my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Thursday, 6 September 2012

Bab 6: Sarangae..white calla..(^_^)v..


Bab 6
    
            Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nanti.Kira-kira dalam pukul tiga petang telah ramai yang tiba bersama-sama keluarga masing-masing dan bermacam-macam kerenah yang dapat dilihat ada yang tersenyum gembira,ada yang duduk bersendirian tak lupa juga berborak-borak biasa sebelum waktu berangkat dan ada yang menangis sedih meninggalkan keluarga masing-masing.Disebabkan hari jumaat jadi tidak ramai pelajar hanya tinggal guru-guru-guru yang baru menghabiskan kerja dan mengemas apa yang patut disebabkan hari jumaat pelajar akan balik awal berbanding biasa bagi menunaikan solat jumaat tapi masih ada pelajar yang pergi mengulangkaji pelajaran dan ada juga guru-guru yang mengadakan kelas tambahan terutama sekali untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM  dan ada juga pelajar yang saja-saja untuk lepak dengan kawan-kawan ataupun pergi ‘dating’dengan pasangan masing-masing di taman yang berhampiran taman perumahan.
              Ain  dan Hana tiba dalam lebih kurang pukul 3.30 petang.Ain akhirnya dapat memujuk ibu bapanya untuk membenarkan dia mengikuti kem tersebut walaupun pada mulanya ditentang keras oleh ayahnya tapi selepas Ain mengadakan protes dengan mogok makan dan selepas mengadakan rundingan ‘damai’ barulah Ain dibenarkan pergi itu pun selepas mendengar ceramah dari ibu dan ayahnya selama lebih kurang sejam.Haha…
            Hana pula sama kesnya dengan Ain pada mulanya mak dan abahnya tidak membenarkannya untuk menyertai kem tersebut kerana tiada orang yang akan menjaga adik kecilnya yang baru berusia sembilan bulan memandangkan mak Hana adalah seorang perniaga yang menjual nasi campur yang berdekatan dengan rumahnya memandangkan kakak sulung Hana adalah seorang pelajar dan jarang balik ke rumah manakala kakak yang keduanya pula sedang bekerja selepas tamat Spm dan adik Hana yang berada di darjah tiga langsung tak boleh diharapkan kerana masih kecil dan tidak tahu menguruskan kerja-kerja tersebut tapi selepas Hana berjanji kepada kedua ibu bapanya yang dia akan menolong maknya di warung selama dua minggu tanpa upah barulah dibenarkan Hana menyertai kem tersebut.Manakala Amani dan Saiful pula tidak dapat mengikuti kerana mempunyai masalah masing-masing.
           Selepas lima belas minit Sophie pun tiba dengan nafas yang tercunggap-cunggap dan sampai sahaja ditempat Ain dan Hana terus saja dia melepaskan lelah selepas penat mendaki anak tangga dan berlari seperti orang membuat pertandingan pecut 100 meter.
         “Wei!apasal kau lambat?”sergah Hana dengan muka yang berkerut
         “Sorylah tadi aku tertidur tu pun nasib baik bapak aku yang bangunkan kalau tak mesti terlajak tidur sampai ke asar?”balasnya selepas sesak nafasnya sedikit berkurangan.
        “Tulah kau kerja tidur je,nasib baik tak kena tinggal,kalau tak meloponglah kau jawabnya”sambil berjalan kearah tempat pelajar berkumpul
       “Nak buat macam mana,hobi..”dengan senyuman yang sengaja dilebarkan
       “Abis tu kau mandi tak ni?”soal Ain dengan muka berkerut
        “Belum lagi,asal kau nak bau ketiak aku?” jawabnya dengan muka selamba dan tangannya diangkat dan ditujukan tepat ke muka Ain dan terjerit-jerit Ain dibuatnya.
        “Ish!tak senonoh betul budak ni,busuk kau tau tak?”cuba menepis tangan Sophie dengan wajah kelat.Sophie yang melihat wajah semakin kelat masih juga mengacah-acah Ain sambil ketawa.Selepas sampai ditempat yang dituju barulah Sophie berhenti tapi masih dengan senyuman yang menhiasi wajahnya.
           “Chill lah,aku dah mandilah tadi lepas balik sekolah and then sebelum nak gerak pergi sini aku sempat berus gigi aku dulu”balasya selepas ketawanya reda
          “Betul ke ni?kau ni bukan boleh percaya sangat ,entah-entah belum mandi lagi sejak tadi terus je menonong datang sini?”dengan bahunya digoyangkan tanda seperti orang yang kegelian
          “Oo…kau tak caya lagi yea,meh sini kau bau balik ketiak bau kepam aku ni”ujarnya sambil sudah mahu mengangkat sebelah tanganya ke udara tapi dihalang oleh Ain
          “Okey okey aku percaya”senyuman dikoyakkan kearah Sophie
         ‘Tau pun takut?”ujar Sophie dan mereka sama-sama ketawa termasuk Hana kerana geli hati dengan perangai yang ditunjukkan oleh kawan-kawannya.


*****
          Selepas mendengar taklimat dari cikgu Shamsul kami terus menapak kearah bas yang sedang menunggu di luar perkarangan sekolah selepas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan didalam setiap bas ditugaskan  dua orang guru pengiring.Hana dan Ain duduk di satu kerusi manakala aku duduk bersama seorang budak tingkatan empat yang merupakan junior aku dan kami yang juga seorang pengawas pusat sumber bertentangan dengan Hana dan Ain.Selepas bas bergerak menuju destinasi masing-masing membuat hal sendiri ada yang berbual bersama teman sebelah menyebelah dan tak kurang juga yang telah melelapkan mata dan Sophie pula sibuk melayan perasaan memandang keluar bas sambil mendengar lagu dari mp3 kesayanganya selepas penat berceloteh dengan orang sebelah.
          “Hmm…alangkah baiknya kalau Putra turut sekali berada disini?”kata Sophie didalam hati.
          “Tapi semua tu takkan pernah terjadi sebab sekarang dia sudah bersemadi diatas sana.Uhh…”sambung Sophie sambil melepaskan keluhan yang berat.Sophie berpaling ke tepi dia melihat kebanyakan pelajar telah lena dibuai mimpi indah.Dan dalam masa tak sampai lima minit terdengarlah dengkuran kecil dari Sophie dan mimpi pun berlabuh.
            Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah kami pun tiba di tempat yang dituju.Aku yang berada dalam keadaan mamai selepas dikejutkan oleh Ain aku melihat disekelilingku ramai dengan  muka yang baru bangun tidur tak kurang  juga ada buat muka teruja selepas kami sampai lantas pandangku aku lontarkan ke luar tingkap dengan tangan yang masih mengosok-gosok kelopak mata dan disebelahku aku kelihatan hutan belantara dengan pohon yang tumbuh menghijau mengamit aku untuk terus melihatnya dan itu membuatkan aku berasa bersemangat.Kami diminta berjalan sebanyak tiga kilometer sebelum sampai ke khemah yang bakal kami ditempatkan selama tiga hari ini oleh komender yang menjaga kami selama kami berada disitu.Dan terdengarlah  keluh-kesah dari beberapa pelajar kerana terpaksa berjalan sejauh itu.Biasalah itulah deraan yang pertama yang harus kami tempuhi oleh kami bagi melihat sejauh mana stamina kami mampu bertahan.
               “Apa ni?belum apa-apa lagi dah kena jalan jauh ?”rungut salah seorang peserta.Aku yang mendengar hanya tersenyum.Dilihat ada jip yang datang tapi yang sedihnya bukan datang untuk mengangkut pelajar tapi bagi mengangkut beg-beg kami yang berpuluh-puluh itu adalah beg yang macam nak pergi shopping pun ada dan ada juga yang membawa beg tarik seperti beg yang selalu diusung oleh pelajar akademi fantasia bila terkeluar dari pertandingan dan bermacam-macam lagi.Sambil berjalan kami diiringi oleh seorang fasilitator atau dengan bahasa glamournya dipanggil ‘fecie’.
             “Wei!kau rasa best tak aktiviti yang diorang nak buat ni?”ujar Hana sambil berjalan kami sengaja jalan lambat bagi menghayati kurniaan dan kehijauan yang ada disekeliling.Cewahh…
            “Entah”jawab Ain 
      Aku hanya membiarkan mereka berbual sambil aku sedang kusyuk melihat di sekeliling dan apabila aku terpandang sebuah pondok kosong yang yang sedang kami lewati aku berpaling kearah Ain dan Hana.
         “Wei!korang rasa rasa pondok tu berhantu tak?’
        “Mulut kau tu kalau tak celopar bleh tak?karang aku suruh hantu tu kacau kau baru kau tau?”marah Hana sambil cuba memukul lenganku.Aku elak
       “Tanya pun salah,iyelah kan tempat-tempat macam ni kan ke’keras’?”dengan ayat keras itu sengaja aku tekankan
      “Wei minah!kalau dah tau tu,diam-diam sudah tak payah nak kecoh-kecoh,boleh tak?”balas Ain pula menyokong tindakan Hana.Aku tersenyum Cuma dan aku lihat Hana telah pergi jauh kedepan berdekatan dengan fecie yang mengiringi kami meninggalkan Ain dan aku.
       “Budak ni,ni mesti nak meng’ayat budak fecie aku tengok muka budak tu pun lebih kurang baya kita jugak,kemetot je?’komenku kepada Ain.Apalagi kitorang pun bantai ketawa sampai ada peserta yang berada dihadapan tengok kita orang gelak tapi kita orang bukan jenis makan saman pun terus je kita orang gelak sampai rasa kejang perut kita orang dibuatnya. Selepas dua jam kami berjalan sampai kaki pun rasanya macam tak nak cecah tanah dibuatnya kami tiba tempat perkhemahan selepas itu kami disuruh untuk mendirikan khemah masing-masing memandangkan hari sudah menghampiri senja dan tak lama lagi azan maghrib kami diminta  mandi disungai berhampiran selepas mendengar taklimat ringkas dari komander yang bertugas.
          Selepas mandi dan berwuduk kami dikumpulkan bagi yang muslim dan terdengarlah sayup-sayup seorang peserta iaitu Syukor melaungkan azan memuji kebesaran Allah s.w.t dan bagi perempuan yang bercuti dan yang bukan muslim diletakkan dibahagian belakang.Usai saja solat berjemaah kami diberikan makan dan menu kami untuk malam ini adalah nasi putih dengan ayam masak merah bersama dengan sedikit sayur juga teh ‘o’ yang suam-suam kuku selesai saja kami makan kami diminta berkumpul beramai-ramai bagi aktiviti ‘ice breaking’ atau dalam bahasa melayunya sesi pengenalan diri.huhu…
           “Baiklah,berdirinya saya disini saya ingin memperkenalkan kamu kepada mereka-mereka yang duduk dihadapan kamu ini tapi terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya”dia berhenti sejenak dan memandang kearah kami yang sedang terlopong memandang ke arahnya
          “Saya adalah Tuan Kamarul tapi kamu semua boleh panggil saya dengan panggilan cikgu sebab saya juga adalah seorang cikgu dan sekarang sedang mengajar di sebuah sekolah di cheras sama seperti guru-guru kamu yang lain”sambungnya dan menunjuk kearah guru-guru yang berada ditepi.
          “Dan saya juga adalah ketua komander di sini,okey sekarang saya akan memperkenalkan kamu kepada fecie-fecie kamu yang seramai 30 orang yang ensem-ensem belaka”dan tersenyum semua fecie yang kesemuanya lelaki kembang setaman selepas dipuji oleh cikgu kamarul.
          “Ensem amendenya,ensem lagi datuk aku kat kampung.Haha!?”bisik aku kepada Hana dan apa lagi terkekek kami ketawa tapi yang malangnya reaksi kami telah dilihat oleh cikgu Kamarul.
          “Iye kamu yang berbaju bertudung hitam itu ada apa-apa yang nak diperkatakan?”soalnya
          “Ha! Tak ada apa-apa cikgu”jawabku tergagap dengan semua orang yang duk usha kami dengan bermacam-macam reaksi ada yang tersenyum,ada yang membuat muka pelik dan tak kurang juga yang mengutuk terutama geng-geng budak gedik iaitu geng Syafikah,memang dari awal aku alergi dengan budak ni apa lagi dia satu kelas dengan aku naik meluat aku dibuatnya dengan braces dia yang tak boleh blah lepas tu dengan suara dia yang konon ayu tu”Hei…pegeh dah lagi ayu lagi suara moyang aku”cemuh aku didalam hati tapi malu siot somebody please help me!!boleh tak tolong aku kepala aku sampai hilang ingatan sebab kes malu dah tahap cipan dah ni.hukhuk…aku hanya menundukkan kepala menahan pipi aku yang dah naik ‘blushing’ni.Apa kes?
          Dan acara malam itu diteruskan dengan sesi pengenalan diri oleh setiap fecie sebab senang kami nak bertanya nanti tapi semua pakat pakai nama olok-olok sebab ada yang namanya pilotlah,Apailah,tupai pun ada jugak dan macam-macam lagi sebab kalau sebut seorang-seorang buat karan je sebab bukan boleh ingat semua sekali.Kami hanya bersurai bila jam sudah menunjukkan angka satu pagi barulah kami dibenarkan masuk ke dalam khemah masing-masing untuk beradu.Zzzz….
        
        
      

Wednesday, 20 June 2012

sambungan 19/6/2012

free style...
muka mereka sebelum tercela oleh tepung.haha.
zet pun kata tak mahu kene tepung tapi akhirnya.Sai cuba untuk membuat muka comelnya.budak comot+comel berkaca mata.korang memang sporting habis.
Dayah dalam tak nak kene tepung tapi sorilah semua pun akan kene.tiada yang terkecuali untuk hadiah special saya  kepada mereka.haha...(^_^)v..
pesta tepung.haha.
Zahnie..kawan keluh kesah...(^_^)v..
Itu Adibah...:)

mereka antara org terawal yg saya kenali di unisel..:)
M.E.R.E.K.A

Saya berterima kasih kepada anda,anda dan anda yang telah sama-sama menjayakan private party "pot luck" katanya kan..haha...harap semua orang happy time nie dan dengan adanya sugar gram @ menulis warkah buat sahabat dapat kita tahu pandangan mereka terhadap diri masing2.And the last sentences is friendship until Jannah..InsyaAllah.Amin..(^_^)v..

ok..until the next entry i'll miss u olsz...bahsyah..(^_^)v..<3 <3 ,3

19/6/2012> 2 Tahun di UNISEL S.Alam

Entry untuk kali nie ianya sangat sangat sangat special kerana seperti yg dah korang nampak kat tajuk entry kat atas nie mesti korang dah boleh agak apa yang saya nak tulis dan cerita.Yesss...tarikh 19/6/2010 adalah tarikh keramat saya melangkah ke alam universiti dan membuka mata saya melihat bermacam-macam hal,kerenah,cerita suka dan duka yang boleh buat saya menangis dan juga tertawa bila mengingatinya kembali untuk tempoh dua tahun ini.Tetiba rasa macam dah tua pulak bila dah jadi super senior  kat UNISEL nie.ceeewahhh...senior katanya ye?haha.ok.Abaikan..


Selama dua tahun nie saya dah boleh kenal siapa kawan dan siapa lawan saya disini.Setiap rasa gembira,sakit,pahit yang saya rasa akan saya bawa sampai akhir hayat saya kerana semua benda yang berlaku di sekeliling saya membuat saya lebih mengenali karenah manusia dan mengenali siapa diri saya yang selalu leka dan alpa membuat salah diantara sedar ataupun tidak. Semua ini membuat saya menjadi lebih matang dan lebih menghargai dengan apa yang saya ada di sekeliling saya.


Tapi semua yang berlaku di sini tidak sesakit yang pernah saya terima waktu saya di sekolah dulu.Dihina,dicaci,dimaki dan rasa kesepian sudah terlampau biasa dalam hidup saya dek kerana kekurangan diri mereka hanya memandang sepi dan jijik dengan kekurangan diri dan memtertawakan diri yang kerdil ini tanpa belas kasihan tanpa mereka sedar bahawa hati yang rapuh ini sedang meraung kesakitan di dalam hati tiada siapa yang tahu dan mengerti kerana saya tidak tahu kepada siapa saya harus bercerita dengan kawan yang hanya ada pada waktu senang tapi bukan pada waktu kita berada dalam kesakitan. Tapi dengan semua kesakitan itu saya usung kaki saya untuk terus mengapai impian kedua orang tua saya dan keluarga serta orang sekeliling yang sudi untuk menyayangi diri ini kerana bagi saya mereka adalah penguat saya dan hidup saya hanya untuk melihat ketawa mereka,bahagia mereka tapi bukan air mata mereka.


Dan sekarang saya takkan lemah dan mati dengan kata cacian,makian,hinaan yang mereka lemparkan kepada saya biarpun sakit tapi saya tahu akan masih ada yang sudi memeluk dan menyayangi saya disaat saya jatuh dan orang itu adalah orang yang betul-betul ikhlas untuk menyayangi diri ini biarpun saya tahu saya bukan seorang yang hebat untuk dibanggakan dan mempunyai banyak kekurangan diri tapi mereka masih mahu mendengar segala rintihan saya dan saya tahu anda tahu siapa diri anda dengan itu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan hanya doa saya sebagai hadiah untuk segala kebaikan anda selama saya masih bernafas.Love u olsz until Jannah...(^_^)...


Hmmm...oklah.nak cerita sikit nie pada tarikh 19/6 iaitu kelmarin kitorang ada celebrate sikit untuk 2 tahun kami di UNISEL dan mereka mengatakan saya adalah pengarah program utk party suka hati kitaorg nie..cehhh,,,dorang yang kata bukan saya ok?...tapi tak apa saya terima saja jawatan itu dengan hati yang terbuka..cewaahhh...ayat skrip u olszz...haha.


Dan dibawah nie ada beberapa keping gambar sewaktu kami mengadakan party untuk dua tahun kami sebagai pelajar unisel dan mereka adalah antara kawan-kawan terbaek saya dan kepada mereka yang tak ada dalam gambar ni yang juga merupakan kawan saya jangan terasa hati korang pun jugak adalah kawan terbaek saya dan saya sayang sangat sangat kat korang dan korang tahu siapa korang kan?..


Dan konsep bagi party hari tu adalah konsep "pot luck" dan setiap seorang akan bawa sama ada makanan atau minuman.Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang ikut saja konsep tah hape2 yang saya gan sorang lagi kawan yang telah plan benda ni walaupun pada malam sehari sebelum kitorg nak buat benda nie saya macam dah give up dan rasa macam nak cancelkan saja atas beberapa kesulitan yang dihadapi tapi tak apa semua akhirnya berjalan lancar.Alhamdulillah..
Ok...let's begin...
ok...posing dulu dengan makanan walaupun masing-masing tengah lapar..
Big Apple in da house u olszzz...credit to shark n dayah sebab bawak donut nie...

ok...ini idea siapa saya tak tahu.Ambik gambar dengan pegang kertas yang bertulis "You Are Invited To Private Party".yang nie utk session lelaki.credit to yen sebab edit gamba nie.cantik saangat.thanks.
yang nie pun sama jugak.session belah perempuan plak.sama jugak credit to yen utk gamba yang cantik nie.
Makang makang time u olsz....
Muka shark nak tarik pop...Boommm...
yang nie tak tahu nak describe muka apa..muka lapar kot..betul ke sai?haha.
Yuna in da house u olsz..haha.acah jer tu...

ok next entry utk gambar.tekan sini>
http://dollahthewatermelon.blogspot.com/2012/06/sambungan-1962012.html

Sunday, 17 June 2012

sambungan Seminar 16/6/2012

Pada Hari kejadian.Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan




Krew-krew yang menjayakan Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan..


Korang memang yang terbaek...


Lastly..yang ni adalah ketua program utk event Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan yang berdedikasi..cewahhh...dan suka cakap peace..:).haha.

maaf.. tak dapat nak letak semua gambar.space tak cukup..(^_^)v..



Jika ada sumur diladang
boleh kami menumpang mandi
jika ada umur yang panjang 
harap kita berganding bahu lagi...

cehhh...haha.
until the next entry..i'll will miszz u olsz...Bahsyah..(^_^)v..

Seminar Kerjaya dan Keusahawanan,,:)..PGC

Ehem ehem..testing testing...Assalammualaikum semua.saya ada cerita nak story nie.macam mana nak cerita ye?

Beberapa minggu lepas kami ada perjumpaan utk MT utk kelab PGC dan kami membincangkan mengenai event yg akan berlangsung pada 16hb jun iaitu semalam dan saya menjadi exco publisiti..fuhh...satu lagi pengalaman baru apabila kerja saya sebagai exco mempromosikan event yang kami jalankan tapi saya bersyukur sangat kepada geng-geng ahli kelab PGC dan PRS dari B.J yang sama2 membantu kami menjayakan event Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan lebih2 lagi kepada ketua program saya yg sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas dan membantu mempromosikan event sampai hilang suara.haha..dan kepada ketua exco publisiti serta rakan2 yang yang banyak membantu sepanjang waktu promosi hinggalah pada hari berlangsungnya event tersebut.

Walaupun ada beberapa incident yang tak dapat dielakkan pada hari berlangsung event seminar tersebut tapi apabila melihat hasilnya hingga keakhirnya membuatkan kami sebagai ahli2 yang bertungkus lumus melakukanya dapat tersenyum dengan bangga dan gembira termasuk saya.Pada asalnya kami target maybe tak ramai yg akan datang tapi Alhamdulillah yg datang utk seminar semalam lebih dari 500 org dan ia mencapai target yang diberikan oleh pihak penaja. Kenapa saya mengatakan maybe tak ramai yg akan hadir ini kerana promosi kami berlangsung hanya 4 hari sebelum semalam tapi akhirnya kami dapat juga target yang disasarkan oleh pihak penaja.

Dengan berlangsungnya event seminar yang boleh dianggap berjaya walaupun tidak sesempurna yang kami harapkan tapi ia dapat membuka mata para pelajar mengenai Peers Guidance Club yang walaupun masih baru tapi telah menjadi buah mulut pelajar-pelajar kolej kami serta pihak-pihak lain dan saya pun berharap event akan dtg yang akan diadakan oleh kami akan terus mendapat sokongan dari pihak2 lain serta para pelajar dan tak diangggap hanya kelab picisan oleh kaca mata pihak2 tertentu. Amin..

Dibawah ni antara gambar2 sebelum, semasa dan selepas event Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan ini berlangsung..

Behind The Scene.Sehari sebelum majlis berlangsung.






.
gambar2 yg seterusnya ada kat page satu lagi...







Tuesday, 5 June 2012

bab 5..sarangae..white calla..(^_^)v..

Krringgg…menandakan waktu rehat sudah bermula.Sophie dan Ain sedang duduk di bahagian depan bersama buku yang berselerak di atasmeja  menunggu masa untuk dibalut kerana itu adalah prosedur yang harus dilakukan oleh seorang pengawas pusat sumber sebelum disusun ke atas rak buku.Tangan Ain serta Sophie sedang ligat mengunting serta membalut buku yang ada.
         “Ophie!”panggil Ain dengan tangan yang masih ligat memainkan peranan
       “Hmm…”
       “Wei,kau ikut tak rombongan pergi kem kat kuala Selangor tu?”sambil mengangkat keningnya membuat ‘double jerk’
        “Kem mana pulak ni?”dengan muka yang pelik
        “Ish!kau ni lem.. lah.ujar Ain sambil cuba mengetuk tangan Sophie menggunakan buku yang sedang dipegang olehnya dan itu membuatkan Sophie terjerit sedikit.
        “Ouch!kau ni kalau cakap tangan tu tak jalan tak boleh ke?”terjerit tapi bila menyedari dirinya telah menarik perhatian sekeliling langsung dia tersengih sambil cuba menundukkan kepalanya tanda meminta maaf akibat ketelanjurannya.
        “Eee..kau ni kan semua orang dah pandang,buat malu je?”marah Sophie lantas membalas semula tindakan Ain itu.Ain yang mendengar hanya ketawa kecil sambil menutup mulutnya menggunakan tangan kerana perbuatan mereka sedang diperhatikan oleh Puan Chong iaitu guru perpustakaan yang sedang bertugas.
         “ Alah, Phie.Sory lah aku tak sengaja tadi,kau tau kan aku kalau cakap tangan secara automatik akan jalan sekali.Hehe..?”sambil terus tersengih
       “Sory naik lori lah,sekali aku hempuk kau pakai buku ni baru tau,nanti orang makan nasi guna tangan kau pulak makan guna tiub,kau nak?”marah Sophie dengan muka yang sengaja dibengiskan tapi biasanya rajuk Sophie tidak bertahan lama selepas Ain membuat muka lima sen didepannya terus saja dia ketawa itulah salah satu kebaikan yang dimiliki oleh Sophie walaupun dia agak kasar orangnya tapi bila dengan kawan-kawan dia akan selalu mengalah.
        “Aah… macam tulah,baru rock beb?”
       “Rock abah kau?”dengan pembaris yang sengaja diacah untuk membaling kearah Ain sambil mengoyakkan senyumannya untuk Ain.
      “Hah! Apa yang kau nak cakap tadi kata aku?”selepas ketawanya sedikit reda.
      “Takdelah tadi aku nak tanya kat kau,kau join tak kem yang kadet polis adakan tu kat kuala Selangor,kenapa pulak kau tak tau,bukan kau kadet polis jugak ke?sedangkan aku yang puteri islam ni pun tau”ujar Ain dengan muka ‘double jek’.pelik
       “Entahlah,aku tak tau pun?”kepala yang berlapik dengan tudung itu digarunya dengan muka yang berkerut.
      “Ek’eleh boleh kau tak tau.Amendelah yang kau buat bila Hariz dengan geng dia datang buat ‘anouncement’ kat depan kelas kau pulak tengah buat masa tu?’soal Ain pelik.
       “Aku tak tau pun dia datang,bila dia datang?”
      “Pagi tadi masa kelas belum nak mula dia datang dengan kawan dia yang Syukor tu siap buat  pengumuman kat setiap kelas?”
       “Patutlah sebab pagi tadi aku tidur, semalam aku study sampai pukul dua pagi,macam mana tak mengantuk.hehe..” sambil tersengih menunujukkan barisan giginya seperti dalam iklan ‘colgate’.
       “Tak payah kau nak kelentong akulah ni mesti kau baca novel sampai pagi kan?”dengan suara perlahan kerana takut menganggu budak sebelah yang sedang kusyuk membaca buku yang bertajuk ‘sang kancil dan kura-kura’.”Apalah dah besar gajah pun nak baca buku budak-budak lagi, tak matang langsung?” kutuk Sophie didalam hati sebelum memalingkan mukanya kearah Ain yang sedang menunggu jawapan darinya.
         “Alah kau ni macam tak tau aku pulak,kira pakejlah sambil study plus baca novel kalau asyik baca buku je naik tepulah kepala otak aku”tersengih
        “Tak payahlah Phie kau ni aku rasa lagi banyak baca novel berbanding study,bukannya aku tak tau,abis tu bapak kau tak marah pulak kau baca novel bukan bapak kau tak suka ke kalau kau baca novel?”dengan kening yang bertaut
        “Aku baca buku dalam biliklah mana bapak aku nak tau kalau dia tau mampuslah aku dibuatnya aku jadi sup daging sebab kalau bapak aku tu marah naiklah rotan kat atas badan aku ni, nasiblah beb,nak hidup?’ujar Sophie.Dan Ain sedia maklum betapa tegasnya ayah Sophie dalam mendidik anak walaupun Sophie adalah satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki tapi tetap Sophie dilayan sama rata dengan abang-abangnya yang lain.Sophie pernah menceritakan bahawa waktu Sophie berada di tahun empat dia  pernah diikat dengan tali dibahagian kaki disebabkan Sophie kerap merayau dan dalam masa yang sama peperiksaan akhir tahun Sophie mendapat markah tercorot.
        “ Oo… pandai kau kelentongkan?”
       “Biasalah, ni kan Ophie.Hehe…”mengoyakkan senyuman
      “Banyaklah kau punya songeh?”sambil tersenyum sama
      “Abis tu kau jadi tak ikut kem tu?”dengan muka serius
      “Of courselah aku ikut,kau tau kan aku memang dari awal sengaja aku pilih kadet polis ni sebab aku dah tau mesti ada kem macam ni yang diorang akan ‘arrange’sebab tu aku pilih kalau tak buat apa aku penat-penat tukar kelab aku,kau taulah kan kelab KRS dulu tu selalunya buat kem asyik-asyik kat dalam sekolah ni aje sampai naik muak aku dibuatnya kalau ada pun mesti mahal nak kena bayar,kau tau lah sekolah kita ni jenis cekik darah kata je sekolah kaya tapi bila sampai benda-benda macam ni tak ada yang nak sponsor semua nak harap pelajar yang nak kena bayar.Hmm..” rengus Sophie
       “Kalau macam tu kira jadilah kau nak join kem ni?”balas Ain
       “Aku on je tapi berapa yuran yang kita kena bayar dan berapa hari?”soal Sophie
      “Enam puluh hengget pastu kita gerak dari sekolah dalam pukul empat petang, hari jumaat lepas sembahyang jumaat lepas tu balik sini pulak hari ahad petang ,betterlah dari kem yang pernah kita join dulu semua main ratus je alasannya sebab ramai budak-budak loaded jadi diorang tak boleh nak tidur kat dalam khemah takut ada nyamuklah,apalah,dasar anak orang kaya?’kutuk Ain
        “Betul jugak cakap kau tu,okeylah kalau macam tu lagi pun aku boleh guna duit biasiswa aku,masih banyak lagi sebab aku tak  guna sangat pun cuma habis kat barang-baang sekolah aku je,nanti pandalah aku’ayat’ parents aku supaya benarkan aku pergi.Kau pulak apa macam?”soalnya kembali
         “Hmm..ni yang susah ni kau taulah parents aku tu mana benarkan aku pergi kat tempat-tempat macam tu sebab diorang takut nanti aku sesat ke,lemas ke sebab aku ni bukan pandai berenang pun?”dengan muka sedih
         “Oo..kesian dengan kau”simpati Sophie
        “Alah aku tak kira aku tetap nak pergi jugak lagipun ni macam event yang last kita dapat buat sebab lepas ni kita mesti takkan dapat buat semua ni ‘together-gether sebab dah nak dekat Spm,dengan cara ni jugak kita boleh lepaskan tension dengan kepala yang tengah berserabut nak SPM?”ujar Ain dengan muka yang penuh semangat.
        “Abis tu apa yang kau nak cakap kat mak ngan ayah kau?”
       “Pandai-pandailah aku ayat diorang nanti?”sambil mengenyitkan mata dan tersenyum simpul.
       “Macam tulah geng aku,give me five”sorak Sophie dengan muka ceria  dan menepuk tangan ain ke udara.
       “Habis tu kau dah bincang dengan kawan-kawan kita yang lain?”selepas ketawa mereka reda.
       “Belum lagi, nanti kita bincang sama-sama okey?”balas Ain
       “Orait, dahlah jom kita kemas benda alah ni nanti kita jumpa diorang kita bincang sama-sama lagipun dah nak dekat bunyi loceng ni?”sambil mengerling kearah jam tangan yang dihadiahkan oleh ayahnya waktu dia berada di tingkatan satu walaupun jam itu sudah agak lusuh tapi tetap digunakan oleh Sophie.Dan tanganya terus bergerak menyusun buku-buku serta pembalut buku yang bersepah di atas meja tersebut selepas habis mengemas Sophie dan Ain melangkah ke dalam pejabat yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya bagi meletakkan semula barang-barang yang sudah digunakannya.


                                                   *****
           “Jom”Ajak Bob sambil menarik tangan aku yang sedang sibuk melayan cerita Tom And Jerry yang sedang sibuk aci kejar-mengejar antara satu sama lain.Aku yang pelik dengan ajakannya tapi terpaksa bangun jua selepas ditarik-tarik dalam keadaan paksa.
          “Nak pergi mana?”dengan muka yang berkerut sambil memicit-micit bahu yang terasa sengal selepas ditarik dengan agak kuat”Patutlah tak ada orang yang nak kat dia,kalau tarik tangan orang tu macam nak patah dibuatnya,ingat aku ni tali ke suka-suka nak tarik,bapak aku bayar zakat tau tiap-tiap tahun,Eh!bapak aku bapak dia jugakkan.huhu..?”sungut Sophie tapi dalam hati je lah kalau sound depan-depan karan tak pasal-pasal kena backhand dengan abang aku ni.
        “Ek’eleh,tak payah nak buat muka innocent pulak bukan kau dah janji nak treat abang makan ‘burger king’.Tunggu ape lagi“arahnya dengan tangan yang sudah dilepaskan
        “Bila masa pulak adik janji dengan abang?”
       “Masa lepas cuti yang kau mintak abang hantarkan tu,ingat?”dengan muka didekatkan di depan muka aku,Aku tolak mukannya dengan tangan kanan nasib baik tak terlampau kuat kalau tak dah melayang kut sampai nun jauh kat Negara bosnia sana.
          “Ooo..yang tu”
         “Ha!tunggu apalagi pergilah bersiap takkan nak pakai seluar tight dengan baju snoopy yang besar gedabak  pulak kot?”sergahnya. Biasanya itulah baju uniformku bila kat rumah nak-nak pulak  hari minggu yang sungguh indah macam ni.
            “Hmm..”dengan langkah malas aku turuti juga menapak ke dalam bilik dan dalan masa yang tak sampai lima minit aku keluar dengan siap memakai jeans dan baju t-shirt lengan yang sampai siku  bersama tudung berwarna putih dan biasanya itulah pakaian yang aku gunakan apabila keluar rumah lagipun bukan nak pergi mana-mana pun setakat burger king kat hartamas tu lainlah kalau keluar dengan balak kenalah pakai baju yang advance sikit macam baju kurung ke biar Nampak ayu tak pun pakai dress”Opss…terlebih sudah,cehh..entah zaman bila aku nak dapat balak kalau kayu balak banyaklah kat belakang rumah aku.Haha!”.Selepas siap aku dan Bob pun pergilah dengan menaiki motor capuk dialah apa lagikan takkan nak naik Ferrari pulak.
             Sesampai saja didepan kedai mamak aku menyuruh Bob berhenti.Dia yang pelik terus saja memberhentikan motosikalnya ditempat letak motosikal yang berderet kat depan kedai mamak tersebut.Aku terus saja melompat dari motosikal dan berpaling kearah Bob yang memandang aku dengan dahi yang berlapis-lapis.
             “Asal pulak kita berhenti kat sini?”selepas menanggalkn topi keledarnya
             “Bukan kita nak makan kat ‘burger king ke?”sambungya dan tangannya terarah ke depan yang menunjukkan restoran ‘burger king’itu kepadaku tapi aku hanya tersengih dan terus berjalan menuju ke tempat duduk yang sediakan di luar premis.Selepas menarik kerusi aku terus duduk  dia hanya mengikut dan duduk bertentangan denganku
             “Memanglah adik nak belanja abang tapi adik tak cakap pun nak makan kat dalam ‘burger king’ kan?”dengan kening diangkat
             “Adik Cuma cakap nak “belanja makan dekat burger king”kira ni dekat dengan situlah siap kita boleh pandang restoran tu sepanjang makan kat sini kan.hehe…?”sambungku dengan senyuman yang tak lekang dari bibir aku yang comel ni
              “Ala!baik tak payah,buat lotih je budak ni”dengan loghat negeri sembilannya yang ntah pape ntah.Aku yang melihatnya ketawa melihat reaksinya”Siaplah,siapa suruh siram aku hari tu,rasakan!?”bisik Sophie didalam hati
                “Lagi satu adik hanya mampu belanja abang makan roti canai kosong dengan ais kosong je,almaklumlah adik ni kan masih lagi student,so..toleransilah sikit?”selepas ketawaku reda
               “Macam tu baik tak payah belanja?”protesnya
              “Kira untunglah adik nak belanja,abang tau tak berapa ramai orang kat afrika sana mati  kena pijak sebab berebut roti sebeku,insaf insaflah bang?”siap aku brainwash lagi otak abangku ni.huhu…rasakan penangan Sophie.

              Tapi akhirnya aku makan Maggie goreng mamak siap ada telur mata lagi kat atas dengan teh ‘o’ ais limau manakala abang Bob pula makan nasi goreng kampung dengan sirap ais itupun dia bayar sendiri.Haha!”selamat duit aku hari ni?”ujarku didalam hati.Selepas siap makan kami pun menapak pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang girang.


enjoy yaww...until the next entry i'll misz u olszz..bahsyah..(^_^)v..

Tuesday, 10 April 2012

Bengang

Dah lame saya tak update entry baru.Hari ni saye nak buat luahan perasaa saya yang rase nak meletup seriously tahap gaban tak hengat sebab saye bengang sangat2 dengan sorg budak kelas saye yg satu group dengan saye tu. Ade ke die marah saye plak bile saye mintak assignment kami kat die padahal salah die dl dari hari jumaat lepas saya mintak kat die tapi die langsung tak reply mcg saye and tup2 tadi die boleh mcg kat saya yang berbunyi"Dari hari tu tak nak mintak"

Haish...mane tak hanginye saye. Dia pikir dia sendiri yg penat, letih nak study abis tu saye nie ape?Memang ar saye nie tak payah study kan sebab saye kan budak yg ade IQ 200 ++...Seriosly saye bengang dengan die. Perangai die memang buat saye meluat dengan dia.

Dahlah suke marah2 orang sakit jiwa saye nak menghadap perangai minah nie. Lain kali org kol tu angkatlah, org mcg tu reply. jangan kedekut kredit sangat...awak buat org t'nanti-nanti reply awak  lepas tu dah jadi bende macam nie nak hangin tak tentu pasal n bukan asignment awak sorang je saye nak hadap banyak lagi assignment group lain saye nak buat.

Seriously saye rimas dengan orang yang perasan die sorang je yang betul...Bengangnyaaaa.....serious kot saye takkan pernah satu group gan awak lepas nie. By hook or by crock.

Ok...u olszz...thanks for read my entry. Untill the next entry I'll misz u olsss..Bahsyah..^_^..