my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Wednesday, 17 December 2014

Sarangae White calla..Bab 11..(^-^)v..




          Malam itu Sophie tak dapat menumpukan kepada apa saja yang dilakukan olehnya,semua serba tak kena sampai ditegur oleh Puan Hajar sebab beberapa kali terjatuh gelas masa cuci pingan di sinki tapi apabila ditanya Ophie hanya menjawab tak ada apa! Sampai naik malas Puan Hajar mahu menegur lagi.Buku yang di baca langsung tak masuk ke dalam otak memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh Hana semasa di sekolah.
          Akhir sekali ditutup saja buku yang berada diatas  meja study kerana kepalanya sedang berserabut memikirkan benda yang lain.Sophie menghempaskan badannya keatas katil sambil memandang siling.Ahirnya keluhan berat keluar dari mulut Sophie.
         Apa saja yang terjadi diantara Sophie dan Hariz terlintas di benaknya.Macam hari tu…
“ ”Amani aku nak ambik air botol aku yang tinggal kat atas rak lah.Kau gerak dululah nanti aku naik kelas.Beritahu Sophie sambil memegang buku rujukan ekonomi di tangan kirinya.”Okey tapi kau jangan lama-lama sangat tau nanti cikgu masuk kelas pulak”balas Amani dan melangkah pergi.
               Sophie berpatah balik kearah perpustakaan selepas mengambil botol air yang berada diatas rak diteruskan langkahnya menuju  kearah kelas sambil membaca buku ekonomi yang berada di tangan kanannya.Langkah Sophie mati selepas melihat Hariz dan Zariff sedang memandangnya dengan senyuman yang melebar dari hujung blok tapi masih boleh dilihat dengan jelas oleh Sophie.Kaki Sophie terhenti dan dan dipusingkan badannya melihat kebelakang tapi dilihat tiada siapa yang kelihatan.Sophie berpaling semula kepada Hariz yang masih tersenyum kepadanya dibalas senyuman itu tapi Hariz masih tersengih macam kerang busuk disitu.Sophie mengoyangkan kedua-dua belah tangannya sambil mulutnya bertanya kenapa?Hariz hanya mengeleng.Sophie meneruskan langkah apabila sampai ditangga Sophie mula memanjat tangga tersebut sambil membaca buku yang berada ditangannya dan itu membuatkan Sophie berjalan dengan agak perlahan.Apabila sampai ditangga akhir Sophie melihat Hariz sedang bersandar santai di koridor sambil memandang kearah Sophie masih dengan senyuman yang sama dilemparkan kepada Sophie seperti menunggu ketibaan Sophie tapi hanya Hariz dan Zariff telah hilang entah ke mana.”Budak ni dah gila ke apa asyik senyum dari tadi?”bisik hati kecil Sophie dan Sophie meneruskan langkahnya masuk ke dalam kelas.”
          Dan setiap kali Sophie bertembung dengan sama ada sengaja atau tidak sengaja pasti Sophie akan dihadiahkan dengan senyuman oleh Hariz walaupun dari jauh senyuman itu sudah dilemparkan oleh Hariz dan itu menambahkan kekeliruan yang sedang dihadapi oleh Sophie.Ditambah pula dengan mereka yang sering berbalas-balas pesanan ringkas .Tapi tak mungkin Hariz menyimpan perasaan yang sama terhadap aku!Tak mungkin!tak mungkin! Itu semua berlaku.
        Semua yang terjadi sejak kebelakangan ni membuatkan Sophie keliru dengan perasaannya pada saat ini.Sophie sering kali menidakkan perasan aneh yang sedang dialami kerana cinta yang masih utuh buat Putra seorang kerana mana ada orang akan jatuh cinta dengan begitu mudah tanpa mengenali pasangannya terlebih dulu!.Sophie makin sesak!makin buntu!padahnya orang bila jatuh cinta?
             Sophie selalu tewas dengan renungan tajam dari mata Hariz,tanpa Sophie sedar setiap kali kakinya melangkah ke sekolah dia ingin melihat wajah Hariz!senyuman Hariz!Memang gila semua yang tengah berlaku macam orang yang tengah angau overboard.Uhh…
            Sophie bangun dan menuju kearah dompet yang terletak diatas meja study,diambil dan kembali semula kearah katil dan duduk menyandar di kepala katil.Dikeluarkan gambar Putra yang terselit di dalam dompetnya dikeluarkan dan direnung gambar yang menampilkan figura Putra yang sedan tersenyum disebelahnya,gambar itu diambil bila mereka pertama kali keluar berdua bersama-sama.Bahagiannya saat itu!Setiap kali berada disamping Putra Sophie akan berasa selamat seperti tiada apa yang akan menimpa mereka tapi sayang semua kebahagian itu hanya sementara dan Putra akhirnya pergi menghadap ilahi kerana itulah janji setiap benda yang diciptakan-NYA pasti akan kembali kembali kepada Allah yang maha Esa.
             Sophie mengeluh dan direnung cincin serta gmbar pemberian arwah dilepaskan keluhan yang berat.Awak takkan ada orang yang dapat mengantikan awak dihati saya dan takkan pernah ada kerana awak adalah benda yang paling terindah pernah terjadi di dalam hidup saya!Sophie tersenyum mengingatkan kenangan yang pernah tercipta diantara dia dan Putra dan sampai sekarang semuanya masih kekal didalam kotak memori Sophie dan takkan  pernah luput sampai bila-bila.
             ‘dahlah Phie!aku tahu kau pun sukakan dia kan?sebenarnya korang sama-sama dah jatuh cinta kan?’
Sophie teringatkan kembali apa yang pernah diperkatan oleh Hana kepadanya .Sophie mengelengkan kepalanya menidakkan apa yang dipekatakan oleh Hana itu”Tak mungkin aku sukakan Hariz dengan begitu mudah.
           Kau boleh je tipu aku.Tipu semua orang tapi satu je kau tak boleh tipu.Kau tak boleh TIPU diri kau sendiri”tekan Hana
Makin menjadi-jadi benda itu diinganti oleh Sophie walaupun ia cuba menolaknya dari kotak fikirannnya tapi ia tetap mengasak fikiran Sophie”TIDAK!!!aku tak tipu diri aku.Aku tahu apa yang aku rasakan.Hana silap…Aku pasti tentang itu.Pasti dia silap menilai apa yang berlaku antara aku dan Hariz.Mungkin jugak…Sophie bencikan perasaan yang dihadapinya kini.Sangat benci…
Tapi…Sophie masih tetap keliru bibirnya menyatakan tidak tapi hati kecilnya mendesak mengatakan ia benar yang Sophie sedang jatuh cinta.Jatuh cinta dengan Hariz.’Alah Ophie sebenarnya kau dah cinta kan.Mengaku je lah’bisik satu suara.
‘Sophie itu semua khayalan kau je takkan kau jatuh cinta dengan sekelip mata!semua tu mengarut Ophie.Mengarut!!!bisik satu lagi suara.’Sophie takkan kau nak setia kepada cinta Putra?Dia dah tak ada lagi Sophie.Dah tak ada!!!bisik suara itu lagi.Bisikan-bisikan tersebut Sophie mengelengkan kepalanya bagi mengusir bisikan tersebut.
‘Ophie!cinta kau hanya untuk Putra sorang dan takkan ada yang lain yang dapat gantikan dia dalam hati kau.Takkan ada!!!bisik suara itu lagi’Tak salah kau jatuh cinta sekali memang semua dianugerahkan dengan perasaan itu walau berapa kali pun kau jatuh cinta itu semua tak penting tapi hidup mesti di teruskan. Takkan kau masih nak mencinyai Putra lagi sedangkan dia dah tak ada.Itu sama jugak kau bercinta dengan bayang-bayang dia aje bukan diri dia yang sebenar dan Hariz pula adalah cinta kau yang sebenarnya dan dia betul-betul ada di atas nuka bumi ini dan bukan Putra yang meninggal tu.Putra dah meninggal Ophie dan tak mungkin dia akan kembali lagi ke sisi kau seperti dulu.Lupakan dia Ophie!biarkan dia hidup dengan tenang dialam sana.Lupakan dia!!!tekan suara itu lagi membuatkan Sophie bertambah keliru.Sophie tersentak.Dan akhirnya terpadam semua bisikan-bisikan itu.Diraup muka yang mula mengeluarkan rintik-rintik peluh Sophie beristighfar beberapa kali.
            Sophie bangun dari katil dan melangkah keluar dari bilik bagi mengambil wuduk dan melakukan solat sunat bagi memohon keredhaan dan petunjuk daripada Allah s.w.t.dan selepas siap berwuduk dan memakai telekung dia mula menunaikan solat dan memohon kesejahteraan serta keberkatan daripada Allah yang Esa.
           Diatas tikar sembahyang Sophie mengalirkan air mata.”Ampunkan aku, Ya ALLAH”rasa kesal menyelinap didalam sanubari Sophie.”Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah,berikanlah aku kekuatan mengahadapi semua ini doa Sophie dalam esak tangisnya.”Ya ALLAH,aku ingin Berjaya didalam peperiksaan ku dan aku tidak mahu lagi mengecewakan kedua orang tua ku,berikanlah aku peluang untuk membahagiakan mereka didunia ini.Amin…Amin Ya Robbalalamin.Sophie meraup kedua-dua belah tanganya ke muka bagi mengaminkan doanya.
Selepas habis bersolat barulah Sophie dapat mengulangkaji pelajaran dengan hati yang tenang dan aman dan habis saja belajar Sophie melelapkan matanya tanpa ada sebarang gangguan atau pun fikiran.


*****
     Hariz merenung keluar rumah dan menalakan pandangannya kearah bulan penuh yang menghiasi dada langit.Bulan itu seperti tersenyum kepadanya dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menampa-nampar halus pipi dan badan Hariz yang sedang menyandar di sliding door dengan tingkap yang terbuka luas memperlihatkan kepekatan malam.Badan Hariz saja yang berada di situ tapi fikiran Hariz melayang jauh kepada apa yang dialaminya kini.
         “Wei!aku nak tanya kau sikit?Soal Hariz kepada Syukor yang sedang membaca.
          “Tanya apa?”
         “Kau kenal  dengan  Ophie tak?”
          “Ophie mana pulak kau ni?”dengan wajah yang  telah  mengahap Hariz dengan muka yang berkerut.
        “Alah…Ophie!Budak library tu?”
Syukor berfikir sejenak.”Oo…Ophie tu.Kenapa kau tanya pasal budak tu?”
            “Takdelah !aku Cuma nak tahu,betul ke yang Ophie tu adik Bob ,senior kita tu?”
           “A’ah…Kenapa”
           “Aku Cuma tanya je sebab hari tu dia yang jemput si Ophie tu lepas tu dia cakap yang Ophie tu adik dia.Aku pun terkejutlah sebab selama aku satu team bola  dengan dia tak pernah pulak  aku tahu yang dia ada adik perempuan?”
            “Diaorang memang adik beradik pun “berfikir sejenak”tapi diorang ni tak macam adik beradik sebab masing-masing buat hal sendiri.
           “Oo…macam tu?”
       Hariz terkenang perbualannya dengan Syukor tentang Ophie tidak lama dulu.Hariz tidak tahu sejak bila dia ingin mengambil tahu mengenai orang yang bernama Sophie Adriana tapi yang pasti keakraban yang terjalin diantara dia dan Ophie sewaktu di kem dulu begitu mengesan didalam hati Hariz.Dan setiap kali Hariz melalui kelas Sophie dia akan melemparkan senyuman kepada Sophie.Macam hari tu…
     Hariz sedang berjalan menuju ke bilik guru yang berda di tingkat dua secara berseorangan  tanpa ditemani sesiapa kali ini.Ketika melalui kelas Sophie dilihatnya Sophie sedang bersandar ditepi pintu kelas sambil merenung kearah yang bertentangan.Disitu Hariz sudah mula menyimpulkan senyuman .
           “Hei!masuklah kelas,ish ish…dia ni…”tegur Hariz bila melintas didepan Sophie
           “Suka hati akulah.Uwekk….”balas Sophie sambil menjelirkan lidah.
Hariz meneruskan jalannya sambil tersenyum.
       Setiap kali bertembung dengan Sophie pasti membuatkan hatinya berdegup pantas dan jika sehari tidak bertemu dengan Sophie seperti ada yang kurang dirasakan.Melihat senyuman yang dilemparkan Sophie kepadanya membuatkan hatinya girang.”Angau ke apa aku ni?”bisik hati Hariz.”Tak mungkinlah”menafikannya.Hariz tersenyum sendiri.
        Dan semesta alam memperlihatkan dua orang yang keliru tentang perasaan masing-masing dan cuba di elakkan oleh mereka.
*****
           
       Ketika Hana menjulurkan kepalanya keluar kelas dia dapat melihat dengan jelas Sophie yang asyik termenung berdiri di depan koridor dengan matanya dilepaskan ke langit yang terbentang luas.Hana mengatur langkah menuju kearah Sophie dengan senyuman.Disapa daripada belakang itu yang membuattkan Sophie sedikit termelatah.Hana hanya tersenyum melihat tingkah Sophie.Hana lihat sejak akhir-akhir ini seringkali tersenyum sendiri selepas itu termenung seperti memikirkan sesuatu.
         “Kau menungkan apa ni.Ophie?Soal Hana dengan matanya turut dilepaskan kearah yang sama.
           “Tak de apa-apalah,aku saja lepak nak ambik angin pagi”senyuman nipis dilemparkan kepada Hana yang berda disisinya.
            “Iye ke?Ke kau tengah fikirkan pasal si Hariz tu?”sememangnya Sophie tidak pernah merahsiakan apa-apa mengenai Hariz daripada pengetahuan Hana.
             “Tak adalah,buat apa aku nak fikirkan pasal dia.Dia bukan siapa-siapa pun bagi aku”ucap Sophie dengan selamba.
              “Betul ke dia bukan siapa-siapa bagi kau,abis tu kalau dah mesej selalu tu.Apa kemendenya?”Hana sudah mula membuat senyuman mengejek kepada Sophie.
             “Entahlah...aku senang dia layan aku dengan baik selama ni tapi…untuk cakap apa yang aku rasa terhadap dia,aku tak cukup kuat untuk itu”Sophie melepaskan keluhan berat dengan dada yang seperti cukup menyesakkan ruang pernafasan.
              “Ophie!aku rasa dah tiba masanya kau berterus-terang dengan dia dan apa saja keputusan dari dia kau kena terima.At least kau dah cakap kat dia yang kau suka dia agar kurang sikit bebanan kepala kau tu”
               “Tengoklah macam mana nanti,aku cuba cakap kat dia dan aku rasa betul apa yang kau cakap sekurang-kurangnya aku jujur kat dia yang aku suka kat dia”
              “Betul tu…atau sebenarnya kau takut nak cakap kat dia kalau kau takut biar aku yang cakap kat dia.Aku wakilkan kau.Mana nombor telefon dia.Bagi kat aku?”desak Hana.
               “Ehh…tak payahlah biar aku yang cakap sendiri.Aku tak nak dia tahu dari orang lain.Biar aku yang cakap sendiri.Okey…kau jangan risau?”dengan tangan ditepuk kebahu Hana.
               “Okey kalau macam tu.Jangan kau tak cakap sudah kalau tak aku paksa”ugut Hana.
             “Apa main ugut-ugut ni,kau jagan risau nanti aku sendiri yang akan mesej dia”
Hana hanya mengangguk mendengar apa yang diluahkan oleh Sophie kepadanya.Mereka sama-sama melayan perasaan dengan melemparkan pandangan kepada bumi Tuhan ini.
*****
      
          Malam itu Sophie berfikir untuk memberitahu Hariz tentang perasaannya.Sophie sudah bertekad mahu melakukannya mala mini biar apa pun tanggapan Hariz kepadanya.Dicapai telefon bimbit yang berada diatas meja study dan terus melangkah ke birai katil.Direbahkan badannya keatas katil.Dengan pantas jari-jarinya menyusun ayat.dengan tagan yang mengeletar dia menekan butang send.Selepas menghantar pesanan ringkas itu tiba-tiba Sophie terasa lega yang teramat sangat kerana Berjaya melakukannya.
                          Wei!Aku suka kau…
      
Tidak lama selepas itu telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Dengan pantas tangannya menekan butang open yang berada di skrin telefon bimbitnya.
                             Kau biar betul?
Sophie pantas menekan keypadnya.
                             Hmm…
Pendek saja yang dibalas oleh Sophie agar orang disebelah sana akan mengeti.Sophie menunggu balasan daripada sebelah sana tapi walaupun satu jam membawa ke dua jam tiada mesej yang tiba dan Sophie menjadi hampa.Langkah yang longlai dihayun ke meja study lalu mengeluarkan sebuah buku yang dijadikan buku diari.Dicoretkan segala apa yang dirasakan didalam buku itu sehingga tidak sedar yang dia terlena diatas buku tersebut sehingga ke pagi.

    
     





No comments:

Post a Comment