandangnya muka anak terunanya.
            “Tak ada apa-apalah mama, Hariz cakap hari dah malam ni”di angkat tangannya melihat jam.
            “Dah nak dekat pukul dua pu mama, baiklah mama tidur”di tarik perlahan tangan Puan Habsah menaiki tangga menuju ke bilik Puan Habsah. Sebelum Puan Habsah masuk kedalam bilik sempat lagi Hariz mencium tangan Puan Habsah dan mengucapkan selamat malam. Hariz berjalan kearah biliknya yang terletak di sebelah kiri bilik Puan Habsah.

*****

            Setibanya di dalm bilik terus saja dihempaskan badannya di atas katil bujang miliknya. Direnungnya siling yang kosong sekosong juga hatinya di kala ini. Terfikir Hariz dengan apa yang di ucapkan oleh Farish dan juga mamanya berlegar-legar di benaknya. Sesungguhnya hatinya sudah lama terpaut bahkan sejak sekolah tapi terpaksa di pendamkan kerana kata orang cinta di zaman sekolah itu hanya cinta monyet dan lebih tepat lagi itu bukan cinta tapi sekadar suka saja. Entahlah..dia sendiri pun tidak pasti dengan apa yang dirasakannya saat ini. Dan setiap perempuan yang yang hadir di dalam hidupnya hanya peneman baginya untuk suka  kerana sampai kini tiada seorang pun yang dapat mengetarkan jiwanya seperti yang pernah di alaminya waktu di zaman persekolahan dulu. Tapi kini harus di lupakannya kerana gadis yang pernah di sukainya dulu itu tiba-tiba saja mendiamkan diri tanpa apa-apa berita selepas dia balik dari bercuti di United Kingdom empat tahun yang dulu terus saja tiada berita yang daripada gadis tersebut ada juga Hariz cuba merisik khabar gadis tersebut kepada teman-teman lama tapi tiada seorang yang tahu kemana pergi gadis tersebut.
            Terlayar satu persatu di fikiran Hariz kenangan yang tak mungkin dilupakan olehnya sampai bila-bila, kenangan yang sangat indah untuk dikenang. Sesungguhnya perasaan itu tetap sama seperti pertama kali yang di rasakannya dan di saat dia mengenangkan gadis tersebut pasti degup jantungnya akan bergerak pantas seperti kereta api ekspress sehingga membingitkan telinga dan membuatkan hati hariz terasa ingin pecah menahan rindu yang kadang-kala menyapa tangkai hati.
            Hariz memegang dadanya yang berdegup kencang terus saja Hariz bangun dari pembaringan meredakan hati yang sedang mengila mengingati gadis tersebut.Di gelengkan kepalanya menyahkan bayangan yang menghantui dirinya. “Apa yang aku fikirkan ni?”manolog Hariz seorang diri.
 Di kerling ke meja belajar yang berada tidak jauh darinya. Secara automatik kakinya melangkah kearah meja tersebut. Di pandang buku-buku mengenai kapal terbang yang tersusun kemas menghadap ke luar jendela dia atas meja yang di gunakan untuknya bagi menelaah. Tangannya tanpa di suruh-suruh terus saja menarik laci meja belajarnya. Dipandang kotak segi empat yang berada di dalam meja tersebut. Di bawakan kotak tersebut keatas katil di keluarkan semua gambar dan juga barang-barang yang berada di dalam kotak tersebut. Dilihat satu- persatu gambar yang ada. Terimbas kembali kenangan lama di dalam kotak fikirannya.
“Mana kau pergi, dah lama aku cari kau”di hembuskan nafas dengan berat. Di lihat sapu tangan yang tercalit sedikit darah kering di atasnya di bawa ke bibir. Tiba-tiba hati Hariz menjadi hiba mengenangkan kenangan yang sangat indah dengan sapu tangan itu.
 Tiada seorang pun yang tahu apa yang ada di dalam kotak itu kecuali dirinya dan juga Puan Habsah itu pun Hariz terkantoi apabila sedang mengemaskan meja belajarnaya yang berselerak.
Dan apabila di tanya oleh Puan Habsah siapa gadis di dalam gambar tersebut? Hariz hanya menyatakannya hanya kawan biasa. Hariz mengamuk sakan apabila Puan Habsah mengetahui rahsianya sehingga melancarkan mogok lapar tapi tidak lama kerana selepas itu Puan Habsah berjanji takkan memberitahu rahsianya kepada sesiapa pun jua.
Hariz hanyut di bawa kenangan lalu sampai tidak sedar yang dia terlena bersama barang-barang yang ada di dalam kotak tersebut kerana terlalu letih mengenang kisah lama.

No comments:

Post a Comment