Encik Ahmad dan Bob
sedang menonton berita di tv3 selepas makan malam hari itu tapi fikiran Puan
Hajar menerawang mengingati mengenai satu-satunya anak perempuan mereka yang
berada di kuala Selangor.
“Tengah tengok t.v ke
termenung cik Jah oii!?”usik Encik Ahmad selepas melabuhkan duduknya disebelah
isteri dan ditepuknya paha Puan Hajar dan membuatkan dia terkejut dari
lamunanya yang panjang.
“Tak ada apa-apalah bang,Jah
cuma teringat anak perempuan kita tu,tengah buat apa je dia sekarang ni
ye?”dengan mata yang masih didepan kaca televisyen dan Bob yang mendengar hanya
tersenyum melihat telatah yang ditunjukkan kedua-dua orang tuanya walaupun dah
nak dekat tiga puluh tahun mereka mendirikan rumah tangga tapi mereka tetap
Nampak gembira biarpun hidup secara sedehana
“Alah mak!nanti baliklah
si Ophie tu?bukannya dia pergi berperang kat Iraq sana pun mak nak kena risau?”celah Bob
“Memanglah adik kamu tu
tak pergi berperang tapi hati mak tetap
risau sebab adik kamu tu mana pernah duduk jauh dari kita semua?”balas Puan
Hajar
“Awak ni bukan tak pernah
si Sophie tu pergi ke kem-kem macam ni macam tahun lepas elok je kamu lepaskan
dia pergi Genting ikut rombongan sekolah”balas Encik Ahmad
“Yang tu lain bang, rombongan
tu bukan kat dalam hutan tapi kai ni kat dalam hutan?”sahut Puan Hajar lagi
“Doa jelah Jah moga-moga anak kita tu dilindungi dari
sebarang malapetaka selagi dia kat dalam hutan tu ye?”balasnya sambil berdoa
didalam hati moga anak mereka berada dalam keadaan selamat.
“A’ah mak,takkan jadi
apa-apa kat si Ophie tu punyalah”sampuk Bob
“Mak pun harap yang
sama jugak,mudah-mudahan adik kamu tu selamat”masih dengan nada yang sayu.
“Insya-Allah mak,esok
baliklah Ophie tu ke mari?”sambil beralih tempat duduk disebelah Puan Hajar
sambil mengosok-gosok lembut bahu Puan Hajar bagi menenangkan fikiran Puan
Hajar.
*****
Puan Hajar sudah tidak berkata
apa fikirannya menerawang kepada hari Sophie meminta keizinan daripadanya untuk
mengikuti rombongan sekolah tersebut.
“Alah!mak bagilah adik
pergi kem tu?”sambil menarik-narik lengan baju Puan Hajar
“Mak kata tak boleh maknanya tetap tak
boleh”dengan nada tegas
“Tapi mak Ophie dah
bayar yuran kem tu takkan nak tarik balik?”masih dalam usaha memujuk
“Macam mana kalau jadi
apa-apa kat kamu nanti,susah hati mak dibuatnya”lantas berpaling kearah sinki
untuk membasuh sayur kailan untuk dibuat masak kailan ikan masin.Sophie terus
mengikut langkah kaki Puan Hajar.
“Mak ni janganlah
cakap macam tu nanti masin mulut mak macam ikan masin ni tak ke naya dibuatnya?”sambil
memegang ikan masin yang berada diatas
sinki.Puan Hajar sudah ketawa melihat reaksi Sophie yang mencuit hati dengan
muncungnya yang sudah panjang sedepa.
“Hah mak!kalau dah
senyum tu maknanya setujulah kan?”soal Sophie dengan senyuman yang lebar.
“Memandai je kamu
ni?”dan membuatkan senyuman menjadi pudar kembali.Encik Ahmad yang mendengar
perbualan antara dua beranak itu terus menyoal.
“Apa yang ayah dengar
sejak dari tadi sampai ke depan pintu suara kamu berdua ayah dengar?”memandang
ke muka Sophie yang sedang cemberut itu dan menghulurkan botol air kepada
Sophie
“Ayah tengoklah mak ni tak nak bagi Ophie
pergi rombongan sekolah tu padahal Ophie dah bayar dah kat diorang?”adu Sophie
manja sambil memaut tangan Encik Ahmad selepas meletakkan botol air di atas
meja makan
“Biarlah pergi budak tu
cik Jah oii!?”
“Saya bukaan tak nak
bagi budak ni pergi tapi saya takut apa-apa jadi kat sana nanti,susah hati saya
dibuatnya”berpaling kearah Encik Ahmad lantas tanganya diciumnya sudah menjadi
rutin antara mereka suami isteri sejak dulu lagi.
“Tak ada apalah nak
jadi kat budak ni,awak tengoklah perangai anak awak ni nak kata perempuan tapi
perangai macam jantan itupun nasib baik pakai tudung kalau tak dah lama jadi
tomboy agaknya,mesti tak jadi apa-apa punyalah?”Sophie yang mendengar telah
menarik muka empat belas sambil memukul lembut tangan ayahnya dan Encik Ahmad
hanya tersenyum
“Tapi bang..?”
“Tak ada tapi-tapi
lagi,saya sain surat kebenaran tu semalam maknanya budak tu tetap akan
pergi”.Potong Encik Ahmad
“Ooo…jadi kamu dah
bagi tahu ayah kamu dulu baru nak bagi tahu mak?”sambil tangannya cuba untuk
nak memukul Sophie yang berada disebelah Encik Ahmad tapi Sophie mengelak
sambil sembunyi di belakang Encik Ahmad.
“Kalau adik bagi tahu
mak dulu mesti mak tak bagi pergi punyalah?”ujar Sophie sambil tersengih kearah
maknya
“Ooo…pandai kamu ye”
“Udahlah tu cik Jah
oii!”sampuk Encik Ahmad dan itu membuatkan mereka berdua terdiam.”Biarkanlah
budak tu pergi lagipun bukannya lama pun tiga hari je,budak tu pun guna duit
biasiswa dia?”sambungnya lagi.
“Kalau macam tu abang
dah cakap apa yang saya nak katakan lagi?”dengan muka yang sudah dipalingkan
menghadap sinki
“Horee!!!Akhirnya”sorak
Sophie lantas mencium kedua-dua belah pipi Encik Ahmad dan Puan Hajar.Mereka
ketawa melihat keletah Sophie yang manja itu.
”Dah!Ayah nak mandi
ni,melekit satu badan”ujar Encik Ahmad
“Ayah ni!patutlah ada
bau busuk rupanya datang dari ayah?”sambil tangannya menutup hidung
“Oo..kamu cakap ayah
busuk ye?nanti ayah cancel tak bagi kamu pergi kem tu baru kamu tahu?”ugut
Encik Ahmad
“Janganlah yah,adik
main-main je tadi.?”dengan muka cuak
“Tahu takut?”sambut
EncikAhmad sambil ketawa.Sophie ketawa lantas Encik Ahmad berlalu ke dalam
bilik air
*****
Puan Hajar tersedar
bila tangan Encik Ahmad diawang-awangkan didepan matanya.”Ya Allah…Boleh pulak
termenung mak kamu ni Bob” ujarnya kepada Bob. Bob yang mendengar hanya
ketawa.
“Abang ni,terkejut
saya dibuatnya?”dicubit halus paha sang suami.Encik Ahmad mengaduh di cubit
sedemikian rupa.
“Abis tu yang awak
termenung jauh tu,Kenapa?
“Tak adalah saya cuma
teringatkan macam mana Sophie tu mintak kebenaran saya nak ikut serta rombongan
tu,bukan main gembira lagi budak tu.Hmm…?”
“Sabarlah Jah esok
baliklah budak tu”
“Iyelah bang”dengan suara
sayu
“Dahlah Jah,marilah kita
solat isyak berjemaah,dah masuk waktu pun ni?”ajak Encik Ahmad.”Bangun Bob kita solat
sekali”sambung Encik Ahmad.
“Baiklah ayah?”ujar Bob
lantas bangun dan mematikan peti televisyen tersebut dan diikuti oleh Puan Hajar dari belakang.Dan
kelihatann mereka menjalankan kewajipan kepada Allah yang Esa.
*****
Malam ini semua peserta
diarahkan duduk diatas atas pangkin tempat biasa kami berkumpul selepas solat
isyak berjemaah patutnya kami mengadakan aktiviti yang dinamakan permainan
burung hantu tapi dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat jadi kami
dibenarkan membuat aktiviti bebas.
“Phie,jom teman aku
pergi ambik nota kat dalam khemah?”ajak Ain
“Tak naklah,lagipun aku
rasa tak sihatlah”dengan suara yang lemah dengan kepala aku letak diatas lutut
dengan kaki yang aku selubungkan mengunakan kain batik mak yang aku rembat dari
rumah buat menghilangkan sejuk yang merajai disegenap tubuhku.”Rasa macam nak
terlingkup je dalam khemah sekarang ni tapi tak boleh sebab tengah hujan lebat
gilerr…takut nanti tengah syok-syok aku tidur habis semua badan aku basah sebab
khemah aku dah macam swimming pool,tak ke naya.huhu..”bisik Sophie di dalam
hati
“Kau demam ke?”tanya
Ain cemas sambil tangannya meraba dahi Sophie
“Taklah aku cuma tak
sihat sikit je,kau jangan risaulah yea?”dengan kepalanya dipusingkan tidak mahu
disentuh oleh Ain.
“Aku panggilkan cikgu
untuk kau yea?”pujuk Ain lagi
“Ish!tak payahlah,aku
okey,sikit je ni”bantah aku lagi
“Kau ni degillah
Ophie”sampuk Hana yang dari tadi hanya jadi penonton
“Dahlah!kau ajaklah si
Hana tu pergi ambik nota kau tu nanti bolehlah kita study sama-sama”ujar Sophie
dengan nada lemah rasa bingit telinganya dek bebelan kawan-kawanya.
“Kau sure ke ni Ophie,tak
nak kita orang ambilkan ubat ke?”ujar Hana lagi masih lagi dengan usaha
memujuknya.Sophie hanya mengeleng sebagai jawapan
“Okeylah kalau macam
tu”ujar Ain pula.”Kau tunggu kat sini jangan pergi mana-mana okey?”sambungnya
lagi sambil menarik Hana pergi
“Baik bos”dengan senyuman
yang sengaja dilebarkan memandang mereka berdua.Selepas Hana dan Ain pergi
Sophie melepaskan keluahan dan lantas memejamkan matanya.Selepas beberapa saat
menutup mata Sophie merasa ada derap kaki dan dibuka matanya sedikit tapi masih
dalam keadaan menekur dilihatnya seluar track suit yang berwarna biru gelap
yang sedang mengarah kepadanya malas Sophie untuk terus memandang terus saja
ditutup matanya tapi Sophie seperti merasa ada tangan yang mengusap kepalanya
yang memakai tudung dan terus berlalu pergi.
“Sape pulak yang pegang
kepala aku ni”di pusingkan kepalanya kebelakang dilihatnya Hariz sedang
menyarungkan seliparnya sambil tersenyum kepada Sophie.
“Budak ni lagi,dia
ingat aku ni budak umur lapan tahun ke nak usap-usap kepala aku”rungut Sophie
sambil memegang atas kepala yang disentuh oleh Hariz itu tadi.
“Tapi best jugak sekali
sekala dapat macam tu,rasa macam di manja pulak.Hehe…dulu Putra selalu buat
macam tu kat aku.Putra lagi?Kenapa dia mesti ada banyak persamaan dengan
Putra.Senyuman dia,sikap ambil berat
dia,perbuatan dia.Uhh…entahlah mungkin aku terlalu rindukan Putra”sambung
Sophie didalam hati dengan keluhan yang berat lantas ditutupkan mata bagi
melupakan sebentar keserabutan yang melanda hatinya kini.
Tak sampai lima minit
Hana dan Ain datang dengan tangan memegang nota-nota dan buku rujukan dipegang
di kedua-dua belah tangan.Ain dan Husna meletakkan kesemua buku rujukan dan
nota-nota tersebut didepan Sophie.Memang diawal perbincangan kami sebelum
datang ke mari kami sudah sepakat membawa nota serta buku rujukan untuk dibuat
ulangkaji memandangkan SPM yang makin hampir.Kami pun memulakan bacaan masing-masing
walaupun dalam keadaan yang agak tidak begitu selesa dengan suara-suara yang
datang dari para peserta dan hujan yang lebat tapi demi SPM yang bakal tiba kami tabahkan jua.
“Korang nak tau something
tak?”celah Hana dengan muka teruja
“What?”jawab aku dan Ain
serentak dengan masih memandang kearah nota ekonomi yang sedang aku telaah dan
Ain dengan buku rujukan sejarahnya.
“Tadi Hariz pegang tangan
aku?”dengan riak muka yang masih sama dengan senyuman yang melebar menghiasi
bibirnya.Aku dan Ain lantas menutup buku dan nota kami lantas memandang tepat
kemata Hana.Memberikan tumpuan sepenuhnya.
“Dia pegang tangan
kau?”soal Ain dengan keadaan teruja
“A’ah”cerita dia macam
ni?masa korang tinggalkan aku kat tebing sungai masa basuh pingan tadi,dia ada
kat sebelah aku”dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya”lepas tu aku
rasa licin aku pun cakaplah macam mana aku nak naik ni,takut jatuh pulak,lepas
tu aku tak sangka pulak dia dengar,dia jalan kat depan aku lepas tu hulurkan
tangan dia,aku pun peliklah kan,aku pun tanya dia” nak buat apa hulur tangan
kat aku” dia balas “meh lah sini aku tolong kau naik atas” nak tak nak
terpaksalah aku sambut jugak tangan dia tu kan?”cerita Hana dengan muka ceria.
“ Alah Hana cakap je lah
kau suka bila dia buat macam tu kan”dengan jari telunjuk dihalakan ke muka
Hana.Hana sudah mula blushing”Lepas tu dia buat apa kat kau?”soal Ain lagi.Aku
hanya mendengar
“Lepas tu dia pimpin aku
sampai atas”masih lagi dengan malu-malu kucing
“Dia tu baik sangat
kan?”sambung Hana lagi.
“A’ah…dia memang baik”kata
Sophie secara perlahan dan terus menyambung bacaanya yang terhenti sebentar
tadi.
“Apa kau cakap Ophie?”soal Hana
“Takdelah aku cuma cakap
dia memang baik pun?”jawabku selamba
“Hana!kau suka dia
yea?”dengan suara yang diperlahankan takut didengar oleh orang lain lebih-lebih
lagi geng si Syafikah tu.Boleh haru jadinya.
“Aku rasa aku dah suka kat
dialah?”jawab Hana dengan malu-malu.”Tapi tak mungkin dia nak suka orang macam
aku ni,iyelah aku ni kan tak cantik”Aku lihat Hana yang berkulit hitam manis kerana dia keturunan india mamak.
“Taklah kau cantik pe
macam pelakon bollywood je aku tengok?”sampuk Ain.Kami sama-sama ketawa
mendengar ayat Ain itu kerana diantara kami bertiga Ain yang berkulit paling
cerah kerana mak dan ayah Ain orang Kelantan jadi adatlah kerana orang Kelantan memang kebanyakannya putih gebu aku pulak berkulit
kuning langsat.
“Dahlah tak payah
sedih-sedih nanti aku cuba dapatkan nombor telefon dia.Hehe…”ujarku
“Macam mana kau nak
dapat nombor dia?”soal Hana dengan dahi yang berlapis-lapis
“Relakslah!ni Ophie
lah…”dengan mendabik dada
“Dah…jom kita sambung study balik”.Dan
kami bertiga menyambung bacaan yang tergendala sebentar tadi.