my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Wednesday, 17 December 2014

Sarangae.. white calla..(^_^)v..Bab 19




            “Baiklah! Sampai di sini saja kelas kita pada hari ini, saya harap kamu semua siapkan tugasan terakhir yang saya berikan dan sila hantar tepat pada tarikh yang telah di tetapkan atau tidak saya akan deducted carried mark awak and for your futher information for one day you late to passed up my assignment, I will deducted five mark from your carried mark!”ujar Encik Rahmat dengan nada tegas kepada seluruh pelajar kelasnya.
            “Did you understood class!” sambung Encik Rahmat lagi
                “Understand sir” balas seisi kelas dengan serentak. Encik Rahmat memang tegas mengenai tugas yang diberikan tapi beliau juga seorang yang baik hati dan tidak kedekut dalam memberi markah untuk pelajar-pelajarnya jika mereka mengikuti dengan apa yang di kehendaki oleh beliau dan jika pelajar tidak membuat perangai dalam kelasnya.
Selepas berpas hati dengan jawapan dari pelajarnya. “Okey class if you ada apa-apa masalah dalam tugasan yang saya berikan saya free untuk mendengar masalah yang you all hadapi tapi sila jumpa saya ketika saya ada di dalam pejabat sahaja, faham kelas!” sambung Encik Rahmat lagi.
            “Faham sir!” balas mereka dengan lantang.
            “Kalau macam tu kelas hari ini kita dismissed dan jumpa anda semua lagi minggu hadapan”Selepas berkata begitu membuatkan kelas menjadi hingar-bingar kerana semua sibuk dengan agenda masing-masing. Ada yang ingin ke kantin bagi mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi dan ada juga yang pergi unuk melakukan perbincangan secara berkelompok kerana memandangkan minggu peperiksaan yang akan menjelang tak lama lagi.
            Sophie dan Anith melangkah keluar dari kelas . “Sophie! Jangan lupa lepas ni kita ada discussion dengan budak-budak untuk tugasan Puan Azizah nanti tau?jangan lupa pulak”ujar Anith bagi mengingatkan Sophie.
Sophie yang sedang mencari telefon bimbitnya terus menoleh kebelakang selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh Anith. “Iyelah, aku lupa”  ditepuk dahinya kerana lupa akan apa yang harus dia lakukan pada hari ini.“Nasib baik kau ingatkan aku kalau tak aku memang betul-betul lupa pasal benda ni” sambung Sophie lagi.
            “Kau ni, muda-muda lagi dah lupa, apa je yang kau ingat Sophie oi!” balas Anith.”Nasib baiklah ada kawan kau yang baik ni tolong ingatkan”sambung Anith lagi.
            “Aku bukan saja-saja buat lupa tapi aku betul-betul lupa!”balas Sophie dengan penuh kesungguhan. “lagipun lately ni banyak sangat benda yang aku kena ingat, dengan tugasan kuliah lagi ditambah pulak dengan kerja kat kedai lagi, tu yang buat aku lupa benda-benda macam ni, kau kan tahu aku memang cepat lupa?”
            “Aku tahu, kau mesti penatkan nak buat semua benda dalam satu masa, apa kata kau berhentilah kerja kat kedai bunga tu? Kerja jer dengan papa aku,nak tak?”cadang Anith.
            “Ehh.. kau ni! Kau nak aku kerja apa kat syarikat papa kau tu?aku ni student lagi lagipun aku tak ada pengalaman kerja-kerja pejabat ni?”
            “Aku suruhlah papa aku bagi au kerja-kerja yang senang je dan kau boleh datang kerja bila kau tak ada kuliah, kan okey kalau macam tu?”ujar Anith member pendapat
            “Banyaklah kau okey kalau macam tu, aku menyusahkan papa kau lagi adalah, lagipun macam mana dia nak kira gaji aku kalau macam ni, buat bangkrap syarikat papa kau je kalau aku kerja macam tu, apa tak masuk akal betul idea kau ni, lagipun aku dah suka dengan kerja gubah bunga ni dan aku minat lagipun siapa nak tolong kak Farah kalau aku tak ada,nanti tak ada siapa dia boleh dia harapkan nak jaga kedai bunga dia tu ?”kepalanya tergeleng-geleng mendengar cadangan Anith itu sambil tersenyum.
            “Takpelah nanti dia kira jelah ikut jam macam kerja kat fast food macam KFC ke Mcdonald memang dorang kira ikut jam apa untuk pekerja part-time, nanti pandai-pandailah aku slow talk dengan papa aku dan pasal Kak Farah tu mesti dia akan faham dan ini semua untuk kebaikan kau jugak”Anith masih lagi ingin meyakinkan Sophie dengan cadangannya.
            “Banyaklah kau cakap untuk kebaukan akulah apalah, dahlah Anith! Jom kita gerak sekarang pergi perpustakaan dari kau terus merepek yang tak tentu hala kat sini baik kita pergi buat discussion dengan budak-budak, cepat kita buat cepat kita siap kerja kita lepas tu kalau ada masa kita boleh lunch sama-sama sebab dari tadi siang kita tak makan nasi cuma sumbat air kotak the bunga dengan roti jer kan?”potong Sophie bagi memberhentikan Anith dari terus bersuara.
            “Iyalah..jomlah kita buat kerja, nanti dah siap kita boleh pergi makan sama-sama”Anith hanya mengikut kerana malas untuk terus memujuk kerana dia tahu Sophie takkan pernah setuju dengan cadangannya itu kerana bukan baru sekarang dia mengusulkan cadangan tadi tapi sudah lam sejak Sophie mula-mula bekerja di kedai bunga itu lagi di awal-awal semester dulu lagi.
            Mereka berdua terus masuk ke dalam perpustakaan selepas terlihat sekumpulan pelajar yang berada tidak jauh dari pintu masuk perpustakaan dan mereka terus memulakan perbincangan.
            Selepas hampir dua jam berbincang mengenai tugasan tersebut dan tidak sedar Sophie telah lambat untuk dia pergi ke tempat kerja part time yang selalu bermula pada pukul tiga petang dan kedai bunga itu terletak di dalam shopping complex yang terletak tidak jauh dari kampus Sophie itu.
            “Eh…Sophie pukul berapa kau masuk kerja hari ni?dah nak dekat pukul tiga ni?”tegur Anith kerana dia cukup arif dengan jadual harian Sophie.
            “Ya Allah! Anith aku dah terlambat, habislah aku kena marah dengan Kak Farah nanti”balas Sophie cuak dengan tergesa-gesa dia mengemas peralatannya bersedia untuk pergi ke tempat kerja.
            “Korang semua! Aku nak mintak maaf tau sebab aku kena pergi sekarang jugak, nanti apa-apa hal yang aku kena buat korang bagitahu Anith, aku akan buat okey tapi sekarang ni aku betul-betul kena pergi?”ujar Sophie kepada kawan-kawan sekelasnya dan mereka hanya mengangguk tanda mengerti.
Sophie berpaling ke arah Anith” Sorry Anith! Aku tak dapat lunch dengan kau hari ni, nanti malam kalau aku balik awal aku masak untuk kau tau?”
            “Tak payah masak, nanti pandai-pandailah aku beli kea tau aku masak aje apa yan ada kat dalam rumah tu, kau pergi jelah kerja”balas Anith
            “Okey, thanks Anith, kau memang baik”
            “Dah! Tak payah nak bodek aku, kau tu cepat pergi kerja tapi jangan lupa makan nanti, takut kau kena gastric pulak nanti sebab sekarang ni kau selalu lambat makan”nasihat Anith.
            “Baik bos!kau pun jangan lupa makan jugak”. Sophie terus bergerak keluar dari perpustakaan itu selepas habis mengemas semua perlatannya.
Sophie yang kelam kabut kerana hendak cepat sampai ke tempat kerjanya tanpa di sedari dia telah terlanggar seseorang membuatkan badannya tercampak ke belakang selepas bertembung dengan pemuda tersebut. Membuatkan Sophie sedikit mengaduh akibat pertembungan itu.Sophie melihat orang yang di langgarnya itu ternyata adalah Farish. Farish cuba menolong Sophie untuk bangun tapi di tolak secara lembut oleh Sophie.
            “Saya betul-betul mintak maaf sebab langgar awak tadi, saya betul-betul tak nampak tadi”Farish terus memohon maaf akibat kejadian itu.
            “Tak apa! Saya pun salah jugak sebab jalan nak main kabut je tak pandang kiri kanan”balas Sophie selepas dapat menenangkan dirinya kerana dia telah malu yang amat sangat nasibnya baik kerana lorong yang di laluinya saat itu tidak di lalui orang pada ketika itu. 
            “Hmm…sebenarnya saya dah lambat ni, saya pergi dululah ye?dan maaf lagi sekali” sambung Sophie lagi dengan rasa malu yang masih bersisa. Ophie pun berpaling untuk pergi dari situ tapi langahnya terhenti apabila Farish menegur.
            “Nanti dulu, kalau tak silap saya nama awak Sophie kan? Sophie Adriana?” soal Farish
            “Iya saya, tapi macam mana awak tahu?”pelik Sophie bagaimana pemuda itu tahu namanya sedangkan dia tidak tahu menahu mengenai pemuda yang ada di depannya kini.
            “Kolej ni bukan besar mana pun dan tak peliklah kalau saya tahu nama awak sebab kitakan satu kolej”balas Farish menutup rasa gugupnya. Entah kenapa apabila ada Sophie di depan mata membuatkan hatinya jadi gemuruh sengaja Farish ingin berkenalan dengan gadis yang telah lama dia suka.”Inilah peluang aku nak kenal dengan minah ni, kalau tak bila lagi aku boleh kenalkan diri sekaligus lepas ni boleh aku jadi kawan dia lepas tu boleh jadi…hehe ” monolog hati Farish sendirian.
            “Oh!ok..”balas Sophie pendek dan berpaling untuk berlalu.
            “Eh!nanti dulu. Awak tak nak tahu kea pa nama saya”Sophie tak jadi berpaling
            “Opss sorry!ok..apa nama awak?”soal Sophie
            “nama saya Farish Hakimi, panggil Farish je” dengan senang hati Farish memperkenalkan dirinya kepada Sophie.
            “Oh… Farish..hmm..awak boleh panggil saya Sophie je tak payahlah panggil nama panjang saya, kekok pulak saya rasa”balas Sophie dengan senyuman.
            “Apa salahnya panggil nama panjang senang sikit nak angkat nikah nanti”ujar Farish perlahan
            “Apa dia?apa yang awak cakap saya tak dengar?”
            “Tak ada apa-apalah, saya cakap nama awak cantik memang sesuai dengan tuannya”dengan senyuman lebar
            “Oh..okeylah Farish saya kena pergi dulu, saya ada hal, dah lambat sangat ni?”
            “Saya boleh hantar awak kalau awak memang nak cepat?”Farish cuba memberikan cadangan kerana masih lagi ingin berbual dengan Sophie kerana tak selalu peluang yang baik begini akan muncul.
            “Tak apalah awak, saya boleh pergi sendiri”tolak Sophie dengan lembut
            “Baiklah kalau macam tu” Farish tidak mahu terlalu mendesak Sophie kerana takut Sophie akan berasa tidak senang dengan kehadirannya di kemudian hari.Sophie pun berlalu pergi selepas berbalas senyuman tanpa menoleh lagi. Farish hanya dapat melihat Sophie berlalu hingga hilang dari pandangan.


*****
Dengan langkah yang perlahan Sophie menapak masuk ke dalam kedai bunga Fab’s Florist. Sophie tahu yang dia telah lambat masuk kerja dan kerana itu Sophie terpaksa menyelinap masuk seperti Sam dalam cerita ‘Charlie’s Angel’.Sophie tahu yang kak Farah iaitu pemilik kedai bunga tersebut tidak suka dengan pekerjanya yang datang lambat tapi kak Farah seorang yang memahami walaupun seorang yang tegas dalam disiplin para pekerjanya dan disebabkan itu juga Sophie dapat bekerja lama dengan kak Farah kerana kak Farah sangat memahami keadaan Sophie dan menyukai sikap Sophie yang berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain.
             “Ehem ehem” kedengaran suara orang berdeham berhampiran tempat Sophie berdiri membuatkan bulu roma Sophie berdiri.Sophie jadi kecut perut untuk menoleh.
             “Ada hantu kat dalam kedai ni?”monolog Sophie kerana sememangnya Sophie memang penakut mengenai hantu atau jembalang dan seangkatan dengannya.Kak Farah yang mendengar apa yang di perkatakan telah terletus ketawa dari mulutnya tapi cepat-cepat dia mengumam mulutnya bagi menghentikan ketawanya kerana takut didengar oleh Sophie membuatkan nanti dia tidak jadi untuk memarahi Sophie. Kak Farah hanya ingin menguji Sophie dia memahami kenapa Sohie lambat kerana dia juga pernah muda dan melalui zaman-zaman remaja dan kolejnya dan lazimlah jika seorang pelajar sibuk dengan perbincangan kumpulan,tugasan kuliah dan sebagainya.Kak Farah tahu itulah yang menyebabkan Sophie datang lambat hari ini
Kak Farah yang tidak tahan menahan ketawa dengan gelagat Sophie yang tak mahu menoleh dari tadi membuatkan Kak Farah terpaksa bersuara. “Apa yang kamu merepek ni Sophie, mana ada hantu petang-petang macam ni dengan matahari yang tegak kat atas kepala ni” Sophie yang mendengar bebelan Kak Farah itut erus berasa lega lantas berpusing dengan senyuman meminta simpati kerana dia tahu yang dia telah lambat ke tempat kerja.
“Yang kamu tersengih-sengih lagi tu kenapa? Kamu nak sangat tengok hantu nanti malam kita tengok wayang cerita hantu ye?”gertak Kak Farah. Sophie mengeleng dengan laju tanda tak rela.
“Tahu takut, dahlah tu tak payah nak buat muka mintak simpati macam tu, nie kenapa kamu datang lambat hari ni?”sambung Kak Farah.
“Hmm…sebenarnya kak saya ada discussion dengan kawan-kawan saya tadi, tu yang buat saya datang lambat hari ni”balas Sophie dengan agak tergagap-gagap.”Saya janji lain kali saya tak buat lagi”ikrar Sophie dengan tangannya diangkat seperti orang mengangkat sumpah dengan senyuman yang lebar meminta pengertian.
“Akak faham,akak saja test kamu tadi”terletus jua ketawa yang di tahan sejak tadi oleh Kak Farah.
“Akak ni saja buat orang cuak”balas Sophie sambil diurut perlahan dadanya dengan lega.
“Dahlah!kamu dah makan ke belum ni?”soal Kak Farah
“Belumlah kak”rengek Sophie
“Hmm..dah agak dah kamu ni kalau buat kerja sampai lupa dunia, lupa makan”ujar Kak Farah dengan bimbang.
“Dah..pergi makan akak ada bawakan nasi dengan lauk dari rumah  sebab mak akak ada masak lebih untuk makan tengah hari tadi sebab akak balik rumah sekejap ambil barang jadi akak bungkuslah sekali untuk kamu, pergilah makan”arah Kak Farah.
Dia telah menganggap Sophie seperti adik kandungnya sendiri dan memandangkan dia tidak mempunyai adik beradik lain lagi dn selepas bercerai dengan suaminya beberapa tahun lepas kerana suaminya ingin memiliki zuriat kerana sudah lima tahun mereka bernikah masih juga belum di kurniakan zuriat tapi Farah tidak dapat menerima hidup berpoligami membuatkan dia meminta cerai dari bekas suaminya dan selepas dia bercerai Farah tinggal bersama kedua-dua orang tuanya dan membuka kedai bunga Fab’s Florist sehingga kini hatinya belum terbuka untuk hidup berpasangan lagi sekali.
Tidak berapa jauh dari kedai bunga itu kelihatan seseorang sedang melihat ke dalam kedai bunga itu sambil tersenyum setelah agak lama berada di situ si dia pun bergerak meninggalkan tempat itu.


No comments:

Post a Comment