my novel

my novel
sarangae...White Calla...

Sunday, 9 December 2012

Bab 7: Sarangae..white calla..(^_^)v..


Selepas semua peserta bangun sejak awal pagi lagi kami mengadakan senaman bagi memulakan hari kami dengan aktiviti yang akan diadakan pada hari ini.Sebelum bergerak pergi ke tempat aktiviti kami bersarapan dulu agar lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti yang mencabar.Hari ini kami akan melakukan aktiviti yang dinamakan ‘flying fox’ dan semua pelajar diwajibkan ikut serta.
          “Yohoo!dapat jadi tarzan kejap.Hah!?”jerit Hana
         “Hah!tarzan,apa yang kau merepek ni Hana?”tanya Sophie dengan tangan yang pantas mengetatkan alat keselamatan yang berada dipingangnya.”Ni kalau benda ni longgar mau jadi macam nangka busuk aku jatuh dahlah tinggi giler”monolog Sophie didalam hati sambil melihat seorang peserta iatu Esha budak tingkatan dua sedang bersedia untuk melakukan terjunan”Berani gile budak kecik ni,dah masuk kali kedua aku tengok dia buat benda alah ni,tak takut gayat ke apa,aku yang tua ni pun dah bergetar lutut nak buat aksi berani mati ni padahal sebelum ni bukan aku tak pernah cuba masuk yang ni dah dua kali tapi penyakit gayat ni masih lagi tak hilang.Hmm…entahlah,nak-nak aku tengok tali yang aku nak kena lalu sebelum sampai kat point nak kena landing naik tersirap darah aku dibuatnya?”bisik Sophie lagi didalam hati.
          “Iyelah,jadi tarzan jap kita kan nak terjun dari atas tu consider kita jeritlah sekali sampai seluruh alam ni dengar.Haha!”dengan muka selamba
         “Eh!Phie kau nak mulakan dulu tak?”celah Ain
        “A ku rasa baik kita biarkan Hana yang mulakan dulu?’bantahnya sambil merenung ke jari manis yang terletak cincin pemberian arwah Putra ketika mereka sama-sama keluar meraikan keputusan PMR dulu sebelum Putra jatuh sakit.Sophie sangat sukakan cincin pemberian arwah kerana itulah satu-satunya peninggalan arwah kepadanya selain gambar arwah yang terselit didalam dompet Sophie yang akan dibawa olehnya walau ke mana saja dia pergi dan cincin itu juga tidak pernah dilepaskan dari jarinya biarpun selalu ditegur oleh pengawas sekolah waktu perhimpunan Sophie akan memasukkannya ke dalam kocek selepas pengawas tidak kelihatan lagi langsung dipasang ke jari manisnya.
       “Cakap je kau cuak nak naik kan,tak payah nak bagi alasanlah?”bidas Hana sambil ketawa kecil termasuk orang lain yang turut mendengar.
       Hariz yang turut mendengar juga sama mencelah”Apa!aku dengar ada orang yang cuak,siapa siapa”dengan riak mengusik.Ain hanya menunjukkan kearah Sophie yang sedang menunduk.Sophie menampar bahu Ain.
         “Bukan cuaklah,gayat je?”dengan muka yang mucung.”Mamat ni menyampuk je sekali aku ‘pang’ kang bergegar jugak cerebrum dia free je jadi pekak elok-elok hensem tapi pekak tak ke haru.Huahua…”tawa Sophie didalam hati
         “Alah Phie!kalau cuak tu cakap je lah cuak,nanti aku tolong sambut kau kat bawah yek?”dalam nada yang menyakat dan dagunya diusap-usap dengan sengihan yang melebar.Suka benar dia melihat muka Sophie yang mula merah.Comel je.Selepas perlanggaran yang berlaku dengan tidak sengaja dengan Sophie terus saja dia jadi suka melihat Sophie dalam diam walaupun gaya Sophie tidak seperti perempuan lain tapi cukup menambat hati lelakinya.
        Yang lain hanya turut ketawa kecil melihat pertikaman lidah yang berlaku diantara mereka.
         “Kalau kau bagus sangat kaulah pergi dulu,tak payah nak poyo sangat kat aku,macam bagus sangat”balas Sophie dengan hidung kembang-kempis menahan marah ditambah lagi bila mengingatkan apa yang pernah berlaku diantara mereka beberapa ketika dulu.
          Dengan tawa yang masih bersisa Hariz menyambung “Ladies firstlah kan,tak gentle lah kalau macam tu”
          “Gentle kepala hangguk kau?”dengan mata yang mencerlung.Baru saja Hariz ingin membalas kata-kata Sophie datang pula Syafikah dengan geng itiknya dan menyampuk perbualan mereka dan itu yang membuatkan mereka berhenti serta-merta.
        “Lah!kat sini you rupanya,penat I cari?”dengan nada yang manja yang mengoda sambil cuba menarik tangan Hariz tapi dapat ditepis Hariz.
         “Hmm…apasal kau cari aku ni?’dengan mata yang tak lepas memandang kearah Sophie.”Asal mamat ni asyik pandang-pandang aku je dari tadi,sekali aku backhand karang patah jugak gigi budak ni,dah lah panggil I you I you naik loya tekak aku mendengarnya”monolog Sophie di dalam hati dengan muka yang berlapis tanpa mempedulikan gelagat mereka terus sahaja Sophie menarik tangan Hana dan Ain untuk pergi dari situ Hariz hanya memandang langkah Sophie sebelum mengalihkan pandanganya kepada Syafikah.
         “You ni I saja nak cari you,I cuma takut nak naik benda ni,I takut jatuh”merengek lagi sambil cuba memegang tangan Hariz lagi tapi ditepis kasar oleh Hariz
         “Ee…kau ni kalau cakap tu tangan tak jalan boleh tak,rimas aku tengok”rengus Hariz dengan muka meluat.”Lagi pun sekarang ni kau dah ada Joe kan jadi stop nak mengatal dengan aku sebab aku tak nak ada masalah dengan Joe,kau paham tak”selepas berkata Hariz terus melangkah pergi bersama-sama dengan Zariff tanpa memandang kearah Syafikah yang sedang menghentak-hentak kakinya seperti budak-budak yang tak dapat barang permainan yang dinginkan.
          “You!sampai hati you buat I macam ni?”dengan muka yang masam mencuka masih lagi dengan lagak menghentak-hentak kakinya.


*****
           Selepas melakukan aktiviti ‘flying fox’kami dibawa pula ke aktiviti lagi satu disebabkan kami terlampau ramai jadi dibahagikan kepada dua kumpulan.Semasa kami berjalan menuju ke tempat yang  dituju kami bertembung dengan kumpulan lagi satu dan terlihat ada yang basah kuyup seperti lepas mandi siap bawak pelampung lagi.
          Untuk aktiviti kali ini kami akan dikehendaki baring di atas pelampung dan kami akan dihanyutkan oleh arus tapi masih tetap dikawal oleh fecie-fecie terpancar  keterujaan di wajah masing-masing.Dan seorang demi seorang  mencuba walaupun dalam perjalanan tiba di penghujung ada fecie yang akan membuat kacau dengan membalingkan air kearah peserta dan bermacam gelagat yang timbul.Selepas semua orang mencuba secara berseorangan tiba pula secara berdua dimana seorang lagi akan ditindih oleh pasangannya dan dibawa oleh arus.
            “Wei! Phie nanti kita buat berdua nak?”tanya Sophie kepada Hana yang sedang ralit duduk ditepi tebing memandang kearah peserta yang sedang melakukan aktiviti tersebut
         “Boleh je”dengan muka yang penuh teruja
         “mesti best kan?”
        “Aah”tanpa berpaling ke muka Hana
        Bila tiba giliran mereka terjerit-jerit mereka berdua dibuatnya ditambah dengan keadaan yang memang riuh sejak mula lagi bertambah gamat keadaan di sungai itu dah macam pasar borong selayang.Selepas penat melakukan aktiviti tersebut pelajar yang tidak mahu melakukannya dibenarkan mandi di tempat yang tidak jauh dari aktiviti tersebut.
        Selepas melakukan aktiviti tersebut  Sophie dan Hana melepaskan lelah di salah batu yang besar untuk berehat sebentar.Tidak lama kemudian tiba pula Hariz dan Zariff bermain air dibawah sambil memandang kearah Sophie dan Hana.
        “Kat sini rupanya korang,asal tak main lagi?”soal Hariz
       “Malas,penat”jawab Hana
     Sophie yang malas melayan pertanyaan Hariz itu hanya membuangkan pandangan kearah Syafikah dan gengnya yang sedang ralit seperti mencari sesuatu dan mandi dengan pakaian yang agak seksi dengan hanya memakai baju T yang agak jarang bersama dengan seluar pendek paras atas lutut kerana Sophie tahu yang Hana ada menyimpan perasaan terhadap Hariz.Sophie yang melihat hanya mengelengkan kepala sambil cuba membuang pasir-pasir yang berada didalam kasut yang dipakai dan menyilangkan tudung yang sedang dipakai.”Nasib baik aku pakai baju warna hitam kalau tak free je tayang body,ish malu siot”bisinya didalam hati
         Sedang kusyuk Sophie menjalankan tugas membuang pasir tersebut dia merasa ada air yang disimbah ke mukanya.Sophie berpaling dan melihat Hariz sedang tersengih kearahnya.”Woi!Apa main simbah-simbah air kat aku ni,aku belasah kau karang”dengan muka garang.
       Hariz yang mendengar terus tersengih tapi terus merenjiskan air kearah Sophie.Sophie yang tak tahan asyik disimbah dengan air terus turun dari tempat duduknya dan cuba membalas perbuatan Hariz itu siap dengan kasut yang sudah ditanggalkan bagi menampung air dan di baling kearah Hariz.Hariz hanya membiarkan sambil sekali sekala mengelengkan kepalanya bagi menurunkan air yang disiram oleh Sophie dan berlakulah adegan yang ala-ala Hindustan antara mereka.
         “Apa ni siram aku guna kasut pulak?”selepas mereka berhenti bergaduh
        “Hah!padan dengan muka kau,sape suruh siram aku dululah samdol!”
        “Iyelah,tapi aku tak siram kau guna kasut pun”muka cemberut
        “Nasiblah!rasakan bau yang begitu menyegarkan dari kasut aku,dah sebulan aku tak basuh kasut tu,kau tau tak?”bohong Sophie lantas naik ke atas batu semula memakai kasut sambil ketawa berdekah-dekah.Hariz yang mendengar hanya mendiamkan diri lantas naik keatas batu yang bersebelahan dengan Sophie dan Hana.Zariff dan Hana yang melihat telatah mereka turut ketawa.
        Selepas beberapa lama mendiamkan diri tanpa bicara Hana bertanya kepada Hariz.
      “Wei!kau tak ada awek ke?”Hariz memandang kearah Hana dan mengelengkan kepala dan tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kirinya.Hana yang melihat terpegun.
       “Habis tu Syifa yang berkepit dengan kau tu bukan awek kau ke?”Sophie hanya memasang telinga
       “Mana ada,dia kan assistant kelas aku jadi aku mestilah dengan dia”
       “Habis tu syafikah?”tanya Hana tidak berpuas hati
       “Kau gila dia tu awek Joe lah”
       “And then sape?Syazwanie?”
Geleng lagi
       “Eylena?”sampuk aku
      “Ish!tak nak aku budak cheerleading pakai baju pun sendat aku tengok?”dengan muka berkerut
       “Elyza?”tanya Hana pula
   Geleng lagi
        “Aisyah?”aku pula menyahut
Geleng juga sambil senyum
         “Fazura?”tanya Hana pula
Geleng lagi
          “Maisarah?”aku pulak menyampuk
Geleng jugak.
           “Abis tu Hana ni ke?”tanyaku sambil tangan menghala ke Hana yang duduk disebelahku.Hana yang mendengar mencubit tangan aku.”Aku pulak kau ni?”dengan muka cemberut.Hariz hanya ketawa.
         “Manalah tau,kau ada skandal kat belakang aku.Haha…?”sambil ketawa
         “Korang ni mentang-mentanglah pustakawan,semua nama budak pustakawan korang sebut?”sambil tersenyum manis kearah kami berdua
         “Dah nama tu je yang kitorang ingat,bantai jelah?”dengan tangan mengaru-garu kepala yang tidak gatal dan tersengih.Hana turun selepas habis bertanya dan tinggallah aku berdua dengan Hariz lantas aku mengikut Hana turun dan menengelamkan separuh badanku didalam air kerana air disitu agak cetek dan Hariz masih diatas batu.Dengan Zariff yang sudah hilang entah kemana.
           “Aku nak tanya kat sikit,boleh tak?”masih bermain air dan pandangannya dilepaskan kepada Hariz yang sedang merenungnya
           “Nak tanya banyak pun,boleh?”
           “Mmm…bukan dulu kau dengan Syafikah pernah ‘couple’ke”
          “Aah…tapi tu dulu”dengan nada malas
         “Asal korang break?”masih bertanya.Hariz melihat Sophie dengan muka yang berkerut
          “Aku cuma tanya,bukan ada maksud lain pun,kalau kau tak nak jawab sudahlah?”dengan nada mendatar.”Ish..dia ni kalau tak nak jawab dahlah,janganlah pandang aku tahap pencuri hati yang berjaya je,buat aku gemuruh je,nasib baik aku kat dalam air boleh cover muka aku yang tengah cuak ni?”bisik didalam hati.
        “Tak adalah,dulu dia pernah kantoi dengan aku.Aku jumpa dia keluar date dengan Joe,siap buat aksi manja lagi.Huh..”melepaskan keluhan yang berat.”Lagi pun aku tak heran sangat dengan perempuan macam tu sebab,dulu sebab kitorang ‘couple’ pun dia yang mintak siap ugut nak bunuh diri lagi.So…terpaksalah aku setuju”
        “Fuyoo..dahsyat tu.Abis tu,bila kau nampak dia dengan Joe,apa kau buat?”dengan muka yang tak percaya
        “Aku terus mintak break off dengan dia sebab dia dah terang-terang tipu aku sebab sebelum tu aku ada ajak dia keluar tapi dia cakap dia teman mak dia pergi shopping tapi bila aku sampai kat mall tu aku nampak dia tengah bermesra dengan si Joe tu siap makan bersuap-suap pulak tu?”kata Hariz sambil melihat mulut Sophie yang dah terlopong.Dia ketawa
         “Tutuplah mulut tu nanti tak pasal-pasal masuk lalat pulak?”Sambung Hariz lagi.
 Sophie hanya tersipu malu bila ditegur.Selepas beberapa ketika mereka mendiamkan diri hujan renyai-renyai jatuh membasahi bumi tuhan.
        “Hujanlah,Hariz?”
        “Hmm..”
        “Eleh…kita memang dah basah pun”
        “Lupa pulak aku.Haha!”sambil terseyum simpul
Sophie yang sedang leka bermain air terus dilihat oleh Hariz dengan mata yang tidak berkelip.”Budak ni comel betul bila main air macam tu,”monolognya didalam hati dengan hati yang berdebar-debar bila melihat senyuman yang dihadiahkan oleh Sophie kepadanya tapi tidak lama selepas itu Sophie menenggelamkan keseluruhan badannya termasuk dengan kepala sekali selepas beberapa ketika Sophie masih tidak timbul ini membuatkan Hariz panik lantas Hariz terjun kedalam air dan menarik bahu Sophie.
         “Kau tak apa-apa ke?”dengan muka yang berkerut.Sophie mengosok mukanya dengan kedua telapak tangan
          “Kau ni spoil betullah,aku baru nak test nak tahan nafas dalam air kau dah tarik aku,kalau tak dah pecah rekod dah?”dengan nafas yang di tarik dalam-dalam.Sophie terkedu melihat wajah Hariz yang berada dekat dengan wajahnya kedua-duanya seperti dibawa kealam lain,dimana hanya ada mereka berdua.
       “Woi?”sergah Sophie lantas membaling air kearah Hariz selepas dia tersedar.Hariz  hanya tersenyum lantas naik semula keatas batu yang didudukinya sebentar tadi.”Ish!apa yang aku dah buat tadi,buat malu je?”bisik Hariz didalam hati.Dan Sophie pula
        “Ee…mamat ni buat jantung aku rasa nak meletup je,siap boleh masuk icu lagi tenung aku macm tu?somebody help me!!!?”teriaknya didalam hati dengan sengaja kepalanya yang berlapik tudung itu digaru bagi mengurangkan kegusaran yang melanda.Kedua-duanya terdiam membisu beberapa ketika
        “Kau nak buat apa dengan aku tadi.Hah!?”sergah Sophie.
        “Tak adalah tadi aku tengok kau tak timbul-timbul aku takut kau jadi arwah je nanti,tak pasal-pasal aku kena jadi saksi” 
        “Choi!mamat ni muka cantik tapi mulut macam longkang.Aku backhand kang”sambil tanganya dikepal ditujukan kepada Hariz yang tengah ketawa.Dan bergerak kearah batu yang didudukinya tadi.melabuhkan pungung
       “Haha!Phie mailah… duduk kat sebelah aku ni”sebelahnya ditepuk-tepuk perlahan-lahan.
      “Kau gila!nanti tak pasal-pasal awek kau belasah aku bila tengok aku duduk kat sebelah kau,tak nak aku”
       “Ek’eleh buat apa dia nak marah pulak dia bukan awek aku lagi pun”
       “Memanglah dia tak marah,tapi nanti peminat-peminat kau yang lain tengok tak pasal-pasal diorang buat perhimpunan pasal’ Anti-Ophie’,tak mahu aku tanggung risiko”.
Hariz yang mendengar sudah menghemburkan ketawanya.Lucu melihat gaya Ophie sebentar tadi
         “Gelak pulak dia ni”balas Sophie dengan muka tak puas hati. ”Yang kau gelak tu apasal,betullah cakap aku tu,kau kan popular kat sekolah ni,mestilah ada budak-budak yang akan minat kat kau dalam diam kan”masih dengan riak yang sama.Hariz merupakan ketua kadet polis dan dia juga merupakan ‘teacher’s pet’adatlah waktu sekolah macam ni ada ramai yang minat.
         “Okeylah!aku tak gelak lagi”dengan ketawa yang masih bersisa
        “Buat apa diorang nak buat macam tu,kau ingat ni kat jepun ke ada peminat fanatik yang nak buat sampai macam tu sekali?”selepas ketawanya reda
         “Manalah aku tahu?”dengan muka seposen
        “Dahlah,sini duduk kat sebelah aku”.Nak tak nak Sophie terpaksa juga mengikut permintaan Hariz.Dalam paksa dan juga rela.Huhu…Hariz yang menghulurkan tanganya bagi menolong Sophie untuk naik keatas tapi tak diendahkannya”Aku boleh naik sendirilah”sahut Sophie.Sophie melihat hanya jarak beberapa ela sahaja yang memisahkan mereka berdua selepas dia melabuhkan pungung disebelah Hariz dan itu membuatkan Sophie dapat merasakan kehangatan tubuh Hariz.
          “Setakat tangan kau,apa aku heran aku siap pernah terpeluk kau lagi hari tu?”Hariz tersenyum sumbing kepada Sophie membuat Sophie menjadi tidak keruan bila mengingatkan apa yang pernah terdiantara mereka berdua.
           “Itu Cuma satu eksiden yang tak sengajakan,aku pun tak hingin kau pegang aku macam tu”jawab Sophie dengan muka yang mula merah.
         Hariz mencebik mendengar jawapan Sophie itu.Tapi bagi Hariz itu adalah pengalaman yang tak akan pernah dilupakan sampai bila-bila dan sebab kejadian itu yang membuatkan Hariz tersenyum sendirian bila mengenangkannya dan sejak saat itu jugalah Hariz tertarik untuk mengenali Sophie.Aneh!tapi itu yang dirasakan oleh Hariz.
        “Aku pun tak nak pegang kau,dahlah kau tu berat sakit pingang aku nak kena tahan badan kau daripada jatuh”Hariz sudah meletuskan tawanya.Sophie dengan tidak disangka-sangka telah memukul bahu Hariz secara bertalu-talu.Refleks.Hariz hanya mendiamkan dengan tawa yang makin kuat melihat muka Sophie yang cemberut.Makin lama serangan tangan Sophie makin perlahan dan seterusnya terhenti melihat tawa Hariz yang tak pernah sudah dan akhirnya Sophie turut sama ketawa.
           “Dahlah.Jangan nak gelakkan aku lagi”dipandangnya wajah Hariz yang ketawa”Malu aku bila ingat benda tu”sambung Sophie.
Mulut Hariz terkemut-kemut menahan ketawa agar tidak terus meletus”Iyelah.Aku tak gelak lagi,tapi bila ingat balik benda ni aku memang tak tahan nak gelak”
            “Betul cakap kau,aku pun tak tahu kenapa boleh jadi sampai macam tu,dah macam cerita Hindustan aku rasa”.Tawa mereka berdua terletus lagi mendengar ayat yang terluah dari mulut Sophie.”Tapi janji dengan aku yang kau tak cakap kat siapa-siapa pasal benda ni kalau tak malu aku nak berdepan dengan orang”sambung Sophie bila tawanya reda.
            “ Tengoklah macam mana?”dengan senyum simpul ingin mengusik Sophie dan padangannya dilemparkan kedepan sengaja menambah sakit hati Sophie.Sophie yang mendengar apa yang diucapkan Hariz itu sudah melongo tidak percaya apa yang diucapkan oleh Hariz.
            “Cuba kau cakap kat orang aku  belasah kau sampai lebam”gertak Sophie dengan tangannya diangkat dan dikepal seperti orang yang sudah sedia untuk bergusti.
            “Kau ni?garang sangatlah lebih je perempuan tapi perangai macam lelaki,pakai tudung je ayu tapi tak sama langsung dengan perangai kau yang ganas tu”komen Hariz dengan muka yang berkerut.
            “Nak buat macam mana dah memang perangai aku macam ni mungkin sebab adik-beradik aku semua lelaki dan Cuma aku je adik perempuan yang diorang ada jadi sejak kecik lagi aku ah biasa buat perangai macam tu dengan abang-abang aku”balas Sophie dengan suara yang datar.
             “Oh!Kau sorang je perempuan? sebenarnya kau ada berapa adik-beradik?”soal Hariz dengan muka serius kerana secara tiba-tiba rasa ingin tahu menular di dalam hati Hariz yang ingin mengambil tahu mengenai Sophie.
            “Aku ada tiga orang abang atas aku dan aku anak yang bongsu,jadi lepas ditolak,dicampur dan di bahagi jadi kita orang ada empat orang semua dan semuanya abang dan aku sorang je perempuan?”jawab Sophie sambil tersengih.Hariz pula Cuma mengangguk tanda mengerti.
             “Pandai kau tukar topik yek?”soal Sophie”Aku tak kira kau mesti janji dengan aku yang kau tak akan bagi tahu siapa-siapa pasal benda ni”sambung Sophie dengan muka yang sengaja digarangkan tapi itu sedikit pun tidak mengetarkan Hariz malah membuatkan Hariz ingin terus melihat wajah Sophie yang merah padam itu.
            “Ada aku kisah”Hariz masih ingin mengusik Sophie tapi melihat muka Sophie seperti udang kena bakar menahan rasa membuat Hariz jadi tak sampai hati dibuatnya.”Okey!Aku tak cakap kat siapa-siapa pun”sambung Hariz dan pandanganya ditala kepada Sophie yang sedang memandang dirinya dan mata mereka pun beradu tapi tidak lama kerana seperti biasa Sophie akan melarikan pandangannya terlebih dahulu kerana tak tahan melihat mata Hariz yang menikam hatinya.
               “Aku nak kau janji jugak”
               “Iye!Aku janji.Puas.Kau ni dahlah ganas lepas tu degil pulak tu?”Balas Hariz sambil tersenyum walaupun begitu Hariz senang dengan perangai Sophie.
             “Ada aku kisah kau nak cakap aku ganas ke degil ke?yang penting kau dah janji dengan aku jadi kau kena tepati.Ada paham!”pandangannya dilemparkan kearah peserta-peserta kem yang sedang leka bermain.Dan kesunnyian mula menyelubungi mereka.
 Hariz melihat Sophie yang sedang mengigil menahan kesejukan kerana dilihat tangan Sophie yang sudah mula menguncup.Selepas itu beralih kepada jari manis Sophie yang tersarung sebentuk cincin.
        “Kau sejuk ke?”tanya Hariz dengan muka yang berkerut
        “Taklah panas sangat sebab tu sampai keluar peluh...Ha.ha!”?sengaja buat loyar buruk dengan ketawa yang lain macam saja bunyinya.
        “Ek’eleh tanya macam tu pun nak marah”sambil tersenyum.Tak marah sebab dia tahu Sophie hanya bergurau
         “Abis tu yang kau tanya soalan budak darjah lima tu apasal,dah tau aku mengigil mestilah aku tengah sejuk”dijelingnya tanda marah
          “Meh sini aku ajar kau macam mana nak hilangkan sejuk tu?”
          “Macam mana?”dengan suara yang sedikit kendur
Hariz sudah memegang kedua-dua tangan Sophie dan  dipertemukan kedua-dua belah tangan Sophie dan digosokkan secara perlahan-lahan”Mula-mula kita gosokkan tangan macam ni lepas tu kita bawak ke pipi”dibawa kedua-dua belah pipi Sophie selepas habis berkata begitu dilepaskan tangan Sophie secara perlahan-lahan.
            Sophie hanya mampu terdiam kerana dipegang oleh Hariz dan diulang-ulang beberapa kali bagi menghilangkan kesejukan yang ada dengan hati yang berdebar-debar.
        ”Ish!budak ni dah banyak kali dia pegang aku,buat aku rasa nak pengsan je,hati ni pulak dari tadi dok dup dap dup dap je entah bila  nak berhenti,Aku dah jatuh cinta dengan dia ke”monolog Sophie didalam hati.
        “Hah!jatuh cinta?tak mungkin!!!?”bisiknya didalm hati sambil kepalanya digeleng-gelengkan kepala bagi menolak semua yang diperkatakan tadi.
        ”Cinta aku hanya untuk Putra sorang je tak mungkin aku jatuh cinta dengan orang lain”menggeleng lagi tanda tidak percaya
         “Halusinasi?iye.. ni hanya halusinasi aku je tak mungkin aku jatuh cinta lagi sekali,TIDAK?ini mesti cuma perasaan aku yang rindukan Putra,Iye?Aku pasti?”bisik Sophie lagi didalam hati.Hariz yang melihat gelagat Sophie itu telah mengerutkan dahinya.
          “Wei!kau okey tak ni?dari tadi aku tengok kau asyik tergeleng-geleng?”sergah Hariz dengan riak yang masih sama
         “Hah!aku..aku okey”dengan tergagap-gagap
        “Hmm…sure ah?”.Sophie hanya mengangguk
        “Orait…kalau ada apa-apa bagi tahu aku okey?”pesan Hariz
  Sophie angguk lagi.
            “Aku nak tanya kau sikit boleh?”tanya Hariz selepas senyap sebentar dengan matanya tidak lepas memandang cincin yang berada di jari manis Sophie itu.
            “Nak tanya banyak pun boleh?”diajuk percakapan yang dibuat Hariz sebentar tadi dan mereka sama ketawa.
          “Hmm..cincin kat jari kau tu,siapa bagi?”menunjukkan kearah jari manis Sophie
      “Aahh…cincin ni..”belum sempat Sophie membuka mulut Zariff melaungkan nama Hariz dari tepi tebing sungai yang ditempat mereka melakukan aktiviti sebentar tadi.
      “Hariz!Dah dahlah dating tu,jom kita main?”teriak Zariff sambil memegang pelampung ditangan kirinya.
     Hariz memalingkan wajahnya kearah Zariff sambil tersengih”Kau mainlah dulu?”bantah Hariz.Aku yang melihat hanya memandang kearah Hariz dan Zariff silih berganti
       “Alah!jomlah”teriak Zariff
      “Nantilah aku datang”ucap Hariz seperti berat hati.
      “Pergilah…nanti ada yang menanggis pulak?”sampuk aku
     “Hmm…Kau okey ke sorang-sorang kat sini?”berpaling menghadap muka Sophie
     “Gila kau tak okey,bukan aku sorang kat sini?”dengan senyuman yang lebar.Memerli Hariz.
      Hariz hanya tersengih”Okeylah aku gerak dulu”ucap Hariz
      “Hmm..”
      Hariz melangkah pergi kepada Zariff sebelum itu sempat lagi dia berpaling kearah Sophie dan menghadiahkan senyuman yang manis buat Sophie seorang.Sophie melihat gelagat mereka baring diatas pelampung dan dibawa arus lantas terdengar keluhan berat.”Hmm…dia macam Putra,suka ambil  berat pasal orang lain”bisik hati kecil Sophie.
     Dari hujung sungai dapat dilihat Syafikah melepaskan geram melihat aksi yang berlaku didepan matanya.Seperti ingin dicekik-cekik leher si Sophie kerana geram melihat Sophie yang duduk disebelah Hariz itu tapi dia tidak dapat berbuat apa kerana dia yang melakukan kesalahan terlebih dahulu dengan bermain kayu tiga dibelakang  Hariz sehingga dapat ditangkap oleh Hariz tentang sikap buruknya.

Wednesday, 17 October 2012

FMTS September (InsyaAllah ygnie 4 the last one).haha..(^_^)v..

Assalammualaikum awak2 sume..
 saya ada story nak cerita kat u olss...seperti title yg ada diatas nie mesti korg yg taktau apa tu FMTS?ok2..saya nak celite FMTS tu stand for Fasilitator  Minggu Tekad Siswa dan kalau awak2 nak tau jugak Minggu Tekad Siswa tu adalah minggu orientasi bagi siswa siswi baru yang baru mendaftar di kolej kami iaitu       UNISEL...weeee..<3. Dan Alhamdulillah saya antara pelajar yang mejadi Fasilitator utk Minggu Tekad Siswa tersebut. Dan mostly sepanjang minggu tersebut mereka akan memanggil kami fasi2 nie abang dan kakak walaupun saya tau ada sesetengah pelajar nie tau kami nie ada yg seumur dengan mereka bahkan ada yg umur bawah dari mereka tapi pada minggu tersebut mereka kene panggil kami kakak dan abg sama ada suke atau tak? get it...haha..*gelakjahat*. Dan Alhamdulillah saya menjadi Fasilitator sebanyak 3 kali and hopefully no more FMTS for me after this (tapi tu pun kalau tak ada org yg goda saya suruh join lagi lepas nie hehe...)bukan saya tak sayang dengan FMTS nie tapi saya rasa tak perlulah saya join lagi memandangkan saya dah berda di semester akhir dan saya rasa FMTS perlu ada pelapis2 baru untuk terus berAda di dalam family FMTS..BETUL TAK?..*Anggukkepalajikasetuju*...hehe..:).Tapi yang pasti saya akan sentiasa merindui mereka2 yg berda di FMTS dan juga rindu nak membuli siswa siswi baru.ehh,,,saya kaki buli ke?taklah saya fasi baik kot *tgnkebhumatakeatas*.haha..:)

Baiklah saya nak cerita serba sedikit utk tiga kali saya menyertai FMTS.Nak tau tak?..*angguk kepala lagi*..haha..here u go...weee...(^_^)v..

Masa pertama kali saya menyertai FMTS nie iaitu pada bulan Mei 2012. Apa yang saya rasa?..saya berasa gabra,takut totally complete semua rasa ada.haha.. 1st time cube benda baru mestilah macam2 ada dlm kepala otak nie kan?...Tapi apa yg saya suka apabila ada kwn2 yg dah master dlm FMTS nie ada sekali termasuk ada jugak akak2 yg saya kenal yg baru 1st time join sekali iaitu kak liza gan kak fairuz aka FZ..join sekali itu yg membuat saya teruja nak melakukan tugas sbg fasi nie bersama mereka*walaupuncuak* hehe..:).Tapi saya masih ingat lagi kwn saya yg dah lama join FMTS nie iaitu Dayah musa ada ckp kat saya..she said: tak ada benda yg kau nak takut sgt sebab nanti kau akan rasa "family FMTS" tu sendiri bile kau dah join benda nie.haha...tapi...honestly,masa 1st time saya join tu saya tak dapat rasa lagi bahang *family FMTS* yg dia perkatakan mungkin waktu kitorg jalankan orientasi pada waktu kitorg masih dlm semester dan time tu short sem jadi..apa yg say tahu cume penat apa lagi waktu malam teraakhir <post mortem>  ramai yg nanggis tapi saya takda feel nak nanggis sebab time tu saya mengantuk sesangat.sorry..hehe...
Tapi...after dah habis MTS tu barulah rasa rindu dgn family FMTS waktu.ramai yg post kat f.b rindulah, nak makan sama2lah..haha..macam2 kerenah dorg dalam page FMTS tu including me..hehe...di situlah keterujaan ku bermula.Tapi...korg nak tau? sebenarnya kawan2 saya yg dah lama join FMTS nie mmg dah lama ajak saya utk join benda nie seperti killa,dayah n sai tapi baru time tu baru terbukak hati nak join tapi sebenarnya saya buat perjanjian dengan sai nak join bulan julai tapi saya dah ter'involve' awal atas pujukan kawan2.dayah gan killa.oklah join jelah kan?haha..tapi saya ada jugak ckp kat sai yg saya dah join benda nie awal so..kira burn ar janji saya nak join julai tapiiii...dia tetap jugak cakap "kau janji gan aku julai kan bukan mei"..haaaa...nak kate apa kalau itu janji yg die pegang.haha...:)Dan utk pertama kalinya saya mendapat banyak pengalaman baru jugak kawan2 baru yg mana juga berlainan course dan ianya adalah kenangan pertama saya utk menjadi fasilitator yg takkan saya lupakan...(^_^)v..
Untuk kali yg kedua iaitu pada bulan julai 2012 saya sekali lagi menyertai FMTS itupun dek kerana janji saya kepada saiyuti James tu..haha..(suke2 je saya tukar nama ayah dia)..*ketuk ketampi sikit*..buat jahat lagi..:)..tapi apa yg bestnya utk second time nie saya dan dayah telah kelentong si sai dan yg lain2 kami tak pergi interview utk jadi fasi tu padahal kami pergi pada hari terakhirnya cume kami saja nak bang-bang boom mereka terutama sekali sai dan killa sebab mereka yg dok paksa kami utk join fasi kali nie.weee...seronoknya kenakan mereka dan bila nama kami tersenarai dalam nama fasi dorg pun apa lagi ckp kitor tipu dorg n kitorg sengih jelah.haha..And the best part is saya dan dayah kene interview dgn Pn Aisyah iaitu org kuat FMTS nie yg jugak fasi2 sebelum nie panggil Pn Aisyah mama..
Ok...utk kali kedua nie memang sangat mencabar sebab bukan saja tempoh orientasi yg panjang selama 5 hari berbanding yg pertama hanya 3 hari saja, siswa dan siswi yg ramai berbanding yg pertama iaitu sebanyak lebih kurang 40 lebih je tapi yg kali nie adalahhhhh....400++...hmm...berlipat-lipat kali ganda dari yg sebelumya dan bukan itu saja..terkezut tak?..bahkan bukan itu saja ianya juga dijalankan pada bulan ramadhan.yess u olss..bulan puasa.fuhhh...haha...tapi tu semua adalah satu cabaran bagi kami fasi2 utk buat siswa dan siswi nie terus join orientasi nie walaupun adalah beberapa pelajar yg tak tahan dan jatuh sakit masa orientasi nie dan mereka mendapat pengeculian..And the best part is saya mendapat exco kebajikan.ye...exco yg menjaga kesihatan para pelajar dan fasi sepanjang MTS berlangsung dan muka saya dan mereka yg sama dengan saya iaitu saiyuti,qila dan sape saye aka atip..haha..mereka akan nampak kami duk usung first aid kit tu ke hulur ke hilir..
U olsss nak tau penat gak jadi exco kebajikan nie sebab masa saya jadi exco nie ianya sangat meletihkan, tak cukup tidur dan akhir sekali kami2 exco kebajikan nie yg jatuh sakit gak.semua rasa adalah.nak demam,selsema,batuk dan macam2 lagi.Sebab time orientasi tu memang ramai student yg sakit termasuk gak dgn fasi2.Saya pun tak boleh ckp student2 yg sakit nie manja ke apa tapi memang mereka akan mengalami keadaan yg sama kerana keadaan aircond yg sejuk dgn kat luar yg panas membuatkan imunisasi mereka menjadi lemah termasuk kami fasi2 jugak mengalami hal yg sama.Kadang2 kesian gak saya tgk student yg sakit nie tapi yg paling kelakarnya bila ada student yg betul2 sakit taknak balik bila kita suruh mereka balik tapi ada jugak student yg tak berapa nak sakit nie sibuk nak balik.hmmm...macam2 kerenah mereka nie yg buat saya tersenyum bila ingatkan benda2 nie. Yg paling kelakarnya pada hari terakhirnya kami ada slot sugar gram ianya seperti menulis surat kepada kami fasi daripada student and saya adalah dapat jugak sikit.Macam2 yg mereka tulis yg buat saya tergelak.haha...dan malam terakhir kami ada sesi bersalam-salaman dan juga mengambil gambar and for this one saya menangis bila saya bersalaman dengan sorg student nie sebab adalah story dia yg buat saya tetibe jadi sebak.Dan sampai sekarang masih ada jugak student yg masih panggil saya kakak walaupun saya rasa mereka tau kami nie maybe ada yg lebih kurang sebaya dgn mereka..:)Dan seperti biasa bila dah berakhirnya MTS kerinduan akan mengamit kami semula lebih2 lagi kerinduan kami antara sesama fasi..=,=" dan juga rindu nak dengar dan lihat mereka2 yg tadarus Al-Quran dan solat terakwih berjemaah bersama-sama.
And for the 3rd and hopefully last one..hehe..:)
Untuk kali yg ketiga nie saya mendapat exco pengangkutan dan ianya sama dengan exco utk mei.Untuk exco nie kejenye taklah berat sangat macam kebajikan dan dapat more relax...hehe..:) dan saya rasa utk kali nie saya dapat banyak tido berbanding yg sebelum nie.haha>gelakjahat<...Tapi utk kali nie maybe macam tak berat sangat sebab kali nie student yg kami jaga hanyalah student degree jadi...mereka tak banyak kerenah sangat dan agak pasif sedikit..jumlah mereka hanya seratus lebih sahaja.weee...:).Tapi apa kejadian yg best waktu MTS September 2012 nie adalah slot terakhir persembahan dari fasi dan kami menyanyikan lagu teman sejati.Dan ramailah yg menitiskan air mata termasuk abg2 fasi gah2 nie..Termasuk juga pada malam post mortem ramai yg menitiskan air mata mungkin dek kerana ramai diantara fasi berada di semester terakhir membuatkan mereka sebak utk meninggalkan kenangan di sini yang bak kata kak liza maybe ada perkara yg kami akan lakukan di dalam FMTS tidak akan dapat kami buat di luar kelak dan di sepanjang minggu induksi dan juga orientasi adalah momen2 terindah kami yg akan kami sematkan di dalam hati buat kenangan dihari yg mendatang.
Oklah...dah terlampau banyak yg saya bebelkan utk entry kali ini.Akhir kata dari saya<
walau sejauh mana kita berjalan, sebanyak mana langkah yg akan kita lalui tapi di setiap perhentian ini yg akan saya kenang sampai bila2.Iaitu perhentian apabila bersama kalian family FMTS saya.Wajah2 dan kenangan bersama kalian mempunyai ruang didalam hati kecil saya yg akan saya ingat sampai bila2.InsyaAllah...
Pertemuan,persahabatan kita bukan dirancang tapi ukhuwah kita akan tersemat di hati saya sampai bila2...Amin(^_^)v..

Tuesday, 2 October 2012

Event raye:Simfoni kasih aidilfitri..(^_^)v..

Assalammualaikum semua...
      Rindunya nak post di blog nie saya mintak maaf kerana telah lama tidak published cerita kerana kesibukan yang melanda diri ini membuatkan saya tiada kesempatanaan saya ini.ok2  untuk melakukan. Rasanya jari-jari saya pun dah mula kaku untuk menaip walaupun banyak cerita yang ingin diceritakan tapi otak saya seperti dah kehilangan idea.Takpelah saya mulakan dengan event yang telah saya sertai di kolej saya. Asal saya rase seperti formal sangat perbicaraan saya ini.ok2 we back to normal.hehe..:)
      Ok...saya nak cerita pada 20/9/2012 hari tu(dah berkurun pun baru nak cerita ke..hehe..) kami ada membuat event dibawah kelolaan MPP.Walaupun mase tu time saya rase agak busy kerana sem ini merupakan semester terakhir saya tapi demi kawan2 saya cuba mencari masa untuk diluangkan bersama-sama mereka dan cube membantu apa yang patut.Kami betul2 have fun dengan apa yang kami lakukan walaupun kepenatan melanda diri masing2 tapi dari semua aktiviti ini saya mengenali ramai org dan mendapat lebih ramai kawan2 baru dan mempelajari banyak benda baru sampai saya rase macam ketagih nak tido kat surau(tempat penginapan kami sebelum event) bersama dengan mereka.haha..
       Alhamdulillah..setiap kali event yg kami lakukan boleh dikatakan meriah dan seperti event kali ini "full house" u ollss.haha..Dan setiap kali melihat kehadiran org yang ramai membuatkan kamin sebagai sekretariat berasa bangga dan penat yg kami rasakan akan hilang dalam sekelip mata.Dan saya respect kepada ketua program yg sangat bagus dalam event ini walaupun usianya yang muda tapi dia pandai memberikan arahan dan saya rasa kerana kami semua menghormati antara satu sama lain jadi isu umur itu tidak menjadi penghalang bagi kami untuk melakukan tugas.Dan..saya tahu dengan majlis sebegini membuatkan saya menjadi rapat dengan mereka dan membuatkan saya jatuh sayang dengan mereka.
      Akan saya simpan semua kenangan itu sebagai memori terindah dalam hidup saya dan korang adalah antara sahabat terbaik saya.Kerana semua pengalaman ini takkan saya dapati di luar sana kelak. Haa...ada lagi satu cerita jugak pada 24/9 juga bersamaan hari jadi saya.Saya mendapat banyak ucapan selamat dari mereka2 yg sudi menhantar di f.b dan juga mcg dan ade yg kol.Saya sangat2 menhargainya dan setiap ucapan kalian saya cuma dapat mengucapkan ribuan terima kasih dan ucapan saya Semoga kalian juga mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.InsyaAllah..Dan pada hari tersebut kawan saya ade belanja makan kek secret recipe dan ianya sangat sedap..hehe..thank you so much...Lots Of Love...(^_^)v..

juri2pertandigan karaoke raya

pemenang karaoke raya



ketua program & VVIP


MPP unisel S.A

cantik2 belaka



sekretariat