Pagi itu
Sophie mengenakan baju kurung Pahang berbunga coklat dan tanah berwarna krim manakala
tudung bawal di kenakan diatas kepala dan di kedua-dua hujung kain tudungnya
disilangkan dan dipinkan kedua-dua belah bahunya bagi mengemaskan lagi
kedudukan tudungnya. Sejak kebelakangan ini Sophie lebih selesa mengenakan baju
kurung bagi menghadiri kuliah mahupun pergi ke tempat kerja kerana ianya lebih
selesa, mudah dan cepat. Dengan hanya berbedak dan juga losyen di sapukan ke
serata tangannya Sophie melangkah keluar dari bilik menuju kearah Anith yang
sedia menunggu di ruang tamu.
“Kau ni..bersiap pun lama naik
kematu aku tunggu kau kat luar ni” rungut Anith kepada Sophie. Dengan mulut
yang muncung tanda protes.
“Alahh…sekali sekala kau tunggu aku
apa salahnya”balas Sophie dengan senyuman yang melebar dia tahu sahabatnya itu
hanya merajuk sedikit kerana terpaksa menunggu dia untuk bersiap.
“Kau ni..kalau ia pun tak payahlah tarik
muncung empat belas nanti aku buat jadi penyangkut baju naya je kau” sambung
Sophie lagi sambil menarik tangan Anith untuk berdiri. Anith yang mendengar apa
yang di tuturkan oleh Sophie itu terus memukul tangan Sopjie yang sedang
menarik tangannya membuatkan Sophie terjerit kecil.
“Eee…kau ni.Ade ke nak buat muncung aku ni
jadi penyangkut baju. It so… mean” jawab Anith sambil ketawa memandang Sophie
yang sedang membuat mata juling kepadanya.
“Kesah pulak aku mean ke tidak. Siapa suruh
kau buat muncung empat belas macam tu” sambil ketawa Sophie berjalan menuju
kearah pintu rumah pangsapuri yang mereka sewa itu.
“Kau buat lagi mata juling kau tu aku cocok
pakai garfu biar kau jadi macam kassim selamat baru kau tahu mean tua hape.”
Mereka sama-sama ketawa selepas Anith berkata begitu.
“Dahlah…kita ni asyik mengarut je dari tadi
memang tak sampai kat kelas jugak kita karang”Sophie berkata selepas habis
mereka ketawa. Kolej mereka yang terletak tidak berapa jauh dari tempat tinggal
mereka dengan hanya mengambil masa sepuluh minit berjalan kaki untuk sampai ke
kolej mereka.
Sesampai mereka diperkarangan kafe kolej terlihat
sekumpulan pelajar yang sedang berborak sesama mereka dengan keadaan yang
riuh-rendah mengamatkan suasana kafe kolej itu. Sophie dan Anith hanya melalui
kumpulan pelajar tersebut tanpa menoleh kearah mereka tanpa Sophie sedari ada
mata yang memerhati di setiap langkah dan tingkahnya dengan penuh minat.
“Woi…Farish..apa yang kau tengok sampai naik juling mata kau aku
tengok?” kalau berminat buat cara berminat jangan dok tercongok tengok budak tu
lalu tapi tak buat apa,nanti melepas kau yang nangis tak berlagu” ujar Arfat
kepada Farish kerana hanya dia yang tahu mengenai perasaan Farish terhadap
Sophie yang tumbuh sejak hari orientasi walaupun sudah nak dekat dua tahun
Farish memendam rasa tapi sampai sekarang dia masih tidak dapat meluahkan
perasaannya terhadap Sophie Adriana kerana takut cintanya jika cintanya
ditolak. Farish mengenali di sebabkan satu perkara yang takkan dapat di lupakan
olehnya sampai bila-bila.
“Aku bukan tak nak tegur minah tu tapi aku takut dia “reject” letus
juaaku,malulah aku mana aku nak letak muka aku yang sedia ada kacak ni”
terletus ketawa dari mulut Farish selepas berkata begitu.
Dengan lajunya tangan Arfat hinggap ke bahu Farish selepas Farih berkata
begitu. Tergelak Arfat di buatnya selepas Farish berkata begitu tapi memang tak
di nafikan yang Farish memiliki paaras muka yang boleh mencairkan hati
mana-mana perempuan yang ingin dimiliki olehnya di tambah pula dengan kekayaan
yang dimiliki tidak susah untuk membuat mana-mana perempuan rebah ke dalam
pelukannya.
Tapi bagi Farish zaman kasanovanya sudah berakhir selepas saja
terpandang wajah sederhana milik Sophie Ariana tapi akibat rasa ragu dan takut
yang masih menguasai dirinya membuatkan cintanya dan perasaan yang di pendam
selama dua tahun ini di pendamkan saja. Dan apabila terserempak dengan Sophie
Adriana dia hanya dapat menundukkan kepala tanpa dapat berbuat apa-apa. Apabila
kelibat Sophie Adriana sudah agak menjauh barulah dia berani menoleh dan apa
yang dapat di liat olehnya hanya belakang Sophie tapi itu sudah cukup membuat
hatinya berbunga riang dan membuatkan dia terenyum sepanjang hari.
Selepas ketawa mereka reda Farish menyambung semula perbualan mereka.
“”Kau bukan tak tahu Fat, Aku kalau depan dia terus aku jadi kaku sampai tak
boleh nak buat apa-apa, Aku tunduk je kalau lalu depan dia sampai aku rasa
kawan dia yang selalu dengan dia tu pun perasan” ujar Farish tapi matanya masih
terlekap kepada laluan yang di lalu ole Sophie tadi walaupun Sophie bayang-bayang
Sophie sudah lama hilang.
“Apa ni playboy abad ini takut dengan seorang perempuan yang aku rasa
biasa jer..tak adalah cun sangat ke macam pelakon ke, lawa macam model ke,
dahlah selalu pakai baju kurung jer, macam orang kampung jer aku tengok,
nenekaku yang kat kampong tu lagi up to date dari awek yang kau puji-puji
melambung tu,Haish…hairan aku di buatnya” ujar Arfat sambil kepalanya di
angguk-angguk dengan jarinyadi letakkan ke bawah dagu seperti seorang yang
berfikir sesuatu yang berat untuk difikirkaan.
“ Tu yang kau tak tahu, perempuan macam nie kita buat main-main, stok
skandal ke apa sebab perempuan macam ni kita buat untuk nikah, kahwin dan untuk
di jadikan yang halal seterusnya buat ibu untuk anak-anak kita nanti” ujar
Farish dengan semangat sambil membayangkan apa yang diperkatakan olehnya tadi.
“Banyak kau punya untuk kahwinlah, yang halallah, anaklah, amendenye
kalau nak tegur pun kau tunduk macam anak dara nak tunggu masuk meminang.”
Selepas berkata begitu terletus tawa yang kuat dari Arfat, Farish tarik muka
dan memandang kearah Arfat dan mengajuk apa yang di perkatakan oleh Arfat tadi.
“Alah…takkan itu pun kau nak tarik muka empat belas, aku gurau jelah,
itu pun nak merajuk?Dahlah, jom aku belanja kau minum lagipun kelas kita lama
lagi nak mula” Arfat cuba memujuk Farish.
“Besar mandat kau nak kata kelas mula lambat lagi? Kelas nak mula
dahlah, lagi lima minit je” balas Farish sambil menayangkan jam tangannya yang
berjenama adidas kepada Arfat. “Dahlah jom kita gerak, kau bukan tak tahu Cik
Normah tu bukan boleh kalau pelajar dia masuk lambat dalam kelas” Di tarik
tangan Arfat selepas berkata begitu.
“Alaaa…kau goda jelah anak dara tua supaya dia tak marah kita lagi kalau
kita masuk kelas lambat, kau kan terror
bab-bab nak goda anak dara orang ni lagi-lagi anak dara tua ni aka ANDARTU”
sengaja di tekankan oleh Arfat apabila menyebut andartu dengan senyuman yang
lebar selepas berkata begitu tapi dia tahu yang Farish takkan melakukan
sebegitu walaupun kawan-kawan sekelas semua tahu yang pensyarah tersebut akan
automatic menjadi begitu baik sekali apabila Farish di depan matanya walaupun
pada ketika itu dia begitu marah mengalahkan singa betina.
“Banyak kau punya goda dia, tak
hingin aku nak goda pensyarah kita yang sorang tu” balas Farish dengan muka
yang tak rela. Arfat yang melihat mimik muka Farish terus terletus ketawa dari
mulut Arfat. Farish yang melihat Arfat yang sedang ketawa sakan membuatkan
Farish menyekeh kepala Arfat.
“Macamlah aku tak tahu yang Cik Normah kesayangan kau
tu sawan sangat kat kau kalau kau kat depan muka dia walaupun waktu tu dia
tengah menyinga sangat-sangat tapi lepas tengok muka kau yang hensem sikit
terus dia senyum lebar-lebar?tak ke sawan namanya kalau macam tu?” soal Arfat
“ Ohh..aku ni hensem
sikit!Abis tu siapa yang hensem banyak tu?”
Dengan muka yang poyo Arfat meletakkan
tangannya di kolar dan berkata” Akulah yang hensem banyak tu” Farish yang
mendengar terus menjolok mulutnya seperti orang yang mahu muntah.
“ Kalau kau hensem banyak, kaulah yang pergi
goda Cik Normah tu?”Arfat yang mendengar cadangan Farish tu terus naik bulu
romanya. Di buatnya gaya tak rela kepada Farish. Frish yang melihat gelagat
Arfat it uterus ketawa.
“ Tulah, lain kali jangan main
sedap mulut je nak cakap”sambil ketawa.
“Tak nak aku, baik aku
membujang sampai tua dari goda Cik Normah andartu tu”balas Arfat yang masih
dengan gaya yang sama.
“Dahlah, jom kita masuk kelas
sebelum Cik Normah sampai” balas Farish sambil ketawa.Dan di sepanjang koridor
itu mereka masih sempat bercerita dan bergurau diantara mereka kerana itulah
yang akan terjadi setiap kali mereka bertemu ada sahaja cerita yang akan
dibualkan termasuklah pasal pelajaran, gossip ataupun mengenai bola kerana
mereka memang kaki bola.
No comments:
Post a Comment